Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

Kepercayaan ialah Punca Segala Kebaikan, Bahagian 1 daripada 7

2020-09-06
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya tak hidup untuk apa-apa yang lain. Saya hidup untuk itu saja. Untuk kesejahteraan dunia, untuk penderitaan haiwan dikurangkan. Saya tak hidup untuk apa-apa yang lain. Memang macam itu. Dewata tahu bahawa saya bercakap benar. Dewata ialah saksi saya.

Terima kasih kerana buat kerja baik, kamu semua. Dah tentu, kita ada seluruh dunia di belakang kita, maksud saya saudara-saudara di seluruh dunia menguruskan kerja ini, tapi saya juga berterima kasih kpd kamu kerana kamu membaktikan hidupmu. Ini saya dah beritahu banyak kali tapi saya nak ulang sekali lagi. Sama seperti pasangan yang jatuh cinta, sentiasa perlu kata, “Saya cintai kamu.” Jika tidak, dia terlupa. Hari perkahwinan dan sebagainya perlu diingati. Saya nak ucapkan terima kasih kpd kamu. Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.

Di Valencia, mereka kata ‘grazias’. Biasanya kita kata ‘gracias’. Di Valencia, mereka menjelirkan lidah, saya tak tahu mengapa. Sentiasa menyusahkan saya apabila saya pergi ke sana. Lidah saya, saya terlupa… Tapi mereka faham. Meskipun kita tak menjelirkan lidah, mereka faham juga, terutamanya apabila kita tundukkan kepala sikit, mereka tahu kita berterima kasih. Saya hargai kamu semua kerana benar-benar memutuskan untuk membaktikan hidupmu dan berbuat baik kepada dunia. Tapi ini kacang saja bagi kamu, kan? (Ya.) Kamu ialah penagih komputer, atau bukan?

Kamu suka mesin. Lelaki, macho. Mesin adalah… Ya! Sewaktu saya di luar, saya terdengar sesetengah isteri merungut. Mereka kata, “Suami saya lebih suka kereta daripada suka saya! Dia menjaga setiap hari. Dia mencuci, mengelap dan menutupi kereta. Saya, dia tak menutupi saya pun. Dia tak peduli. Pada waktu malam, kami tidur, dia mengambil selimut saya.” Ini jenaka saja tapi benar macam itu. Lelaki lebih suka benda lain daripada wanita. Kadangkala kelihatan macam mereka lebih suka wanita daripada benda lain tapi itu tak benar. Saya tak rasa begitu. Saya rasa mereka lebih suka benda daripada wanita. Cuma mereka memerlukan wanita kadangkala, memasak atau sesuatu, atau hanya untuk menunjukkan mereka ada isteri tapi mereka tak berapa peduli.

Kelihatan elok. Ini bukan popia. Ini rol musim panas (vegan). Berbeza. Taka apa. bagus. Jika makanan datang, makanlah sementara masih panas. Kita berbual-bual dan… Kerana kamu dengar dengan telinga, bukan mulut. Sayalah orang yang perlu memastikan mulut kosong supaya kamu menikmatinya sebelum ia menjadi sejuk. Saya makan apabila boleh, apabila kamu tak lihat.

Satu perkara penting yang saya nak katakan adalah… Sebenarnya, sebelumnya saya nak ucapkan terima kasih kepada kamu. Pada hari-hari ini, kamu buat kerja baik. Sewaktu saya bersuluk, saya tak dapat menjaga dunia, maksud saya secara fizikal, dengan kerja atau nota, apa-apa pun. Saya mencatat tetapi simpannya. Saya tak boleh berikannya kepada kamu kecuali kecemasan. Jadi sewaktu bersuluk, saya hanya boleh menguruskan perkara untuk saya sendiri, kepentingan saya saja. Saya boleh menyaksikan filem jika mahu tetapi saya tidak. Maksud saya filem yg benar-benar baik, spiritual atau sesuatu macam itu.

