Petikan daripada: ‘Biksu Berkata Tuhan Tidak Wujud dan Menghadapi Tindak Balas yang Pertahankan Agama Katolik Protestan’ (Dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam)) “Buddha telah buatnya jelas sekali: Tuhan tak pernah wujud, dewa-dewi tak pernah wujud. Manusia ialah tuan dan merupakan makhluk yang paling penting di Bumi ini. Hanya dalam bentuk manusia seseorang dapat menjadi Santo, mendapat makrifat dan capai pembebasan.”Petikan daripada ‘KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN (BAHAGIAN 2)’ oleh snackpo – 30 Apr. 2012 : Orang telah mencipta imej Tuhan dengan tiga sifat: Maha Berkuasa, Maha Pemurah dan Maha Mengetahui. Tetapi jika kita menganalisisnya, kita akan lihat bahawa ia langsung tiada sifat sebenar. Tuhan tak berupaya sepenuhnya ke atas kod genetik-Nya sendiri. Oleh itu, apa yang dipanggil sifat Maha Pemurah Tuhan hanyalah teori yang tidak praktikal, tidak benar.Petikan daripada ‘Kebenaran tentang Asal TUHAN dan DEWA-DEWI di Vietnam | Thích Nhật Từ’ oleh Pháp thoại Khai Ngộ - 10 September 2017 : Oleh itu, sifat Maha Berkuasa, Maha Pemurah dan Maha Mengetahui yang pengasas agama katakan Tuhan ada tidak benar-benar wujud. Bagi dewa-dewi, mereka lagi kurang berkemungkinan miliki kuasa sebegini, jadi memuja mereka adalah sia-sia saja dan tidak perlu.
Sesetengah orang menulis di internet untuk membantah. Saya bersetuju dengan anda semua dan bersetuju dengan penulis bantahan. Tapi lupakanlah dia. Dia tidak wajar mendapat perhatian anda Dia menentang semua orang kecuali bicara wang, mainan seks dan pergaduhan. Orang biasa yang miskin, rendah saja pun akan mendakwa dia. Segalanya ada di internet! Sejak dia memakai jubah biksu itu!Untuk lihat/berhubung dengan Tuhan, seseorang mesti berada di peringkat spiritual minimum tertentu. Terlalu rendah macam dia, Thích Nhật Từ sekrg, tak berpeluang!!! Sebab itulah dia tak pedulikan segala Balasan Ajaib kepada Penganut Kristian dan Buddha daripada Tuhan, Syurga, Buddha/Dewa-dewi dan Malaikat. Itu kisah sebenar yang disaksikan dan dialami oleh banyak orang di seluruh dunia sejak zaman dahulukala! Apa yang dikatakannya ialah bukti yang sangat jelas kepada statusnya yang tidak terdidik dan jahil! Itu ialah asas kerana dia tiada visi dalaman atau hubungan dengan sebarang hubungan suci! Dalam agamanya sendiri, dia tak belajar dgn secukupnya, tidak faham. Kepercayaan ialah punca segala pahala. Dia tiada itu pun. Buat apa dan dengan apa dia harus menjadi biksu dalam agama Buddha?????? Sebab itulah orang kata jubah tidak membuat biksu. Dia cakap macam dia tak tahu apa pun tentang Alam Sebenar dalaman suci.Dia belum menemui Sifat Buddhanya. Tidak sedikit pun berhubung dengan Sifat Buddhanya sendiri atau dengan Buddha ternaik yang sudah sedar. Kesiannya! Jadi dia ada Kesedaran Diri sifar. Maksimum dia hanyalah badan kosong. Apa yang paling teruk, dia menyesatkan orang, pasti mengheret mereka ke neraka dan dia akan bertanggungjawab jika kononnya ‘peperangan’ meletus antara penganut Kristian dan Buddha. Biar kita harap tidak. Kerana itu bagaimana peperangan bermula drpd perkara kecil dan itu bagaimana banyak orang menjadi martir, kerana ada biksu palsu yang begitu hina seperti dia, Thích Nhật Từ. Saya harap saya tak perlu lihat nama bermasalah