Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

Perhatian Penuh dan Dedikasi Amalan Bakti, Bahagian 5 daripada 6

2020-06-19
Lecture Language:English,Mandarin Chinese (中文)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Supreme Master TV ialah saluran untuk memberkati dunia dan mendidik orang. Ada dua cara: Satu cara adalah bercakap dan menjelaskan; satu lagi cara adalah secara senyap di dalam. Mereka makan vegetarian (vegan). Mereka berbuat baik. Mereka bermeditasi. Mereka juga bekerja untuk Supreme Master TV. Mereka lakukan bahagian tak nampak dan juga melakukan bahagian nampak.

Hari ini, kita meraikan beberapa langkah menuju Dunia Vegan masa depan, beberapa langkah besar. Bukan 100%, bukan semua langkah tetapi beberapa langkah besar. Dah sangat bagus, kan? Tidakkah kamu gembira? (Ya.) Okey. Hanya antara saya dan kamu, tadi saya nak beritahu itu kepada Supreme Master Television tapi kamu takkan dapat dengarnya. Kamu nak dengar tak? (Ya.) Kamu tak tahu apa pun. Okey. Saya tulis di sini hanya untuk Supreme Master Television, tapi okey, saya akan beritahu kamu. Pada skala 100%, jika dunia menjadi vegan, daripada semua hasil langkah yang kita ambil hingga kini, 62% adalah daripada usaha Supreme Master TV. Dan daripada kamu, semua anak murid, 9%.

Kamu tak tahu, untuk Supreme Master TV, saya juga bekerja siang dan malam. Dan semua kakitangan bekerja, tak kira bila, tak kira situasi apa. Mereka makan dua hidangan sehari, snek di antaranya tak dikira. Jika mereka memesan bir (tanpa alkohol) atau makanan lain, itu tak dikira. Tak apa, saya memanjakan mereka tapi saya suka itu kerana mereka saja yang saya ada. Tak kira mereka buruk atau baik, saya sayangi mereka dan sangat hargai mereka kerana mereka boleh memperoleh lebih banyak wang di luar. Di sini, mereka ada apa-apa saja yang diingini. Mereka hanya tulisnya. Tapi mereka tak mahu banyak.

Dah tentu, mungkin mereka mahu setiap orang sebuah kereta. Itu bagus. Tiada. Kereta saya pun, saya pinjam daripada anjing. Saya beli kereta besar disebabkan anjing. Jika anjing sudah pergi ke sesuatu tempat dengan kereta, maka saya perlu pergi dengan sesiapa saja, pekerja di luar, keretanya penuh dengan peralatan. Saya kata, “Tak apa, saya datang bersama kamu.” Kadangkala saya tiada orang untuk memandu. Kereta hilang dengan anjing. Bukan hilang dengan angin, hilang dengan anjing. Jadi saya pergi dengan sebarang kereta. Kamu tahu itu. Sesetengah daripada kamu tahu itu. Sebarang kereta, kereta saudara kita. Mereka banyak meminta maaf, “Minta maaf, kereta ini begitu kotor. Kami tak tahu Guru datang.” Saya kata, “Dah tentu kamu tak tahu. Saya tak tahu juga. Saya pun tak tahu saya akan datang ke kereta kamu. Tak apa, asalkan ia bergerak dan bawa saya balik ke tempat yang saya mahu, tak apa.” Saya malah bayar untuknya, sedikit. Kadangkala saya bayar dengan banyak, kadangkala saya bayar sedikit saja, bergantung kepada apa jenis wang kecil yang saya ada. Tak menjadi hal, semuanya dalam keluarga. Jadi saya tiada kereta sendiri pun. Jadi jangan rasa saya tak memperlakukan mereka dengan baik. Tapi mereka ada kereta syarikat. Mereka boleh bawa sendiri ke sini dan bawa sendiri balik. Itu dah pasti.