Tapi saya tak menyaksikan filem sewaktu bersuluk. Hanya sekali-sekala, mungkin khutbah saya sendiri, saya boleh saksikan. Atau sesuatu yang tak begitu bersifat duniawi seperti muzikal, sesuatu macam itu, atau rancangan spiritual sebenar. Tapi jika tidak, tidak. Saya saksikan satu rancangan minggu ini, bertajuk sesuatu macam ‘Enam Paramita’, enam kesempurnaan. Trelernya begitu baik! Saya kata, “Ya Tuhan, macam tak percaya, orang Taiwan (Formosa) buat dengan begitu baik!” Sama seperti Broadway. Saya lihat perhiasan yang cantik dan segalanya sangat baik! Tapi saya tetap tak menyaksikannya kerana terlalu banyak orang di dalamnya. Sewaktu bersuluk, saya tak nak lihat terlalu banyak orang, pada skrin saja pun, meskipun orang itu dah meninggal dunia. Jadi saya akan menyaksikannya lepas itu jika ada masa sewaktu saya memeriksa rancangan lama yang telah disiarkan dan mungkin akan menyaksikannya. Memang baik. Satu lagi rancangan adalah baik. Saya nak beri ganjaran kepada orang Âu Lạc (Vietnam) dengan sesuatu. Saya tak tahu macam mana. Mungkin kamu boleh bantu saya dengan itu dan melapor kepada saya. Ada satu kumpulan yang membuat rancangan yang berjudul ‘King Lý Thánh Tông’. Kumpulan tarian sebelumnya juga membuat kerja baik. Untuk rancangan Âu Lạc (Vietnam), sangat baik. Saya nak berikan sesuatu kepada mereka seperti wang supaya mereka boleh buat apa yang mereka mahu dengannya. Itu memang rancangan yang baik.

Banyak rancangan yang lain, saya rasa begitu buruk, itu sebabnya saya berkata sebelumnya, “Tidak! Tak mahu rancangan Âu Lạc (Vietnam) lagi.” Mereka kelihatan macam hanya memakai pakaian yang cantik, kemudian bergerak ke sana sini sikit. Tak berlatih dengan baik pun. Kita dapat lihat dengan kefleksibelan badan bahawa mereka tak lama berlatih. Itu tak boleh. Jika kita menunjukkan sesuatu kepada dunia, kita perlu lakukannya dgn baik. Itu utk rasa hormat. Sebab itu rancangan-rancangan ini, saya tak mahu lagi. Tapi seperti ‘Enam Paramita’ adalah baik. Orang Taiwan (Formosa) memang sangat bagus. Saya belum menyaksikan seluruhnya. Dah tentu, saya hanya lihat trelernya. Kerana saya sedang bersuluk, tak boleh lihat. Tapi saya rasa sangat baik. Dan orang Âu Lạc (Vietnam) bagi Lý Thánh Tông, itu bagus. Mungkin satu atau dua rancangan sebelumnya juga, lama dahulu, saya dah lupa. Kerana jenis rancangan ini, kita harus siarkan. Saya tak maksudkan nak mengkritik tetapi kita perlu benar-benar mengkritik diri sendiri. Jika kita nak menunjukkan sesuatu kepada dunia, kita perlu lakukannya dengan hati. Jika kita tak dapat, maka lebih baik tak lakukannya. Faham? (Ya.)

Semoga berselera! ( Semoga berselera. ) Nikmatilah hidanganmu. ( Terima kasih. ) Dia sentiasa ketawa apabila saya berbahasa Sepanyol dengannya. Saya kata, “Janganlah ketawa, saya akan ingat saya kata dgn tak betul.” Dia kata, “Tidak, Guru! Sangat baik!” Minumlah! (Minumlah!) (Minumlah, Guru.) Belum lagi? Ambil masa terlalu lama. Mari! Semua orang ada. Minumlah. (Minumlah, Guru.) Panjang hayat Supreme Master TV! (Panjang hayat Supreme Master TV!) Dan Tuhan rahmati semua kakitangan termasuk mereka yang tiada di sini. Saya ingin adakan pertemuan suatu hari. Ambil masa yang lebih panjang sikit untuk buat persediaan, mungkin apabila cuaca baik dan sebagainya. Bilakah cuaca paling baik di Taiwan (Formosa) sini? Mungkin Ogos? (Oktober. Oktober pun, panas.) Oktober? Tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Ogos terlalu panas? (Ya.) Bagaimana dengan Oktober atau September? Masih panas? (Masih agak panas.) Oktober baik? (Ya.) Dengar sini, apa kata kita adakan pertemuan pada Oktober? Awal Oktober, lebih kurang? Minggu pertama. Itu bagus juga, kerana Thái Tú Hòa meninggal dunia pada 1 Oktober. Mungkin kita tawarkan minggu itu juga. Semua kakitangan Supreme Master TV dari seluruh dunia boleh datang ke sini. Jika mereka tak mampu beli tiket penerbangan, belilah untuk mereka.