sebegini di mana-mana lagi. Dia memalukan Sangha Mulia Buddha tetapi kerajaan yang bijak pun biarkan orang yang begitu anti-IQ mewakili Mereka! Buddha Amitābha! Amituofo! A Di Đà Phật! Berdoa kepada Tuhan agar kita tidak perlu buang masa yang berharga untuk tong sampahnya lagi!!! Amin.Dia kata banyak benda tidak wujud termasuk dalam agamanya sendiri. Tertanya-tanya sama ada dia tahu akan mana-mana agama?! Dah begitu tua seperti dia, masih tidak belajar? Dalam agama Buddha, dia kata Buddha Amitābha tidak wujud. Saya tak tahu mengapa dia katakan perkara sebegini kerana Buddha Shakyamuni sendirilah yang memperkenalkan Buddha Amitābha kepada kita, umat manusia. Oleh sebab Buddha Amitābha ada Cahaya tak terhad, jadi Cahaya-Nya dapat sinari mana-mana saja untuk menyelamatkan makhluk hidup, sesiapa saja yg panggil Dia supaya bantu Dia salah seorang Buddha yang paling terkenal dlm agama Buddha. Kebanyakan orang yang tahu akan agama Buddha atau percaya kepada Buddha tahu akan Buddha Amitābha. Sebenarnya di Jepun dan tempat lain, malah terdapat mazhab yang didedikasikan kepada Dia sepenuhnya.Di Âu Lạc (Vietnam), China dan Taiwan (Formosa), kebanyakan penganut Buddha, apabila buka mulut, bercakap dengan kita, untuk berkati kita, mereka kata, “Buddha Amitābha.” Atau apabila mereka menyapa kita, mereka kata, “Buddha Amitābha. Apa khabar?” Misalnya macam itu. Atau apabila ucapkan selamat tinggal kepada kita, mereka juga kata, “Buddha Amitābha.” Atau apabila dah habis mengatakan sesuatu, mereka sentiasa kata, “Buddha Amitābha.” Penganut Buddha buat begitu meskipun orang itu mengikut doktrin Buddha yang lain dan tidak mengikut Buddha Syurga Barat ini.Buddha ini, Buddha Amitābha, ada alam sendiri yang dengannya Dia menyelamatkan sangat banyak makhluk hidup yang percaya kepada Dia dan ingin pergi tinggal di Syurga Buddha-Nya. Saya sendiri tahu akan itu, maksud saya di alam spiritual. Orang percaya kepada Buddha Amitābha kerana banyak daripada mereka panggil Dia, melafazkan nama-Nya dengan ikhlas dan sentiasa boleh pergi ke sana, maksud saya malah ketika masih hidup, jadi orang sangat percaya kepada Buddha Amitābha tetapi dia (Thích Nhật Từ) menafikannya Ini bermakna dia juga menafikan Guru Asalnya. Kami panggil Buddha Shakyamuni sebagai Bổn Sư dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), bermaksud ‘Guru Asal’ kerana Baginda Satu-satunya Orang. Baginda ialah orang pertama yang memperkenalkan kepada dunia semua doktrin ini yang kemudiannya kita panggil sebagai agama Buddha.Dia (Thích Nhật Từ) malah menafikan neraka. Saya harap dia tak perlu pergi ke sana untuk sendiri mengesahkannya.Dalam banyak kitab, Buddha Shakyamuni bercakap tentang Syurga-syurga yang berlainan di mana dulu Baginda diami, malah sebagai Raja Pemutar Roda Dharma, dan seperti Syurga Tushita di mana Baginda lawat dan khutbahkan Dharma kepada Ibu-Nya selepas Beliau naik ke atas sana. Apakah yang dipelajari oleh Thích Nhật Từ ini, dan dari mana? Apa yang dibuatnya selama ini? Tetapi segalanya yang dikatakannya – Buddha Amitābha tidak wujud, neraka tidak wujud – akan bawa dia ke sana. Saya boleh jamin itu kepada anda. Jadi jangan ambil bahagian dalam karma nerakanya dengan bertikai dengan dia. Saya cuma perlu. Saya tak nak sebut namanya