Saya memperlakukan mereka dgn baik di dalam juga tapi saya juga perlu memeriksa mereka kadangkala. Jika ego mereka timbul, sukar nak bekerja bersama. Apabila ego timbul kerana saya memanjakan mereka atau memuji mereka, kerja menjadi kucar-kacir. Sangat susah, segalanya tak terkawal dan kerja sentiasa tersilap. Saya suka memuji mereka. Itu apa yang harus kita buat apabila orang berbuat baik, tapi saya sangat sedikit dengan itu, kerana pada bila-bila saya memuji seseorang, pada keesokan harinya, dia buat silap atau mengucar-ngacirkannya. Memang sentiasa macam itu.

Mengapa saya beritahu kamu semua hal ini? Haiwan kesayangan, kan? Kemudian ia menjadi panjang lebar. Bukan anjing ini saja tetapi mungkin anjing lain juga. Bukan sahaja istimewa bagi kes saya tetapi banyak anjing yang lain buat begitu kerana tugas anjing adalah menjaga harta benda penjaga, jadi jika ia lihat sesuatu benda pergi dari situ, ia akan bawanya balik dan pulangkan kepada penjaga. Itu masalahnya. Pastikan kamu berbuat baik saja, kerana jika kamu berbuat jahat, anjing, kucing kamu boleh pulangkannya kepada kamu dengan penuh hormat dan niat baik. Faham? (Ya.) Jadi saya tak perlu buat apa-apa pun. Sesetengah haiwan akan uruskannya untuk saya. Sekarang kamu tahu mengapa kita perlu berbuat baik. Einstein juga mengatakan itu dengan sangat saintifik. Beliau berkata bahawa jika kita berada di satu tempat dengan cukup lama dan membaling sesuatu, ia akan kembali kepada kita. Jadi pada waktu Krismas, kadangkala kamu alami jenis teori ini. Kamu berikan kepada seseorang sesuatu hadiah yang kamu tak berapa suka, orang itu berikannya kepada orang itu dan orang itu berikannya kepada orang itu, dan mungkin lepas dua, tiga tahun, ia kembali kepada kamu, belum dibuka pun, masih di sana. Jadi ini membuktikan kata-kata Einstein adalah betul dan ajaran karma Buddha adalah benar. Waktu Krismas, waktu Tahun Baru, kadangkala kamu alami hukum karma ini dengan jelas sekali.

(Guru, isteri saya bukan vegan. Dia bukan saudara seguru. Suatu kali saya sakit, hidapi kanser. Apabila tiba masanya untuk dibedah, empat hari sebelum pembedahan, isteri saya berkata kepada saya, “Sayang, saya sangat sibuk di kilang. Kamu akan menjalani pembedahan dan saya nak jaga kamu tapi saya takut nak memohon cuti daripada penyelia. Apa yang harus saya buat?” Saya kata, “Hanya tinggal tiga hari selepas esok. Jika kamu masih tak memohon cuti, kamu akan menyusahkan orang lain apabila tiba masanya. Cepat memohon cuti.” Pada keesokan harinya, ketika dia sedang bekerja, pada pukul 10, pengurus besar datang dan kata, “Puan boleh ambil cuti dua minggu.” Isteri saya ingat saya menelefon bosnya untuk cuti. Tapi saya tidak. Malam itu apabila dia balik daripada kerja, dia tanya saya, “Sayang! Adakah kamu menelefon bos saya pada pagi ini?” Saya kata, “Tidak.” Saya kata, “Saya membuat persediaan untuk bersara selepas pembedahan. Jadi saya sibuk dengan kerja saya untuk persaraan. Mana saya ada masa untuk membuat panggilan? Lagipun, saya tak tahu nombor telefon bos kamu.” Dia kata, “Tidak? Ganjil. Maka mengapa dia datang ke pejabat pada kira-kira pukul 10 dan beritahu saya bahawa saya boleh ambil cuti dua minggu?” Saya amat berterima kasih kepada Guru kerana menjaga kami dalam semua aspek. Satu kali lagi, apabila saya hidapi kanser kolon, Guru bantu saya cari doktor. Ketika saya di klinik, doktor kata, “Sinar-X kamu tak jelas. Kamu perlu pergi untuk ultrabunyi sekali lagi.” Selepas jalani pemeriksaan ultrabunyi, saya menungggu setengah jam lagi untuk laporan dikeluarkan. Doktor kata, “Mari sini.” Ketika kami lihatnya, tiba-tiba dia nampak seorang doktor keluar dari lif. Dia beritahu saya, “Doktor ini ialah pakar gastrousus. Dia sangat pandai merawat ini. Adakah kamu kisah jika saya minta dia lihat kes kamu? Saya kata, “Saya tak kisah.”) Mana boleh kamu kisah. (Oleh sebab saya tak tahu apa-apa pun, dah tentu, saya kata saya tak kisah. Dia lihat, kemudian menjelaskan kepada saya. Dia kata, “Tiada pisau gama di hospital kecil ini. Apabila kamu perlukan pembedahan, saya akan pinjamnya daripada Hospital Besar Veteran.” Ini hospital yang sangat besar di Taiwan (Formosa). Dia kata dia akan pinjam pisau gama untuk saya. Doktor pertama tanya dia, “Kamu ada sesuatu untuk dibuat, turun ke tingkat bawah?” Dia kata, “Tidak.” Kemudian saya sedar dengan jelas bahawa Guru membantu saya. Lepas itu, pembedahan saya sangat lancar dalam semua aspek. Saya hidapi kanser dua kali dan saya berterima kasih kepada Guru kerana menjaga saya.)

