Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Diari Mahaguru Ching Hai: Guru Hidup Dapat Membebaskan Semua Roh yang Boleh Ditebus, Bahagian 3 daripada 4 May 5, 2019

2019-11-01
Lecture Language:Mandarin Chinese (中文),English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di luar Tiga Alam ini, kamu bebas selama-lamanya kecuali kamu nak kembali ke sini kadangkala atas sebab tertentu, untuk jumpa dengan Guru lama semula, atau membantu dunia, membantu kerja mana-mana Guru, sesuatu macam itu. Jika tidak, kamu bebas selama-lamanya.

Meskipun kamu belum menaik ke Alam Kelima atau Alam Spiritual Tim Qo Tu yang baru dicipta, kamu bebas. Maksud saya, sesiapa di atas Tiga Alam adalah bebas selama-lamanya. Mungkin mereka perlu tunggu di sana untuk seketika, beberapa tahun, tetapi di dunia fizikal kita, tahun bermakna saat saja di Alam Spiritual. Jadi mereka tak perlu lama menunggu.

Jadi Buddha, Nabi Isa, mana-mana Santo menyelamatkan semua orang, semua makhluk di dunia ini asalkan Mereka masih di dunia ini. Tenaga Mereka akan kekal berada di dunia ini selama 300, 500 tahun selepas Nirvana Mereka. Selepas Mereka tinggalkan badan fizikal, kuasa tenaga spiritual Mereka masih kekal berada di dunia ini selama 300 hingga 500 tahun. Ia bergantung kepada berapa berkuasanya Santo itu. Ia bergantung kepada berapa tinggi peringkat Santo itu atau berapa berkuasanya Dia. Jadi bagi peringkat Buddha, tenaga-Nya kekal berada di dunia ini selama 500 tahun.

Sebab itulah Dia sering sebut bahawa selepas 500 tahun, “Selepas Nirvana saya, itu Zaman Penghujung Dharma. Kamu semua, Ananda, tolonglah mereka atau orang lain. Jangan pergi ke Nirvana. Jangan pergi nikmatinya selama-lamanya. Kembalilah ke dunia ini dan bantu orang. Lahir semula dan bantu orang lain supaya tak jatuh ke dalam jalan syaitan dan kuasa syaitan.” Sesetengah Guru tinggalkan jejak spiritual Mereka di dunia kita selama 300 tahun, 200 tahun, 100 tahun, bergantunglah. Tapi Mereka memang tinggalkannya.

Jadi kita berterima kasih kepada semua Guru ini pada masa silam dan sekarang juga yang memberkati dunia kita supaya ia sentiasa menjadi semakin baik. Saat, terima kasih. Kita berterima kasih kpd Mereka semua. Sebelum saya terlupa lagi. Ilham datang, saya perlu ikut. Jika tidak, saya terlupa.

Soalannya adalah mengapa dia belum nampak Zaman Keemasan di dunia kita walaupun saya sebut bahawa kita dalam Era Keemasan. Itu di dalam saja, saya dah kata, tetapi di luar, kamu juga nampak tandanya, seperti teknologi yang lebih baik, kesedaran yang lebih tinggi, lebih aman di dunia ini, kurang perang, lebih banyak vegetarian, vegan, lebih banyak tindakan untuk menjaga haiwan; banyak negara, sejak 1990-an. Lebih banyak undang-undang utk haiwan, lebih banyak perlindungan untuk haiwan, lebih banyak hukuman bagi penganiayaan haiwan. Baru-baru ini sentiasa datang dengan semakin banyak sekarang.

