Cari
bahasa
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • नेपाली
  • Türkçe
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • नेपाली
  • Türkçe
Tajuk
Transkrip

Tujuan Kita di Bumi

“Setiap daripada kita diberi hidup manusia hanya untuk tujuan menyedari Tuhan. Jika kita mengabaikan tanggungjawab ini, kita takkan gembira dalam hidup ini atau hidup lain. Sebenarnya, ini satu-satunya sebab penderitaan manusia dan tiada sebab lain. Jika kita menyedari bahawa kita bergelut di dalam rahim ibu kita, bagaimana kita bertaubat atas kesilapan hayat silam kita dan bagaimana kita berjanji kepada Tuhan akan menggunakan hayat sekarang dengan segala cara yang bererti bagi berbakti kepada-Nya sebelum kita dilahirkan, maka kita takkan membazirkan satu saat pun untuk memikirkan apa-apa yang lain kecuali cuba sebaik yang boleh pada masa lapang untuk menyedari Tuhan.

 

Tapi sebaik saja kita dilahirkan di dunia ini, kita lupa akan segala-galanya kerana membuat orang lupa ialah hukum dunia material ini. Oleh itu, Guru perlu datang mengingatkan kita secara berulang kali sehingga kita ingat apa yang telah kita janjikan kepada Tuhan di dalam rahim ibu kita. Mungkin kita tidak ingat dengan otak fizikal tetapi roh kita, keupayaan kebijaksanaan kita akan ingat.”

Meditasi: Bagaimana Ingat akan Sifat Sebenar Kita

“Setiap kali kita beri perhatian penuh dengan sepenuh hati kepada satu perkara, itu meditasi. Sekarang saya beri perhatian kepada Kuasa dalaman, belas kasihan, kasih sayang, sifat berbelas kasihan Tuhan, itu meditasi. Untuk berbuat demikian secara rasmi, kita harus duduk diam-diam di satu sudut dan menjadi diri kita sendiri, itu proses meditasi. Tapi bukan dengan duduk diam-diam di satu sudut kita mendapat sesuatu. Kita perlu berhubung dengan Kuasa dalaman itu dulu dan bermeditasi dengan menggunakan Kuasa dalaman itu. Ini dipanggil penyedaran Diri. Kita mesti menyedarkan Diri sebenar di dalam dan biarkan Dia bermeditasi, bukan otak manusia kita dan pemahaman manusia. Jika tidak, kita akan duduk dan memikirkan seribu perkara dan takkan dapat menahan keghairahan kita. Tetapi apabila kita telah menyedari Diri dalaman sebenar, kuasa Tuhan dalam diri kita akan mengawal segala-galanya. Kita tahu akan meditasi sebenar hanya selepas kita telah menjadi sedar dengan transmisi oleh Guru sebenar. Jika tidak, membazirkan masa saja bergelut dengan badan dan minda kita.”

Apa itu Guru dan mengapa kita memerlukannya?

“Guru ialah orang yang ada kunci untuk kita menjadi Guru... untuk membantu kita menyedari bahawa kita ialah Guru juga dan kita dan Tuhan ialah Satu Entiti. Itu saja... itu satu-satunya peranan Guru.”

 

“Guru ialah mereka yang ingat akan Asal mereka, dan disebabkan oleh kasih sayang, berkongsi pengetahuan ini dengan sesiapa saja yang mencarinya dan tidak menerima bayaran atas kerja mereka. Mereka menawarkan semua masa, wang dan tenaga kepada dunia. Apabila kita telah mencapai peringkat Guru ini, kita bukan sahaja mengetahui Asal kita tetapi juga dapat membantu orang lain mengetahui nilai sebenar mereka. Mereka yang mengikut arah Guru akan segera berada di alam baru, penuh dengan pengetahuan sebenar, kecantikan sebenar dan kebaikan sebenar.”

Inisiasi

“Inisiasi bermakna permulaan hidup baru. Ini bermakna Guru telah menerima kamu sebagai salah satu orang dalam lingkungan Santo. Kamu bukan lagi orang biasa. Kamu telah ditingkatkan, sama seperti apabila kamu mendaftarkan diri untuk universiti, kamu bukan lagi pelajar sekolah menengah. Pada zaman dahulu, mereka memanggilnya sebagai pembaptisan atau pemerolehan perlindungan Guru.

