Seterusnya

ISTIMEWA!

Mesej CEMAS Mahaguru Ching Hai kepada Semua Pemimpin Dunia dan Kerajaan

2020-03-29
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pemimpin dan pegawai kerajaan yang dihormati, saya memang berterima kasih kpd anda atas segalanya yang telah anda lakukan hingga kini untuk membantu dunia kita sebaik yang boleh. Saya berterima kasih kepada anda semua. Ini hanyalah suatu peringatan kerana saya tahu bahawa anda tahu apa ialah perkara betul untuk dibuat. Anda mesti melindungi semua makhluk di bawah perlindungan anda – penduduk bersama dan penghuni bersama, iaitu kononnya haiwan. Mereka benar-benar tak berdaya dan bergantung pada belas kasihan manusia. Hakikatnya, TIADA PENYEMBELIHAN BERPERIKEMANUSIAAN, tiada pembunuhan beramai-ramai mahkhluk tak berdosa yang sah di sisi undang-undang.

DUNIA SEDANG TERBAKAR, akan menjadi lebih teruk pada bila-bila saja, MANUSIA DAN HAIWAN TERKORBAN pada kadar yang pantas sekali. Syurga dan Bumi menimpakan penyakit baru yang lebih ganjil pada kita. Tanda pemusnahan adalah ketara di mana-mana saja. TANDA AMARAN ADALAH KETARA dan jelas di seluruh dunia! Perubahan iklim semakin pantas. Penternakan haiwan, industri ikan, telur, susu dan sebagainya, apa-apa saja yang berkaitan dgn haiwan ialah pengeluar terbesar gas metana boleh bawa maut yang memanaskan planet kita. Jadi hentikan perniagaan yang kejam, membunuh ini ialah cara yang paling pantas untuk mendinginkan Bumi kita.

Anda ada kuasa untuk menghentikan semua ini. Anda ada kuasa istimewa untuk MENGIMPLEMENTASIKAN UNDANG-UNDANG VEGAN, TIADA LAGI PERNIAGAAN MENYEKSAKAN YANG BERKAITAN DENGAN HAIWAN. Sifar kesakitan, penderitaan bagi semua makhluk, manusia dan haiwan. Kerana kemurahan akan mendatangkan kemurahan, dan belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan. Belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan dari Syurga. UNDANG-UNDANG VEGAN ini IALAH CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK SELAMATKAN DUNIA KITA.

Jadi jangan mengelak lagi daripada keputusan yang tak dapat dielakkan ini. Hanya MENGGUBAL UNDANG-UNDANG VEGAN DAN MENANDATANGANINYA. Sebelum dah terlambat untuk anda memutuskan perkara yang betul, sebelum dah terlambat untuk berasa sesal pun. Sebelum lebih banyak kemurkaan Tuhan terhadap kita dengan lebih banyak cuaca yang buruk, lebih banyak wabak, lebih banyak kegerunan, lebih banyak nyawa hilang, lebih banyak sumber berharga hilang, lebih banyak bencana kewangan.

Bekerjalah untuk Tuhan, bersama Tuhan supaya anda akan rasa ringan, suci dan gembira dengan MEMBUAT PERKARA YANG BETUL SEKARANG. Gubal UNDANG-UNDANG VEGAN untuk menyelamatkan dunia kita. BUAT VEGANISME MENJADI UNDANG-UNDANG.

Bagi semua rancangan kami, penonton boleh muat turun mesej ini secara percuma dan hantarnya kepada pemimpin kerajaan terhormat, keluarga dan kawan anda. Semoga Tuhan rahmati anda.

Tiga lagi mesej istimewa yang lain baru-baru ini: ‘Mesej Cemas Mahaguru Ching Hai kepada Semua Pemilik Perniagaan Daging Haiwan & Ladang Ternakan, Industri Perikanan, Telur, Susu, Bulu, Ujian Makmal, Kosmetik dan Kulit Juga’, ‘Seruan Cemas Mahaguru Ching Hai untuk Menyelamatkan Dunia Kita dan Berdoa untuk Dunia Vegan’ serta ‘Mesej CEMAS Mahaguru Ching Hai kepada Semua Pemimpin Agama dan Spiritual’ juga boleh dimuat turun secara percuma di SupremeMasterTV.com/download
Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android