Tapi saya nak lihat lebih banyak undang-undang daripada itu. Kerana apabila undang-undang negara sebut bahawa haiwan perlu dijaga dengan secukupnya, dilindungi daripada kelaparan, kedahagaan, cuaca, kesakitan, kesedihan, ketakutan dan sebarang jenis penderitaan, maka itu perlu termasuk semua haiwan, buka hanya domestik. Kerana undang-undang tak nyatakan hanya bagi haiwan domestik, hanya bagi binatang peliharaan, teman. Ia nyatakan ‘haiwan’! Jadi undang-undang perlu dikuatkuasakan sepenuhnya sehingga penghujungnya, seratus peratus. Itu apa yang saya nak lihat. Itu apa yang saya mahukan – semua kerajaan sedar akan undang-undang yang telah mereka gubal, akan gubal, perlu gubal. Mereka perlu, jika mereka nak pergi ke Syurga bersama saya dan tak nak kembali untuk menderita seperti haiwan. Kerana apa-apa yang kita buat terhadap makhluk lain, kita akan perlu alami itu, walau apa cara pun, lambat-laun.

Semua makhluk sedang atau akan ditingkatkan baru-baru ini kerana Gurumu lebih kuat sekarang. Sebelumnya, dia tak dapat janji tetapi sekarang boleh. Saya juga perlu lebih banyak bersuluk. Ia untuk tujuan lain, untuk mengurangkan penderitaan haiwan dan manusia. Tetapi semua orang akan ditingkatkan kecuali beberapa kekecualian yang akan saya baca kepada kamu. Semua orang di planet ini, asalkan saya masih hidup, asalkan Gurumu masih hidup, dia akan meningkatkan mereka semua ke Alam Baru, tetapi perlahan-lahan, bergantunglah.

Tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat pembebasan. Mereka akan mendapat pembebasan walau apa pun. Kemudian mereka akan pergi ke Alam Baru akhirnya. Tapi pertama sekali mereka perlu tunggu di sesuatu tempat dan membersihkan diri. Orang yang akhirnya sampai ke Alam Spiritual Baru Tim Qo Tu adalah bersih sepenuhnya, jadi tiada peringkat atau dimensi kesedaran spiritual yang berbeza lagi. Semuanya sama.

Dia tanya saya, kerana di Alam Amitabha, ada peringkat pencapaian yang berbeza-beza. Di Alam-Nya pun, mereka panggilnya ‘Sembilan Peringkat Teratai’. Ini bermaksud sembilan peringkat teratai. Ini bermakna jika kita baik, maka kita dilahirkan dan sudah duduk di atas teratai, di sebelah Buddha, dekat Buddha. Atau ada beberapa teratai yang mekar dengan lebih kecil dan sesetengahnya belum mekar. Kita berada di dalam, menunggu di dalam teratai yang belum mekar, kuntum teratai. Ada peringkat-peringkat yang berlainan. Tetapi di alam yang baru dicipta itu, sudah bersih sepenuhnya sebelum menaik ke atas. Kamu boleh berada di sana bersama Tim Qo Tu sepanjang masa, sepuas-puasnya. Lebih tinggi daripada itu, kamu tak perlu pergi, tak harus, tak dapat. Kamu boleh melawat sikit Alam Semesta Asal kadangkala tetapi saya tak tahu buat apa. Alam Baru sama bagus juga.

Orang yang akan ditingkatkan ke Alam Baru ialah pengikut yang mulia, bertaubat, pemurah, benar-benar beriman serta pengikut Gurumu, dah tentu, dalam hati mereka. Bukan semuanya terima inisiasi secara rasmi, bukan semuanya dapat buat begitu. Tetapi jika mereka ikhlas dalam hati mereka dan jika pendosa bertaubat, mereka boleh pergi juga. Itu mengambil masa, lebih lama daripada kamu, anak murid langsung yang baik, dah tentu.

Orang berikut tak boleh mendapat pembebasan, daripada Gurumu pun. Orang berikut:

Mereka yang menentang Guru dari segi fizikal, emosi, mental, rohani, secara terbuka atau diam-diam. Seperti menyumpah Guru, mengenakan sumpah pada Guru supaya Dia tak sejahtera dan sebagainya. Atau menentang anak murid-Nya, menentang anak murid Guru dengan sesuatu bentuk, sebarang cara. Ini tak boleh mendapat pembebasan. Tetapi mungkin jika mereka bertaubat di akhir hayat, boleh. Ia bergantung kepada berapa besar kesalahannya – berapa banyak mereka menentang Guru atau berapa banyak telah dibuat untuk menentang anak murid-Nya.

