Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pastikan Fikiran Suci dan Bersih Sewaktu Berkhidmat untuk Orang Ramai, Bahagian 1 daripada 2

2018-11-03
Lecture Language:English,Japanese (日本語)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hanya nak ingatkan kamu supaya memastikan dirimu bersih. Ya? (Ya, Guru.) Maksud saya bukan di luar saja tetapi di dalam. Di luar kita boleh bersihkan dengan air, tapi di dalam, kamu mesti sentiasa ingat akan tujuan muliamu kerana tiada apa-apa yang lain lebih baik. Segalanya di sini bersifat fana. Walaupun kita tak menyedarinya dan lupa akannya, namun ia bersifat fana. Setiap hari berlalu dengan cepat sekali. Tidakkah kamu rasa begitu? Ya, kita baru bangun dan sudah penghujung hari.

Sini, kawasan ini sangat suci. Faham? Pokok, rumput dan segalanya, mereka sangat peka. Jadi jangan cederakan mereka semasa tak perlu. Kamu juga perlu memastikan hati di dalam suci, rendah diri, ikhlas. Sesuci yang boleh, dah tentu. Pada bila-bila kamu ada fikiran buruk atau pengaruh negatif… Fikiran buruk mungkin bukan fikiranmu. Mungkin bukan berasal daripada kamu tapi hapuskannya dengan serta-merta. Dan lafazkan Lima Nama, okey? (Ya, Guru.) Atau pergi buat sesuatu yang lain. Jika terlalu banyak, maka kamu buat sesuatu yang lain, mandi atau sesuatu. Berjalan-jalan dan kembali, bersenam, makan snek atau sesuatu. Tapi jangan makan dengan fikiran negatif. Ia akan masuk ke dalam perutmu. Jadi berehat. Sesuatu macam itu, okey?

Bukan senang nak tinggal di gunung ini. Itu apa yang saya nak ingatkan kamu. Kerana jika kamu tak suci dan tenang di dalam... Setiap orang ada sedikit sifat agresif dalam diri mereka tapi sifat agresif berbeza dengan keganasan, faham? Ya, Guru. Jika sesiapa ada peratusan keganasan yang tinggi, suatu hari nanti mereka akan perlu tinggalkan situ atas sesuatu sebab. Kerana kita tak dapat tipu Syurga. Pokok, rumput dan tumbuhan pun, mereka semua tahu akan hatimu. (Wau!) Dah tentu. Kamu tak tahu akan hati mereka tapi mereka tahu akan hatimu. Mereka semua ada roh. Oleh sebab mereka tak bergerak dan tak buat apa-apa yang salah terhadap sesiapa pun, mereka sangat suci. Orang atau makhluk yang berhati suci dapat lihat segalanya yang lain dgn jelas. Itu normal. Normal dan logik. Batu pun ada roh. Kamu tahu akannya. Jadi berjalan dengan rasa hormat dan juga memastikan dirimu bersih di dalam. Di luar juga.

Meskipun saya nak saksikan filem bersama kamu, ia sudah berada di sini selama ini, saya tak pernah saksikannya. Kita tak berpeluang. Jadi tak perlu. Jika kamu benar-benar nak berehat dan saksikan filem, sendiri lakukannya. Saksikan yang selamat, saksikan filem spiritual seperti ‘Kundun’, apa-apa saja, filem Dalai Lama. Atau filem Xuan Zang, Guru Tripitaka pergi ke India bersama monyet. Maksud saya yang sebenar. Ada sebuah filem terbitan China – seluruh kisah hidup Guru ini sehingga beliau mendapat Kitab dan balik. Itu siri yang sangat panjang. Tapi jika mahu, kamu saksikan sesuatu macam itu atau filem yang kita pilih untuk Supreme Master Television, keluarga. Jangan ambil risiko menyaksikan filem lain seperti... Setiap kali apabila saya tak pilih filem itu, mereka pilihnya, maka semuanya teruk, masih ingat? (Ya, Guru.) Tapi tak perlu saksikan. Jika perlu, kamu saksikan. Jika tidak, tak perlu, lebih baik tidak. Segalanya ada kosnya di dunia ini.

Okey, seperkara lagi, orang ingat jika mereka dah terima inisiasi, maka Guru ambil semua karma daripadanya, itu tak apa, mereka boleh buat apa-apa saja yang mereka mahu kerana Guru akan menjaga mereka. Itu tak benar. (Ya, Guru.) Jadi karma ialah karma. Keadilan dalam sistem ini, ya? (Ya.) Kita tak boleh pergi... Kita tak boleh menyalahkan Maya kerana dia tak baik. Kita sendirilah yang tak baik. Faham? (Ya, Guru.)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android