Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 11 daripada 11

2020-09-05
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika kamu hanya seorang bujang dan buat pekerjaan biasa, maka pada masa lapang, hanya makan hidangan, kemudian bermeditasi dan menjalani kehidupan sesederhana yang boleh, maka kamu akan menjadi semakin berhubungan dengan segalanya. Lebih berhubungan dgn alam semula jadi.

Semalam, saya nak beritahu kamu, jika kamu ada sebarang jenis soalan provokatif, tanyalah saja. Seperti mengkritik saya, seumpamanya, hanya utk lihat bagaimana saya bereaksi. Tapi saya terlupa beritahu kamu kerana saya perlu buat banyak kerja. Kamu dah tahu, kan? (Ya, Guru.) Saya perlu menjadi pengurus rumah sendiri, tukang dobi sendiri, jurusolek sendiri, pemilih pakaian sendiri dan pendandan rambut sendiri. Walaupun ia tak kelihatan macam sangat banyak dandanan rambut, namun saya perlu sendiri melakukannya. Sewaktu bersuluk, saya tak warnainya menjadi perang muda pun. Tak peduli lagi. Saya masih kelihatan cantik? Beritahulah saya. (Ya, Guru kelihatan cantik.) Ya, saya percayai kamu, dah tentu. (Benar, Guru.) Kamu mematuhi lima rukun, tak berbohong, kan? (Tidak, kami tak berbohong.) Baiklah. Juruvideo kita buat saya kelihatan elok juga. Atau mungkin mereka hanya memilih bahagian saya kelihatan elok. Imej saya yang kelihatan elok, mereka pilih. Yang selebihnya, mereka buang di sesuatu tempat, tak pedulikannya. Jika orang generasi akan datang kebetulan mengorek keluar arkib dan lihat muka saya, mereka akan kata, “Oh, perbezaan yang begitu besar!” (Tidak.) “Siapakah ini? Pasti kakaknya.” Peduli apa? Ya Tuhan. Segalanya adalah palsu, segalanya ialah ilusi. Baiklah.

Pokok boleh bercakap juga. Mereka bercakap dengan saya. (Wau!) Jika kita senyap dan terus beramal, maka... Maksud saya kecuali kita. Kita bekerja tanpa upah. Hanya untuk makanan. Jika mereka tiada karma untuk berkahwin atau beranak dan sebagainya, hanya buat pekerjaan yang mudah, mereka sentiasa boleh beralih ke dalam, pada bila-bila saja. Hidup berseorangan, kamu dapat kawal kehidupanmu dengan lebih senang. (Ya.) Kamu takkan terpengaruh oleh apa-apa pun, oleh karma pasangan atau pendapat mereka. Kadangkala pendapat mereka lebih rendah daripada pendapat kamu, kemudian mereka mengheret kamu ke bawah juga. (Ya.) Jika kamu hanya seorang bujang dan buat pekerjaan biasa, maka pada masa lapang, hanya makan hidangan, kemudian bermeditasi dan menjalani kehidupan sesederhana yang boleh, maka kamu akan menjadi semakin berhubungan dengan segalanya. Lebih berhubungan dgn alam semula jadi.

Kecuali kita kerana kita sibuk. Kita perlu bekerja. (Ya.) Kita perlu bekerja tak kira bila, hari apa. Tapi jangan risau, saya akan bawa kamu ke Syurga. Saya takkan tinggalkan kamu di belakang. (Terima kasih, Guru.) Meskipun kamu tiada masa yang mencukupi untuk bermeditasi. Tapi jangan malas! Jangan cari alasan. (Ya.) Itu bukan bil jaminan. Bil jaminan. ‘Schein’ ialah bahasa Jerman. (Ya.) Bil jaminan, bukan. Kamu masih perlu ikhlas dan buat sebanyak yang boleh. (Ya, Guru.) Supaya tak membebani saya juga. Kerana saya ada banyak kerja. Kamu tahu. (Ya, Guru.)

