Excerpt from “THE MARTYRDOM OF SIKH GURUS” at WeSikhs.com: Kisah Guru Arjan Dev Ji (vegetarian), Guru Sikh kelima, ialah kisah kekuatan mendalam apabila menghadapi kesakitan tak terbayangkan. Beliau seorang lelaki yang damai, terkenal dengan hati yang lembut dan visi masyarakat yang harmoni. […] Tetapi dunia di sekeliling-Nya penuh dengan permusuhan dan sikap tak bertoleransi. Pengaruh Sikhisme yang semakin meluas mengganggu Maharaja Jahangir Empayar Mughal yang anggap perpaduan komuniti ini sebagai ancaman kpd pemerintahannya. Dengan dedikasi-Nya yang tidak goyah kepada kebenaran, Guru Arjan Dev Ji enggan tunduk kepada tuntutan Jahangir. Keberanian-Nya untuk berpegang pada kepercayaan-Nya telah mendatangkan akibat tak tertahan. Apabila Guru Arjan Dev Ji ditangkap dan dibawa ke Lahore, Beliau alami penderitaan yang menyeksakan selama berhari-hari. Penangkap-Nya memaksa Beliau duduk di atas plat besi yang panas membara sementara pasir yang panas melecur dituang ke atas badan-Nya. Kesakitan tak tertahan ini tidak dapat dibayangkan. Namun, di tengah-tengah penderitaan itu, Guru Arjan Dev Ji duduk bermeditasi, melafazkan ‘Tera bhana meetha lage’ – ‘Kehendak-Mu manis bagi aku, ya Tuhan.’ Walaupun badan-Nya terbakar, jiwa-Nya kekal tidak terpengaruh oleh kebencian atau rasa dendam. […]Pada zaman Maharaja Aurangzeb, […] atas bangkit menentang kezaliman, Guru Tegh Bahadur Ji (vegetarian) ditangkap dan dibawa ke Delhi. Teman-teman taat-Nya diseksa dan dibunuh di depan mata-Nya – Bhai Mati Das (vegetarian) digergaji dua, Bhai Sati Das (vegetarian) dibalut dengan kapas dan dibakar, dan Bhai Dayala Ji (vegetarian) direbus hidup-hidup. Namun, Guru Tegh Bahadur Ji tetap tidak goyah. Hati-Nya penuh dengan kasih sayang terhadap umat manusia. Pada 24 November 1675, di pasar Chandni Chowk yang sibuk, Guru Tegh Bahadur Ji dipancung kepala. […] Dan lain-lain…
Sama seperti hari ini, penganut Kristian pun ditindas, malah sampai mati, di negara-negara yang berlainan. Percaya atau tidak. Sekarang abad ke-21, mereka masih perlakukan sesetengah penganut dengan kejam sekali. Biarkanlah mereka saja, ya Tuhan. Hanya kerana mereka tidak berkhutbah sebagaimana yang anda mahu mereka khutbahkan, ini tak bermakna apa yg mereka khutbahkan tidak benar. Tetapi sentiasa ada sesuatu. Setiasa ada perbuatan manusia. Sangat menyedihkan mendengarnya hari ini pun. Banyak orang Kristian ditindas, malah sampai mati kerana mereka orang Kristian.Sesetengah Muslim juga ditindas kerana mereka Muslim. Ada sesetengah Muslim yang berbuat jahat seperti keganasan, jadi itu merosakkan reputasi semua Muslim. Banyak paderi Kristian pula mendera penganut termasuk kanak-kanak, malah bayi. Itu buat orang berasa jijik terhadap mereka, kemudian menentang agama Kristian secara keseluruhannya.Ini kejadian yang sangat menyedihkan. Segalanya menjadi dahsyat dan ganas disebabkan kejahilan. Sama seperti biksu Thích Nhật Từ ini, mengatakan perkara sebegini tentang agama Kristian seperti tiada Tuhan. Itu masih perkara kecil tetapi jika ia berterusan dan jika banyak orang percayai dia, kemudian terus mengganggu orang Kristian, maka mungkin meletus menjadi ketegangan yang lebih besar, ketegangan yang lebih tinggi, kemudian mungkin ada peperangan antara penganut Kristian dan Buddha. Macam itulah. Itu sentiasa bagaimana ia berlaku mula-mulanya. Antara orang Kristian pun ada peperangan sesama mereka juga, apalagi antara kononnya agama-agama yang berlainan, seperti di Ireland lama dahulu, misalnya macam itu.Excerpt from “Protestants vs Catholics In Northern Ireland: The 100 Year War” IRA Terrorism Documentary by Witness - May 17, 2024: Antara 1968 dan 1998, konflik sebangsa menyebabkan lebih 3,500 orang mati. Di Jalan Ormeau di Belfast, tentera tak dapat memisahkan orang Protestan dan Katolik. Kumpulan separa tentera melakukan serangan dan pembunuhan. Pada 1998, Perjanjian Good Friday menamatkan perang saudara ini tetapi ada persetujuan dan akhirnya ada gencatan senjata.
