Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 4 daripada 12

2021-01-11
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sebab itulah banyak ramalan menyatakan pada 2012, lebih kurang, itu waktu kita mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini dan badan kita. Tetapi disebabkan oleh kelembutan Syurga, kita masih di sini. (Ya, Guru.) Ya! Tetapi banyak bencana untuk beri amaran kepada manusia. (Ya, Guru.) Tetapi berikan peluang terakhir kepada mereka untuk berubah, bertaubat, mendapat berkat utk semua orang mendapat pembebasan.

Dan jika kamu tinggal bersama di kawasan terlindung, kamu tak perlu risau tentang bagaimana menaiki bas atau kereta, bagaimana berkumpul dan ambil masa berapa lama untuk pergi ke sesuatu tempat. Kerana jika saya perlu... Saya tak perlukan cermin mata sekarang. Saya bersedia untuk buku. Mungkin saya perlukannya. Jadi saya dapat lihat kamu dgn lebih jelas kerana skrin adalah kecil. Mata saya tak sebaik dulu. Saya memang ada ubat titis mata, apa-apa pun yang saya buat, tetapi tak begitu cepat kesannya. Agaknya saya jadi lebih muda setiap hari, itu sebabnya. (Ya, Guru.) Saya akan mencapai umur 71 tahun. Ya Tuhan, saya boleh bersaing dengan Presiden Amerika. Kamu orang Amerika. Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) Bersaing dalam umur. Baiklah. Jadi boleh tak itu? Jawapan soalan kamu. (Ya, Guru. Terima kasih.) Itu jawapan yang panjang. Kerana kamu mengingatkan saya tentang perkara-perkara. Kamu tahu kalendar saya sekarang. Beritahulah saya apa lagi?

(Guru, dlm Berita Wajar Diberi Perhatian, kita lihat “Kajian baru mendapati galaksi di alam semesta muda menjadi matang.” Apakah erti spiritualnya? Mengapakah Tuhan mempercepat pematangan galaksi?)

Mengapa tidak? Mengapa Tuhan tak harus buat begitu? Segalanya berevolusi. (Ya.) Kita tak sentiasa berada dalam situasi yang sama. (Ya, Guru.) Dan berkat pengamal yang baik adalah lebih banyak daripada biasa hari ini. Ya, dan kuasa kuat yang Tim Qo Tu bawa ke bawah sini. Kamu dah lupa ke? (Tidak, Guru.) Kamu dah lupa bahawa Tim Qo Tu telah bawa banyak kuasa spiritual ke bawah sini? (Tidak.) Itu dah tentu mempengaruhi seluruh alam semesta yang kita dapat lihat (Ya.) di sekeliling planet kita. Ada banyak planet sesuai didiami yang lain akan diberkati dan berevolusi juga. Walaupun ia tak dapat dilihat dengan mata kasar, namun orang tetap berevolusi dari segi rohani, malah dari segi fizikal. (Wau!)

Ada berita di sesuatu tempat, mungkin dalam berita kamu bahawa bayi yg dilahirkan dlm abad sebelumnya ada susuk badan yang berbeza. (Ya.) Mereka ada muka yang lebih pendek. Kamu tahu berita itu, kan? (Ya.) Dari mana? Berita Wajar Diberi Perhatian? Dalam berita kita? (Ya.) Okey. Kemudian mereka ada meridian tambahan, urat darah tambahan dll. Ada banyak perubahan lain yang ahli sains belum temui kerana sesetengahnya adalah fizikal tetapi tak sentiasanya fizikal. (Ya, Guru.) Baiklah. Tapi tak sepantas yang saya mahu, dah tentu. Tapi tak apa, ia hanya boleh sepantas keupayaan manusia mencerna dan menerimanya. Kerana badan fizikal manusia bukanlah roh. (Ya, Guru.) Ia ada roh di dalamnya. Roh berkuasa tetapi badan fizikal tidak. Ia tak begitu berkuasa. Jadi berkat pun perlu mengikut dosnya, (Ya, Guru.) kuantiti yang kecil.

Sama seperti sekarang pun... Sama seperti kita makan ubat. Doktor tak menasihati kita makan seluruh botol sekali gus supaya sembuh dengan serta-merta. (Ya, Guru.) Dia suruh kita makan dua, tiga biji pil sehari, (Ya, Guru.) dan dua, tiga kali sehari. (Ya.) Bersama hidangan, selepas hidangan atau bersama ubat pelindung perut. Jika tidak, habislah kita. Badan kita akan lebih banyak dirosakkan daripada disembuhkan. Faham itu? (Ya, Guru.) Sekarang pun, kita temui vaksin COVID-19 tetapi perlu ambilnya dengan dua dos. (Ya.) Buat masa ini, sekurangnya dua dos. Dan dalam tempoh tiga hingga empat minggu. (Ya, Guru.) Bukanlah oleh sebab itu ubat ajaib, “Okey. Mengapa tak suntik sekali gus dalam satu kali dan memastikan kita tak dijangkiti kerana ia kuat dan berkuasa.” Kita tak boleh! (Ya, Guru.)

