Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di negara-negara yang berlainan, kita ada istilah-istilah yang berlainan bagi Tuhan atau Buddha pun. ‘Buddha’ ialah nama Sanskrit. Ia disebut ‘Buddha’. Tetapi dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), mereka panggil Dia ‘Phật’, ‘Bụt’ ‘Thế Tôn’ atau ‘Điều Ngự’, ‘Vô Thượng Sư’, ‘Vô Thượng Sĩ’ dll. Di negara-negara yang berlainan, kita ada agama-agama yang berlainan. Mereka kata ‘Tuhan’ dengan nama-nama yang berlainan. Di Âu Lạc (Vietnam), kami juga ada ‘Tuhan’. Apabila dia (Thích Nhật Từ) berkata bahawa tiada Tuhan, dia benar-benar memfitnah semua penganut Âu Lạc (Vietnam), bayangkan bahawa mereka semua bodoh kerana percaya kepada Tuhan yang tidak wujud! Menurut dia, Thích Nhật Từ.Setiap hari, orang Âu Lạc (Vietnam) berdoa kepada Tuhan, berdoa kepada Syurga. Mereka malah gabungkan Tuhan dan Buddha. ‘Trời Phật’ bermaksud ‘Buddha’ atau ‘Tuhan’. ‘Xin Phật Trời phù hộ’ bermaksud ‘Buddha dan Tuhan, tolonglah kami.’ Mereka sentiasa kata, “Berdoa kepada Tuhan dan Buddha.” “Lạy trời, lạy Phật. Phù hộ.” “Berdoa kepada Buddha, kepada Tuhan. Tolong lindungi kami.” Sesuatu macam itu, sentiasanya. Itu cara mereka berdoa di Âu Lạc (Vietnam), serta memuji Tuhan dan Buddha. Tapi dah tentu, anda tak sentiasa perlu memanggil Tuhan. Buddha ialah Wakil Tuhan, jadi anda juga boleh memuja Guru, Buddha.Buddha bermaksud Guru Spiritual, Guru. Kemudian dah tentu, Mereka digabungkan. Jika Guru itu benar dan agung, Dia bersatu dengan Tuhan, di dalam, tak bermakna Mereka hilang. Di dalam, Mereka bersama dalam satu Kuasa, satu Kuasa Alam Semesta yang sangat besar. Tetapi di luar, Mereka masih seorang individu, di Syurga pun. Seperti Buddha Amitābha tidak hilang ke dalam Ketuhanan. Dia masih merupakan Buddha Amitābha. Tuhan tetap ialah Tuhan.Dalam agama Buddha, Buddha berkata anda perlu bergantung pada diri sendiri. “Saya hanyalah jari yang menuding ke Bulan tetapi saya bukan Bulan. Jadi kamu ikut jari saya, jumpai Bulan dan nampak Bulan.” Bermakna Baginda mengajar orang cara menjadi bermakrifat dan ingat akan makrifat, matlamat, tetapi Baginda tak dapat memberi makrifat sepenuh kepada anda jika anda tidak beramal. Anda perlu menjadi Guru anda sendiri. Itu dah pasti.Semua Guru ajarkan perkara yang sama. Mereka menunjukkan jalan tetapi anda perlu berjalan ke sana. Dah tentu, kadangkala apabila anda sakit dan letih atas sesuatu sebab, maka Guru, Buddha membawa anda. Bermakna pada masa itu, Mereka berikan lebih banyak Berkat kpd anda, pinjamkan lebih banyak Kuasa kpd anda sehingga anda pulih semula. Kerana Mereka mewakili Tuhan untuk membantu, menyelamatkan anda. Tetapi anda perlu mengikut Mereka, pergi bersama Mereka, pergi dengan Ajaran Mereka.Dah tentu, bukan ikut Mereka secara peribadi ke mana-mana saja. Anda boleh buat begitu juga. Tapi dah tentu, pada zaman dahulu, itu lebih penting kerana kita tiada sebarang telefon, televisyen atau apa-apa pun, jadi sesiapa yang boleh, mereka tinggal bersama Buddha, menjadi biksu atau biksuni untuk mendapat ajaran-Nya secara langsung setiap hari, manakala jika kita berjauhan, itu sukar. Meskipun biksu dan biksuni tidak tinggal bersama Buddha, mereka sering datang melawat