Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 4 drpd 8

2021-01-23
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Banyak pemimpin yang baik telah dibunuh juga. (Ya, Guru.) Kerana dunia ini milik makhluk jahat, milik maya. Semua kitab beritahu kita itu. Sebab itulah Guru turun ke bawah sini dan beritahu kita, “Ikutlah saya balik. Balik ke rumah. Balik ke Syurga. Ini bukan dunia kamu. Apa-apa yang kamu ada di sini, ia takkan berikan kegembiraan yang berpanjangan dan ia tidak benar.”

Ada soalan lagi? (Ya.) Adakah saya jawab kamu dgn secukupnya? (Ya, Guru, terima kasih.) Kamu sentiasa boleh tanya lebih banyak jika tak jelas atau idea lain timbul dengannya. Kamu tanyalah saya. Yang seterusnya, jika kamu ada.

(Ya, Guru. Lima puluh tahun yang lalu, Guru Paramahansa Yogananda mengumumkan bahawa Presiden Abraham Lincoln dulu seorang yogi Himalaya dalam hayat silam dan beliau meninggal dengan satu hasrat untuk menyatukan orang dan membawa kesamaan kaum.) Ya. (Guru Yogananda menyatakan, “Beliau bekerja untuk Tuhan. Abraham Lincoln mengekspresikan impian tertinggi kerajaan) Ya. (apabila beliau berkata bahawa seharusnya ‘Negara rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.’) Ya. (Beliau orang yang sangat spiritual. Begitu pun, beliau perlu menderita disebabkan kejahilan beberapa orang.” Nampaknya sejarah berulang dengan Presiden Trump: nampaknya beliau sangat spiritual juga dan sebelumnya kita bercakap tentang perjanjiannya dengan Tuhan. Guru, mengapakah Amerika ada pemimpin yang begitu baik, begitu spiritual juga?)

Mengapa tidak? Adakah kamu lebih suka negaramu tiada pemimpin yang spiritual? (Tidak, saya lebih suka yang spiritual.) Hayat demi hayat, banyak negara ada pemimpin, pemimpin kerajaan, pemimpin negara yang spiritual. Kamu lihat senarai AP (Ramalan Silam) sebelumnya. Seperti raja Âu Lạc (Vietnam), raja Korea, raja... Banyak. (Ya, Guru.) Seorang Guru, orang yang spiritual ada pilihan untuk menjadi apa. Ini bergantung kepada berapa banyak yang mereka nak bantu. Atau berapa banyak afiniti yang mereka ada dengan orang di negara itu. Jadi mereka boleh memilih jalan untuk berikan paling banyak manfaat (Ya, Guru.) kepada negara mereka, negara itu.

Bukan hanya Amerika ada pemimpin yang baik. (Ya, Guru.) Kamu harus gembira dengan negaramu ada beberapa orang pemimpin yang baik. (Ya.) Spiritual juga. Sesetengahnya lebih senyap tapi sesetengahnya lebih terbuka. (Ya.) Contohnya, En. Trump, tiada orang sebut, biasanya kebanyakan akhbar tak memujinya sebagai orang yang spiritual atau apa-apa pun. Mereka tak nampak dengan jelas. Mungkin hanya Fox News paling baik. Fox News dan mungkin New York Post? Adakah itu New York Post yang buat senarai perbuatannya? Saya rasa akhbar itu. Beberapa akhbar dan... beberapa media adalah sangat baik, lurus, sangat faham, tahu, ada lebih banyak intuisi tentang siapa baik, siapa tidak, dan adil juga. Seperti Fox News dan New York Post. Yang lain saya... mungkin ada satu atau dua lagi.