Jadi apa yang kita nak buat? Saya cadangkan agar apa-apa yg anda percayai jika anda rasa itu agama anda, baik, anda percayainya, kekalkannya dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa tetapi jangan ganggu agama lain dan mengkritik kepercayaan mereka kecuali apabila mereka berbuat jahat seperti memperkosa kanak-kanak, contohnya. Tapi apa yang mengejutkan, dosa yang begitu dahsyat dan pelanggar undang-undang, pedofil, contohnya, hampir tidak dihukum. Sekarang masih tidak.Bukanlah agama yang menimbulkan kesusahan. Sesetengah orang berkedudukan yang jahil tentang agama itulah yang akan menimbulkan kesusahan disebabkan oleh keagresifan, perbuatan jahat, sifat cepat marah, personaliti buruk atau kebodohan mereka sangat tidak terdidik dalam kepercayaan agama sendiri, atau dalam kes yang paling teruk, orang dirasuk syaitan yang menimbulkan kesusahan antara agama atau malah antara orang dalam agama mereka sendiri. Itu masalahnya. Jadi maafkanlah dia, lupakannya saja. Atau jika dia timbulkan kesusahan yang lebih besar, maka anda perlu buat sesuatu mengikut undang-undang. Jika tidak, jangan mengutuk agama Buddha, jangan benci penganut Buddha yang lain hanya disebabkan biksu dirasuk syaitan yang mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan umat anda, kepercayaan anda ini.Anda berhak untuk rasa tersinggung tetapi janganlah menyalahkan agama kerana agama Buddha sentiasa sangat damai, kebanyakannya damai kecuali biksu atau biksuni perseorangan yang berbuat jahat dan mencela agama besar seperti agama Buddha. Pembezaan antara agama oleh penganut juga beri pengaruh yang besar kepada bagaimana agama boleh lenyap, bertahan, maju atau merosot.Hari ini pun, ada seorang pembuat filem besar. Saya telah lupa namanya. Saya tahu akannya, cuma tiba-tiba terlupa sekarang. Dialah orang yang membuat ‘Konspirasi terhadap Lembu’. Baru-baru ini, kami juga memperkenalkan filem terbaharunya, dokumentari yg berjudul ‘Konspirasi terhadap Christ’ ini. Dia pernah menemu ramah saya satu kali Dulu saya di Taiwan (Formosa). Taiwan (Formosa) sebuah negara yang indah. Mereka malah ada gunung tinggi dan lembah rendah. Di pergunungan tinggi, kita tinggal di sana, malah nampak salji menutupi, melitupi seluruh gunung – Alishan, sangat indah di merata tempat. Walaupun itu negara kecil, namun dari utara ke selatan, cuaca-cuaca yang berlainan, memang memukau. Pembuat filem dokumentari ini ialah pembuat filem bersama. Seorang lagi ialah En. Kuhn – saya rasa Keegan Kuhn. Saya beri mereka berdua Anugerah Dunia Gemilang untuk pembuatan filem baik yang pengaruhi banyak orang, mungkin buat mereka berfikir baik-baik sebelum masukkan daging orang-haiwan yang berdarah itu ke dalam mulut lagi. Saya amat berterima kasih kpd mereka.Sekarang, bukan En. Kuhn, seorang lagi itu, pembuat filem bersama, tanya saya beragama apa. Saya rasa sangat terkejut kerana saya berfikir dia bermeditasi – itu apa yang mereka katakan – bermeditasi dan tahu banyak tentang agama. Jadi saya berfikir dia tahu jauh lebih banyak daripada itu saja. Dia tanya saya, “Kamu beragama apa?” Saya tidak jawab kerana saya tak tahu apa yang nak dikatakan kpd dia. Tetapi dia harus tahu sekarang bahawa saya menyokong semua agama yang baik, bukan dengan namanya tetapi dengan penganut yang mengikut agama itu. Haruskah saya lepaskan semua agama yang lain untuk membesar-besarkan pendapat saya sendiri hanya untuk satu pilihan, mungkin pilihannya?Excerpt from an Interview with Supreme Master Ching Hai (vegan) by Kip Andersen (vegan) - March 29, 2018, Kip Andersen: Ini memang membanggakan. Dah 10 tahun saya menjadi vegan. Apabila saya menjadi vegan, itu 6 tahun sebelum ‘Konspirasi terhadap Lembu’. Banyak daripada ‘Konspirasi terhadap Lembu’ diilhamkan oleh buku Guru yang saya temui. Guru mainkan peranan penting dalam ‘Konspirasi terhadap Lembu’, jadi terima kasih banyak-banyak.Supreme Master Ching Hai: Sangat berbesar hati menjadi itu.Kip Andersen: Kami akan mula tanya