Buddha. Atau ada suluk, mereka datang tanya Buddha tentang perkara, tentang kemajuan spiritual mereka, misalnya macam itu. Penganut biasa yang tinggal berjauhan juga cuba cari jalan untuk datang berjumpa dengan Baginda sekerap boleh. Ayahanda Buddha juga sering datang berjumpa dengan Buddha Shakyamuni. Mana-mana Buddha pun sama. Dulu perkara yang sama berlaku kepada Mereka.Sekarang kita ada teknologi yang lebih canggih, jadi kita dapat lihat mana-mana Guru agung dari jauh. Itu bagus juga. Jadi Buddha berkata, “Kamu bergantung pada diri sendiri. Kamu perlu beramal.” Dah tentu, semua Guru akan mengajar anda itu. Itu sangat logik. Guru bahasa Inggeris yang terbaik di negara anda pun tak dapat menyampaikan kepada anda semua pengetahuan bahasa Inggeris yang diketahuinya dan semua telor atau bakat bahasa Inggerisnya jika anda tidak mengikut dia – bermakna jika anda tidak mengikut pengajarannya, jika anda tidak belajar pelajarannya, jika anda tidak buat kerja rumah. Sama juga, segalanya begitu logik.Tetapi ini tak bermakna Tuhan tidak wujud atau tiada Kuasa lain yang wujud. Ada Kuasa yang amat besar daripada Tuhan. Disebabkan itu, Buddha dapat kekal kuat, sihat, berkuasa di dunia ini. Ini bergantung kepada negara, dah tentu. Sesetengah negara segera membunuh Mereka dalam kes Nabi Isa. Ya Tuhan! Atau banyak Guru yang lain. Kebanyakan Guru dibunuh dengan kejam, malah anak murid Mereka juga, seperti pada zaman Nabi Isa, contohnya. Anda sebut saja mana-mana Guru pada masa lalu, Mereka semua mati dengan kejam atas nama kerajaan. Jadi anda akan senang hati, gembira dengan sekarang orang di Âu Lạc (Vietnam) pun atau banyak negara yang lain masih boleh memuja Nabi Isa dan Tuhan di gereja, dan penganut Buddha boleh memuja Buddha di tokong. Biksu dan biksuni masih bebas untuk pergi ke sana sini dan mengajar orang sebagaimana yang mereka mahu atau dalam talian.Tetapi biksu ini, Thích Nhật Từ, semuanya salah. Saya tak tahu apa lagi kesalahan yang dibuatnya. Saya tak berada di Âu Lạc (Vietnam). Saya tidak ikuti dia 24 jam setiap hari. Tapi begitu byk perkara yg dikatakannya di khalayak ramai sudah cukup untuk menunjukkan sifat yang sangat rendah dan peringkat yang rendah. Dia pasti di peringkat syaitan baru boleh mengatakan begitu banyak perkara yang berdosa terhadap Buddha. Dia anti-Buddha, sama seperti paus itu anti-Christ kerana dia memfitnah Nabi Isa dan Tuhan sementara bergantung padanya, sementara mendapat manfaat daripada Kemegahan Tuhan dan kemasyhuran Nabi Isa, pengikut Nabi Isa untuk menjadi paus, kedudukan tertinggi dlm agama Kristian tetapi dia tetap buka mulut untuk memfitnah Nabi Isa, malah memfitnah Tuhan. Jadi jika dia bukan orang anti-Christ, maka siapa dia? Anda tanyalah sendiri. Biksu ini sama juga. Thích Nhật Từ adalah sama juga. Dia tak tahu apa-apa pun tentang agama Buddha mengikut apa yang dikhutbahkannya – hanya berkhutbah, “Oh, berikan wang, berikan wang!”
Thích Nhật Từ asking for donations from philanthropists: Hari ini, saya juga harap semua orang, contohnya, yang ada rancangan untuk menderma di tempat A, B atau C dan telah mengetepikan jumlah tahunan untuk sumbangan ini, maka kamu boleh salurkan semuanya kpd saya. Semuanya akan sama saja.