Jika tidak, Tuhan atau Guru telah lakukannya lama dahulu. Tak perlu tunggu saya! Dan saya akan menikmati Syurga saya, Rumah saya sendiri, Alam Ciptaan saya sendiri bersama kawan karib saya dan sesiapa saja yang cukup tinggi untuk pergi ke sana. (Ya, Guru.) Sekarang adakah soalanmu telah dijawab? (Ya, Guru.) Kita berevolusi, sayang. Sebelum kita dilahirkan, kita begitu kecil macam ini, lagi kurang. (Ya.) Kita semakin membesar, kemudian apabila keluar dari kondominium ibu, kita semakin membesar sehingga begitu besar macam ini. Jadi mana boleh kita tak biarkan alam semesta membesar? (Ya, Guru.) Itu tak adil, kan? (Ya.) Mungkin ini disebabkan kuasa berkat, sangat kuat hari ini. Kerana sekarang ialah waktu pengadilan terakhir. Semua orang tahu akan itu. (Ya, Guru.) Sebab itulah banyak ramalan menyatakan pada 2012, lebih kurang, itu waktu kita mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini dan badan kita. Tetapi disebabkan oleh kelembutan Syurga, kita masih di sini. (Ya, Guru.) Ya! Tetapi banyak bencana untuk beri amaran kepada manusia. (Ya, Guru.) Tetapi berikan peluang terakhir kepada mereka untuk berubah, bertaubat, mendapat berkat utk semua orang mendapat pembebasan.

Tapi alahai! Adakah mereka dengar? Kumpulan orang yang sangat terhad, mengecewakan saya. Mereka semua harus sedar. Begitu banyak berkat, begitu banyak bantuan, begitu banyak pengorbanan. Tetapi manusia ialah bangsa yang sukar untuk berhujah. (Ya, Guru.) Fikiran mereka telah terlalu lama diracuni. Generasi demi generasi. DNA yang sama berulang-alik secara berulangan. (Ya, Guru.) Sentiasa kembali, seperti kelahiran semula. Oleh itu, orang tak begitu senang nak berubah menjadi lebih baik, maksud saya cara hidup yang betul. (Ya, Guru.) Sebelumnya maya memastikan bahawa orang atau makhluk di dunia ini ada racun yang mencukupi pada bila-bila mereka masuk ke dalam badan. (Oh!) Mereka telah diracun sebelum dilahirkan. (Ya Tuhan.) Oleh itu, mereka lupa akan segalanya. Hanya beberapa orang ingat akan hayat silam mereka. Beberapa saja. Mungkin mereka terlupa berikan racun lupa kepadanya. Atau mungkin orang itu ada kuasa psikik yang tertinggal, dapat ingat akan hayat silam. Atau mereka yang beramal dengan baik. Keupayaan mereka ini dibangkitkan. Atau mereka boleh memasuki rehat yang dalam di bawah hipnosis, kemudian mereka ingat, tetapi bukan hayat silam sepanjang banyak abad atau banyak eon seperti Buddha (Ya.) atau sesetengah drpd anak murid-Nya.

Oleh itu, kita tahu bahawa hayat silam wujud. Banyak orang tetap tak percaya, tak faham dan tak dapat memperoleh rekod Akashic untuk baca hayat silam mereka atau hayat silam orang lain. Segalanya ada dalam buku ini. Buku Hidup. Apa soalan lain yang kamu ada?

(Ya, Guru. Baru-baru ini, Guru berkata bahawa beliau risau tentang keselamatannya.) Ya. (Bolehkah Ihôs Kư mengatur lebih banyak pelindung untuk Guru? Adakah ini dibenarkan?) Ya! Tetapi saya menghantar Mereka ke merata tempat untuk melindungi orang. Pertama. Kedua, Mereka tak begitu berkuasa. Mereka berkuasa tapi sampai tahap tertentu saja. (Ya, Guru.) Kerana Dewa Besar Peringkat Keempat pun tak begitu berkuasa. (Ya, Guru.) Baru-baru ini saya beritahu kamu, saya masih ada sikap lembut terhadap syaitan ghairah. (Ya, Guru.) Ihôs Kư tak dapat membawa ini kerana mereka ialah syaitan superior. (Ya, Guru.) Banyak orang, Dewata pelindung Ihôs Kư tak dapat bawa mereka ke bawah. (Oh!) Saya perlu melakukannya. (Wau!) Lebih kurang 40 daripada mereka.

