Seterusnya

ISTIMEWA!

Seruan Cemas Mahaguru Ching Hai untuk Menyelamatkan Dunia Kita dan Berdoa untuk Dunia Vegan

2020-03-11
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tak nak memperhalus kata-kata saya lagi. Kita kesuntukan masa sekarang. Dunia kita memang dalam kecemasan. Syurga dah marah. Bumi dah marah. Alam Semula Jadi dah marah, menunggu kita kembali ke sifat asal yang penyayang, pemurah seperti yang Tuhan hendaki. Menunggu kita menggunakan kuasa ini untuk selamatkan orang lain, selamatkan diri sendiri dan keluarga. Bantu planet ini. Selamatkan haiwan. Selamatkan dunia kita. Menjadi wira.

Kita akan berdoa bersama-sama. Jika kamu mempercayai keadilan, meskipun kamu tak dapat menjadi vegan buat masa ini, berdoalah agar segera menjadi begitu. Mendoakan Dunia Vegan. Berdoa bersama kami pada tarikh Ahad, 9 Februari 2020, tahun ini, pukul 9 malam masa Hong Kong. Doa kita akan berkuasa kerana ia disokong oleh Syurga, Santo dan Kuasa Tuhan. Saya memastikan itu. Ia ada kuasa yang besar, manusia tak pernah tahu sebelumnya terutamanya sekarang apabila kita lakukannya bersama-sama, dan kamu menjadi vegan atau berdoa untuk menjadi vegan atau akan menjadi vegan dengan segala sifat belas kasihan yang inheren dalam dirimu. Ia akan sangat berkesan. Beritahulah juga ahli keluarga, kawan, kenalan kamu, sesiapa saja yang kamu kenali supaya berdoa bersama kamu, bersama kita untuk dunia vegan. Itu baik untuk mereka juga.

Kita boleh BERDOA, BERMEDITASI BERSAMA kira-kira setengah jam. Kita juga boleh teruskan setiap hujung minggu macam itu, SETIAP AHAD SEKALI LAGI. Kita lakukan ini di samping segalanya yang lain yang kita buat sehingga Dunia Vegan wujud di sini. Kita takkan berhenti. Ikhlas selama lima, 20 minit pun, semua itu bantu membersihkan dunia kita, menyelamatkan kanak-kanak, dan menjalani hidup yang mulia, wajar, sesuai dengan anak Tuhan. Sertailah kami untuk menyelamatkan makhluk tak berdosa. Sertailah kami untuk menyelamatkan dunia kita. Tolonglah! Semoga Tuhan rahmati kamu berlipat ganda selama-lamanya dalam hayat ini dan di akhirat.

Ada beberapa bom yang berdetik, bukan satu saja. Tak perlu tunggu perubahan iklim pun. Semua kemarahan, tenaga derita ini, semuanya diarahkan kepada kita. Berbanding dengan tenaga ini, bom atom tak seberapa saja. Ia seperti mainan kanak-kanak. Neraka tak dapat dielakkan jika kita tak ubah cara hidup kita. Bersamalah kami untuk bermeditasi pada setiap Ahad, pukul 9 malam (masa Hong Kong). Pasanglah jam penggera di mana-mana pun kamu, apa-apa pun yang kamu buat, berhentilah seketika bagi mendoakan Dunia Vegan bersama kami, bersama saya.
Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android