Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 11 daripada 12

2021-01-18
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita tiada planet B. Okey? Kita ada tetapi tempat lain. Bukan sini. Kita tak dapat gantikan sini. Saya tak mahu berbilion-bilion orang menderita jika sesuatu berlaku kepada planet ini. Sebab itulah saya cuba sedaya upaya.

Bergantung kepada air laut dan mesin. Tak sentiasa selamat, kan? Tapi seluruh bandar itu perlu minum jenis air itu. Mungkin mereka dapat menapisnya dengan peralatan khas, kan? (Ya.) Cawan, jar, jag khas atau sesuatu yang dapat melakukannya. Tapi berapa lama? Mereka perlu mencuci dalam itu, mandi dalam itu. Cuci sayuran dan segalanya dalam jenis air itu. Laut begitu besar tetapi hari ini bukan setiap ruang air laut adalah bersih. Mereka buang kumbahan ke dalamnya, buang sampah ke dalamnya atau ia mengalir ke bawah secara kebetulan, secara semula jadi, dan segala jenis plastik, mikroplastik di dalamnya, kemudian segala jenis benda kotor atau sistem kumbahan, semuanya masuk ke dalam laut kerana ia tiada tempat lain untuk pergi, di sesetengah negara macam itu. (Ya.) Kadangkala taufan atau gempa bumi, pecah, kemudian semua kumbahan masuk ke dalam laut, sungai atau tasik, kemudian kita minum itu. (Oh!) Tak dikitar semula, tak dibersihkan pun. Meskipun air dari kumbahan dibersihkan, mereka kata boleh diminum, namun boleh kamu bayangkan minumnya? (Tidak.) Kita tak tahu, itu paling baik. (Ya.) Jika kita di negara ini dan itu, tahu ini mungkin berlaku, kita cuba berfikir, “Mungkin ia tiada dalam cawan saya. Itu sesuatu tempat yang lain. Mungkin mereka hanya gunakannya untuk mandi. Mungkin mereka tak gunakannya dalam sistem air saya.” Kita bertaruh, berharap, berdoa. (Ya.) Bukan semua orang mampu beli air bertapis. Banyak orang perlu minum itu. Saya berdoa agar mereka tak tahu. Mengapa saya bercakap begitu banyak tentang hal ini?

Memilih kualiti, memilih kelas dan menawarkan yang terbaik kpd orang. Buat sebanyak yang boleh. Ia membantu sesetengah orang, banyak orang (Ya, Guru.) membuka mata mereka, menjadi bermurah hati sesama orang, menjadi bermurah hati terhadap haiwan. Kamu bantu menyelamatkan berjuta-juta, berbilion-bilion ekor haiwan, lama-kelamaan jika tidak dengan segera. Ia membantu. Ada beberapa saluran percuma. Mereka rasa gembira juga. Kerana seorang saudaramu menguruskan itu. Dia sentiasa kata, “Terima kasih, Guru. Kami sentiasa jumpai saluran yang baik, membantu dunia.” Kemudian baru-baru ini saya dapat tahu bahawa sesetengah saluran tak mengenakan bayaran sama sekali. Sama ada saluran internet, televisyen atau kabel. Saya kata, “Tidak, tidak, tidak.”

Saya menulis kepadanya. Seorang saudaramu tahu akannya. Saya suruh kamu menulisnya untuk saya. (Ya, Guru.) Saya kata, “Tidak, tidak. Saya tak ambil wang daripada orang. Kita perlu bayar kerana mereka, pemilik televisyen, kabel, perlu membayar. Adakah mereka begitu kaya?” Mereka kata, “Tidak, tidak. Saya tak tahu sama ada mereka kaya atau tidak. Mereka tak mahu wang kita. Mereka suka kandungan kita. (Oh!) Mereka suka kandungan televisyen kita.” Saya kata, “Mereka seharusnya sukanya. Kita bekerja siang dan malam. Kita mengorbankan masa tidur dan hidangan untuk itu. Kita sudah bekerja sehingga kapasiti manusia yang terbaik. Mereka seharusnya suka akannya. Kita memilih, buat sebaik yang boleh. Jadi mereka sukanya, tak mengejutkan. Tapi kita perlu bayar kerana mereka perlu bayar.” Mereka kata, “Tidak, mereka tak nak ambil wang kita.” Sesetengahnya malah ingin bayar kpd kita untuk menyiarkan televisyen kita.

Saat. Pasti banyak karma hari ini, bukan karma kamu. Karma dunia. Sesetengah hari kurang, sesetengah hari lebih banyak. Mata saya melelehkan air sekali lagi dan mungkin kerana apa yang kita katakan akan mempengaruhi banyak orang, jadi karma sudah datang kepada saya. Saya tiada pelelehan air mata ini sehingga hari ini. Kerana sewaktu saya tak jumpa dgn anak murid, tiada apa-apa yang akan berlaku, (Ya, Guru.) kurang berlaku.