beberapa soalan. […] Apakah agama yang Guru kata Guru ikut? […]Supreme Master Ching Hai: Sebenarnya semua agama ajarkan perkara yang serupa. Dalam Injil pun, ia nyatakan, “Jangan kamu bergaul dengan pemakan daging dan peminum arak.” Tetapi lihatlah, kita ada ikut atau tidak? Dalam agama Buddha, hampir sama macam itu juga. Agama Buddha ada Lima Rukun termasuk semua itu, “Jangan makan daging” dan sebagainya. Buddha kata, ‘Jika kamu makan daging, kamu bukan anak murid saya. Injil nyatakan begitu juga, “Jangan kamu bergaul dengan pemakan daging dan peminum arak.” Jadi saya tak faham mengapa orang tak baca itu.Kip Andersen: Apakah agama yang Guru ikut?Supreme Master Ching Hai: Pada asalnya, saya ikut ibu bapa saya, Katolikisme dan agama Buddha tetapi saya tidak maksudkan saya hanya penganut Buddha atau hanya penganut Katolik kerana dari kecil hingga dewasa, saya kaji doktrin-doktrin agama perbandingan yang berlainan dan mendapati bahawa Gurunya ajarkan perkara yang sama. Mereka katakan bahasa yang sama, cuma kita telah banyak salah faham atau tak nak banyak memahaminya. Jadi saya bukan penganut Buddha, bukan penganut Katolik, bukan Muslim, bukan orang Jain. Saya hormati semuanya, memahami semuanya dan benar-benar merupakan pengikut semua agama baik di dunia, yang berbelas kasihan. […]
Jika anda berbuat baik, damai, bantu makhluk lain dan percaya kepada agama, Santo atau Tuhan anda, maka saya ialah agama itu, bukan namanya. Jadi sangat sukar bagi saya beritahu dia.Saya hanya beritahu anda bahawa hari ini pun, ada begitu banyak maklumat tentang agama-agama yang berlainan tetapi orang masih membuat sempadan antara agama-agama besar dan masih menindas penganutnya di negara-negara yang berlainan dengan cara-cara yang berlainan! Oh, betapa menyedihkan! Jika anda orang Kristian, oh, mungkin anda alami kesusahan besar atau bahaya yang bawa maut. Jika anda menganuti agama Buddha, mungkin anda alami masalah yang sama. Jika anda Muslim, mungkin anda alami masalah yang sama dll.Media Report from Firstpost - June 28, 2023: India telah memanggil seorang diplomat tertinggi Pakistan. Isu yang dibincangkan ialah keselamatan komuniti Sikh. Ia menuntut siasatan terhadap serangan ke atas mereka. India menuntut siasatan. Ia juga cuba dapatkan laporan siasatan daripada Pakistan kerana trend di Pakistan mencemaskan. Sejak tiga bulan lalu, lima orang Sikh telah dibunuh.Media Report from South China Morning Post – Jan. 17 , 2019: Satu daripada setiap tiga orang Kristian di Asia alami penindasan “tahap tinggi”. Itu menurut laporan baharu oleh kumpulan sokongan Kristian yang berpusat di UK, Open Doors.Media Report from CBN News – Jan. 21 , 2024 Open Doors US baru mengeluarkan Senarai Pemerhatian Dunia tahunannya dan trend penindasan global adalah mencemaskan. Serangan ganas terhadap orang Kristian dan gereja mereka telah meningkat secara mendadak terutama di Afrika Sub-Sahara.Media Report from Vox – Sept. 25 , 2017: Apa yang buat Myanmar menjadi contoh buku teks [penyingkiran etnik] ialah tentera melancarkan serangan ke atas orang Rohingya – minoriti Muslim di negara majoriti penganut Buddha. Taktik ganas telah memaksa berpuluh-puluh ribu orang Rohingya lari dari rumah mereka. Sementara banyak orang lari ke Malaysia dan Thailand, kebanyakannya pergi ke Bangladesh. Gelombang keganasan baru-baru ini adalah yang terkini dalam pola diskriminasi yang telah bermula lebih 50 tahun dahulu.Media Report from Al Jazeera – Oct. 2 , 2012: Sebuah tokong Buddha yang berusia 250 tahun hangus terbakar dalam masa beberapa minit saja. Sogoton Barua berkata bahawa dia tak dapat buat apa-apa untuk halang sekumpulan Muslim yang marah daripada memusnahkannya.Dan lain-lain…
Hari ini, kita ada begitu banyak maklumat. Orang masih tidak memahami inti pati semua agama, apa matlamatnya, apa yang ditunjukkan oleh semua agama. Ini sangat menyedihkan bagi saya kadangkala, mengecewakan.Photo Caption: Bukan Sahaja Cantik, Juga Dapat Bantu Makhluk Lain