(Halo, Guru. )Halo. (Saya nak tanya soalan tentang ibu bapa saya yang sering memperlakukan saya dgn buruk.) Berapa buruk? (Saya nak tanya Guru apa yang harus saya buat dengannya.) Berapa buruk mereka perlakukan kamu? Beritahulah kami. (Mereka memperlakukan saya seolah-olah saya ialah binatang.) Mengapa? Maka jangan balik ke rumah jika tak perlu. (Okey.) Hanya apabila kamu rindui mereka dan rasai kasih sayang terhadap mereka baru pergi melawat mereka, okey? (Okey.) Lebih taat kepada ibu bapa kerana kamu ialah anak mereka. Tapi sukar. Kadangkala ini disebabkan oleh jurang generasi. (Ya.) Generasi tua ada fikiran dan jangkaan yang berbeza (Ya.) tetapi generasi muda berfikir secara berbeza. Kita terpengaruh oleh masyarakat. Kadangkala angin kita buruk. Contohnya, sewaktu wanita datang haid, kadangkala angin boleh menjadi tidak baik. Sangat sukar nak hidup dalam masyarakat. Kamu tak harus disalahkan, keluargamu tak harus juga. Jika kamu tak dapat bergaul dengan mereka, maka boleh tak sering balik ke rumah. (Tiga bulan yang lalu, saya alami kemalangan jalan raya yang serius dan tulang rusuk kiri saya tercedera.) Kamu tak apa-apa sekarang? Dah sembuh? (Saya berehat selama tiga bulan. Kemudian saya hidapi selesema dan baru sembuh.) Saya rasa bersimpati dengan kamu. Saya bersimpati dengan penderitaan dan kesusahan kamu. Saya turut bersimpati. Kita semua ada karma kita sendiri. (Saya alami mimpi ngeri sejak kecil lagi. Ibu bapa saya memperlakukan saya dengan baik kadangkala tetapi kadangkala dengan buruk. Guru, saya memang rasa sangat takut.) Faham. Adakah pekerjaanmu okey? (Okey.) Adakah kamu perlukan wang? Boleh saya berikan wang kepada kamu? Gunakannya untuk beli ubat atau suplemen bagi menjaga badan. (Okey, terima kasih, Guru. Saya kasihi Guru. ) Terima kasih. Saya bersimpati dgn kamu. Kita tak boleh buat apa-apa dgn karma. Menahannya dan ia akan dihapuskan apabila tiba masanya. Okey? (Okey, terima kasih, Guru.) Teruskan amalanmu dan jangan berhenti beramal. (Okey.) Adalah bagus asalkan kamu tak berhenti beramal. (Okey, terima kasih.) Jaga dirimu dengan baik. (Okey, terima kasih, Guru.) Saya turut bersimpati. Saya tak tahu mengapa kadangkala hubungan antara ibu bapa dengan anak... Anak harus ada rasa terima kasih kepada orang yang mengandungkan dan membesarkannya. Mengapakah pertalian antara kamu menjadi macam itu? Kita perlu menahan karma tetap kita, okey? (Okey, terima kasih.) Guru hanya boleh mengurangkannya atau buatnya lebih lancar. Ia tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Jika tidak, kamu akan mati. Kamu takkan dapat hidup di dunia ini. Faham? (Faham. Terima kasih.) Kamu perlu menahannya, okey? (Okey, terima kasih.) Saya turut bersimpati. (Okey, tak apa.) Sangat sukar nak menahan begitu banyak penderitaan. Begitu muda tapi perlu alami begitu banyak ketakutan. Saya memahaminya. Saya bersimpati. (Tak apa. Terima kasih, Guru.)