Hari ini, tupai datang lagi dan melompat di atas bumbung, sepanjang masa. (Wau!) Hanya untuk dapatkan perhatian saya. Saya tanya, “Sekarang apa pula?” Ia beritahu saya ini dan itu. Saya kata, “Baiklah. Aku dah tahu. Ya Tuhan!” Kerana di dalam, Pelindung sudah beritahu saya. Mereka kata, “Jangan bawa anjing kepada engkau.” Saya sangat rindui anjing saya dan sangat sayangi mereka. Saya memikir-mikirkan idea untuk membawa mereka. Hanya untuk lihat sekurang-kurangnya tetapi Mereka asyik beritahu saya, “Jangan, kerana ia akan ganggu kedamaianmu.” Dah tentu, saya tahu meditasi adalah penting sekarang, dan sewaktu bersuluk, kita tak harus berjumpa dengan saudara-mara dan kawan. (Ya.) Cuma saya rindui anjing saya kerana mereka rindui saya. Itu masalahnya. Jika hanya saya yang rindui mereka, maka itu senang. (Ya.) Cuma mereka sayangi saya lebih daripada saya sayangi mereka. Saya perlu bercakap benar. Mereka rindui saya lebih daripada saya rindui mereka. Kerana saya sibuk. (Ya.) Saya ada kerja yang nak dibuat, perhatian dialihkan. Tapi anjing yang kesian, mereka tiada apa pun untuk dibuat. (Ya.) Hanya terkurung di dalam bilik sepanjang hari kecuali sewaktu mereka keluar bersama penjaga wanita dan sebagainya. Saya tak dapat lihat bagaimana mereka memperlakukan mereka kecuali hanya laporan setiap dua atau tiga hari. (Ya.) Pada mulanya ketika saya baru tinggalkan sana, saya kata, “Lapor setiap hari.” Tapi lepas itu oleh sebab ia hampir seperti suatu rutin, jadi saya kata, “Lapor setiap dua, tiga hari kecuali kecemasan.” (Ya.) Jadi saya perlu bergantung kpd itu saja, kepada apa-apa saja yang mereka tulis kepada saya. Saya tak tahu bagaimana keadaan anjing saya di sana dan hati saya tak rasa tenang. (Ya, Guru.)

Kerana saya mengangkat mereka sewaktu mereka tiada sesiapa pun. Saya tarik mereka keluar daripada cengkaman maut. (Ya.) Saya satu-satunya orang yg boleh mereka percayai, mereka rasa. Kerana sebelumnya, sesiapa yang datang, mereka asyik menyalak kecuali orang di sisi saya dan menjaga mereka, bersama saya. Semua orang yang lain, ia menyalak. Menyalak dengan kurang atau lebih, bergantung kepada aura dan niat orang itu. Mereka tahu siapa baik untuk saya, siapa tidak. Sesiapa yang tak baik untuk saya, mereka asyik menyalak sehingga tiada suara lagi. Lepas itu saya perlu menjemput orang itu keluar atau... “Jangan kembali lagi apabila anjing ada di sekitar.” Baiklah. Hanya kerana tiada orang lain di seluruh dunia begitu banyak menyayangi saya. (Ya, Guru.) Juga. Kasih sayang ini adalah apa yang buat saya rasa tak selesa apabila saya tak menjaga mereka. (Ya, Guru.) Saya suka kasih sayang mereka. Tapi mereka sangat rindui saya dan kadangkala ia menarik saya. Saya tergoda untuk suruh pembantu bawa mereka ke sini utk jumpa dgn saya. (Ya.) Tapi Mereka beritahu saya jangan. Ini bukan kali pertama Mereka beritahu saya jangan jumpa dgn anjing. Saya perlu bersabar. Saya memang berjumpa dengan mereka beberapa kali sewaktu bersuluk. (Ya, Guru.) Kerana lepas anjing lain meninggal, saya khuatir mereka begitu muram dan sakit hati. Jadi saya datang menenangkan mereka. Seorang penjaga menangis juga. “Oh, oh, ia meninggal dan blah blah blah…” Saya kata, “Hei, hei, hei!” Saya yg sepatutnya tangis, bukan kamu.” Tapi mereka sayangi anjing juga. Seorang penjaga penuh emosi. Orang Amerika Latin penuh emosi. Orang yang sangat sentimental.

