Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 5 daripada 12

2021-01-12
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Di dunia fizikal ini, ada mangga fizikal, hukum fizikal, halangan fizikal. Sebagai seorang Guru, kita tak boleh tarik balik kata-kata kita. (Ya, Guru.) Kerana itu telah ditandatangani, bukan sahaja dengan maya tetapi semua Syurga saksikan juga. Ada saksi. Kita perlu adil dan saksama.

Setiap daripada kamu mungkin hanya menyunting satu rancangan setiap kali. Satu rancangan. (Ya.) Sama ada skrip atau video. (Ya.) Saya perlu buat kedua-duanya. Saya perlu menguruskan skrip atau malah perlu menulis skrip. Sebahagiannya saya sumbangkan juga. Kemudian saya juga perlu menyunting video dalam USB. Kedua-duanya. (Ya, Guru.) Banyak dalam satu hari. Sebab itulah kadangkala saya minta, “Okey, ayat ini dan itu dalam rancangan mana, tolong cari.” Kerana saya rasa nak tambahkan sesuatu ke dalamnya. Tambahan atau pembetulan. Masih ingat itu? (Ya, Guru.) Jika kamu bekerja bersama saya, kami ingat.

Terlalu banyak, setiap hari dan tak berhenti, setiap hari. Bayangkan, kamu menyunting satu, dah tentu dan lebih teknikal bagi kamu. Kamu perlu gunakan teknologi tinggi untuk menyunting USB dan sebagainya untuk buatnya cantik dan berwarna-warni. Tetapi saya juga perlu menyunting dengan cara yang berlainan. (Ya, Guru.) Beritahu kamu bahawa gambar ini tidak baik, seperti juruacara tidak berpakaian elok, misalnya macam itu. Ya? Saya perlu lihat semuanya untuk beritahu kamu apa baik, apa tidak. Kemudian saya perlu baca skrip juga. (Ya, Guru.) Jadi kadangkala kamu tidak sabar. Kamu tanya orang yang bantu saya. Bukan di sisi saya tetapi melalui bantuan. Seorang pembantu, “Mengapa yang ini tak datang, yang itu tak datang?” Jika ia tak datang, maka kamu siarkannya saja. Apa yang nak dibuat? Kadangkala saya tak sempat. Okey? (Ya, Guru.) Ini kerana saya ada kerja dalaman yang nak dibuat. Saya mengambil banyak masa. Saya juga perlu baca sepintas lalu berita untuk lihat yang mana mungkin kamu boleh lihat, (Ya, Guru.) untuk makluman kamu. Saya mengambil masa berjam-jam kerana begitu banyak berita saya perlu pilih. Banyak berita saya boleh lihat tajuknya saja dan saya tahu, itu dah cukup, tetapi banyak berita saya perlu lihat sama ada wajar dihantar kepada kamu atau tidak. (Ya, Guru.) Jadi mengambil banyak masa. Kadangkala saya sangat mengantuk kerana bekerja hingga larut malam. Saya tak berehat sepanjang hari kecuali meditasi kadangkala. Kemudian saya sangat mengantuk. Saya perlu berdiri supaya tak tertidur. Tapi saya tetap tertidur, percaya atau tidak. (Oh!) Tetapi saya memegang meja supaya tak terjatuh. (Oh!) Ya. Kemudian saya boleh terjaga dan terus membuatnya. Jadi kamu sabarlah dengan saya. (Ya, Guru.) Lebih lembut. Okey? (Ya, Guru.)

Cuma karma orang, (Ya) karma dunia buatnya macam itu. Plat tektonik bergerak juga disebabkan oleh karma orang. (Oh!) (Wau!) Faham? Biasanya ia takkan berlaku. (Ya, Guru.) Okey, apa lagi yang saya katakan tadi? Ingatkanlah saya.

(Soalan tentang bolehkah Ihôs Kư mengatur lebih banyak pelindung untuk Guru.) Ya, ya, ya. Okey. Sekarang, selepas lebih kurang seminggu, memang, oleh sebab saya terlalu sibuk, tak dapat ingat semua ini. Sebab itulah apa-apa yang perlu saya buat, saya perlu terus mencatatnya. Jika tidak, saya terlupa. Jika tidak, mungkin saya menelefon kamu dan minta, “Tolong beritahu jabatan ini dan itu,” sebelum saya dapat gunakan komputer dan menulisnya. Saya menulisnya juga. Saya juga menulis dengan lambat sekali dalam komputer. Saya menulis dengan tangan, lebih cepat. Baiklah, jadi selepas seminggu, mereka masih di sana, lapar, jadi saya beri makan mereka, menjelmakan sesuatu untuk mereka. Kemudian saya kata, “Tidak, aku tak dapat terus lakukan ini.” Mungkin saya boleh beri makan skunk tetapi bukan hantu lapar yang meminta sesuatu yang berlainan.