Kebanyakan masanya saya dengar ttg itu. Banyak biksu adalah macam itu juga. Oh, tak apa, asalkan mereka hanya minta wang dan tiada apa-apa yang lain. Tapi jika mereka merampas drpd orang kepercayaan yang sudah mereka bina sepanjang hidup, maka ini sangat berdosa.Saya telah nasihati mereka, biksu atau biksuni, jika anda tak tahu banyak atau tak tahu apa-apa pun, maka berdiamlah saja. Belajar lebih banyak di dalam, berdoa kepada Buddha agar mengajar mereka, berikan sedikit maklumat, ilham kepada mereka. Itu pun jika mereka dapat menerimanya. Bukan senang untuk menerima Ajaran dan Berkat daripada Buddha walaupun Mereka sentiasa memberi. Tuhan sentiasa memberi tetapi bukan semua orang menerima Berkat, jawapan atau arahan Tuhan. Macam itulah. Anda perlu ikhlas, suci dan berakhlak mulia baru dapat menerima Ajaran Buddha atau Tuhan. Itu seperti gelas anda mesti bersih baru boleh mendapat minuman sebenar!Apabila seseorang tanya, “Ada Tuhan atau tiada Tuhan?” Buddha berkata, “Tiada Tuhan sebegini,” sebagaimana yang manusia gambarkan dalam istilah manusia dan imaginasi manusia. Itulah maksud-Nya. Jadi Baginda berkata, “Tiada Tuhan sebegini tetapi ada sesuatu dari mana segala-galanya datang, dan ke mana segala-galanya akan kembali.” Itu apa yang dikatakan oleh Buddha dalam kitab Buddha. Jadi jika itu bukan Tuhan, maka apa itu? Mana boleh apa-apa saja, kemudian kita semua datang dari mana? Jika tiada Tuhan…Kita tak perlu panggil Dia Tuhan. Ini ialah Tenaga Paling Pemurah, Berbelas Kasihan, Pengasih, Penyayang, Baik Hati, Tidak Terduga, Maha Mengetahui – maka hanya katakan itu – dari mana kita berevolusi dan menjadi manusia, Santo dan Orang Suci. Kemudian dengan perlahan-lahan, jika kita benar-benar ingin mendalami soalan itu dan mengetahui siapa kita, maka mungkin kita akan menemui jawapannya dalam kitab agama, mungkin melalui Guru bermakrifat agung jika kita cukup bertuah.Terlalu banyak orang memanggil Tuhan dengan nama-nama yang berlainan disebabkan negara-negara yg berlainan dan juga disebabkan oleh peringkat orang bermakrifat itu. Kerana kadangkala mereka tak boleh mendapat hubungan langsung dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Oh, itu sesuatu yang tak dapat anda sentiasa peroleh! Tetapi mereka boleh mendapat Wakil Tuhan. Contohnya, Buddha atau Guru dalam agama Kristian, banyak daripada Mereka berkhutbah tentang Tuhan. Sebenarnya Mereka ialah Santo besar, Anak Lelaki dan Anak Perempuan agung Tuhan, sebenarnya, di Syurga, di Kediaman Mereka. Maka jika anda percaya kepada Mereka, maka Tuhan akan berkati anda juga.Kerana sama seperti raja di negara, kita tak dapat sentiasa pergi bercakap dengan dia tetapi raja ada menteri jenis-jenis jabatan yang berlainan untuk masalah-masalah, isu-isu yang berlainan dalam negara bagi menguruskan negara untuk dia. Tetapi raja sentiasa wujud. Tanpa raja, tiada perdana menteri, tiada menteri. Raja ialah lambang, kerajaan tetap, pemimpin tetap. Hari ini, kita ada presiden, perdana menteri dan lain-lain, hampir sama tetapi tak begitu tetap seperti raja. Jadi banyak negara lebih suka raja. Mereka rasa lebih stabil, lebih boleh diharap. Mereka rasa lebih stabil, sentiasa ada sesuatu di sana. Presiden, perdana menteri datang dan pergi, datang dan pergi. Bagi saya, kadangkala saya rasa pening juga, sentiasa pilihan raya ini, pilihan raya itu, setiap beberapa tahun habiskan begitu banyak wang, begitu banyak masa, pertarungan, kadangkala malah keganasan untuk menjadi presiden. Kemudian lepas beberapa tahun, mereka halau kita keluar dan memuja orang lain. Jadi mungkin baik dari satu segi. Jika presiden itu tidak baik, lebih baik menukar dia, dah tentu.Tetapi dalam sebuah kerajaan, jika raja adalah baik, mereka suka kekalkan dia selama-lamanya. Itu sangat bagus juga. Mereka rasa stabil. Negara mereka stabil. Di banyak negara yang ada raja, kita lihat sesetengah Raja dan Ratu, Putera dan Puteri masih tertinggal di Bumi, Mereka buat kerja dengan baik. Saya juga suka tinggal di kerajaan, negara yang ada raja dan ratu, rasa lebih stabil sampai tahap tertentu. Tapi tak mengapa – jika negara adalah baik dan makmur, maka tak mengapa sama ada kita tukar presiden. Itu bagus juga, mungkin idea yang baharu, buat kerja dengan lebih cekap, seumpamanya. Jika tidak, boleh kacau-bilau, hanya soal persaingan, hanya soal kerusi apa-apa saja rumah, Rumah Putih, rumah ‘merah jambu’, rumah ‘ungu’. Tetapi banyak negara yang ada raja adalah sangat stabil. Mereka berkelakuan baik dan berasa bangga adanya raja yang baik. Negara mereka sangat stabil, sangat stabil dan makmur. Maka sangat baik juga adanya raja atau ratu.Seperti yang kita tahu, di semua negara, mereka juga ada Tuhan mereka sendiri, dengan atau tanpa agama. Mereka sudah tahu bahawa Tuhan wujud dan sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk apa-apa saja – kesusahan dalam kehidupan atau untuk apa-apa saja yang diperlukan. Oleh itu, malah demi Tuhan, kerana percaya kepada Tuhan, mereka malah saling berlawan. Itu buruk. Itu masalahnya apabila orang bersifat fanatik dan tidak mengikut ajaran sebenar.Photo Caption: Perbezaan Tidak Membuat Perbezaan