Oleh sebab Mereka tak dapat kendalikan mereka, jadi saya perlu ikat mereka bersama dalam dua kumpulan, beberapa kumpulan dan heret ke sana sini bersama saya. (Wau!) Dah tentu, Dewata Ihôs Kư tak dapat mengendalikan mereka. Kamu perlu tahu bahawa kuasa negatif adalah sekuat kuasa Buddha. (Wau!) Kecuali kuasa kasih sayang, mereka tiada. (Ya.) Kuasa mereka ialah kuasa ‘apa yang kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat’. Sementara itu, mereka menggoda kita untuk buat kita berbuat jahat. Maka mereka boleh mengawal kita selama-lamanya. Kita mati, kita akan lahir semula. Mati sekali lagi, lahir semula, mati sekali lagi, lahir semula. Kemudian berbuat jahat secara berulangan, bertentangan dgn kehendak sendiri pun. (Ya, Guru.) Sebelum beramal, kadangkala kamu tahu bahawa kamu buat sesuatu yang kamu tahu tak betul tetapi tetap melakukannya. Masih ingat? (Ya, Guru.) Mungkin sesetengah daripada kamu atau orang luar. Ya! Ia bertentangan dengan kehendak kamu sendiri. Kamu tahu ia tak betul, tetap melakukannya. Nasib baik bukan kesalahan besar. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Tapi itu hanya suatu contoh.

Syaitan ini, saya perlu uruskan. Saya tak begitu banyak kira bilangannya. Saya hanya beritahu kamu, lebih kurang separuh daripada mereka bertaubat, benar-benar bertaubat dan berlutut di sana. Mereka tiada pilihan. Saya buat mereka. Kerana cara saya ikat mereka, mereka tak dapat berdiri untuk membuat kacau atau menyebabkan lebih banyak kemusnahan. (Ya, Guru.) Separuh daripada mereka, lebih kurang, bertaubat, jadi saya kata, “Baiklah, aku telah janji.” Tapi biasanya saya kata lama dahulu, banyak bulan yang lalu, bahawa sekarang kali terakhir saya mengampuni syaitan, pembuat kacau ini. (Ya, Guru.) Tetapi masih ada sebilangannya yang didesak oleh bos lama mereka, maya, jadi berbuat jahat, memudaratkan orang. Jadi mereka asyik beritahu, “Bukan kami, bukan kami. Kami tak mahu.” Mereka bertaubat, meminta dengan bersungguh-sungguh supaya diampuni. Saya kata, “Baiklah.” Tetapi hanya separuh daripada mereka. Yang selebihnya mungkin terlalu berfikiran celaru, terlalu banyak diracun, terlalu takut atau terlalu banyak karma, tak dapat bertaubat pun. Jika kita ada terlalu banyak karma, kita tak tahu apa itu pun. Apa itu Tuhan atau apa-apa pun. Banyak neraka adalah macam itu. Sebab itulah orang tak dapat berdoa pun. Mereka tak ingat apa-apa pun. Faham? Mereka tak tahu apa itu Tuhan, tak tahu Buddha, tak tahu Nabi Isa, apa-apa pun. Tiada apa-apa pun dalam ingatan mereka tentang apa-apa yang dapat menyelamatkan atau memaafkan mereka. (Ya, Guru.)

Jadi saya minta palindung Ihôs Kư, “OK, sekarang aku dah ikat mereka semua, mereka tak berkuasa. Engkau boleh tolong aku bawa mereka ke Peringkat Keempat.” (Wau!) Tetapi tak dapat. Tak begitu senang. Sekarang, Dewa Besar beritahu saya bahawa Dia tiada nilai yang mencukupi lagi untuk menerima ini. Kerana mereka masih sangat berkuasa. Jika Dewa Besar Peringkat Keempat tiada nilai yang mencukupi, maka ada risiko orang-orang ini tak dapat berubah sepenuhnya. Mungkin mereka berbalik, menentang dan membuat kacau untuk alam Peringkat Keempat. (Oh!) (Ya, Guru.)

Jadi Dewa Besar tak dapat menerima mereka, kumpulan ini, tidak lagi mulai sekarang sehingga Dia memperoleh nilai-Nya semula. Saya telah banyak membantu Mereka tetapi tetap tak cukup. (Ya, Guru.) Kerana Dia hanya dapat membawa begitu banyak seperti yang saya beritahu kamu dengan contoh ubat sebelumnya. (Ya, Guru.) Dia hanya dapat membawa begitu banyak. Baiklah. Ya Tuhan, selama seminggu saya terlalu sibuk memikirkan apa yang nak dibuat. Tapi saya rasa bersimpati dengan mereka, sentiasa berlutut di luar, bersujud di luar. (Oh!) Maksud saya, bukan di luar secara fizikal di sekitar taman saya tetapi mereka adalah macam itu. (Ya, Guru.) Mereka bukanlah dapat dilihat dengan mata jika kita berada di sana. Tetapi mereka ada di sana. Saya rasa bersimpati dengan mereka juga. Dan mereka yang perlu pergi ke neraka dah boleh pergi. Tetapi mereka yang bertaubat, oleh sebab saya telah janjikan Syurga, saya tak boleh tarik balik kata-kata saya. Saya tak nak. (Ya.) Tapi saya terlalu sibuk menguruskan mereka. Ada begitu banyak hal lain yang berlaku di antaranya yang lebih cemas dan lebih patut diberi perhatian (Ya, Guru.) di samping perlu menguruskan rancangan kamu, berikan nasihat, pembetulan dan buat apa-apa saja yang saya buat. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  4 / 12
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android