Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di Âu Lạc (Vietnam), dengan atau tanpa mana-mana biksu, biksuni, paderi, paus atau Buddha hidup pun, orang Âu Lạc (Vietnam) memanggil Tuhan sebagai ‘Trời’, ‘Thượng Đế’ atau ‘Đấng Tối Cao’, ‘Đấng Toàn Năng’, atau dalam sesetengah suku kaum pun, mereka panggil Tuhan sebagai ‘Giàng’. Saya rasa ia dieja G-I-À-N-G dengan tanda di atas huruf A: ‘Giàng’. Mereka benar-benar percaya bahawa Trời wujud, Thượng Đế wujud, Đấng Tối Cao, Đấng Toàn Năng wujud. Di satu negara pun, satu bahasa, mereka beri gelaran-gelaran yg berlainan kpd Tuhan. ‘Giàng’ mungkin hanya salah satu panggilan oleh orang asli Âu Lạc (Vietnam). Di sesetengah kawasan yang berlainan di Âu Lạc (Vietnam), kami ada lebih 50 etnik yang berlainan. Mereka tinggal bersama secara damai sejak dahulu lagikecuali semasa peperangan di mana ideologi politik yang berlainan mengganggu keamanan Âu Lạc (Vietnam), kemudian ia menyebabkan byk pertumpahan darah, banyak kesusahan, dan juga disebabkan pencerobohan oleh negara-negara lain terhadap Âu Lạc (Vietnam) dan pencerobohan terhadap sistem kepercayaan mereka, mentaliti mereka, jenis cara hidup masyarakat mereka yang sudah mantap, dan merampas kebebasan mereka, maruah mereka, malah halau Raja mereka keluar. Sebelum itu, kami baik-baik saja dengan Raja kami. Kemudian selepas Raja telah hilang, keadaan lagi teruk. Segalanya menjadi lagi teruk. Ia merosot. Raja terpaksa dibuang negeri bersama keluarga-Nya dan gelaran-Nya hilang, negara-Nya hilang. Apa yang mereka buat selepas Raja telah hilang? Ini sukar dipercayai. Terlalu banyak penderitaan, terlalu banyak kejadian gasar. Kita takkan bercakap tentang itu lagi. Itu hanya buat saya sedih, sedih dan sangat sedih.Dalam agama-agama yang berlainan, mereka panggil Tuhan dengan nama-nama yang berlainan, seperti dalam Zoroastrianisme, mrk panggil Tuhan sbg ‘Ahura Mazda’ dan juga dikenali sebagai Horomazes. Dalam satu agama pun, kadangkala mereka berikan gelaran-gelaran yg berlainan kpd Tuhan. Apa salahnya? Kuasa Tuhan juga ada di mana-mana saja dan juga ada peringkat-peringkat Kuasa Tuhan. Jadi kadangkala Guru atau mana-mana Pengasas agama itu menemui peringkat-peringkat Authoriti Tuhan yang berlainan. Tuhan Sendiri, ya, tetapi barangkali di peringkat kesedaran yang berbeza sikit, bergantung pada orang yang menerimanya. Jika Dia adalah setinggi yang mungkin, maka Dia menerima Ajaran langsung daripada Tuhan dan bercakap secara langsung dgn Tuhan. Tetapi itu jarang. Anak Tuhan boleh buat begitu. Nabi Isa boleh, contohnya.Dalam agama Yahudi, mereka panggil Tuhan sebagai ‘Elohim’, ‘Yahweh’, ‘Jehovah’ atau ‘Adonai’ dan ‘Hashem’. Mereka juga panggil Dia sbg ‘Hashem’. Banyak orang Yahudi panggil Tuhan sebagai ‘Hashem’. Dalam agama Kristian, kita hanya ada satu perkataan: Tuhan. Sesetengah orang juga hormati Dia sebagai ‘Yahweh’ atau ‘Jehovah’ dalam Wasiat Lama. Itu Wasiat Lama. Di negara lain, dalam agama lain, kadangkala itu cabang agama Kristian, seperti Mormonisme. Mereka juga menggelar diri sebagai orang Kristian. Mereka juga memanggil Tuhan sebagai ‘Elohim’ dan ‘Jehovah’. Saksi-saksi Jehovah memanggil Tuhan sebagai ‘Jehovah’. Dalam Islam pula, atau Muslim memanggil Tuhan sebagai ‘Allah’ atau ‘Khuda’. Sebenarnya di India, Khuda ialah Nama Tuhan juga. Salah satu gelaran Tuhan. Dalam Sufisme, mereka panggil Tuhan sebagai ‘Hu’ atau ‘Huwa’, ‘Parvardigar’. Dalam Kepercayaan Bahá’í, mereka panggil Tuhan sebagai ‘Yang Maha Kuasa’, ‘Yang Maha Memiliki’, ‘Yang Maha Berkuasa’, ‘Yang Maha Bijaksana’. Mereka beri gelaran mengikut sifat dan keperibadian Tuhan. Saya akan suruh orang saya carinya, kemudian mereka boleh cetak semuanya untuk anda, senaraikannya untuk anda.Nama Tuhan dalam Agama-agama yang BerlainanBaháʼí Yang Maha Kuasa Yang Maha Memiliki Yang Maha Berkuasa Yang Maha Bijaksana Yang Tiada Bandingannya Yang Mengasihani Pembantu Yang Maha Megah Yang Maha MengetahuiAgama Buddha Sifat Buddha Adi-Buddha DharmakayaCaodaisme Đức Cao Đài Đức Chí Tôn Ngọc Hoàng Thượng Đế Đấng Tạo HoáKonfusianisme Tian (天) Shangdi (上帝)Agama Kristian YHWH Tuhan Elohim Ho Theos dan Ho Kurios Adonai El-Shaddai Bapa/AbbaAgama Hindu Bhagavan Paramatma Isvara Deva/DevataAgama Buddha Hòa Hảo Đức Phật Trời Ơn Trên Đấng Tạo Hóa Trời Phật Đức Thượng ĐếI-Kuan Tao Ming Ming Shangdi (明明上帝) Lao Mu (老母) Tao (道)Islam Allah Ar-Rahman Ar-Rahim KhudaJainisme Tīrthankaras dan ArihantasSaksi-Saksi Jehovah JehovahAgama Yahudi Elohim YHWH Adonai HaShemMormonisme Elohim Jehovah Holy Ghost Godhead God the Father Roh Kudus Bapa Syurga atau Bapa di SyurgaSikhisme Akal Purakh Ik Onkar Nirankar Satnam Waheguru Dātā atau Dātār Kartā atau Kartār Diāl KirpālSufisme Hu Huwa ParvardigarTaoisme Tao (道) Shangdi (上帝)Yazidisme XwedêZoroastrianisme Ahura Mazda HoromazesDan lain-lain…Ini bukanlah satu-satunya agama. Ada banyak lagi. Kita tak dapat habiskannya tetapi saya akan baca sesetengahnya yang lebih besar. Seperti dalam agama Hindu, mereka panggil Mereka sebagai ‘Bhagavad’ atau ‘Bhagavan’, atau orang Hindu juga panggilnya sebagai ‘Brahman’ atau ‘Paramatma’. Itu bagaimana mereka gambarkan Tuhan dalam agama Hindu. Tetapi contohnya, daripada pengetahuan dalaman saya, Brahma bukanlah Tuhan tertinggi. Dia merupakan Tuhan Syurga Ketiga. Tetapi itu adalah yang besar,bukan hanya kita ada Syurga Ketiga dan itu saja yang kita ada. Tidak, itu hebat, sukar dipercayai. Tetapi ini, di domain fizikal, dapat dicapai, dapat didatangi, dapat dicapai oleh manusia biasa dengan Guru bermakrifat yang tidak tinggi sangat. Mereka akan capai Brahman. Itu pada zaman dahulu. Jadi orang memanggil Brahman sebagai ‘Tuhan Yang Maha Berkuasa’. Itu apa yang mereka rasa. Jadi mereka memuja Brahma dan menjadi Brahmin, bermaksud mereka ialah penganut Brahma, sama seperti mereka menggelar diri sebagai ‘penganut Buddha’ kerana percaya kepada Buddha. Tetapi Buddha tak pernah mendakwa bahawa Baginda telah capai Tuhan atau apa-apa. Baginda telah capai Nirvana. Itu suatu keadaan kesedaran di mana kita tiada nafsu atau apa-apa lagi dan kita ada kuasa yang amat besar untuk membantu makhluk lain yang percaya kepada kita, misalnya macam itu.Banyak agama datang dari India dan orang percaya kepada Guru mereka. Mereka memanggil Guru sebagai ‘Tuhan’. Jadi bergantung kepada mana Guru itu telah capai dan itu bagaimana mereka memanggil Tuhan dengan nama itu, seperti Brahma, contohnya. Tetapi yang dapat dicapai dengan standard manusia ialah Peringkat Kelima di atas Bumi. Kita ada Bumi di mana kita diami, kemudian kita ada Peringkat Astral, tak nampak, sangat dekat dgn kita, seperti jiran kita. Kadangkala orang malah boleh pergi, meninggalkan badan mereka dan pergi ke Peringkat Astral untuk seketika. Jadi kita panggil itu ‘projeksi Astral’ atau ‘perjalanan Astral’.Sesetengah makhluk Astral juga boleh melawat manusia di sini untuk masa yang singkat. Mereka boleh kelihatan seperti manusia atau tidak, sebagaimana yg mereka suka, kerana mrk ada lebih banyak kuasa ajaib daripada kebanyakan penghuni Bumi. Dulu saya telah bercakap tentang itu dengan lebih terperinci. Makhluk Astral dan makhluk yang lebih tinggi dapat mengubah rupa mereka dan muncul sebagai apa-apa saja yang mereka pilih untuk membuat diri kelihatan seperti itu. Bodhisattva Quan Yin pun, apabila turun ke Bumi untuk seketika bagi mengambil bentuk biksu tua Kuan Jing, Dia juga muncul sebagai biksu lain, bukan sebagai Bodhisattva Quan Yin yang kita biasa dengan-Nya atau bayangkan.Ada pengetahuan yang luas untuk diperoleh dan dipelajari, kuasa ajaib, kuasa dan segala-galanya. Peringkat Astral sudah mengagumkan, dan ada peringkat kedua selepas Astral, kita panggilnya Peringkat Kedua atau Peringkat Sebab Akibat. Di setiap Peringkat, ada tuhan yang mengawalnya, bukan mengawal tetapi memerintah dan bantu makhluk di domain mereka. Selepas Astral, kita ada Peringkat Sebab Akibat ini, bermaksud ‘sebab dan akibat’. Ada rekod Akashic di sana, jadi kita boleh meninjau hidup semua orang dari lahir hingga mati, malah masa depan – pada bila-bila ia akan berlaku, mereka rekodkannya di sana.Photo Caption: Lihatlah Noda yang Luar Biasa Ini sebagai Hiasan Istimewa!