Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi semua penganut Buddha, kekal percayalah kepada mana-mana Buddha yang anda percayai. Itu akan membantu anda khususnya pada tempoh dugaan planet ini disebabkan terlalu banyak karma terkumpul – terlalu banyak, terlalu banyak, terlalu banyak. Terlalu banyak makan orang-haiwan, terlalu banyak membunuh orang-haiwan, terlalu banyak peperangan terlalu banyak kesalahan, terlalu banyak penipuan, terlalu banyak ketakikhlasan, terlalu banyak perbuatan berdosa sesama orang terutama terhadap bayi belum lahir dan orang-haiwan. Ini dosa paling teruk yang boleh anda buat.Bertaubatlah dan kembali kepada Ajaran Buddha. Menjadi vegan. Berdamai sesama orang dan bantu orang lain dengan berbuat baik apabila mrk perlukan anda, seperti mangsa bencana, mana-mana jiran yang dalam kesusahan atau sesiapa saja yang perlukan anda. Bantu mereka apabila mereka dalam kesusahan buat sementara waktu. Bantu mereka kerana mungkin anda akan alaminya. Hidup berubah-ubah. Hari ini anda kaya, esok mungkin anda tiada apa-apa pun akibat banjir atau ribut, sebarang jenis bencana yang lain. Anda tahu akannya hari ini, gempa bumi dan sebagainya. Ia musnahkan segala-galanya dalam sekelip mata saja, malah nyawa anda juga. Jadi bersedialah. Sentiasa ingat akan Buddha.Orang Kristian pula, MESTI sentiasa percaya kepada Tuhan dengan sepenuh kekuatan/hati dan jiwa, sentiasa ingat akan Tuhan, sentiasa berdoa kepada Tuhan dan kasihi Nabi Isa, memuji Nabi Isa, ingat akan Baginda juga. Nabi Isa tak pernah mati pada kayu salib. Baginda tak pernah mati. Baginda sentiasa wujud. Cubalah menjadi cukup suci supaya Berkat-Nya, Kurnia-Nya, Ajaran-Nya akan menyinari anda. Mungkin anda dapat menerimanya dengan peratusan yang lebih baik berbanding dengan semasa anda tidak cukup suci. Menjadi suci adalah membantu jiran anda, menyayangi jiran anda dan menyayangi musuh anda juga seperti ajaran-Nya dahulu dan sekarang masih boleh didapati. Nabi Isa masih dekat dengan kita. Buddha Shakyamuni masih dekat dengan kita. Ajaran Mereka masih ada banyak berkat. Nama Mereka, Kurnia Mereka masih dapat diperoleh. Jadi anda bersikap taatlah, ikut Nabi Isa.Usah pedulikan biksu yang tidak terdidik ini. Dia sangat suka bertengkar, sangat agresif. Dia bertengkar dengan semua orang di Âu Lạc (Vietnam), semua orang yang kebetulan bertembung dengan dia. Ada begitu banyak kata-kata di internet tentang bagaimana dia bertengkar dengan orang ini, buat orang itu alami kesusahan dll. Dia bercakap karut, semuanya tentang wang, malah seks.Dia sendiri mengambil kerja pendidik seks profesional. Itu bukan kerja biksu. Buddha tak pernah suruh biksu ajarkan perkara sebegini. Dia malah beritahu biksu dan biksuni dalam perhimpunannya pada masa itu supaya main mainan seks dan seumpamanya, malah mengheret Buddha ke dalamnya dan berkata bhw Buddha benarkan itu. Buddha tak tahu pun apa-apa mainan seks pada masa itu. Jadi dia orang gila.Thích Nhật Từ minta banyak derma daripada penganut, malah cuba menggelapkan semua derma yang diperuntukkan untuk tokong lain, biksu lain, memberitahu penganut supaya berikan semuanya kpd dirinya sendiri, Thích Nhật Từ, sebaliknya. Jenis yang begitu keji!
Thích Nhật Từ asking for donations from philanthropists: Hari ini, saya juga harap semua orang, contohnya, yang ada rancangan untuk menderma di tempat A, B atau C dan telah mengetepikan jumlah tahunan untuk sumbangan ini, maka kamu boleh salurkan semuanya kpd saya. Semuanya akan sama saja.