Saya juga rasa sangat sedih dengan saya tak dapat buat perjalanan lagi disebabkan oleh kerja saya, kesihatan saya atau jejak karbon pesawat, jadi saya tak dapat pergi ke mana-mana untuk berjumpa dengan orang yang saya sukai seperti artis, artis Amerika. Mungkin kamu juga boleh atur untuk hari itu, mereka boleh datang bersama? Kerana kita ialah artis juga, kakitangan Supreme Master TV ialah artis juga. Maka kita boleh jemput mereka juga untuk datang ke sini. Kita bayar untuk segala perbelanjaan. Mereka datang ke sini dan ada satu hari bersama saya, para artis yang bekerja bersama kita selama ini. Fred Karlin. Beliau sudah meninggal dunia. Sangat menyedihkan. Beliau orang yang lemah lembut, manis. Saya suka akan beliau. Tetapi orang lain yang ingin datang boleh datang, Oktober, kita masih ada banyak masa untuk mengatur. Mereka boleh mengadakan itu, kan? Harap-harap. Kamu boleh menulis kepada mereka seorang demi seorang, semua artis dalam tahun-tahun ini, sama ada artis Amerika, Âu Lạc (Vietnam), China, Korea atau sesiapa saja, atau Iran. (Ya, Guru.) Tulislah kepada mereka dan beritahu mereka bahawa kita jemput mereka. 1 Oktober, apa kata itu? Senang untuk ingat. (Ya.) Boleh? (Ya, Guru.) Hanya untuk pertemuan kawan. Saya suka itu. Dah banyak tahun saya memikirkan itu tetapi tak berpeluang untuk benar-benar memikirkannya. Saya terfikir itu tetapi tiada masa untuk memikirkannya. Pada hari-hari belakangan ini, saya ada lebih banyak masa bersuluk, jadi saya kata kita mesti buat sesuatu. Saya inginkan itu. Hanya kerana saya sayangi mereka, tiada sebab lain. Mereka tak perlu mempersembahkan apa-apa untuk saya. Jika mahu, mereka boleh lakukannya. Luangkan sepanjang hari untuk mereka. Sesiapa pun boleh naik ke atas utk nyanyi atau katakan apa-apa saja yang karut. Supreme Master TV, mereka berbakat tetapi tak sentiasanya bakat buat persembahan. Tak apa, mereka boleh naik ke atas dan cakap yang bukan-bukan, buat kita ketawa dengan kebodohan mereka. Sesiapa saja, bukan artis saja, mereka semua boleh datang. Kita akan bina sebuah pentas. Semua orang boleh letak nama mereka dalam senarai, kemudian ABC, dari A hingga Z, supaya mereka tak rasa kita berdiskriminasi antara mereka, artis baik dan artis buruk. Sesiapa pun boleh... Kamu pun juga boleh naik ke atas, buat komedi berdiri atau duduk, pelawak duduk. Biasanya itu pelawak berdiri.

Makanlah. Oh, saya cakap terlalu banyak! Kalendar saya berterusan lagi. Nikmatilah. (Terima kasih, Guru.) Terima kasih kepada Dewata. Terima kasih kpd semua orang yg terlibat dalam hidangan yang baik ini, dewa-dewi dan manusia.

Kamu semua jagalah diri baik-baik sebelum keadaan menjadi buruk. Kamu faham? (Ya.) Lebih-lebih lagi, jaga kesucianmu di dalam baik-baik. Di dalam, jika kamu suci, kamu dapat mengatasi banyak penyakit, banyak halangan, banyak masalah. Banyak karma juga. Kerana kebanyakan karma, Guru sudah uruskan. Hanya ada sedikit. Jadi pastikan kamu suci di dalam, benar-benar membaktikan hidupmu. Hanya nak mengheret maya itu ke bawah dan buangnya ke dalam lubang di sesuatu tempat. Itu apa yang harus kita buat. Heretnya ke bawah! Dan tingkatkan dunia ke atas! Hanya memikirkan itu, tiada apa-apa yang lain, okey? Segalanya yang lain boleh datang dan pergi, benar atau palsu, tapi kamu kekal ada matlamat ini. Halau maya, tingkatkan dunia ini. Ulanginya! Terlalu sibuk makan. Halau maya, tingkatkan dunia ini.