pun tetapi saya perlu untuk mengingatkan orang Kristian supaya berada dalam Rahmat Tuhan, Kasih Sayang Nabi Isa dan bantu umat Buddha supaya tidak menyimpang drpd agama Buddha, kepercayaan kepada Buddha Amitābha. Oleh sebab Buddha Amitābha ada pertalian yang rapat dgn umat manusia, jadi Dia dapat bantu mereka.Saya harap lebih byk penganut Buddha ada kepercayaan yang lebih teguh kepada Buddha Amitābha, melafazkan nama-Nya, memuja Dia dan minta Dia bawa mereka ke Alam Buddha-Nya. Kita panggilnya Syurga Barat kerana ia di sebelah barat planet kita. Maksud saya, dari pandangan planet kita, ia di sebelah barat. Ini tak bermakna semua Buddha di sebelah lain tidak baik. Bukan itu. Cuma kerana Buddha Shakyamuni memperkenalkan Buddha Amitābha kepada kita dan Dia ada Cahaya yang sangat besar, tak terhingga. Dia boleh memancarkannya ke setiap sudut gelap di mana-mana saja di Alam Semesta dan bantu semua makhluk hidup yang memanggil Dia. Banyak orang, selama ini, penganut Buddha yang melafazkan nama-Nya telah diselamatkan, tidak kira dalam situasi apa. Kita telah alami dan tahu akan hakikat itu. Dia lebih dekat dengan afiniti manusia, jadi macam itulah.Setiap Buddha ada banyak Kuasa tetapi saya perlu kata sesetengahnya ada lebih byk Kuasa, sesetengahnya kurang. Ini bergantung kepada Sumpah dan Misi Mereka. Jadi tak mengapa. Jika anda percaya kepada Buddha lain, teruskanlah. Teruskanlah kerana anda telah curahkan masa dan kepercayaan kepada Dia. Jadi teruskanlah dengan sepenuh hati, sepenuh bakti anda. Buddha Shakyamuni takkan rasa cemburu atau apa-apa. Bagindalah yang memperkenalkan banyak Buddha kepada kita.Senarai Buddha yang diperkenalkan oleh Buddha Shakyamuni ialah senarai yang sangat panjang, jadi anda boleh memilih satu. Jadi semua penganut Buddha, kekal percayalah kepada mana-mana Buddha yang anda percayai. Itu akan membantu anda khususnya pada tempoh dugaan planet ini disebabkan terlalu banyak karma terkumpul – terlalu banyak, terlalu banyak, terlalu banyak. Terlalu banyak makan orang-haiwan, terlalu banyak membunuh orang-haiwan, terlalu banyak peperangan terlalu banyak kesalahan, terlalu banyak penipuan, terlalu banyak ketakikhlasan, terlalu banyak perbuatan berdosa sesama orang terutama terhadap bayi belum lahir dan orang-haiwan. Ini dosa paling teruk yang boleh anda buat. Bertaubatlah dan kembali kepada Ajaran Buddha. Menjadi vegan. Berdamai sesama orang dan bantu orang lain dengan berbuat baik apabila mrk perlukan anda, seperti mangsa bencana, mana-mana jiran yang dalam kesusahan atau sesiapa saja yang perlukan anda.Photo Caption: Tuhan Kasihi Engkau, Sayang!Kata-kata yang Didedikasikan kepada Umat Kristian, Bahagian 1 daripada 7
2025-04-23
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kata-kata ini saya nak dedikasikan kepada umat Kristian. Mengenai hujah baru-baru ini daripada biksu Thích Nhật Từ di Âu Lạc (Vietnam), saya harap anda semua tak pedulikan dia. Dia hanyalah hamba jahil dan taat kuasa negatif, maya, raja ilusi. Adakah dia ingin disalahkan atas konflik antara agama Kristian dan Buddha?? Sekarang dia berkata bahawa Tuhan tidak wujud. Itu menimbulkan banyak kemarahan dlm kalangan anda. Dia suka akan itu, perhatian. Dia suka menarik perhatian kpd dirinya, jadi katakan apa-apa saja.