 

Sebenarnya inisiasi hanyalah satu perkataan bagi pembukaan jiwa. Kita penuh dengan banyak jenis halangan tak nampak dan nampak, jadi kononnya inisiasi ialah proses membuka pintu kebijaksanaan dan membiarkannya mengalir di dunia ini, memberkati dunia dan kononnya diri. Tetapi Diri sebenar sentiasa dalam kemegahan dan kebijaksanaan, jadi tidak memerlukan berkat untuk itu.”

Kaedah Quan Yin – meditasi pada Cahaya dalaman dan Bunyi dalaman

Cahaya dalaman, Cahaya Tuhan, ialah Cahaya sama yang dinyatakan dalam perkataan ‘enlightenment’. Bunyi dalaman ialah ‘Word’ dalam Injil: “Pada permulaannya ialah Bunyi, dan Bunyi ialah Tuhan.” Melalui Cahaya dan Bunyi dalamanlah kita mengenali Tuhan.

 

“Jadi sekarang jika kita boleh berhubungan dengan Word atau Arus Bunyi ini, maka kita dapat mengetahui Tuhan di mana atau kita boleh berhubungan dengan Tuhan. Tetapi apakah buktinya kita berhubungan dengan Bunyi ini? Selepas kita berhubungan dengan Getaran dalaman ini, kehidupan kita berubah menjadi lebih baik. Kita mengetahui banyak perkara yang kita tidak tahu sebelumnya. Kita memahami perkara yang kita tidak pernah fikirkan sebelumnya. Kita dapat membuat, menyempurnakan banyak kerja yang kita tidak pernah mimpikan sebelumnya. Kita menjadi semakin kuat sehingga menjadi sangat kuat. Diri kita menjadi lebih berkebolehan dan lebih besar sehingga kita ada di mana-mana saja, sehingga kita menjadi maha wujud, kemudian kita tahu bahawa kita bersatu dengan Tuhan.”

Lima Rukun

Mahaguru Ching Hai menerima orang dari semua latar belakang dan agama untuk inisiasi. Anda tidak perlu mengubah agama atau sistem kepercayaan anda sekarang. Anda tidak akan diminta untuk menyertai mana-mana pertubuhan atau mengambil bahagian dengan sebarang cara yang tidak sesuai dengan gaya hidup anda sekarang. Namun begitu, anda akan diminta supaya menjadi vegan. Komitmen terhadap diet vegan sepanjang hidup ialah prasyarat yang perlu untuk menerima inisiasi.

 

Inisiasi ditawarkan secara percuma. Mengamalkan Kaedah Meditasi Quan Yin setiap hari dan mematuhi Lima Rukun ialah satu-satunya keperluan selepas inisiasi. Rukun ialah garis panduan yang membantu anda tidak memudaratkan diri sendiri atau makhluk hidup yang lain.

 

  • Tidak mengambil nyawa makhluk hidup. Rukun ini mewajibkan amalan diet vegan sepenuh. Tidak makan daging, hasil tenusu, ikan, ayam itik atau telur.
  • Tidak mengatakan apa yang tidak benar.
  • Tidak mengambil apa yang bukan milik anda.
  • Tidak berzina.
  • Tidak mengambil intoksikan. Ini termasuk mengelakkan sebarang jenis racun seperti arak, dadah, tembakau, perjudian, pornografi serta filem atau buku yang berunsur terlalu ganas.

 

* Ini juga termasuk meditasi selama dua jam setengah sehari pada Cahaya dan Bunyi dalaman.

 

Amalan ini akan memperdalam dan memperkukuh pengalaman makrifat awal dan membolehkan anda mencapai peringkat kesedaran tertinggi atau peringkat Buddha akhirnya. Tanpa amalan harian, anda hampir pasti akan lupa akan makrifat anda dan kembali ke peringkat kesedaran yang lebih rendah.

Lebih Banyak Ajaran

Untuk mendapat tahu lebih banyak tentang ajaran Mahaguru Ching Hai, anda dijemput untuk menyaksikan dan membaca sumber di laman sesawang berikut secara percuma.

Bagaimana Hubungi Kami

Jika anda berminat untuk mendapat tahu lebih banyak tentang penerimaan inisiasi daripada Mahaguru Ching Hai ke dalam Kaedah Quan Yin, sila hubungi salah satu pusat meditasi kami yang berdekatan daripada senarai berikut.
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android