Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 2 daripada 12

2021-01-09
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Khabarnya semalam seekor anjing tercedera kerana yang liar itu melarikan diri dari pagar taman besar lalu keluar, kemudian terperangkap dalam perangkap binatang. (Oh!) Nasib baik ia melepaskan diri dan balik ke rumah tetapi cedera parah. (Oh!) Kakinya terperangkap (Oh!) dan cedera parah. Tak tahu bagaimana ia melepaskan diri. Ia beritahu saya bahawa ia guna kuasa ajaib (Wau!) untuk melepaskan diri.

Sekarang saya tiada anjing. Okey? Rindui mereka. Tiada. Khabarnya semalam seekor anjing tercedera kerana yang liar itu melarikan diri dari pagar taman besar lalu keluar, kemudian terperangkap dalam perangkap binatang. (Oh!) Nasib baik ia melepaskan diri dan balik ke rumah tetapi cedera parah. (Oh!) Kakinya terperangkap (Oh!) dan cedera parah. Tak tahu bagaimana ia melepaskan diri. Ia beritahu saya bahawa ia guna kuasa ajaib (Wau!) untuk melepaskan diri. Kerana mana boleh kita melepaskan diri daripada perangkap binatang apabila kaki sudah terperangkap di sana sepenuhnya? (Ya.) Bengkak dan berdarah. Nasib baik ia melepaskan diri dan balik.

Dah tentu, saya menulis kepada orang, beritahu mereka supaya pergi carinya pada malam hari dan siang hari. Mereka jumpainya. Tapi ia sangat takut pada manusia. Ia hanya mempercayai beberapa orang. Ia mempercayai saya tetapi tak mempercayai banyak orang yang lain, orang yang menjaganya pun. Mereka masih ada tabiat takut ini. Jadi orang yang menjaganya pun, tak lama, ia melarikan diri jika mereka memanggilnya atau mendekatinya. (Ya.) Ia terperangkap sekali lagi dalam lubang kecil, sangat susah tetapi nasib baik mereka keluarkannya dan sudah pergi jumpa doktor. Itu apa yang saya dengar. Saya belum lihatnya, dah tentu.

Saya berdoa untuknya, mencarinya dan bercakap dengannya. Ia kata ia berjauhan, kemudian ia kata ia berdekatan, kemudian ia berjauhan semula, ia berdekatan semula. Saya tahu ia telah terperangkap (Oh!) lepas seketika, jadi saya suruh mereka pergi ke merata tempat, lihat sama ada ia terperangkap di antara pagar atau tidak. Tapi ia tak terperangkap di sana. Ia terperangkap di tempat lain, berdekatan. Tapi bukan di antara pagar dan tanah. Saya berfikir mungkin ia mengorek lubang dan keluar. (Ya.) Ia merupakan anjing yang melepaskan diri untuk keluar. Biasanya ia tak buat begitu sebelumnya. Ia sentiasa balik. Ia pergi ke merata tempat ke dalam hutan, sekelilingnya, tetapi tidak keluar. Tapi pada hari itu, mungkin ia temui lubang yang boleh diperbesarnya, koreknya dan keluar, di bawah pagar. Kemudian saya berkata kepadanya, “Itu tabiat, ia perlu pergi, kemudian karma mendesak juga.” Saya kata, “Alasan yang baik.”

Saya tak marah dengannya tapi saya kata, “Aku terlalu malas, tak nak bercakap dengan awak lagi. Jika aku tak jumpa dengan awak lagi, awak tahu mengapa, huh?” Saya berpura-pura naik marah. Saya kata, “Aku marah dengan awak. Awak buat semua orang risau dan aku risau. Tak dapat tidur sepanjang malam, risau tentang awak dan cari awak, risau, kerana aku tahu awak terperangkap di sesuatu tempat.” Tapi dah waktu malam. Sangat sukar nak cari perangkap itu, kita tak dapat masuk, hanya binatang dapat. (Ya.) Tiada jalan atau apa-apa pun. Orang, saudara-saudara kamu takkan dapat lihatnya pada waktu malam. Ada perangkap lain juga, dah pasti. Jika saya hantar mereka pd waktu malam, pergi ke sana sini, mereka sendiri akan terperangkap. (Oh!) Terpijaknya. Dulu ini pernah berlaku.

