Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 12 daripada 12

2021-01-19
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Terima kasih banyak-banyak kerana menjadi pelakon yang baik, menghiburkan orang dan mengajar orang dengan filem aksi anda, dengan tema filem anda. Itu memberikan pengajaran, akan membantu banyak orang dan juga meningkatkan status pekerja wanita jalanan yang kesian kerana orang tidak menghormati mereka.

Keseluruhannya di India, sewaktu saya tinggal di ashram pun, saya berlapar banyak kali. Saya tak tahu berapa banyak hari, selalunya. Kerana mereka makan segalanya, kemudian tinggalkan sana, mengejar guru di sesuatu tempat untuk satsang, tinggalkan longgokan pinggan yg tinggi seperti gunung untuk dicuci. Kerana banyak orang, seratus orang sekurang-kurangnya. Sesetengah hari kurang, tujuh puluh, kadangkala lebih seratus. Dan apabila saya makan, saya hanya makan satu atau dua capati tapi mereka kata, “Kamu makan dengan banyak! Kamu makan capati terakhir!” Walaupun bukan saya yang makan capati terakhir, saya tak kata apa-apa pun. Saya tak pernah kata apa-apa macam itu untuk membela diri. Saya kata, “Apa gunanya? Ia sudah dimakan. Capati sudah hilang.” Dalam fikiran saya, saya kata, “Apa-apa saja.” Saya tak nak memalukan orang itu juga. Kerana dia makannya. Dia tak mengeluarkan bunyi ‘ahem’ macam itu pun. Tidak, dia biarkan saya disalahkan. (Oh!) “Tuhan rahmati saudara!” Misalnya macam itu. Tapi saya hidup. Saya sangat kurus tetapi hidup. Bahan terbaik yang kita masukkan ke dalam makanan ialah (Kelaparan.) kelaparan. Ya, jangan lupa bahan itu. Maka kamu akan baik-baik saja. Okey?

Saya masih ingat saya menyaksikan filem lakonan Bridget Fonda bersama dengan orang Cina, Jet Li lama dahulu ketika saya ada anak murid yang kurang, ada lebih banyak masa dan tiada anjing. Kadangkala saudaramu membawa filem dan kami saksikan bersama. Saya tak tahu apa itu. Itu filem Jet Li yang baik. Orang Cina suka Jet Li, jadi mereka bawanya kepada saya. Dulu saya ada rombongan orang Taiwan (Formosa) di sisi saya, bukan saudara-mara atau keluarga saya, hanya anak murid. Dulu ke mana-mana pun saya pergi, saya bawa mereka bersama saya. Empat, lima orang. Kami memasak, makan bersama dan kadangkala menonton TV. Kami tiada TV. Kami tiada TV kabel atau apa-apa pun. Mereka pergi sewa video-video ini. Pada masa itu, kita ada pita video yang besar macam itu. Kamu masih ingat jenis lama itu? Kita masukkannya ke dalam, gelongsorkannya ke dalam (Ya.) mesin dan menyaksikannya. Saya tak tahu bagaimana buat begitu, bagaimana buka ini untuk menyambungkan itu atau ini. Jadi mereka lakukan semua itu, kemudian saya menjadi mangsa, duduk di sana, saksikan bersama mereka. Tiada pilihan. Saya suka menonton TV juga, maksud saya, suka menyaksikan filem. Tak menjadi hal.

Saya menyaksikan filem itu suatu kali. Saya masih ingat disebabkan oleh Jet Li. Dia terkenal. (Ya.) Dia sangat muda pada masa itu. Kami menyaksikannya. Saya tak berapa ingat, hanya ingat Bridget Fonda melakonkan watak pelacur. Dia tak nak. Dia ada seorang anak perempuan. Dia perlu menjaganya. Tapi dia sudah bersih. Dia tak hisap dadah atau apa-apa pun. Tapi mereka tangkapnya dan memaksanya menjalankan perniagaan rumah pelacuran semula. Bekas teman lelakinya buat begitu atau sesuatu. Saya tak ingat, mungkin bekas teman lelakinya, mungkin bukan. Tak menjadi hal. Bos rumah pelacuran memaksanya kembali. Kemudian mereka menyuntik ke dalam lengannya, sesuatu untuk buatnya terpaksa, mungkin dadah atau mungkin sesuatu untuk buat kita tunduk kepada kehendak mereka.

Tapi dia melawan. Dia kata, “Tidak, tidak! Aku tak nak! Tidak! Tolonglah, jangan!” Tapi mereka tetap melakukannya. Mana dapat dia melawan kumpulan lelaki yang besar, dilahirkan untuk itu saja? Berotot kekar, jahat dan membunuh untuk wang. Jadi mereka menempatkannya di jalanan semula. Kemudian pada suatu hari, dia berada di depan sebuah restoran Cina di mana Jet Li bekerja. Restoran bapa saudaranya. Dah tentu, dia seorang wira, kamu dah tahu. Dia tahu seni bela diri dan sebagainya. Bapa saudaranya beritahu dia, “Jangan biarkan sesiapa pun daripada orang ini, lelaki atau wanita...” “Jangan biarkan mereka masuk ke dalam restoran kita. Jangan campur tangan, jangan ada sebarang kaitan dengan mereka. Jangan biar mereka masuk ke dalam sini.”