Orang seterusnya ialah mereka yang mengeluarkan senjata dan menentang kerajaan-kerajaan yang berlainan, seperti batu api. Seperti pergi bercakap dengan kerajaan ini dan berkata, “Kerajaan itu buruk bagi kamu.” Dan pergi kepada kerajaan itu dan berkata, “Kerajaan ini buruk bagi kamu.” Buat mereka saling menentang supaya mereka boleh jual senjata dan memperoleh wang. Sesiapa yang mengeluarkan senjata, memiliki syarikat yang mengeluarkan senjata, tak dapat diselamatkan. Pekerja syarikat itu kurang bertanggungjawab tetapi tetap sangat sukar mendapat pembebasan, diselamatkan. Ia juga bergantung kepada berapa banyak hati mereka dengan perniagaan itu atau tidak. Saya hanya berkata secara umum, perinciannya ambil masa yang panjang.

Dan pemilik sebarang rumah sembelih haiwan yang membunuh, menyeksa, mencacati dan mengganggu haiwan. Mana-mana pemilik mana-mana rumah sembelih tak dapat diselamatkan meskipun bertaubat selepas itu. Jika mereka berubah dalam hayat ini menjadi perniagaan vegan, menghentikan penyembelihan sepenuhnya dan bertaubat, maka boleh. Tetapi jika sampai akhir hayat, mereka masih terus memiliki perniagaan ini dan biarkan haiwan disembelih, diseksa dan dicederakan dengan sebarang cara, mereka tak boleh mendapat pembebasan.

Kerana haiwan ialah anak Tuhan juga pada tahap yang berlainan. Tuhan cipta mereka untuk bantu kita. Sebab itulah Bible nyatakan, “Minta haiwan, mereka akan bantu kamu; tanya burung, mereka akan beritahu kamu,” tanya apa-apa saja, “Mereka akan tunjukkan kepada kamu.” Mereka di sini untuk berkati dunia ini juga. Mereka penuh dengan Cahaya, kasih sayang. Kamu boleh lihat banyak klip yang kita paparkan di Supreme Master Television, mereka begitu... Mereka lebih baik daripada manusia, daripada banyak manusia. Mereka ada emosi, ada kasih sayang, ada kecerdasan. Mereka ada hubungan yang taat semasa mereka. Mereka saling menyayangi, saling melindungi dan melindungi manusia juga. Orang yang ganggu mereka pun, jika pada waktu susah, mereka tetap datang bantu manusia itu.

Sesiapa yang sengaja menyebabkan mana-mana makhluk menderita dengan sebarang cara juga tak dapat diselamatkan. Sesiapa yang jahat dalam hati mereka, cetuskan peperangan atau sesiapa yang merupakan pemimpin diktator yang mencederakan rakyat, atau penentang pun, dgn sebarang cara, mereka juga tak dapat diselamatkan.

Mana-mana pemimpin diktator yang menyekat pergerakan dan agama rakyat, bermakna kepercayaan, atau perjalanan, atau kepercayaan politik yang berlainan, mana-mana pemimpin diktator macam itu juga tak dapat diselamatkan. Mereka akan pergi ke neraka. Mana-mana pemimpin yang menghalang sebarang jenis kebebasan rakyat supaya mereka tak dapat berinteraksi dengan rakyat lain, tak dapat berkongsi pengetahuan atau kepercayaan mereka dengan rakyat lain, tak boleh pergi ke negara lain untuk berinteraksi dengan rakyat negara lain atau belajar daripada rakyat negara lain pengetahuan, kepercayaan atau apa-apa saja tanpa mudarat, mana-mana pemimpin macam itu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Mereka pergi ke neraka. Tiada orang lain yang bertanggungjawab terhadap mereka. Tiada Guru yg dapat selamatkan mereka. Mereka akan berada di neraka untuk masa yang tak berhujung.
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android