Mungkin banyak wang derma penganut dihabiskan untuk koleksi mainan seksnya! Itu takkan mengejutkan sesiapa pun! Dia tak layak menjadi biksu sama sekali, hanya penganut Buddha biasa pun tak layak. Penganut Buddha biasa pun lebih suci daripada dia. Jika mereka tak tahu, mereka mengaku bhw mereka tak tahu. Orang ini katakan apa-apa saja. Dia juga kata, “Neraka tidak wujud.” Buddha berkata ia wujud. Buddha malah khutbahkan itu. Jadi dia menafikan kata-kata Buddha tentang Buddha Amitābha. Oh! Itu akan hantar banyak orang ke neraka kerana tidak percaya kepada Buddha Amitābha, tiada pengukuh hidup dalam hidup ini dan hidup selepas mati.Itu dosa amat besar yang dibuatnya, merampas kepercayaan orang yang dengannya mereka jalani kehidupan yang bermoral, kehidupan yang lebih baik, kehidupan beriman yang sangat baik untuk segalanya bagi mereka dari segi psikologi, emosi, rohani. Itu mengukuhkan kehidupan mereka, menjadikan kehidupan mereka stabil dalam sifat baik, standard moral. Dia juga menafikan neraka, jadi ini bermakna semua penganut Buddha boleh buat apa-apa saja yg mereka mahu. Tiada neraka. Mereka boleh buat sebarang jenis dosa. Jadi mungkin dia sendiri buat banyak perkara berdosa yang kita tak tahu pun di balik pintu tertutup. Mungkin suatu hari nanti.Saya tak tahu mengapa orang sebegini wujud dalam hierarki agama Buddha. Majlis sangha Buddha tidak buat apa-apa pun untuk menyingkirkan dia dan benarkan dia terus wujud untuk menyesatkan penganut Buddha. Sekarang dia malah melangkah ke atas agama Kristian untuk mengajar anda bahawa Tuhan tidak wujud. Apa kaitan itu dengan dia? Maklumlah, tiada penghujung kepada pendeta palsu di mana-mana saja, bukan hanya dalam agama Buddha. Ada pendeta palsu di mana-mana saja. Mereka sudah menjadi terkenal dengan perhubungan awam yang baik atau mulut besar mereka. Kemudian lepas orang percaya kpd dia, dia teruskan dan boleh katakan apa-apa saja. Ada agak banyak orang macam itu di Âu Lạc (Vietnam), Thailand dan negara-negara lain juga, banyak orang yang mungkin kita tak tahu.Tetapi sama juga, dalam agama Kristian, kita juga ada banyak paderi yang hanya wujud untuk wang dan mendera wanita, lelaki dan kanak-kanak macam itu. Banyak daripada mereka, anda dah tahu. Anda boleh baca dokumen dan surat khabar. Ia masih berterusan. Paus tertinggi anda malah menentang Nabi Isa. Dia kata Nabi Isa ialah pagan. Dia malah berkata Tuhan ialah orang yang gagal dan banyak perkara lain yg dikatakannya. Apabila sakit pun, dia pergi jumpa ahli sihir. Dia tidak pergi jumpa doktor. Dia sendiri yang katakan itu. Dia biarkan semua pedofil bebas merayau ke sana sini supaya mereka boleh terus memperkosa kanak-kanak. Jadi tolonglah, dalam setiap kononnya agama, terdapat kes yang berleluasa, banyak daripada jenis paderi palsu, paderi yang memudaratkan, paderi jahat ini, malah biarawan dan biarawati. Ada biarawati yang malah menjual anak yatim untuk membuat duit. Jadi tak perlu pergi menentang agama Buddha hanya disebabkan biksu ini. Dia hanyalah tidak terdidik. Dia hanyalah, saya perlu kata, mungkin jahat. Mungkin dia bekerja untuk maya, anda boleh tahu.Pada jenis tempoh hidup kita di Bumi ini, Buddha telah ramalkan bahawa akan ada banyak biksu palsu yang memakai jubah biksu berwarna-warni dan/atau bercakap secara bertentangan dgn ajaran Buddha disebabkan maya, syaitan – iblis, anda panggilnya, dalam agama Kristian – akan berpakaian seperti biksu dengan jenis-jenis penyamaran yang berlainan untuk hancurkan agama Buddha.Kerana pada masa ini, Buddha sudah lama di Nirvana. Jarang sesiapa benar-benar memahami maksud ajaran Buddha yang mendalam kerana ajaran Buddha adalah luas. Baginda hidup lama, hingga usia lebih 80 Baginda berkhutbah selama ini dan begitu banyak perkara yang diberitahu-Nya tiada orang lain yang akan beritahu kita. Buddha lain juga ada ajaran yang sangat baik, cuma rekodnya telah hilang. Tetapi Buddha Shakyamuni ada anak murid baik yang merekodkan setiap perincian kecil ajaran dan gaya hidup-Nya ketika Buddha masih hidup.Kita perlu berterima kasih kepada biksu agung dan pengganti Buddha itu, salah satu daripada 10 orang pengganti. Namanya Ānanda. Beliau merekodkan segala-galanya, malah pandangan spiritual yg mendalam dan segalanya yg diajarkan oleh Buddha kerana Beliau ialah pembantu Buddha – kebanyakan masanya di sisi Buddha, sepanjang masa semasa perhimpunan biksu dan perhimpunan penganut biasa apabila Buddha memberi khutbah, hampir setiap hari. Jadi penganut Buddha ada khazanah ajaran yang besar, dan Buddha menyebut tentang Tuhan. Buddha menyebut tentang banyak dewa kecil juga: dewa 33 Syurga, dewa Syurga ini dan itu. Baginda malah menyebut tentang nama-nama Syurga seperti Syurga Tushita, Syurga Barat, Syurga Buddha Perubatan, misalnya macam itu.Buddha juga berkata bahawa ada Tuhan, cuma Baginda tidak sebut perkataan ‘Tuhan’. Seseorang tanya Baginda, “Ada Tuhan atau tidak?” Barangkali pada zaman dahulu, itu cara mereka mengungkapkannya dan cara Buddha tahu akan orang-orang ini yang buat Tuhan menjadi sesuatu yang tidak betul. Mereka gambarkan Tuhan dengan pemahaman manusia, jadi tidak betul sama sekali kerana mereka jahil. Mereka tak benr-benar tahu apa maksud Tuhan. Kita pasti ada Tuhan. Jika tidak, kita datang dari mana? Dah tentu, Buddha juga sebut bahawa kita perlu bergantung pada diri sendiri. Kita ada Sifat Buddha di dalam. Dari mana kita mendapat Sifat Buddha itu? Dalam agama Kristian, kita kata, “Tuhan bersemayam di dalam dirimu.” Jadi dua terminologi yang berbeza ini, ‘Sifat Buddha’ atau ‘Tuhan bersemayam di dalam dirimu’ merujuk kepada benda yang sama, cuma terminologi yang berbeza disebabkan oleh negara yang berbeza.Photo Caption: Salji Pun Lebih Bebas di dalam Hutan