(Guru, terima kasih kerana berkongsi berita tentang Supreme Master TV 62%,) Ya. (kemudian 9% daripada anak murid. Saya nak tanya sama ada kita boleh mempercepat perubahan ke dunia vegan dgn lebih banyak anak murid membuat kerja Supreme Master TV? Jadi lebih banyak anak murid terlibat dalam membuat kerja Supreme Master TV.) Mereka semua bekerja untuk Supreme Master TV secara tidak langsung. (Okey.) Tapi 62% bukan semuanya Supreme Master TV, 53% adalah daripada Guru. (Wau!) Jadi meskipun lebih banyak orang, mungkin akan bertambah beberapa peratus saja, (Okey.) tak banyak. Tapi mereka semua membuat kerja Supreme Master TV. Supreme Master TV ialah saluran untuk memberkati dunia dan mendidik orang. Ada dua cara: Satu cara adalah bercakap dan menjelaskan; satu lagi cara adalah secara senyap di dalam. Mereka makan makanan vegetarian (vegan). Mereka berbuat baik. Mereka bermeditasi. Mereka juga bekerja untuk Supreme Master TV. Mereka lakukan bahagian tak nampak dan juga melakukan bahagian nampak. Mereka pergi mengedarkan risalah dan memperkenalkan kepada orang restoran vegetarian, vegan. Mereka bercakap dengan orang, beritahu mereka supaya makan makanan vegan, berbuat baik. Mereka juga bekerja untuk Supreme Master TV. Semua anak murid yang baik bekerja untuk Supreme Master TV dengan cara-cara yang berlainan. (Okey, terima kasih.) Jadi tak perlu turut serta lagi. Kerana jika lebih banyak orang turut serta, kita mesti ada kerja untuk mereka buat. Sekarang dah cukup. Dah tentu, kita boleh mengambil beberapa orang lagi tapi lebih banyak orang tak bermakna kerja lebih baik, tak semestinya. Kadangkala lebih banyak orang datang, lebih menyusahkan saya saja. (Faham.) Bukan tanpa syarat. Faham? Tak berbakat atau tak sanggup juga. Hanya sekadar datang dan takut bekerja keras, segala jenis sifat yang tidak baik. Jadi sesetengah orang datang, kemudian perlu keluar dgn sendiri atau saya perlu suruh mereka pergi dari sini atas sebab-sebab yang berlainan – karma: belakang, depan, kiri, kanan, masa silam, masa sekarang dan sudah buatnya untuk masa depan. Jadi lebih banyak orang tak bermakna lebih lancar. Ego dan dengan karma.