Saya rasa gembira berpeluang untuk lihat kamu. Saya dah lupa macam mana rupa kamu. Saya kesal dengan sesetengah daripada kamu pergi dari sini, sesetengah drpd mereka pergi dari sini. Mungkin takdir mereka macam itu. Mereka tak boleh berada di sisi saya. Kerana jika mereka berada di sisi saya, mereka mengucar-ngacirkan kerja. Jika mereka tiada di sisi saya, mereka buat kerja dengan baik. Kadangkala saya ada pengalaman macam itu, sesetengah daripada kamu, maksud saya sesetengah drpd mereka. Mungkin kemudiannya, karma mereka akan berubah.

Kita boleh ubah takdir kita jika kita berazam untuk mencapai matlamat mulia yang kita nak capai. Kita memang boleh. Jika kita tak boleh, sekurang-kurangnya kita ada matlamat mulia ini untuk mati untuknya dan dengannya. Tiada apa-apa yang benar-benar berbaloi untuk kita hidup. Saya tak hidup untuk apa-apa yang lain. Saya hidup untuk itu saja. Untuk kesejahteraan dunia, untuk penderitaan haiwan dikurangkan. Saya tak hidup untuk apa-apa yang lain. Memang macam itu. Dewata tahu bahawa saya bercakap benar. Dewata ialah saksi saya. Saya tak berbohong. (Ya, Guru.) Kamu tahu. Buat apa? Apakah sebabnya saya harus berbohong? Ada sebarang sebab? (Tidak, Guru. Kami mempercayai Guru.) Percaya. Terima kasih. Baik untuk kamu. Dalam bahasa Cina, mereka kata, ‘Kepercayaan punca segala sifat baik.’ Bermaksud kepercayaan kita adalah yang paling penting dalam sepuluh ribu sifat baik. Sepuluh ribu hanyalah suatu angka. Bukan sepuluh ribu saja. Bermaksud tak kira berapa banyak sifat baik, jika kita tiada kepercayaan, tak percaya, maka tidak baik juga, kerana kepercayaan adalah yang paling penting dalam sepuluh ribu sifat baik.

( Guru kelihatan macam kerabat diraja Eropah hari ini. ) Kerabat diraja? ( Kerabat diraja, seperti permaisuri Eropah ) Benar ke? ( dengan rambut dan baju ini. ) Di manakah mahkota saya? Saya tinggalkannya di sesuatu tempat. Terima kasih. Mengapa Eropah? Mengapa bukan Korea, seperti sebelumnya? Kerabat diraja Eropah, benar ke? Rambut buatnya begitu. ( Ya. Saya rasa mungkin Monaco? Kerabat diraja Monaco. ) Mo apa? ( Kerabat diraja Monaco. ) ( Selendang dan rambut ini. ) ( Kerabat diraja Monaco. ) Monaco? (Ya.) Ya. Dulu saya di Monaco. Tapi ketika saya julung kali berada di sana, banyak orang asyik memanggil saya puteri. Saya kata, “Tidak, saya bukan puteri.” Seperti saya pergi ke restoran atau sesuatu, hotel, mereka kata, “Halo, puteri ini, puteri itu.” Saya kata, “Tidak, saya bukan puteri.” Kerana saya rasa mereka ingat saya seorang puteri. Kerana putera Monaco pada masa itu, Putera Albert masih muda dan ke mana-mana pun baginda pergi, biasanya baginda sendiri pandu kereta tetapi kadangkala jika baginda pergi ke kelab bersama banyak orang, baginda ada seorang pengawal peribadi yang ada pistol, agaknya. Pada masa itu, saya ada empat orang pengawal peribadi. Jadi mereka rasa mungkin saya ialah orang penting atau puteri. Saya berpakaian, tak tahulah, macam puteri atau sesuatu. Saya tak pasti, saya tak ingat. Jadi saya kata, “Tidak, saya bukan puteri.” Mereka kata, “Kamu ialah puteri saya. Kamu ialah puteri kami.” Macam itu, banyak kali.

