Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Apa yang Dimaksudkan dengan Guru: Daripada ‘Saya Datang untuk Membawa Anda Pulang’ oleh Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bab 5 Apa yang Dimaksudkan dengan Guru Tiga Jenis Guru

“Adalah senang untuk mencari Guru jika kita tahu bahawa terdapat jenis-jenis yang berlainan dan tahu jenis yang mana paling sesuai untuk kita. Pada pendapat saya, terdapat tiga jenis Guru. Jenis pertama ialah apa yang kita panggil jenis intelektual, sarjana. Mereka sangat berpengetahuan tentang kitab, mahir dalam istilah bidang falsafah. Mereka dapat mengajar anda siapa menulis kitab apa pada masa bila serta maksud istilahnya. Guru ini sangat wajar mendapat penghormatan kita. Mereka dapat menyampaikan kepada kita ajaran suci zaman dahulu yang mungkin kita tiada masa untuk faham atau mungkin kita tidak cukup mahir untuk mengetahui istilahnya. Itu jenis guru yang pertama. Belajar dengan mereka tentang ajaran dan agama yang berlainan, pengetahuan kita akan diperluas.

Guru jenis kedua sentiasa berada dalam keadaan ekstasi atau Samadhi. Mereka berbakti kepada Tuhan, Rancangan Suci sepenuhnya. Mereka berhubung secara langsung dengan Tuhan dan ada pengetahuan langsung drpd Tuhan. Mereka dapat bersemuka dengan Dia. Jika kita ada hubungan dengan Guru ini secara kebetulan atau dengan kehendak kita sendiri, kita akan memperoleh faedah. Fikiran duniawi kita akan menjadi kurang dibebani oleh tekanan dunia ini. Kita akan berasa dinaikkan, ceria dan rindui Tuhan semula. Kita akan terasa macam ingin meninggalkan kehidupan duniawi. Saya tidak maksudkan mencukur rambut dan tinggal di dalam hutan tetapi berasa kurang mengingini keseronokan sensual dan untung material dunia ini. Guru ini biasanya sukar dicari kerana biasanya mrk tidak benar-benar mengajar. Mrk hanya sentiasa berada dlm keadaan ekstasi, menikmati kegembiraan dan keharmonian di dalam diri mereka.

Jenis ketiga juga sentiasa ada kasih sayang kepada Tuhan tetapi mereka juga ada kasih sayang dan belas kasihan kepada orang yang jahil dan menderita. Oleh itu, mereka bergegas ke sana sini mengikut permintaan orang. Meskipun ada satu atau dua orang saja yang secara ikhlas ingin bersatu semula dengan Tuhan, mereka datang berkongsi dengan orang rahsia Kerajaan Tuhan, cara mencari Realiti, Kebenaran, Tao di dalam diri kita, cara membangkitkan di dalam diri kita sumber pengetahuan terbesar, sumber segala kuasa dan kuasa menyelamat di dalam diri kita untuk mengurangkan intensiti penderitaan dalam hidup kita, mengembangkan keyakinan diri kita dan bersatu dengan sumber Maha Berkuasa dari mana kita datang.

Ini ialah garis kasar asas bagi tiga jenis guru. Jadi kita perlu cari satu jenis yang dapat memenuhi hasrat, keperluan dan keinginan hati kita. Jika kita kebetulan menemui mana-mana Guru, kita mesti gunakan diskriminasi kita untuk melihat sama ada ini Guru yang kita mahukan, sama ada dia wajar mendapat penghormatan dan kepercayaan kita.”

“Jenis guru pertama senang untuk dikenal disebabkan oleh pengetahuannya. Dia fasih bertutur dan tahu akan semua kitab, dan kita tahu dia orang yang berpengetahuan. Adalah senang untuk mengetahui ini kerana pengetahuan duniawi senang untuk difahami dan diuji.