Seorang penetap ashram, dulu ketika kami di Pingtung, dia tinggalkan kami dan pergi ke sesuatu tempat, merayau ke dalam hutan gunung yang dalam di sana, kemudian terperangkap, kakinya, (Oh!) di dalam sana. Dia tak dapat keluar kerana mereka merantai perangkap pada pokok atau sesuatu, tiada orang yang boleh keluarkannya. Dan ia sangat kuat. Ia adalah untuk memerangkap binatang yang kuat seperti beruang, babi hutan. Jadi mereka perlu buatnya kuat. Tiada orang yang dapat bukanya. (Oh!) Manusia tak dapat buka. (Ya, Guru.) Dengan peralatan khas, dah tentu, mereka perlu buat sesuatu untuk bukanya. Jika tidak, tangan tak dapat. Jadi dia terperangkap dan berbaring di sana. Oh! Saya hantar semua orang pergi carinya. Akhirnya kami jumpainya dan pergi jumpa doktor, dah tentu. (Ya, Guru.)

Jadi meskipun saya tahu tempat ia terperangkap, saya beritahu saudara-saudara, “Ia terperangkap di sesuatu tempat. Mungkin dekat pagar, jadi pergilah lihat di dalam pagar dan di luar pagar juga.” Tapi dah terlalu lewat, mereka tak dapat cari apa-apa pun dan saya tak mahu hantar mereka cari lebih jauh lagi kerana saya khuatir mereka akan terperangkap juga. (Ya, Guru.) Lepas itu, saya tahu, tapi dah terlalu lewat. Jadi pada waktu pagi, saya kata, “Pada waktu pagi, terus cari kerana waktu malam dah terlalu lewat.” Kemudian mereka jumpainya akhirnya. Ia dah bebas. Ia dah bebas dengan kuasa ajaib sendiri, akhirnya. Ia mengambil masa berjam-jam untuk membebaskan diri. Bukanlah kita ada kuasa ajaib dan kita buka dengan begitu saja, bergantunglah.

Dulu ia gunakan kuasa ajaib untuk buka rantai yang kami gunakan untuk merantainya supaya ia tak melarikan diri? Ya. Di Thailand, saya buat begitu kerana ketika saya baru mendapatnya, ia sentiasa melarikan diri dan kembali pada bila-bila saja ia mahu disebabkan oleh anaknya di dalam. Tapi saya khuatir ia keluar, makan sampah. Jadi saya perlu merantainya tetapi di sebelah saya. Maksud saya, di luar pintu supaya ia ada udara segar tetapi kami berada di dalam rumah. Kami dapat lihatnya Kerana sebelumnya kami gunakan relang leher dan tali lembut. Ia gigit semuanya. Ia gigit semuanya dengan serta-merta dan lari. Jadi kami berfikir merantainya sementara kami makan. (Ya.) (Ya, Guru.)

Ia tak suka masuk ke dalam rumah, jadi saya kata, “Okey. Awak berada di luar anjung sini.” Kami ada tali yang sangat panjang, jadi ia ada sedikit kebebasan. Seluruhnya besi tetapi ia gunakan kuasa ajaib untuk bukanya. Ia tak gigitnya, tak dapat, tahu tak, rantai? (Ya.) Mereka gunakannya untuk anjing seperti utk bawanya pergi berjalan-jalan. (Ya.) Bukan yang kasar sangat tetapi cukup kasar. (Ya, Guru.) Orang juga gunakannya untuk mengunci pintu. Ia mungkin sekasar separuh milimeter. Yang lebih kecil untuk saiznya tetapi ia gunakan kuasa ajaib untuk bukanya dan pergi. Ia tak digigit, tak terbuka tetapi buka, dan melarikan diri. Kerana jika ia melarikan diri, ia pergi makan sampah, pergi ke tempat yang kotor, balik dan buat anak anjing jatuh sakit kerana mereka menetek pada dia. Sebab itulah saya tak mahu ia keluar lagi tetapi ia sentiasa buat begitu.

Jadi kali ini ia gunakan segala kekuatan untuk patahkannya dan keluar, dan balik ke rumah. Tetapi wanita yang menjaganya memanggilnya. Saya dengar, saya dilaporkan, saya tak nampak semua ini, dah tentu, saya tiada di sana. Wanita terdengar itu, nampaknya dan memanggilnya tetapi ia melarikan diri daripadanya. Ini ialah orang yang menjaganya tetapi lebih baru daripada seorang lagi. Seorang lagi pun, pada bila-bila mereka datang, mereka tak pergi kepada mereka. Perlu bawa mereka ke dalam bilik dulu dan memasangkan relang. Kemudian memasangkan tali cawak baru boleh pergi. Mereka boleh bawanya keluar.