Saya juga beritahu kamu, ada seorang pemandu teksi. Dia membawa Mercedes terbaik, Mercedes putih, panjang dan besar, datang dan kata, “Untuk kamu, puteri.” Saya hanya memanggil teksi tapi dia bawa Mercedesnya. Saya kata, “Wau! Adakah itu teksi saya?” Dia kata, “Ya, untuk kamu, puteri.” Dia tak kata teksi atau apa-apa. Saya ingat dia tersilap. Saya kata, “Saya memanggil teksi. Kamu orangnya. Mengapa ini kereta yg berbeza hari ini?” Dia kata, “Untuk kamu, puteri.” Saya rasa dia bergurau saja, jadi tak peduli. Di Monaco, pemandu teksi, kamu jangan pandang rendah terhadapnya. Kerana lesen di Monaco berharga lebih kurang sejuta dolar Amerika atau Euro. Saya dah lupa, Euro atau dolar Amerika, tapi sejuta. Kerana Monaco sebuah kawasan kecil yang berharga. Ia seperti permata yang sangat jarang, bernilai di Eropah. Sangat kecil tetapi sangat indah. Semua orang yg paling kaya, atau bukan, tapi semua orang kaya tinggal di sana. Mereka yang paling kaya, orang yang paling kaya, paling terkenal – peragawati, bintang filem, semuanya ada pangsapuri di sana, rumah atau apa-apa saja. Kerana di sekeliling, kita sentiasa dapat lihat laut, pantai. Dan di sana, sangat bersih, sangat selamat. Sangat sukar nak mendapat lesen pemandu teksi di Monaco, dan dia ada sebuah pangsapuri juga. Saya tahu akannya kerana pada suatu hari saya pergi bersama dengan ejen. Saya berfikir mungkin saya tinggal di Monaco, rasa selamat. Kerana di sana ada banyak polis di merata tempat. Tiada jenayah, apa-apa pun. Tiada paparazi, apa-apa pun yang dibenarkan di Monaco. Sebab itulah orang kaya, orang terkenal suka tinggal di sana, kerana mereka rasa selamat, dilindungi. Paparazi tak dibenarkan mengganggu orang terkenal atau sesiapa pun. Itu undang-undang. Mereka memperlakukan wanita dengan baik sekali di sana. Ini disebabkan oleh Permaisuri Grace, ibu Putera Monaco sekarang, pelakon Amerika, membuatnya lebih menonjol bahawa wanita harus dihormati dan dijaga di sana. Sangat menghormati wanita, perlu diperlakukan seperti wanita baik-baik.

Jadi semua peragawati tinggal di sana juga, bintang filem dan orang kaya, bilionwan, jutawan. Jadi sewaktu di Monaco, kita hanya nampak helikopter persendirian, kapal pesiar besar, rumah agam dan orang kaya, segala jenis kereta terbaik di dunia. Kita tak nampak kereta biasa. Jarang kita nampak warga Monaco bekerja. Mereka beritahu saya, “Orang Monaco tak bekerja.” Sebenarnya itu tak benar tapi orang ada tanggapan itu kerana negara itu begitu kaya. Orang kaya pergi ke sana juga kerana tak perlu bayar cukai atau apa-apa pun, tiada cukai pendapatan. Jika ada orang miskin, orang kelas pekerja, kerajaan bina rumah, kondominium, rumah pangsa utk mereka di kawasan jauh sikit dari pusat bandar, sangat murah. Kita boleh beli rumah pangsa kecil itu untuk sendiri, hanya €50,000 euro, kerajaan bina tapi mungkin kita perlu layak. Kita perlu menunjukkan bahawa pendapatan kita begitu rendah dan bekerja berapa lama dengan taat di mana.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  1 / 7
1
2020-09-06
5684 Tontonan
2
2020-09-07
3528 Tontonan
3
2020-09-08
3069 Tontonan
4
2020-09-09
2978 Tontonan
5
2020-09-10
3261 Tontonan
6
2020-09-11
2982 Tontonan
7
2020-09-12
2988 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-29
309 Tontonan
2024-03-28
172 Tontonan
2024-03-28
160 Tontonan
2024-03-28
141 Tontonan
2024-03-28
137 Tontonan
2024-03-27
56 Tontonan
2024-03-27
127 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android