Buat masa ini saya rasa banyak negara belum benarkan orang, seperti Vietnam atau Âu Lạc pun belum membiarkan orang asing masuk ke dalam kecuali atas sebab yang sangat istimewa. Atau orang mereka sendiri datang dari luar negara, kemudian perlu dikuarantin dan diperiksa baru biarkan mereka keluar. Ya Tuhan, pandemik yang begitu teruk. Mereka buat semua orang menjadi banduan. Nampak tak itu? (Ya.) (Ya, Guru.) Ini karma kolektif yang begitu besar. Tapi ia ada kebaikannya. Di Ireland, mereka bebaskan banyak atau mungkin semua banduan kerana mereka tak mahu COVID-19 menjadi suatu kluster di sana. Saya baru nampaknya di sesuatu tempat. Mungkin mereka tak bebaskan mereka ke dalam masyarakat. Itu hanya pengasingan di sesuatu tempat agar mereka tak lebih banyak saling menjangkiti. Itu baik untuk mereka, sekurangnya mereka ada lebih banyak kebebasan dan privasi. (Ya, Guru.)

Mengapa saya bercakap tentang sana? Kita tiada planet B. Okey? Kita ada tetapi tempat lain. Bukan sini. Kita tak dapat gantikan sini. Saya tak mahu berbilion-bilion orang menderita jika sesuatu berlaku kepada planet ini. Sebab itulah saya cuba sedaya upaya. Dan apa yang paling teruk, sesuatu berlaku kepada roh mereka. Kerana, ya Tuhan, ini tugas yang besar, menyelamatkan berbilion-bilion orang dari neraka. Semua karma mereka akan kekal bersama mereka selama-lamanya. Bilangan yang begitu besar, sukar nak campur tangan.

Berhati-hatilah dengan apa yang kamu berikan kpd dunia melalui televisyen. Ia berbaloi dengan pengorbananmu. Saya berterima kasih kpd kamu selama-lamanya. Saya memang berterima kasih kpd kamu. Kamu tahu saya maksudkannya, kan? (Ya, Guru.) (Kami berterima kasih kepada Guru.) (Terima kasih, Guru.) Saya berterima kasih kepada kamu kerana korbankan waktu puncak kamu utk berada di sini dan bekerja bersama saya sebagai sebuah pasukan. Saya juga bererima kasih kepada semua saudara di dunia. Mereka juga mengorbankan masa mereka walaupun mereka ada keluarga dan kerja. Saya berterima kasih kepada kamu semua. Saya maksudkannya. (Terima kasih, Guru.) Saya tak peduli siapa saya. Saya tak peduli siapa kamu. Saya berterima kasih kepada kamu. Dalam kerja ini, kita sama. Faham itu? (Ya, Guru.) Saya hanyalah kawan sepasukan kamu. Kamu faham itu, kawan? Dalam kerja ini, Supreme Master Television, saya kawan kerja kamu. Maksud saya rakan sekerja. Okey? Kita ialah kawan, kawan sepasukan. Kita sebuah pasukan. Itu saja. Sebab itu saya sentiasa menulis untuk ucap terima kasih kpd kamu. (Ya, Guru.) Saya seorang Guru. Itu bidang yang berlainan. Tapi dalam kerja ini, kita bersama seperti sebuah pasukan. Sebab itu saya sentiasa berterima kasih kpd kamu.

Saya berterima kasih kerana bantu dunia. Saya berterima kasih atas pengorbananmu. Saya berterima kasih atas kemahiranmu, atas bakatmu, atas kebaikanmu, atas keikhlasanmu, atas hati baik kamu. Saya berterima kasih kepada kamu. Saya tahu. Kamu tahu, kan? Kamu tahu banyak kali saya ucapkan terima kasih. (Ya, Guru.) Tak sentiasa sama. Saya boleh buat begitu. Saya boleh hanya menulis satu ayat: “Terima kasih atas bakatmu, atas kebaikanmu, atas hatimu.” Kemudian cetaknya untuk semua orang. Tapi saya tulis apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran saya. Rancangan, pasukan yang berlainan.

Saya berterima kasih kepada kamu semua dan seluruh pasukan. Kerana saya menganggap diri saya sebagai kawan sepasukan kamu. (Ya.) Sebagai sama. Kerana kita bekerja untuk impian yang sama. Dengan impian yang sama, arah yang sama dan buat kerja yang sama. Jadi kita sebuah pasukan. Dalam standard manusia, saya hanyalah anggota pasukan kamu. Tapi saya Guru kamu. Berbeza. Kuasa Guru, saya gunakan untuk bantu kamu, dunia dan alam semesta. Itu kerja yang berlainan. Tapi apabila saya membuat kerja yang sama dengan kamu, kita sebuah pasukan. Okey? (Ya, Guru.) Saya mahu kamu menganggap saya macam itu juga, jadi jangan ragu-ragu untuk tanya saya sesuatu atau beritahu saya apa yang salah. Kamu tak pernah buat begitu. Kamu beritahulah saya. Okey?