Saya tak nampak banyak. Saya baru mengetahuinya baru-baru ini disebabkan oleh kisah Presiden Trump. Jika tidak, saya takkan tahu yang mana ialah apa. Akhbar lain atau saluran media yang lain sangat berat sebelah dan tanpa rasa malu memanggilnya dengan segala jenis nama julukan, malah berkata beliau seorang... mengkritik berat badannya, semua itu. Saya rasa beliau kelihatan elok, kan? (Ya, Guru.) Beliau tak kelihatan obes atau apa-apa pun. Meskipun beliau obes, peduli apa? Bukan? Ada tak undang-undang di Amerika yang menyatakan bahawa presiden perlu kelihatan macam peragawan, (Tidak, Guru.) tak boleh ada satu inci lemak lebih daripada peraturan pengiraan atau apa-apa macam itu? Tak masuk akal, kan? (Ya, Guru.) Kita harus menilai presiden atau sesiapa pun dengan sifat baik, perbuatan mereka, bukan dengan rupa luaran mereka. (Ya, Guru.) Tapi saya rasa beliau kelihatan elok bagi usianya. (Ya, Guru, memang.) Beliau kelihatan sangat mulia. (Ya.) Beliau berjalan dengan tegak dan kelihatan seperti raja, sangat berwibawa, sangat mulia. (Ya.) Jadi itu apa yang saya katakan.

Mengapa saya beritahu kamu semua ini? Apakah soalan kamu? Orang spiritual dan penderitaan. Kamu tak tahu, bukan itu saja kerana hari ini kita ada akhbar dan televisyen, jadi kita tahu lebih banyak tentang penderitaan Presiden Trump daripada serangan-serangan yg berlainan. daripada sumber-sumber yang berlainan. Tetapi pada zaman Abraham Lincoln, itu kurang, (Ya.) jadi kita tak tahu berapa banyak beliau perlu menderita. Beliau menderita jauh lebih banyak daripada hanya hari beliau meninggal. (Ya, Guru.) Sama seperti Presiden Kennedy. Beliau juga seorang presiden yang sangat agung, kan? (Ya, Guru.) Disayangi rakyat tetapi bagaimana kesudahannya? Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) Tanpa sebab sama sekali, hanya kekejaman, hanya neraka, hanya macam itu saja. Jadi jika Presiden Trump masih hidup, beliau dah harus kenangkan tuahnya, (Ya, Guru.) kenangkan rahmatnya, ya Tuhan! Tetapi daripada buatnya menderita dari segi fizikal, mereka buatnya menderita dari segi mental, emosi. (Ya, Guru.) Dan reputasi, kan? (Ya. Reputasi.) Ya, ya.

Saya terlalu banyak dibebani oleh hal pilihan raya ini dan dunia kita. Saya benar-benar lihat dengan jelas bidang politik sekarang. Maksud saya, beberapa hari ini, beberapa minggu ini atau sejak saya mula sedar akan ketidakadilan dan perlakuan buruk terhadap Presiden. Hany lihatnya, saya tak nak lihat. (Ya, Guru.) Tuhan, dunia sebegini yang kita diami. Maklumlah, terlalu menakutkan. Ya Tuhan! Kita perlu benar-benar jahat. Jika tidak, kita tak dapat hidup. En. Trump, dah tentu, beliau tak dapat. Meskipun mahu, beliau tak dapat. Beliau bukan dilahirkan untuknya. (Ya, Guru.) Jadi dah sangat bertuah, dah pun suatu keajaiban beliau memegang kuasa untuk satu penggal. (Ya, Guru.) Sejarah berulang. En. Presiden Trump. Sama juga dengan Presiden Kennedy. John F. Kennedy. (Ya, Guru.) Saya sangat bersimpati. Banyak orang baik adalah macam itu. Orang tak perlakukan mereka dgn baik. Kerana dunia ini bukanlah dunia yang baik. (Ya, Guru.) Hayat demi hayat, kamu lihat berapa banyak orang menjalankan amalan spiritual? Zaman Nabi Isa, berapa banyak orang mengikut-Nya? (Ya, Guru.) Dan berapa banyak orang mengganggu, menyeksa, menolak (Ya, Guru.) dan mencederakan-Nya, malah sehingga penyaliban-Nya. Banyak Guru tak hidup dengan baik pada masa dahulu. Saya kenangkan rahmat yg saya nikmati. (Ya, Guru.)