Sewaktu saya julung kali pergi ke Costa Rica dan Mexico utk berkhutbah, sebelum saya tinggalkan sana, mereka semua menangis seperti bayi. Seperti bayi tanpa susu. Saya kata, “Mengapa kamu begitu banyak menangis?” Sesetengah daripada mereka kata, “Pemergian kamu, saya rasa macam sesuatu memotong sebahagian drpd saya.” (Oh, wau!) Potong daging mereka, sebahagian daripada mereka. Itu perasaan mereka. Ya Tuhan, dahsyatnya dan begitu sukar bagi saya meninggalkan sana pada masa itu. (Ya.) Mereka orang yang sangat sentimental.

Saya rasa sangat bersimpati dengan anjing saya, itu saja. (Ya, Guru.) Ada saya, tapi belakangan ini tak sering dapat berjumpa dengan saya, dan pada waktu mereka alami kesusahan, saya tiada di sana pun. Saya rasa bertanggungjawab. Saya rasa begitu tak sedap hati. Lepas anjing itu meninggal, saya belum pulih. (Oh, Guru!)

Anjing kecil beritahu saya bahawa anjing hitam yang lebih besar rasa sunyi. Walaupun ia ada ibunya di sebelah. Mereka hanya ada pembahagi plastik lut cahaya di antara mereka. (Ya.) Jadi ibunya di sebelah saja tetapi ia tetap rasa sunyi. Saya rasa ia lebih melekat kepada saya daripada anjing lain. Kerana ia anjing yang menyendiri. Ia tak bergaul dengan anjing lain dengan baik juga. Mungkin itu sebabnya. Ia sangat sayangi saya sehingga berani buang air kecil dan besar di dalam rumah jika saya tak dengar nasihatnya. Jadi sebelumnya apabila ia beritahu saya seseorang jatuh cinta pada saya dan saya tak harus jatuh cinta pada dia, (Ya.) saya kata, “Terima kasih.” Kemudian, “Apa-apa pun berlaku, sesiapa pun jatuh cinta pada aku, kau tak boleh kencing dan berak di rumahku hanya untuk itu. Aku melarangnya. Okey?” Jadi lain kali ia kembali, saya kata, “Adakah lelaki itu masih jatuh cinta pada aku?” Ia kata, “Ya.” Saya kata, “Jangan kau berani kencing di rumah.” Jadi ia tak melakukannya.

Jadi ia anjing yang paling berani. Ia tak peduli sama ada saya memarahinya atau mengancam tak jumpa dengannya lagi dan sebagainya, atau menegurnya. Ia buat saja apa yang ia perlu buat atau ia nak buat. Hanya untuk beri amaran kpd saya tentang ini dan itu dan perkara lain. Bayangkan. Begitu berani dan tak mementingkan diri. (Ya.) Seorang lelaki jatuh cinta pada saya saja, ia kencing di rumah. Mereka bawanya, dalam perjalanan yang panjang, mereka sudah kencing di jalan. Mereka sudah kencing sebelum balik ke rumah mereka, kemudian sudah kencing di sepanjang jalan dari tempat saya. Jadi macam mana ia simpan sebahagiannya hanya untuk masuk ke dalam rumah saya dan ‘hadiahkannya’ kpd saya macam itu? Dengan serta-merta ia masuk ke dalam, mencangkung di atas lantai lalu kencing. Saya tak dapat hentikannya, begitu cepat. (Ya.) Ia tak biar saya berhati-hati atau apa-apa pun. Dengan serta-merta, di dalam pintu dan kencing. Begitulah. Ya Tuhan! Itu tabiatnya. Ia sentiasa buat begitu. Tidak kerap, syukurlah, tetapi pada bila-bila ada hal penting, ia buat begitu, apabila semua anjing yang lain sudah berhenti lama dahulu, tak berani lagi. Sebelumnya, yang terkini ialah anjing kecil. Tapi ia juga dah berhenti kerana saya begitu banyak memarahinya. Tapi yang ini berterusan hingga sekarang. Ia tak berhenti ingatkan saya. (Wau!) Saya belum berpeluang untuk lihat mengapa Mereka tak mahu saya berjumpa dengan anjing saya. Dah tentu, itu suluk. Saya tak harus. Saya harus hanya bertumpu di dalam. Segalanya yang lain adalah tidak penting. Cuma emosi, kasih sayang mereka asyik menarik saya kadangkala. (Ya.) Apabila saya ada masa atau nampak anjing di TV. (Ya.)