Tetapi wanita ini masuk ke dalam, Bridget Fonda dalam watak itu. Dia masuk ke dalam, berkata, “Boleh saya pergi ke bilik mandi? Terdesak.” Kemudian dia biarkan dia pergi. Dia masuk ke dalam bilik mandi. Tapi dia tertidur di dalam atau sesuatu macam itu. Dia suruhnya keluar. Dia datang, kemudian dia ternampak semangkuk nasi putih yang sudah separuh dimakan. Hanya nasi, tiada apa-apa yang lain. Kerana dia dah makan dan belum ada ruang untuk nasi itu. Dia ambil mangkuk berisi nasi itu dan gunakan jari untuk makan. “Kamu tak makan ini ke? Ya Tuhan! Ini... Ya Tuhan, sedapnya!” Dia makan itu saja, nasi putih, dengan jarinya, baki nasi, macam dah seratus tahun tak makan.

Mereka biarnya berlapar supaya dia perlu bekerja. Dengan dadah itu dalam badannya untuk mendesaknya, supaya patuh. Dia asyik makan, kemudian kononnya pengawal peribadi ini masuk ke dalam dan memukulnya, memaksanya keluar, heretnya keluar. Dia lemah, tak dapat mempertahankan diri dan mudah diserang, mungkin jatuh ke atas lantai atau sesuatu tapi mereka masih... mereka sangat kasar, orang-orang ini. Mereka rasa dia cuba melarikan diri atau tak nak bekerja. “Keluar untuk bekerja!” Dan sebagainya. Tak boleh makan, merampas makanannya atau... Tapi mereka memperlakukannya dengan buruk sekali.

Adakah kamu menyaksikan filem ini? Tidak? (Tidak, Guru.) Ia tak begitu terkenal, agaknya. Mungkin hanya untuk orang Cina tetapi ada orang Barat yang berlakon di dalamnya termasuk Bridget Fonda. Kemudian dia tak tahan lagi. Jadi dia campur tangan. Walaupun bapa saudaranya beri amaran, dia campur tangan. Dia berlawan dengan orang-orang ini, memukul mereka. Mereka semua melarikan diri. Lebam-lebam. Melarikan diri. Semua wanita itu suka akannya. Tapi mereka terpaksa pergi bersama mereka juga disebabkan kerja mereka atau apa saja. Dan dah tentu, mereka kembali dengan lebih banyak. Mereka membalas dendam dll. Kemudian mereka tidak memenanginya. Mereka berasa takut, jadi menangkap anak perempuannya dan mengancamnya, berkata, “Jika kamu teruskan, tak bekerja dan terus menjalin hubungan dengan lelaki restoran ini, kami tak perlu kenakan dia tetapi kami akan kenakan anak perempuanmu. Kami akan bawa anak perempuanmu pergi dari sini. Buatnya hilang, masukkannya ke dlm rumah anak yatim atau sesuatu tempat. Kamu takkan dapat berjumpa dengan anak perempuanmu lagi.” Maka dah tentu, dia rasa begitu takut. Pada masa itu, Jet Li dalam filem ini, jika saya ingat dengan betul, bawanya pergi dari situ agar dia tak perlu bekerja di sana lagi. Saya rasa dia bawanya ke sesuatu tempat dan menjaganya kerana dia lebam-lebam, disuntik ubat dan sebagainya, dan tiada makanan. Dia tiada tempat untuk pergi.

Jadi dia menjaganya, kemudian dia beritahunya tak usah mempedulikan dia, anak perempuannya dlm bahaya sekarang kerana mereka akan membawanya pergi dari situ. Jadi dia ceritakan kisahnya macam itu. Dia tanyanya di mana, kemudian dia pergi menyelamatkan anak perempuannya. Kemudian saya rasa itu kesudahan gembira.

Saya nak beritahu kamu bahawa apabila kita lapar, hanya nasi putih pun, tiada rasa, apa-apa pun, rasanya begitu enak. Memang macam itu. Saya telah alami itu banyak kali dalam hidup saya. (Ya, Guru.) Rasa segalanya enak. Baiklah, sayang. Mengapa kita pergi begitu jauh? Jet Li pun termasuk. Saya harap dia tak kisah.