Mungkin, saya tak tahu, kali ini saya lebih baik. Saya bersembunyi dengan baik sekali selama ini. Untuk kamu, dah tentu. Sekarang kita ada Supreme Master Television, jadi saya keluar semula. Tapi sewaktu saya berseorangan, atau tak semestinya berseorangan, bersama satu atau dua anak murid saja, pemandu atau sesuatu, ke mana-mana pun saya pergi, orang tak tahu siapa saya. Tak tahu. Kerana saya tak bercakap seperti orang yang spiritual. Saya mengatakan perkara biasa dan tak berpakaian elok atau apa-apa. (Ya, Guru.) Saya berpakaian biasa. Saya tak menunjuk-nunjuk atau apa-apa macam itu kerana saya perlu melindungi diri. (Ya, Guru.) Tapi disebabkan dunia ini, saya nak bantu dunia ini. Jika kita nak bantu dunia ini, kita tak boleh sentiasa bersembunyi. Saya masih bersembunyi sekarang, tapi pada bila-bila saya boleh, (Ya, Guru.) pada bila-bila saya boleh. Banyak kali ia membantu saya mengelakkan kecederaan, kematian. Mengelakkan kesusahan dan bahaya. Banyak kali ia membantu, penyembunyian membantu.

Ada apa-apa lagi, sayang? (Tidak, saya rasa saudara lelaki akan tanya soalan lain.) Sesiapa lagi tanya? (Ya, Guru.) Lelaki, wanita.

(Kami tertanya-tanya sama ada Guru pernah menjadi Presiden Amerika dalam hayat silam atau malah salah seorang Bapa Pengasas?)

Mengapa kamu asyik tanya jenis soalan ini? Saya tak dapat buktikannya pun. Saya tahu. Presiden Washington? (Ya, Guru.) Kamu masih ingat beliau? (Ya, Guru.) Itu Gurumu. (Oh!) Kamu terkejut. (Ya.) Mungkin itu sebabnya saya boleh cakap tentang politik beberapa hari ini. Saya tahu di dalam dan di luar. Saya tahu akan pihak pembangkang dan diri sendiri. Kamu terkejut. Barangkali kamu rasa mungkin saya ialah Abraham Lincoln kerana jelasnya beliau lebih spiritual.

Saya teringat satu kali, sekarang kamu tanya. Sautu kali saya terbaca dalam majalah Âu Lạc (Vietnam) di Amerika. Suatu kali saya di Amerika dan mereka ada majalah ini di sekeliling. Seorang wanita di sesuatu tempat menulis sebuah iklan dalam akhbar itu. Dia berkata bahawa dia ada pengalaman sewaktu berdoa kepada En. Washington, Presiden Washington, dia tak memanggilnya ‘Presiden’, dia kata, “Adalah benar bahawa Bodhisattva Washington…” Itu apa yang dikatakannya dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). “Adalah benar bahawa Bodhisattva Washington memang... Bagaimana kata ‘linh’ dlm bahasa Inggeris? Saya dah lupa... suci, ajaib? ...sangat suci. Saya berdoa kepadanya dan hasrat saya menjadi kenyataan. Anda semua harus berdoa kepadanya.” Sesuatu macam itu. Itu benar. Sebab itu dia asyik berkata begitu. Itu benar. Dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), saya masih ingat mereka sebut namanya sebagai ‘WA-SHIN-TUN’. Washing… Washing-tung. Sesuatu macam itu. Dia memanggilnya Boddhisatva, bermakna santo agama Buddha. (Ya.) Saya masih ingat itu. Mungkin kamu masih dapat lihat balik jika semua majalah ini ada di dalam perpustakaan kongres di sesuatu tempat? Mungkin kamu masih dapat baca itu. Saya tak pasti sama ada kita dapat. Saya terbaca itu, pasti lebih 30 tahun yang lalu. Itu waktu permulaan misi spiritual saya dan mungkin hanya kali kedua di Amerika atau sesuatu. Saya terbaca itu. Pada masa itu, saya tak banyak berfikir. Saya kata, “Mana boleh? Seorang Presiden.” Pada masa itu. Pada masa itu, saya tak tahu banyak tentang hayat silam saya. Saya tak perlu. Saya tiada sebarang... Saya tiada sebab untuk meninjau. Buat apa? Saya hidup setiap hari seperti sekarang, pada masa itu. Hanya apabila kamu tanya saya atau seseorang nampaknya baru kita tahu. Lagi lama saya hidup lagi banyak kamu korek keluar semua rahsia yang saya pun tak tahu sebelumnya.