Mereka tak berikan makanan yang enak kepada saya untuk dimakan tetapi buat saya menyunting piza dan resipi yang menakjubkan, mengecurkan air liur dalam rancangan. (Ya.) Saya tiada apa-apa pun macam itu. Saya perlu sentiasa lihat semua itu. Maksud saya, bukan saya yang memikirkan itu. Ia disampaikan kepada saya. Bukan saya yang memikirkan anjing. Merekalah yang sangat merindui saya. Mereka tiada banyak yang nak dibuat kecuali makan, tidur, pergi berjalan-jalan dan balik. (Ya.) Mereka ada Supreme Master TV, dah tentu, tapi saya tak pasti sama ada mereka meminati itu. Satu-satunya anjing yang meminati itu dan sebarang TV ialah Benny. Ia satu-satunya anjing yang duduk menonton TV. Ia benar-benar duduk menonton TV. (Wau! Itu begitu mengagumkan.) Kadangkala ia pergi ke belakang TV untuk lihat sama ada terdapat seseorang di belakang. Saya kata, “Benny, kau tahu itu filem saja.” Tapi kadangkala ia pergi ke belakang untuk lihat. (Begitu comel.) Belakang TV. Kemudian ia duduk menonton untuk masa yang panjang. Ia sentiasa boleh menonton. Semua anjing yang lain tak suka TV. Saya tak tahu mengapa. Happy beritahu saya bahawa TV keluarkan sinaran yang tak baik utk saya dan anjing. Saya kata, “Maka kau pergi ke bilik lain. Aku perlu menonton.” Itu lama dahulu sewaktu saya belum ada Supreme Master TV. Saya tak jatuh sakit, tak diaibkan, tiada masalah. Sewaktu belum ada Supreme Master TV, saya hampir seperti terasing dari dunia. (Ya.) Walaupun saya berjalan di sekeliling manusia dan membeli-belah kadangkala, namun tiada orang mengenali saya. Itu suatu kelegaan. (Ya, Guru.)

Saya hidup seperti orang biasa. Hanya orang yang kenali kita melekat kepada kita dan mahukan sesuatu daripada kita. Orang luar tak peduli. (Ya, Guru.) Mereka hanya melayan saya atau jual barang kepada saya, kemudian kata, “Selamat jalan.” Mereka tak mahukan apa-apa yang lain yang lebih berharga daripada wang. Jadi jika saya tiada Supreme Master TV, tiada orang di sisi, maka saya jalani kehidupan yg lebih baik. (Ya.) Di dalam gua, pondok kecil atau apa-apa pun, saya tak peduli. Kerana saya rasa begitu selesa, begitu seronok di mana-mana pun.

Tapi di Ashram Alam Baru, mereka ada banyak bilik, rumah dan sebagainya, saya tak rasa selesa. (Ya, Guru.) Kerana sentiasa ada orang di sekeliling. (Ya.) Walaupun ada sedikit jarak, namun ada beribu-ribu orang, maka jarak sentiasa lebih pendek. (Ya.) Kerana tenaganya ialah kumpulan yang besar (Ya.) dan tersebar. Mereka tahu saya di sini dan sentiasa tarik saya.

Saya perlu kembali untuk buat kerja rumah saya sekarang. Ada banyak lagi yang menunggu. Terima kasih kerana memaafkan saya. (Terima kasih kerana memaafkan kami, Guru. Terima kasih, Guru.) Okey. Saya pergi. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru. Kami kasihi Guru.) Kasihi kamu juga. Terima kasih kerana berada di sini pada waktu susah di dunia kita. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih kerana bersama kami. Terima kasih, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  11 / 11
1
2020-08-26
38638 Tontonan
2
2020-08-27
15348 Tontonan
3
2020-08-28
13292 Tontonan
4
2020-08-29
13578 Tontonan
5
2020-08-30
12478 Tontonan
6
2020-08-31
18056 Tontonan
7
2020-09-01
10690 Tontonan
8
2020-09-02
11078 Tontonan
9
2020-09-03
12971 Tontonan
10
2020-09-04
10115 Tontonan
11
2020-09-05
9952 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android