Terima kasih banyak-banyak. Tapi kamu beritahu saya ini tak... Itu bagus. Kita bekerja macam itu supaya kita boleh sentiasa menjadi lebih baik dan bertambah baik. Saya sudah berkata kepada saudaramu beberapa kali. Saya rasa sekurang-kurangnya tiga kali. Saya kata, “Kita pergi ke tempat kegemaran saya di Pergunungan Himalaya, dan sana, di tepi gerai samosa itu. Kita boleh makan lebih daripada satu atau lebih banyak daripada dua.” Kerana pada masa itu, saya tiada wang yang mencukupi. Saya hanya mampu beli dua, maksimum pada hari itu. Kemudian pada hari lain saya tak mampu. Tapi sekarang rasanya saya mampu. Kamu boleh makan seluruh gerai jika mahu. Kita bergilir-gilir makan seluruh gerai. Sekarang kita semua perlu mengorbankan samosa yang saya begitu banyak iklankan ini. Wanita ini, jika dia masih hidup atau tidak, harus berikan samosa percuma kepada saya atas iklan ini, kan? Kerana dia membuat yang sangat kecil, lebih kurang pergelangan tangan saya, macam ini, samosanya.

Di kedai biasa, mereka buatnya lebih besar, sebesar ini. Tapi jika mereka buat itu lebih besar, ia akan menjadi lebih mahal, maka saya tak mampu beli separuh daripadanya pun. Jadi dia buatnya kecil sangat. Saiz pergelangan tangan saya dan saya hanya mampu beli satu setiap hari kerana saya tak tahu berapa lama saya akan tinggal di sana dan saya dah hampir kehabisan wang kerana berikan derma di mana-mana saja. Tuhan rahmati. Tuhan rahmati agar saya dapat berikan pada masa itu. Bagi saya pada masa itu, apabila saya berikan 10,000 mark Jerman, itu wang yang banyak bagi saya memandangkan saya tiada apa-apa lagi, mungkin tiket pergi balik dan sedikit wang teksi saja.

Itu wang persaraan yang saya keluarkan lebih awal. Kita boleh buat begitu di Eropah. Kita boleh keluarkan wang kita. Saya tak tahu tentang negara lain tetapi di Jerman kita boleh buat begitu. Kita boleh keluarkan wang persaraan kita. Oleh sebab kita bekerja, kita bayar untuk persaraan dan jika kita tak menunggu sehingga kita dah tua atau tak bekerja lagi, kita mahukan wang itu, kita boleh ambilnya. Itu wang persaraan saya. Kerana saya ambilnya dari Jerman saja. Saya tak ambilnya dari Perancis atau tempat-tempat lain di mana dulu saya bekerja. Saya tak rasa begitu, hanya Jerman, saya bekerja di sana. Ini bermakna saya berikan segalanya yang saya ada pada masa itu. Bagi saya itu banyak. Kemudian apabila saya balik, saya ada wang lagi tetapi sangat sedikit, bukan 10,000 macam itu.

Atau mungkin bekas suami saya masukkan wang ke dalam bank tanpa saya tahu selepas atau sebelum saya tinggalkan sana, yang saya tak tahu. Saya nak tutup akaun bank kerana saya berfikir saya tiada wang di dalamnya, buat apa kekalkannya. Mungkin 10 dolar saja dan saya tak mahu kekalkannya di sana. Saya perlu bayar yuran perkhidmatan. Itu apa yang saya fikir. (Ya.) Jadi saya pergi tutupnya, kemudian saya ada mungkin 4,000 Deutsche Mark. Saya tak tahu berapa banyak dolar Amerika hari ini. Tak boleh jauh lebih banyak daripada itu. Lebih kurang. Tak menjadi hal, tak banyak, dan saya perlu beli tiket daripada itu dan saya perlu hidup. Saya perlu beli makanan tetapi saya sangat jimat, hanya capati, mentega kacang dan timun. Itu saja, setiap hari. Dan samosa. Bukan setiap hari juga.

Capati, timun dan mentega kacang saya tahu dah cukup berkhasiat. Saya mendapat tahu bahawa mentega kacang dah cukup berkhasiat bagi saya. Saya berbadan kecil. Dan capati mil penuh, itu seharusnya dah cukup baik bagi saya. Jadi saya makan dengan keperluan makanan minumum untuk hidup. Tapi saya sangat gembira. Sekarang saya berfikir tentangnya, saya paling gembira di sana... ya, pada masa itu, walaupun saya tiada wang yang banyak dan tiada makanan baik yang mencukupi.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  11 / 12
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android