Ada lagi? Saya rasa lebih banyak, kan? (Ya, Guru.) Beritahulah saya.

(Guru, adakah terdapat pemimpin lain yang disalah sangka? Pemimpin yang sebenarnya baik untuk negara mereka dan dunia) Ya. (tetapi salah digambarkan dan disalah anggap. Contohnya Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel yang menyetujui perjanjian perdamaian dengan negara Arab seperti Morocco, UAE (Emiriyah Arab Bersatu) dan mungkin lebih banyak akan datang.)

Dah tentu ada lebih banyak. Lebih daripada hanya Presiden Trump, dah tentu. Saya tiada nama mereka dalam ingatan saya sekarang. Saya tahu beberapa orang lagi masih hidup juga di negara Eropah, negara Amerika Latin dan Korea. Tapi bagaimana kita boleh dipuji dan diakui di dunia ini semasa dunia ini ialah kebalikan kebaikan? (Ya, Guru.)

Walaupun banyak Guru datang dan pergi tetapi berapa banyak orang ikut Mereka? Berapa banyak? Meskipun berjuta-juta orang ikut Mereka, di dunia ini, ada berbilion-bilion orang. (Ya, Guru.) Hanya beberapa peratus daripada populasi dunia mengikut Mereka. Banyak daripada mereka dari Syurga yang lebih tinggi. Mereka lahir semula di dunia ini untuk membantu bekas kawan, ahli keluarga atau saudara-mara mereka yang juga lahir semula di dunia ini. (Ya, Guru.) Maka dah tentu, jenis orang ini dengan serta-merta mengenal Guru sebenar. Hanya khutbah pertama atau perbualan pertama, dengan serta-merta mereka sudah mengenal Guru, mengikut dan mahukan inisiasi. Orang yang selebihnya teruskan dengan cara hidup jahil mereka. Sebab itulah Nabi Isa disalib. Sangat banyak, kebanyakan daripada Guru dibunuh atau diseksa dengan cara yang sangat kejam dan dahsyat. Cara yang menggerunkan.

Jadi menjadi presiden yang baik, kita ada nasib yang lebih kurang sama. Sebab itulah mereka bunuh Presiden Kennedy. Atas sebab apa? Tiada orang benar-benar mendapat tahu sebab sebenar. Banyak pemimpin yang baik telah dibunuh juga. (Ya, Guru.) Kerana dunia ini milik makhluk jahat, milik maya. Semua kitab beritahu kita itu. Sebab itulah Guru turun ke bawah sini dan beritahu kita, “Ikutlah saya balik. Balik ke rumah. Balik ke Syurga. Ini bukan dunia kamu. Apa-apa yang kamu ada di sini, ia takkan berikan kegembiraan yang berpanjangan dan ia tidak benar.”

Sekarang kamu faham. (Ya, Guru.) Adakah itu jawab soalan kamu? (Ya, terima kasih, Guru.) Sama-sama, sayang.

Saksikan Lebih Banyak