Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kata-kata yang Didedikasikan kepada Umat Kristian, Bahagian 5 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di setiap Peringkat, ada tuhan yang mengawalnya, bukan mengawal tetapi memerintah dan bantu makhluk di domain mereka. Selepas Astral, kita ada Peringkat Sebab Akibat ini, bermaksud ‘sebab dan akibat’. Ada rekod Akashic di sana, jadi kita boleh meninjau hidup semua orang dari lahir hingga mati, malah masa depan – pada bila-bila ia akan berlaku, mereka rekodkannya di sana. Sekarang, kita ada satu lagi di atas Peringkat Sebab Akibat yang dipanggil Brahma. Jadi Dia merupakan Dewa Besar alam Peringkat Ketiga-Nya tetapi Dia juga merupakan Dewa tinggi ketiga-tiga peringkat ini: Peringkat Astral, Sebab Akibat dan Brahma. Oh, Dia sangat berkuasa! Dah tentu.

Di tiga peringkat ini, orang lebih ceria, lebih berkuasa daripada peringkat di mana kita berada sekarang, bermakna peringkat Bumi. Di atas, pada bila-bila anda capai salah satu daripada peringkat ini, anda akan percaya bahawa itu saja, tiada apa-apa lagi yang boleh lebih baik. Sebenarnya, orang yang hidup di dunia ini pun percaya bahawa tiada apa-apa yang lebih baik drpd Bumi, jadi mereka saling berlawan utk mendapat lebih banyak kedudukan, lebih banyak kekayaan, kehidupan yang lebih selesa, lebih banyak kemasyhuran, kerana mereka tak tahu ada peringkat lain yang jauh lebih baik daripada peringkat dunia ini. Tetapi dari Bumi ini ke Peringkat Ketiga – tak banyak orang dapat capai Peringkat Ketiga pun, tetapi jika mereka sampai ke sana, mereka kata, “Oh, ini Tuhan! Ini Syurga tertinggi. Ini Tuhan Yang Maha Berkuasa.” Di atas, mereka tak tahu ada peringkat yang lebih tinggi daripada Peringkat Brahma ini pun. Sebab itulah banyak orang Hindu memuja Brahma dan menjadi Brahmin, bermakna pengikut Brahma, dan memuja Brahma.

Kerana pada masa itu, mungkin guru spiritual yang mengajar orang pada permulaannya – oleh sebab pada zaman dahulu kita tak sentiasa menemui banyak guru spiritual, atau mana-mana guru, jadi sesiapa adanya, dan disebabkan oleh PR, perhubungan awam, mereka berubah – mereka semua mengikut guru yang capai Peringkat Brahma ini dan menjadi Brahmin. Oleh itu, ia menjadi sangat popular pada masa itu, kemudian berterusan hingga sekarang. Apabila anda capai Peringkat Brahma, oh, anda mendapat sangat banyak kuasa! Kemudian malah ada kuasa ajaib juga, pengetahuan yang luas tentang segalanya, malah perubatan dan perjalanan cahaya – buat perjalanan ke alam-alam berlainan dengan hanya badan cahaya. Jadi disebabkan oleh semua kuasa itu, orang begitu percaya kepada Brahma, begitu percaya kepada guru itu. Oleh itu, kita ada Brahma. Semuanya, pada umumnya, kemudiannya mrk panggil agama Hindu dan panggil Tuhan sebagai Brahma.

Tetapi mereka tak tahu, dari dunia ini hingga Peringkat Brahma, betapa hebatnya itu pun, itu kawasan boleh binasa. Jadi ini bermakna mana-mana kawasan di antaranya hingga ke Brahma di atas, tidak wujud selama-lamanya. Ia dibuat daripada benda material untuk tempoh sementara. Tetapi sementara bermakna selama-lamanya juga – masa yg sangat, sangat panjang, bereon-eon. Sebab itulah kita masih di sini, saling berlawan untuk kemasyhuran dan untung. Tetapi dah bertuah bagi sesetengah orang yang tahu akan Brahma, atau alam Sebab Akibat pun, kerana di setiap kawasan ini ada tuhan untuk jaganya. Jadi apabila mereka tahu bahawa ada tuhan yang berkati mereka, bantu mereka, mereka memuja tuhan itu.

Peringkat Astral, anda tak boleh lama berada di sana tetapi ada alam di atas Astral, di antara Astral dan Sebab Akibat, dan juga di antara alam Sebab Akibat dan alam Brahma, ada juga alam di antaranya, peringkat di antaranya. Sesetengah Guru tak dapat bawa anak murid sejauh ke alam Mereka sendiri di atas, apa-apa saja kesedaran tertinggi yang Mereka peroleh, jadi Mereka cipta sesuatu jenis Syurga di antaranya, seperti di atas Astral, di atas Sebab Akibat dan di atas Peringkat Brahma. Sama seperti saya telah cipta domain untuk orang-orang yang berlainan, malah untuk syaitan yang berubah menjadi lemah lembut dan baik serta ingin beramal dan mengenali Tuhan, untuk bertukar. Daripada menjadi syaitan dan memudaratkan orang di Bumi, mereka bertukar dan masuk ke dalam domain sebegini di mana mereka selamat, ada segalanya yang mereka perlukan. Jika mahu, mereka boleh terus beramal, tetapi

sesetengahnya tak dapat naik lebih tinggi disebabkan oleh status mereka, seperti tiada roh manusia. Maka Guru juga tak boleh bawa mereka naik lebih tinggi ke atas tetapi bina tempat untuk mereka tinggal dengan tenang, gembira. Ini, yang dibina khas oleh Guru bermakrifat di antara alam-alam, di antara peringkat-peringkat, adalah berkekalan. Ia tak bersifat fizikal dan berkekalan. Yang berkekalan dalam yang tidak berkekalan. Itu abstrak dan mungkin tidak senang untuk faham tetapi saya hanya jelaskan kepada anda supaya anda tahu mengapa sesetengah gelaran Tuhan berbeza di samping ada istilah-istilah yang berlainan disebabkan oleh bahasa-bahasa yang berlainan.