Jenis kedua juga senang untuk dikenal dengan rupa luaran dan suasana berbakti di sekeliling orang yang sentiasa berada dalam ekstasi. Jenis Guru ketiga sukar dikesan kerana semasa seseorang tidak berada dalam ekstasi, sukar untuk mengetahui sama ada Dia pernah berada dalam ekstasi atau tidak kerana jenis guru ini adalah 24 jam sehari berada dalam ‘Samadhi’ atau ekstasi tak nampak. Samadhi bermakna kita berada dalam ekstasi, kegembiraan, ketenangan dan Cahaya Tuhan.

Kita boleh berada dalam ekstasi sementara hidup di dunia ini. Terdapat dua jenis Samadhi: Satunya adalah lepas tinggalkan dunia ini kita berada dalam ekstasi, kegembiraan, Kerajaan Tuhan selama-lamanya. Kita bersatu dengan Tuhan atau Lautan Kasih Sayang dan Belas Kasihan. Jenis yang lain ialah ekstasi lebih kecil yang kita alami setiap hari melalui meditasi, melalui keinginan ikhlas atau sebarang jenis ritual untuk mencapai ekstasi. Jadi apabila kita berada dalam Samadhi, kita lupa akan seluruh dunia. Kadangkala kita dapat dengar suara orang di sekeliling kita tetapi tidak dapat berhubung dgn dunia. Apabila kita berada dalam ekstasi yang lebih dalam, seluruh dunia hilang. Kita hanya nampak Cahaya dan Tuhan, berasa tenang, ceria dan sangat gembira.

Oleh sebab jenis Guru ketiga berada di dalam dan di luar ekstasi pada masa yang sama, seperti Nabi Isa atau Buddha, adalah sukar untuk mengesan Mereka. Mereka kelihatan seperti orang biasa. Ini ialah bahaya menjadi Guru tahap ketiga. Jenis Guru pertama, semua orang mengenal kita, menghormati kita. Beribu-ribu orang mengikut kita. Jenis Guru kedua, semua orang tahu dan menyembah ke kaki mereka. Mungkin mereka tahu atau tidak tahu kerana mereka berada dalam ekstasi sepanjang masa dan orang dapat lihat. Tetapi jenis ketiga seperti Nabi Isa atau Buddha, orang mungkin lemparkan batu pada Mereka, menyalib Mereka, memarahi Mereka dan bunuh Mereka kerana banyak orang tidak dapat percaya bahawa Mereka ialah anak Tuhan, bahawa Mereka ialah Penyelamatan, Cahaya dan Jalan dunia semasa Mereka berada dalam badan fizikal dan berkelakuan seperti kebanyakan orang biasa.

Jadi mereka yang pergi ke sana sini untuk berkongsi rahsia Kerajaan Tuhan dengan orang, seperti Nabi Isa atau Buddha, berada di dalam dan di luar ekstasi, kerana semasa berkhutbah, Diri sebenar kita berada dalam Samadhi tetapi diri fizikal kita masih menderita, masih tahu akan kesakitan dan kesedihan. Sekarang, jenis Guru kedua tidak berasa sakit dalam badan mereka, tiada kebimbangan, kerisauan, hanya kegembiraan, segala kesengsaraan hilang dan tiada perkataan dalam bahasa ini untuk menggambarkan keadaan ini. Jika kita tergolong dalam kategori pertama dan kedua, orang akan mengenal dan mengikut kita. Tetapi bahaya menjadi Guru jenis ketiga adalah Mereka kelihatan seperti orang biasa dan orang mungkin melemparkan batu pada Mereka, malah membunuh Mereka kerana mereka tidak percaya bahawa Mrk ialah jalan menuju penyelamatan.”

‘Saya Datang untuk Bawa Anda Pulang’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Arab, Âu Lạc (Vietnam), Bulgaria, Cina, Czech, Inggeris, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Parsi, Poland, Romania, Rusia, Sepanyol, Turki dan sebagainya.
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android