Seterusnya

Antara Guru dengan Anak Murid

Ambil Tindakan Berani untuk Dunia Vegan! Bahagian 3 drpd 5

2020-07-31
BAHASA:English ,Mandarin Chinese

Episod

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Anjing, kucing, haiwan kesayangan atau burungmu lindungi kamu sampai tahap tertetntu, apa-apa saja yang mereka boleh. Sebenarnya jika kamu tahu apa yang anjingmu, contohnya, buat untuk kamu, kamu akan berlutut di sana, peluknya selama-lamanya dan menangis dgn rasa terima kasih dan kasih sayang.

Banyak orang atau banyak anak murid, dah tentu, mereka rajin dan tak mahu semua itu. Tetapi manusia ada dua sifat ini. Kita ada sifat baik di dalam dan juga ada sifat buruk. Jika kita tak beramal dengan begitu baik sebagaimana yang kita mahu, disebabkan oleh keadaan, disebabkan oleh tugas duniawi, disebabkan oleh masalah emosi pada masa itu, masalah dengan pasangan, atau apa-apa saja, atau gangguan lain di dunia, seperti kita lebih suka menyaksikan filem atau permainan dan bukan menyaksikan rancangan Supreme Master Television yang memberi didikan dan mendapat lebih banyak berkat dan lebih banyak sokongan tak nampak untuk bermeditasi, capai kemajuan, kita lebih suka buat sesuatu yang lain yang merupakan tabiat kita yang ditarik oleh kuasa maya, kuasa negatif, kemudian kita lupa akan Diri Suci kita, kemudian kita akan menjadi semakin kurang suci. Saya tak maksudkan kita kurang suci. Kita kurang ingat akan sifat Tuhan kita. Kita kurang berhubung dengan Diri Suci yang berkuasa, kemudian alami kesusahan. Kita biarkan sebelah personaliti kita yang lain, DNA yang diwarisi atau kuasa karma tetap menarik kita.

Kemudian apabila kita marah dengan seseorang, badan itu akan tercedera, malah anjing yang melindungi orang itu. Ia melindungi penjaganya, kemudian anjing mendapat itu, serangan penuh. Kemudian ia menjadi agresif, tak dapat mengawal diri dan mula berlawan. Biasanya ini tak berlaku. Kerana anak perempuan menggigit ibunya. Itu sangat tak dapat dibayangkan tetapi berlaku kali ini. Maka dah tentu, kami perlu mengejarkannya ke hospital, kemudian menjaga, kemudian ubat, kemudian mengambil lebih banyak masa, tenaga dan lebih banyak halangan kepada saya. Jadi saya perlu bersuluk, menguruskan dokumen penting yang tak boleh ditangguhkan serta menjaga anjing saya. Dah tentu, saya ada pembantu yang menguruskan sebahagiannya tetapi saya juga perlu menguruskan sebahagiannya kerana anjing saya atau mana-mana anjing, haiwan kesayangan bukan sahaja memerlukan ubat dan makanan tetapi juga memerlukan sokongan emosi, memerlukan ekspresi kasih sayang, memerlukan hubungan fizikal untuk berasa gembira dan puas. Kamu tahu sangat itu.

Anjing saya adalah berharga bagi saya, lebih daripada emas, berlian, batu delima, apa-apa pun, sebut sahaja. Kerana mereka juga melindungi saya dengan nyawa mereka. Memang macam itu. Ia berlaku sekali lagi dan saya memang tak suka ini tetapi tak dapat buat apa-apa. Mereka melakukannya tanpa saya dapat membuat apa-apa. Tapi nasib baik bagi mereka, tak membawa maut. Cuma tetap... Seperti taufan yang berlalu tetap boleh menyebabkan kemusnahan, tak sebesar jika ia terus melanda kawasan itu tetapi kawasan berdekatan tetap alami kemusnahan. Di Taiwan (Formosa), kita seharusnya lebih memahami itu kerana ada banyak taufan. Kurang kuat sekarang drpd sebelumnya. Ia boleh banyak membinasakan orang, rumah, harta benda, nyawa dan tanaman serta menyebabkan banyak penderitaan.