Minta maaf, Bridget Fonda, tapi kamu diiklankan. Berjuta-juta orang akan dengar namamu sekarang, mengetahui filemmu dan Jet Li juga. Saya tak rasa mereka kisah. Mereka orang baik. (Ya, Guru.) Ini untuk tujuan baik. Kita bukan mengiklankannya. Terima kasih banyak-banyak kerana menjadi pelakon yang baik, menghiburkan orang dan mengajar orang dengan filem aksi anda, dengan tema filem anda. Itu memberikan pengajaran, akan membantu banyak orang dan juga meningkatkan status pekerja wanita jalanan yang kesian kerana orang tidak menghormati mereka. Orang harus tahu bahawa banyak daripada mereka dipaksa oleh situasi, kemiskinan atau sistem peras ugut oleh kuasa ganas di dunia ini untuk membuat jenis pekerjaan ini. Saya sentiasa menghormati mereka seperti saya menghormati kamu. Di Hong Kong, saya beli makanan untuk mereka. Saya berbual dengan mereka dgn mesra, lembut, penyayang sekali. Saya harap mereka rasa seronok pada hari itu sekurang-kurangnya. Saya tak pernah memandang rendah terhadap pekerja jalanan ini. (Ya, Guru.)

Baiklah, sayang, ada soalan lain? (Tidak, Guru.) Tidak? (Tidak, Guru.) Okey. Maka baguslah. Jadi saya tak perlu baca kepada kamu kisah Yahudi hari ini, mungkin lain kali. (Ya, Guru.) Seronok berbual dengan kamu. (Dengan Guru juga. Terima kasih, Guru.)

Saya tahu kamu sibuk. Kita sibuk, jadi malam ini mungkin kamu perlu mengorbankan lebih banyak masa tidur untuk menghabiskan kerja kita hari ini. (Ya, Guru.) Ada apa-apa yang disiarkan hari ini yang akan kamu hantar kepada saya? (Ya, Guru.) Baiklah. Maka terima kasih. Kamu sentiasa hantar sesuatu yang disiarkan hari ini dan kadangkala bukan sahaja satu tetapi dua. Tak apa. Dua atau tiga, asalkan saya dapat lakukannya, tak apa. (Ya, Guru.)

Baiklah, sayang. Saya perlu kembali membuat kerja saya sekarang kerana kamu telah hantar sesuatu yang perlu saya buat sekarang dengan serta-merta. Biasanya saya membuat apa yang perlu segera dibuat dulu, seperti disiarkan hari ini atau esok, maka saya buatnya dulu. Tapi biasanya saya menghabiskan segalanya, setiap hari, 99.9%. Saya menghabiskan semua kerja saya yang kamu hantar kepada saya setiap hari. Betul? (Ya, Guru.)

Jika kamu tak nampaknya, mungkin saudaramu terlupa hantar atau mungkin saya terlepas perhatian kerana terlalu banyak kerja lain untuk dibuat. Tapi saya beritahu pembantu saya, “Tolong ingatkan saya, apa-apa saja yang saya belum buat supaya saya masih dapat buatnya.” Baiklah. Saya masih dapat buat pada masa itu jika saya tahu ia belum dibuat. Apa yang bukan disiarkan malam ini, apa yang disiarkan esok atau lusa, masih ada masa. Saya sentiasa cuba siapkan kerja saya, hantarnya dengan serta-merta dan segera memberitahu pembantu, saudara lelaki atau saudara perempuan. Saya beritahu mereka, “Saya minta maaf jika saya ganggu kerja kamu atau mungkin snek kamu, tidur kamu atau sesuatu. ” Tapi kamu takkan tahu ada apa pada saat seterusnya. Sama ada saya masih boleh hantar kpd kamu atau tidak. (Ya, Guru.) Saya hidup dari saat ke saat. Hidup saya tak sentiasa begitu stabil, seperti boleh tinggal di satu tempat atau sentiasa ada tenaga elektrik dan sambungan internet. Jadi apa-apa yang saya siapkan, saya terus hantar dan sentiasa cuba menyiapkan semua kerja saya yang dihantar kpd saya, masa itu, hari itu, kecuali saya ada kerja dalaman yang perlu segera dibuat untuk dunia, pada masa yang sama. Maka maaf atas itu. Okey?

Baiklah, ada soalan lagi tentang kerja? (Tidak, Guru.) OK. Kamu masih bekerja secara sukarela, kan? (Ya, Guru.) Kamu gembira, kan? (Ya, Guru.) Ada motif lain kecuali membantu saya dan dunia? (Tidak, Guru.) Tidak. Maka baguslah. Baiklah, sangat bagus. Okey, sayang. Jumpa lagi. (Jumpa lagi, Guru. Terima kasih, Guru.) Lain kali, dan sangat kasihi kamu. (Kasihi Guru.) Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru.) Tuhan berkati kerjamu. Tuhan rahmati kamu dan kaum keluargamu disebabkan kerja kamu juga. (Terima kasih, Guru. Jagalah diri.) Jumpa lagi. Kasihi kamu. (Jumpa lagi. Kasihi Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  12 / 12
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-27
318 Tontonan
2024-03-26
73 Tontonan
2024-03-26
67 Tontonan
2024-03-25
164 Tontonan
2024-03-25
328 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android