Jadi saya perlu mencipta neraka yang berlainan utk mereka. (Wau!) Ia bukan sejenis neraka tetapi sesuatu supaya mereka boleh diami. Tiada hukuman. Kerana mereka belum dibersihkan sepenuhnya. (Ya, Guru.) Jika mereka dalam perjalanan ke Peringkat Keempat, maka mereka boleh dibersihkan, langkah demi langkah, di setiap peringkat yang mereka lalui dari Peringkat Astral sehingga ke Peringkat Keempat. (Ya, Guru.) Sedikit demi sedikit, di setiap peringkat mereka diami dan dibersihkan, kemudian peringkat seterusnya. Tetapi macam ini mereka tak dapat. Faham maksud saya? (Ya.) Ada cara-cara penyucian yang berlainan. (Betul.) Hanya melalui peringkat-peringkat ini, kita dapat. Sebab itulah pada waktu inisiasi, kamu diajar untuk membuat apa, apa, apa untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi, peringkat seterusnya. (Ya, Guru.)

Sekarang, jadi saya perlu mencipta neraka, bukan Syurga. Tetapi bukan neraka ‘neraka’. Okey? (Ya, Guru.) Itu neraka tanpa hukuman. Mereka boleh tinggal bersama tanpa dicemburui oleh syaitan lain yang berada di neraka sebenar. (Betul.) Jadi ini seperti ruang khas yang dicipta untuk mereka. Mereka ada segalanya yang diperlukan. Sehingga pemberitahuan lanjut. Saya kata, “Aku tiada masa untuk menguruskan itu sekarang.” Saya kata, “Apa-apa yang kau ada, bergembiralah dengannya. Aku tiada masa untuknya sekarang. Okey? Aku ada masa tetapi untuk segalanya yang lain. Oleh sebab kau telah menjadi syaitan, jadi walaupun kau tak pergi ke Syurga sekarang, padan mukamu. Jangan merungut.” Jadi mereka juga berterima kasih. Mereka tak dihukum. Mereka tak dibakar di neraka. Mereka tak dihukum dengan sebarang cara. Mereka hanya tinggal bersama. Mereka ada segalanya yang diperlukan. (Oh, wau!) Tetapi mereka langsung tak berpeluang untuk mencederakan sesiapa pun meskipun mereka membalas balik. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Bermakna jika mereka menentang kita atau manusia, mereka tak dapat. Mereka tidak bebas untuk buat begitu tetapi tidak menderita sama sekali.

Oleh sebab kamu tanya saya tentang Dewata Ihôs Kư, secara sampingan, saya beritahu kamu ini. (Ya. Terima kasih, Guru.) Puas? (Ya, Guru, terima kasih.) Tetapi ada lebih banyak lagi yang keras kepala. Saya perlukan alasan untuk bawa mereka ke bawah. Tetapi ini sangat susah. Pada saat kita nak tangkap mereka, mereka tahu. Mereka pergi bersembunyi di dalam badan manusia. (Wau!) Jadi Pelindung Ihôs Kư pun tak dapat membezakan apa di dalam orang itu kerana mereka ada kuasa ajaib yang besar. Mereka bukan syaitan biasa. (Ya, Guru.) Baiklah. Bagus. Adakah saya jawab soalanmu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Ada soalan lagi?

(Guru, memandangkan maya telah dikurung untuk masa yang sangat lama,) Ya. (adakah kontrak yang Guru tandatangani sebelum turun ke Bumi masih sah?) Ya. (Bolehkah ia diumumkan tidak sah supaya Guru boleh ada lebih banyak kebebasan dan kurang menderita di sini?) Tidak. (Oh!) Kita tak boleh buat begitu. (Ya, Guru.) Apa-apa yang kita tandatangani, kita tandatangani. Jika tidak, dunia ini sudah pun Syurga. Semua kontrak akan dibatalkan. Itu mustahil. (Ya, Guru.) Di dunia fizikal ini, ada mangga fizikal, hukum fizikal, halangan fizikal. Sebagai seorang Guru, kita tak boleh tarik balik kata-kata kita. (Ya, Guru.) Kerana itu telah ditandatangani, bukan sahaja dengan maya tetapi semua Syurga saksikan juga. Ada saksi. (Ya, Guru.) Kita perlu adil dan saksama. (Ya.) Kita tak boleh turun ke bawah sini, hoola hoola hop, semua orang menjadi malaikat atau santo dan dunia menjadi syurga. Kerana mereka telah mencipta benda fizikal, dunia fizikal, planet fizikal ini. (Ya, Guru.) Ini milik mereka, secara fizikal. Kita tak boleh buat begitu. (Ya, Guru.)