Bukan senang nak bekerja bersama orang. Saya ialah orang yang tak suka bekerja bersama sesiapa pun. Saya ialah orang yang tak suka suruh semua orang buat apa-apa. Ia tak menyeronokkan sama sekali. Saya suka bersendirian, buat apa-apa saja yang boleh sendirian. Atau hanya duduk minum teh, menonton TV seperti semua orang di dunia. Tapi saya perlu buat banyak kerja. Saya bukan hanya ada kerja Supreme Master TV. Saya ada perniagaan, angin kakitangan, persetujuan dan segala-galanya: karma tulang belakang, karma silam, karma sekarang. Saya ada anjing yang perlu saya jaga juga. Mereka tak dapat hidup tanpa kasih sayang dan kekariban. Setiap kali saya perlu mengorbankan mereka kerana saya perlu pergi bersuluk selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Saya berasa kesal. Tapi mereka faham. Mereka ialah anjing yang baik. Saya tetap rasa saya bukan penjaga yang begitu baik. Saya berasa kesal. Saya kata, “Kamu seharusnya ada yang lebih baik.” Tapi mereka kata, “Tidak, tidak. Kami kasihi engkau. Tak apa. Kami rasai kasih sayangmu, dah cukup bagus,” dan sebagainya. Mereka begitu baik. Walaupun saya ada penjaga anjing, saya perlu menjaga mereka juga, memastikan angin mereka baik, memastikan mereka rasa saya beri perasan, memastikan mereka rasa saya sayangi dan hargai mereka. Jadi semua kek (vegan), semua minuman yang kakitangan dapur beri kpd saya, ia pergi ke sesuatu tempat. Ia jarang masuk ke dalam perut saya. Saya tiada masa utk makan kek (vegan), jadi kadangkala ia menjadi kering kerana saya lupa akannya. Seperti jika mereka berikan kek (vegan), saya letaknya di sana. Saya sudah berikan kepada orang tetapi masih ada yang tertinggal, mungkin untuk saya atau untuk kemudiannya tapi saya lupa akannya.

Saya tiada masa untuk makan pun kadangkala. Mereka bawa makanan tepat pd masanya tapi saya tak makan tepat pada masanya. Kerana mungkin saya masih bermeditasi, memeriksa sesuatu atau membuat sesuatu. Kerja dalaman saya lebih penting daripada kerja luaran. Tapi kerja luaran menyokong kerja dalaman juga. Kerja dalaman membantu kerja luaran. Saya tak boleh buat satu saja. Jadi Supreme Master TV ialah kerja luaran daripada kerja dalaman. Kerja dalaman adalah untuk Supreme Master TV di luar, untuk dunia. Jadi saya tak makan. Kemudian apabila saya keluar, nak makan, ada kerja yang datang. Jadi saya perlu buat kerja dulu disebabkan masa. Jadi kadangkala saya melompat keluar daripada mandi, di tengah-tengah, disebabkan oleh telefon atau kerja yang datang. Masanya, seperti disiarkan malam ini, maka lagi awal saya siapkannya lagi baik, kalau-kalau ada perubahan dan mereka ada masa untuk ubah kerana kita ada terjemahan. Banyak bahasa perlu diubah. Jika saya ubah satu dlm bahasa Inggeris, mereka perlu ubah 23, 26 bahasa. Ini kerja berpasukan dan organisasi yang besar. Jadi tak begitu mudah seperti kamu menonton TV. Wau! Supreme Master TV. Wau! Kerja baik! Cantik, berwarna-warni, lancar. Kami bekerja seperti anjing, maaf. Kami bekerja seperti lembu di sebalik tabir. Saya salah satu daripada mereka saja. Mereka bekerja keras sekali. Kebanyakan daripada mereka bekerja keras sekali, sangat berdedikasi dan sangat berbakat. Saya bersyukur kpd Tuhan atas itu setiap hari. Saya berterima kasih kepada mereka juga. Kadangkala saya tulis, “Kerja baik. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kamu diberkati,” sesuatu macam itu. Atau “Kasihi kamu” atau bubuh gambar hati. Itu buat mereka rasa gembira.