Ada sesetengah Guru yang capai peringkat tertentu saja, jadi tuhan-tuhan di sana, kita berikan nama, gelaran kepada mereka, macam itu. Tetapi ini tak bermakna itu Tuhan Yang Maha Berkuasa. Namun, jika mereka baik, pemurah, elok, berakhlak mulia dan mematuhi Hukum Alam Semesta, memuja Tuhan, maka mereka akan baik-baik saja juga. Mungkin suatu hari nanti mereka akan menemui Guru bermakrifat yang benar-benar agung, maka Mereka juga akan bawa mereka semakin tinggi ke atas kerana Guru agung sebenar mengajar di mana-mana saja, di mana-mana diminta. Dia akan datang mengajar mereka. Jadi jangan ingat bahawa Guru, selepas makrifat, pulang ke Rumah Bapa dan tidak buat apa-apa pun. Bukan macam itu. Tapi tak mengapa.

Guru tak begitu sibuk kerana Dia dapat buat badan tambahan untuk membuat kerja-kerja yg berlainan, malah badan fizikal tambahan untuk membuat banyak kerja. Badan tambahan itu bolehlah apa-apa saja: boleh seorang presiden, boleh seorang perdana menteri, boleh seorang menteri, malah boleh seorang raja atau ratu kerana Guru tak dapat buat begitu banyak kerja secara fizikal atau dalam badan Astral. Guru sebenar juga boleh ada badan di sana tetapi Diri bermakrifat agung, selepas Nirvana, selepas pulang, tidak semestinya ada satu badan saja. Ia boleh jelmakan badan-badan yang berlainan untuk mengajar orang di peringkat-peringkat yang berlainan. Itu keistimewaan hanya untuk Guru bermakrifat yang paling agung, Guru bermakrifat sepenuh atau Anak Tuhan. Bukan setiap Guru ada keupayaan ini.

Tetapi banyak Guru pulang ke Rumah Mereka seperti Peringkat Kelima. Di atas Peringkat Ketiga, ada satu lagi Peringkat. Di antara Peringkat Ketiga dan Keempat, sesetengah Guru juga mencipta alam di sana untuk makhluk istimewa, pengikut Mereka atau untuk bantu seseorang yang percaya kepada Mereka dan perlukan Mereka untuk bebaskan mereka tapi tak berjumpa dgn Mereka, tak dapat sendiri belajar dengan Mereka. Tetapi jika mereka percaya kpd Mereka, Mereka akan bawa mereka ke sana juga. Peringkat ini adalah benar, berkekalan, tidak seperti peringkat yang sudah wujud atau peringkat fizikal seperti yang ini.

Sesetengah agama seperti Jainisme tidak sebut tentang Tuhan atau mungkin tak banyak sebut tentang Tuhan kerana ia sudah bersatu dengan Tuhan. Seperti Nabi Isa berkata, “Saya dan Bapa saya bersatu.” “Tiada seorang pun yg datang kpd Bapa kecuali melalui saya.” Jadi jika anda memuja Guru itu, contohnya, Nabi Mahavira, maka anda memuja Tuhan. Jadi sama seperti Buddha, sudah bersatu dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Baginda sudah menyedari Sifat Buddha-Nya sendiri, iaitu Sifat Tuhan di dalam. Maka meskipun anda memuja Buddha, anda memuja Tuhan kerana itu jelmaan Tuhan. Walaupun Baginda dlm bentuk manusia, Baginda dah menyedari Yang Sempurna. Oh, kita boleh bercakap selama-lamanya tetapi saya harap ini ialah asas, cukup untuk memuaskan anda tentang “Ada Tuhan atau tiada Tuhan.”

Kebanyakan orang apabila ada seorang Guru bermakrifat agung, mereka memuja Mereka sebagai Tuhan juga. Mereka panggil Mereka sebagai ‘Tuhan’. Biasanya mereka panggil Mereka sebagai Guru juga tetapi mereka juga panggil Mereka sebagai ‘Tuhan saya’ kerana mereka menyamakan Guru dengan Tuhan, kerana Guru ada segala sifat belas kasihan Tuhan, mengikut kepercayaan mereka tentang apa itu Tuhan. Sesetengahnya memang merupakan jelmaan Tuhan juga atau benar-benar sudah bersatu dengan Tuhan. Jadi jika anda ada Guru hidup dan Guru itu sudah bersatu dengan Tuhan, maka anda boleh memuja Guru itu atau memuja Tuhan melalui Guru, tak banyak bezanya.

Sekarang, untuk anda, anda semua dalam agama Kristian, janganlah membeza-bezakan agama anda dan agama Buddha atau agama besar yang lain. Buddha merupakan Pengkhutbah Keamanan. Baginda tak pernah menyokong keganasan. Itu apa yang saya suka. Sama juga dengan agama Kristian tetapi kemudiannya pengikut agama Kristian, Islam atau beberapa agama yang lain menyalahgunakan ajaran Nabi Isa dan wujudkan begitu banyak huru-hara atau pertumpahan darah di dunia ini. Memang tak boleh macam itu. Itu tak harus dibenarkan oleh mana-mana guru.

Photo Caption: Kesusahan ialah Kemenangan Kesabaran!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/7)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-23
2721 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-24
2131 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-25
2188 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-26
2126 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-27
2032 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-28
1889 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-29
1921 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-18
130 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-18
445 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-18
459 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-17
12313 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2025-05-17
464 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-17
1129 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-16
598 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android