Badan fizikal yang kita ada dimiliki oleh mereka. Contohnya, meskipun seseorang telah melakukan kesalahan dan masuk penjara, namun ia tak berkaitan dengan rumahnya kecuali dia melakukan penipuan cukai atau buat sesuatu yang memudaratkan ekonomi negara atau perkara lain (Ya, Guru.) yang berkaitan dengan hartanah, maka kerajaan boleh menyita hartanah mereka. Tetapi jika hanya membuat sesuatu yang tak berkaitan dengannya, mereka tak boleh menyita hartanahnya. (Ya.) Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Mungkin mereka boleh membekukannya untuk seketika sehingga hukumannya telah habis dijalani. Tetapi anaknya tetap boleh mewarisinya. (Ya, Guru.) Badan kita ditimbang dengan paun, kilogram. Apa-apa daging yang kita makan, mereka menimbangnya. Misalnya macam itu. Jadi seluruh dunia ialah ilusi tetapi mereka gunakan kuasa untuk menciptanya. Jadi kita tak boleh buat apa-apa saja yang kita mahu, sebagai Dewa.

Saya harap... Tetapi dah pun jauh lebih baik, tidakkah kamu nampak? (Ya, Guru.) Saya boleh bersuluk untuk masa yang panjang sekarang? (Ya, Guru.) Saya boleh lebih berdikari sekarang (Ya.) daripada bantuan fizikal atau apa-apa pun. Dulu saya perlukan banyak, banyak orang perlu berada di sisi, membuat ini, membuat itu disebabkan oleh kerja saya tetapi sekarang saya dapat lakukannya sendirian. Hampir. Saya perlukan bantuan dari kejauhan, dah tentu. Seseorang di kejauhan bantu saya memasang komputer untuk persidangan ini, contohnya. Segalanya dipasang untuk saya. Saudaramu bantu saya tetapi dia tiada di sisi saya. Dia boleh bantu dari kejauhan. Mereka ialah genius hari ini. (Oh!) Saya tak perlukan pembantu di sisi. Mereka boleh bantu saya melakukannya dari kejauhan, malah mengatur segalanya supaya kita boleh adakan persidangan seperti ini. Jadi saya masih berseorangan. Tahu? (Ya, Guru.) Menguruskan segala-galanya, sebab itu saya mengambil masa begitu lama kadangkala sebelum persidangan. Itu pun jika tiada apa-apa yg lain berlaku di antaranya. Kita bertuah. Saya tak perlu tekan butang pun. Saya boleh tapi saya khuatir akan mengucar-ngacirkannya, jadi beritahu orang itu, “Buatlah segala-galanya, gunakan komputer, lakukannya.”

Jadi sekarang kita sentiasa sedia untuk persidangan dan boleh saling berjumpa macam ini. Ini dah pun suatu keajaiban. (Ya, Guru.) (Terima kasih.) Dulu saya tak dapat memikirkan ini pun. Tak dapat memikirkannya pun, apalagi melakukannya. (Ya.) Tapi sekarang banyak perkara saya boleh fikirkan apa yang nak dibuat. Kehidupan saya menjadi lebih baik. (Baguslah, Guru. Sangat bagus.) Berdoalah untuk saya agar ia takkan hancur kerana saya katakan ini. (Oh!) Kerana banyak kali, jika saya kata saya suka sesuatu, hari seterusnya, tiada lagi. (Oh!) Tiada lagi atau tak mungkin lagi. Adakah saya jawab soalanmu? (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.)

Terima kasih juga kerana tanya tentang saya. Kerana memang sudah menjadi lebih baik. Saya tahu dengan pasti. Saya lebih gembira sekarang, rasa lebih ringan dan keadaan adalah baik. Keperluan peribadi saya hampir kosong. (Ya, Guru.) Jadi saya sangat gembira. (Sangat bagus.) (Baguslah, Guru.) Dan saya boleh bersuluk, jadi kamu dapat lihat keamanan menjadi lebih cepat. (Ya, Guru.) Saya cuma khuatir kita harus ada lebih banyak populasi vegan, maka keamanan akan berpanjangan dan tak berubah-ubah kadangkala.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  5 / 12
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android