Anjing, kucing, haiwan kesayangan atau burungmu lindungi kamu sampai tahap tertetntu, apa-apa saja yang mereka boleh. Sebenarnya jika kamu tahu apa yang anjingmu, contohnya, buat untuk kamu, kamu akan berlutut di sana, peluknya selama-lamanya dan menangis dgn rasa terima kasih dan kasih sayang. Mereka buat sesuatu yang kamu tak tahu pun. Mereka melindungi kamu dengan kuasa mereka, apa-apa saja, segalanya yang mereka ada. Mereka berikan segalanya yang ada jika kamu dalam bahaya. Mereka menanggung penyakitmu supaya kamu tidak mati, tidak menjadi lebih serius atau dapat disembuhkan, jika mereka boleh. Tetapi jika masamu dah tamat, dah tentu, mereka hanya boleh kurangkannya. Mereka tak boleh menentang hukum Alam Semesta Bayang. Apabila kamu perlu pergi, kamu perlu pergi. Tetapi jika masih boleh, mereka akan buat apa-apa saja utk kamu. Jika kamu tahu apa yang boleh mereka buat untuk kamu atau apa yg akan mereka buat utk kamu, kamu takkan memperlakukan anjing dengan cara yg sama. Barangkali kamu akan memperlakukan mereka seperti kamu memperlakukan Tuhan. Begitu banyak. Kerana Tuhan, kamu tak nampak. Maksud saya kebanyakan orang tak nampak Tuhan. Tapi mereka dapat lihat anjing mereka, faham? Penjelmaan kasih sayang di planet ini.

Anjing itu tidak mengasihi kamu saja. Ia melindungi kamu daripada banyak mudarat. Ia melindungi kamu dengan nyawanya. Ia akan korbankan jiwa raga untuk kamu pada bila-bila saja tanpa diminta, tanpa diketahui dan tak diucap terima kasih. Saya tahu anjing saya buat begitu. Jika kamu masih ada keupayaan telepati dalam dirimu, kebanyakan orang sudah kehilangannya, maka kamu akan dengar apa yang mereka beritahu kamu, apa yang mereka beri amaran supaya jangan dibuat, jangan pergi ke mana, bila jangan pergi kerana boleh alami bahaya. Mereka akan bantu kamu dengan itu. Tapi kamu tak dapat dengar kata-kata mereka, jadi mereka perlu melindungi kamu dengan nyawa, badan mereka. Oleh itu, mereka tiba-tiba jatuh sakit, alami kemalangan dan kamu ingat itu hanya kebetulan. Tidak. Itu bukan kebetulan jika anjingmu tiba-tiba jatuh sakit, meninggal dunia, alami kemalangan atau tiba-tiba berlari keluar ke sesuatu tempat. Mereka ingin menghentikan tenaga negatif yang datang menuju kamu, sebelum ia sampai ke tempatmu, sebelum ia mendekati kamu. Mereka beritahu kamu apa ialah apa dan berhati-hati dengan siapa yang boleh memudaratkan kamu atau tak bergaul dengan siapa yang tak baik untuk kamu, akan membawa sial kepada kamu, bawa kesihatan yg tidak baik kpd kamu, bawa ketakgembiraan kepada kamu. Mereka akan beritahu kamu apa-apa saja. Mereka mengetahui segala-galanya, memang. Tapi bukan setiap anjing ada kuasa yang sama, dah tentu. Mereka buat apa yang boleh saja. Jika kamu ada beberapa ekor anjing, satu atau dua ekor lebih berkuasa daripada yang lain. Biasanya mereka ialah ketua kawanan. Mereka lebih kuat, makan lebih banyak, sangat sihat dan lebih besar daripada yang lain. Tak lebih besar pun, mereka kelihatan lebih kuat, sentiasanya. Mereka juga mempunyai aura autoriti dan perlindungan.

Kita manusia ialah orang yang begitu kesian. Kita tak tahu apa-apa pun, tak nampak, tak dengar apa-apa pun. Kadangkala saya begitu sibuk dengan kerja. Saya tak perasan sesuatu kejadian pun dan anjing saya perlu beritahu saya, sama ada salah satu atau beberapa daripada mereka secara berulangan untuk memastikan saya dengar. Jika saya tak dengar, mereka pergi buang air kecil, besar di tengah-tengah rumah, kemudian saya tahu. “Okey, sekarang apa pula?” Kemudian mereka akan beritahu saya sebelum terlewat. Tapi saya bertuah. Saya elakkan kemalangan yg boleh bawa maut sekurang-kurangnya dua kali bulan ini kerana bukan sahaja anjing tetapi Dewata dan malaikat juga melindungi saya, jadi tenaga negatif berubah haluan dari saya betul-betul pada masanya, dua kali macam itu.