Ya Tuhan. Anjing betina itu menyebabkan saya sangat sakit kepala, sedih dan risau sepanjang masa. Banyak kali, bukan sepanjang masa tetapi banyak kali. Pada bila-bila ia cuba melepaskan diri dari bilik atau sesuatu, semua anjing beri amaran kepadanya, menyalak di merata tempat, dulu sewaktu mereka tinggal bersama saya pada masa itu. Lama dahulu. Kami tinggal bersama dan jika saya tiada di sana, ia cuba menggigit tingkap dan melompat keluar dan semua anjing menyalak pada dia, memberitahu, “Jangan! Jangan! Jangan!” Kemudian saya terdengar salakan anjing, seperti suatu amaran bahaya. (Wau!) Saya balik, kemudian jenis ekspresi wajahnya, gembira tetapi malu. Macam itu. Saya kata, “Awak! Sekali lagi, huh!” Kemudian saya perlu tutup tingkap dan tinggalkan sangat sedikit udara. Banyak tingkap, jadi kita boleh ada sedikit di sini, sedikit di sana, jadi mereka ada udara segar yang cukup. Kami juga ada penyaman udara di dalam, kipas dan ventilator, semua itu untuk mereka. Jika saya biarnya terbuka seluruhnya dan gunakan udara semula jadi saja, ia akan gigit dan tanggalkan seluruhnya. Tahu tak tingkap kasa dawai? (Ya, Guru.) Ya, dawai. (Ya.) Ia menggigitnya, lubang besar. (Wau!) Itu bukan kali pertama.

Ia memecahkan banyak seperti itu di Thailand. Ia memecahkan seluruh dinding sebelah dalam dan tingkap salah satu bilik stor di mana saya menempatkan mereka. Kerana itu bukan rumah saya. Saya sewanya daripada seorang saudaramu di Thailand, hanya sementara menunggu anjing boleh datang ke Taiwan (Formosa) pada masa itu. Kemudian dah tentu, saya masuk keluar, duduk bersama mereka dan sebagainya tapi tak boleh duduk di sana 24 jam setiap hari. Pada bila-bila saya tiada di sana, ia gigit satu bahagian dinding, kemudian merobohkannya sepenuhnya. (Wau!) Ya Tuhan. Lepas itu, oleh sebab seluruh dinding telah rosak dan saya tak mahu ia terus menggigit lagi, saya khuatir ia akan jatuh sakit disebabkan oleh dinding, simen dan sebagainya, jadi saya perlu bawanya masuk ke dalam rumah, bersama dengan anaknya. Itu bukan rumah saya tapi saya kata saya akan bayar untuk apa-apa saja kerosakan. Saya buat begitu. Ia juga merosakkan tingkap lain dan keluar sekali lagi. Ia boleh buka tingkap, buka pintu, buka mangga. Tapi ia biar saya mendekatinya. Ia sudah biarkan saya selepas satu minggu atau maksimum 10 hari. Ia biarkan saya mendekatinya, beri makan dan mendukungnya ke sana sini di atas bahu saya dan bawanya pergi berjalan-jalan, dengan relang dan tali cawak, dah tentu. (Ya, Guru.) Tapi jika saya tinggalkannya bersendirian, ia akan gigit segala-galanya, rantai, relang, apa-apa saja, dan keluar.

Ia memalukan doktor haiwan di sana. Kerana ketika saya baru mendapatnya di kawasan sampah, dia datang memasangkan relang leher dan rantai pada dia, bawanya keluar ke taman, di taman rumah Thailand itu, dan beritahu saya dgn bangga, “Nampak tak? Kita perlu memperlakukan anjing, cakap dengannya seperti teman wanita!” Saya kata, “Oh, wau! Kamu bercakap dengan anjing? Dan ia rasa macam ia merupakan teman wanita sekarang?” Dia kata, “Ya! Lihatlah dia!” Kemudian whoop! Ia berjalan ke belakang, melepaskan diri daripada relang leher. (Oh!) Ia lari ke belakang, kemudian relang leher tertanggal ke depan. (Ya.) Ia melompat setinggi dua meter dengan kakinya. Jenis pagar ini adalah macam ini. (Ya.) Ada lubang macam ini. (Ya.) Ia masukkan kaki ke dalamnya dan berjalan seperti tangga. (Oh!) (Wau!) Ambil masa satu saat saja, tidak pun, keluar. Doktor itu berdiri di sana. Saya kata, “Huh? Teman wanitamu dah hilang.” Dia tak tahu apa yang nak dikatakan.

Kami perlu cari banyak jenis trik untuk menangkapnya. Kami gunakan alat pemungut daun taman besar yang berlubang, (Ya.) bakul besar, (Ya, Guru.) untuk menangkapnya lalu bawanya ke dalam bilik. Kemudian dah tentu, saya sentiasa berada di dalam rumah tetapi saya tak mahu ia berada di dalam sana kerana ia suka berada di luar, jadi suatu kali saya biarnya berada di dalam dan ia gunakan kuasa ajaib untuk mematahkan rantai dan pergi dari situ dengan begitu saja. (Wau!)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 12
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android