Tapi setiap perkara kecil mengambil masa. Sama seperti bermain dengan anjing ini, kemudian pergi bermain dgn anjing itu. Segalanya mengambil masa, selama dua jam dengan snek, kemudian cuci mulut mereka, tukar air dan bersihkan lantai selepas mereka makan. Jika tidak, semut akan masuk ke dalam. Atau serangga masuk ke dalam. Atau mereka akan terpijaknya, kemudian cetaknya pada katil atau selimut saya, apa-apa saja. Mereka cetak dengan kaki. Jika saya tak segera membersihkannya, maka air, makanan lekit dan snek, apa-apa saja, akan tercetak pd katil saya. Saya tak mahu itu kerana pembantu saya perlu mencuci, membersihkannya. Kami tak sentiasa nak cuci dan bersihkan benda disebabkan alam sekitar juga. Jadi saya bekerja keras sekali juga. Semasa bersuluk pun, saya tak sentiasa dapat berseorangan dengan senyap kerana kadangkala ada kerja cemas yang perlu saya uruskan. Semasa bersuluk, kamu tak buat ini, sebarang kerja, tapi saya perlu. Oleh itu, sesetengah suluk saya hanya 50% berjaya, 30% berjaya, kerana saya perlu mengalihkan perhatian untuk menguruskan kerja luaran. Supreme Master Television, cemas. Sentiasa ada kerja untuk dibuat. Tak pernah tiada kerja.

Apa yang kamu rasa? Saya kelihatan cantik, duduk saja sepanjang hari di rumah macam ini? Senyum lebar, bermain dengan anjing atau mengambil gambar bunga? Oh, romantiknya! Guru hanya mengambil gambar, bekerja pada hari Ahad saja. Saya ambil gambar secara sampingan saja. Maklumlah. Seperti mereka bawa saya ke sini, misalnya, jika saya nampak foto atau pokok yang cantik, “Berhenti! Cepat.” Atau mungkin mengambil gambar dari tingkap kereta. Ini bergantung kepada berapa buruk lalu lintas atau apa jenis jalan atau lebuh raya. Kadangkala di lebuh raya, begitu cantik, saya tak dapat menahan. Seorang duduk di sebelah pemandu dan seorang memandu, mereka berdua duduk di kedua-dua belah utk jaga saya sehingga saya mengambil gambar. Orang yang lari balik antara masa itu menyeru, “Peep! Peep! Peep! Peep! Aghh! Aghh!” Mereka menunjuk ke kepala, “Aghh! Aghh!” Ya, mereka rasa saya gila. Jadi suatu kali saya pergi bersama dgn pasukan Supreme Master Television pada masa yang sama. Saya berkata kepada orang yang menjaga saya sementara saya ambil gambar, “Saudari, sekarang semua saudaramu dalam lingkungan Supreme Master Television pasti saya adalah gila sekarang. Sebelumnya mereka meraguinya saja. Tapi sekarang mereka tiada keraguan bahawa Guru mereka adalah gila.” Mereka nampaknya dengan mata sendiri. Berhenti di lebuh raya, mengambil gambar apa? Mana boleh ia begitu penting? Tapi saya tak dapat menahan.

Sesetengah orang suka foto saya dan ia buat mereka rasa gembira. Seseorang berkata, hanya lihat foto Guru pun, hanya beberapa saat setiap kali, ia buatnya rasa gembira. Saya tahu ia buatnya rasa gembira kerana ia buat saya rasa gembira. Setiap kali jika saya kebetulan ada masa atau melihat sepintas lalu Supreme Master Television, jika itu rancangan BMD (Antara Guru dengan Anak Murid), saya tunggu untuk lihat foto yang saya ambil. Saya tak pedulikan khutbah yang selebihnya. Lepas saya lihat foto itu, itu saja. Okey. Sayonara! Mungkin saya tak ingat apa yang saya katakan dalam khutbah atau mungkin saya ingat, tak peduli. Saya hanya lihat fotonya, “Wau, cantiknya! Saya suka itu.” Memang, saya suka seni.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  5 / 6
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-28
1 Tontonan
2024-03-28
1 Tontonan
2024-03-28
1 Tontonan
2024-03-28
1 Tontonan
2024-03-28
1 Tontonan
2024-03-27
318 Tontonan
2024-03-26
73 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android