Saya dah beritahu kamu, 64% daripada kumpulan kita sangat baik atau sekurangnya neutral. Hanya 36% tak begitu baik. Sesetengahnya benar-benar dari neraka atau baru datang dari neraka. Mereka benar-benar banyak mengheret saya ke bawah. Tetapi saya telah berjanji untuk beri inisiasi kepada semua orang, tiada orang yang dikecualikan. Jadi saya perlu menahan banyak penderitaan disebabkan oleh minoriti ini. Tetapi saya gembira dengan majoriti adalah baik. Itu lebih baik daripada majoriti adalah buruk dan minoriti adalah baik, kan? (Ya.) Ya. Banyak daripada kamu sudah menaik ke Peringkat Keempat dan Kelima. Saya sangat gembira. Orang yang memudaratkan saya, atau anak murid yang setiap kali buat sesuatu, memudaratkan sesuatu yang lain pun, begitu pun, saya menerimanya sebagai karma seluruh kumpulan ini dan dunia juga. Jadi meskipun saya menegur mereka, itu bukan dengan kebencian. Itu dengan kasih sayang dan penerimaan. Saya hanya nak beritahu mereka supaya mereka menjadi lebih baik, lebih beri perhatian kepada apa yang mereka buat dan bukan secara membuta, dengan leka menjadi alat kuasa bertentangan, kuasa negatif yang memudaratkan kita, Guru dan diri sendiri, memudaratkan saudara-mara dan kawan mereka dengan karma yang mereka wujudkan.

Kamu datang utk dengar saya bercakap tentang Buddha, perkara peringkat tinggi tetapi saya bercakap tentang anjing, kakitangan dan karma. Kamu kisah tak? (Tidak!) Tidak? Terima kasih atas toleransi dan kefahaman kamu. Kita hanya bersembang supaya saya ada alasan untuk duduk bersama kamu dan lihat kamu, dan kamu ada alasan untuk lihat saya. Kamu sentiasa nak lihat saya, tak kira berapa lama, berapa banyak, di mana. Ini lebih baik daripada tidak sama sekali, kan? (Ya.) Saya ada di sini juga.

Walaupun kamu di Taiwan (Formosa) dan cuaca sederhana, namun pastikan dirimu panas. Kamu akan rasa terkejut, Taiwan (Formosa) sebuah pulau ajaib. Jika kamu hanya memandu beberapa jam dari tempat kamu duduk sekarang, kamu akan alami cuaca panas. Sekarang tidak panas, dah tentu. Akan sangat selesa di sana sekarang. Maksud saya, sangat panas. Bukan seperti di tempat kamu. Jika kamu pergi ke utara sikit, kamu akan rasa lebih dingin. Jika kamu pergi lebih jauh sikit, di kawasan pergunungan istimewa, gunung lain, kamu akan rasa sejuk, malah bersalji. Ada sebuah gunung yang dipanggil Alishan. Ia bersalji kadangkala, kan? (Ya.) Ya, ia malah ada salji. Salji turun kadangkala atau sepanjang masa pada musim sejuk? (Kadangkala.) Kadangkala. Saya lihat foto.

Ini sebuah pulau ajaib, maklumlah. Mana boleh bersalji di pulau yang begitu kecil macam ini? Malah di tengah-tengah laut. Air laut menjadikan suhu kawasan pedalaman lebih terlaras. Kamu tahu itu, kan? Jadi ia tak boleh terlalu panas, tak boleh begitu sejuk. Jadi Taiwan (Formosa) sebuah pulau yang menakjubkan. Ia malah ada gunung tinggi supaya kamu dapat lihat salji dan cuaca sejuk di sana. Jika kamu pergi ke sana pd musim sejuk, kamu mesti memakai kot bulu (vegan), maksud saya bulu palsu, seperti apa yang saya pakai sekarang, bulu vegan, atau memakai jaket tebal, sesuatu macam itu. Bayangkan! Taiwan (Formosa) sebuah pulau ajaib. Saya tak pernah pergi ke sana. Mungkin suatu hari nanti saya akan pergi. Berdekatan saja pun, kita rasa sejuk juga. Saya masih ingat suatu kali, lama dahulu, saya di utara pulau ini, di sebuah gunung yang dipanggil Yang Ming Shan. S? Bukan X? Yang Ming Shan, okey, terima kasih. Jurukamera mengingatkan saya bagaimana menuturkan bahasa Cina. Saya tak tahu mengapa saya lupa akan bahasa Cina juga. Mungkin saya terlalu banyak menuturkan bahasa anjing. Anjing pun menuturkan bahasa Inggeris tetapi saya menuturkan bahasa anjing. Boleh kamu bayangkan? Anjing saya menuturkan bahasa Inggeris tetapi saya menuturkan bahasa anjing. Saya perlu bernyanyi kepada mereka, menenangkan mereka apabila mereka alami kesusahan, penyakit dan kesakitan. Saya perlu menenangkan mereka dengan tangan dan menyembuhkan mereka sebahagiannya juga, bukan sahaja ubat, kerana sesetengah jenis karma, jika mereka tanggung, ubat saja tak dapat disembuhkan.

Saksikan Lebih Banyak
Episod
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android