Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sedarlah dan Menjadi Vegan pada Waktu Pembersihan Ini, Bahagian 3 daripada 6

2020-07-22
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Ketika kanak-kanak masih kecil, mungkin sehingga usia lima, tujuh, lapan tahun, mereka masih ingat akan hayat silam, masih ingat akan Syurga atau masih ingat akan Tuhan. Ada sebuah kisah yang saya dah ceritakan kepada kamu. Sepasang ibu bapa terdengar anak berusia empat tahun tanya anak berusia dua tahun, “Beritahulah saya macam mana rupa Tuhan. Saya dah mula lupa.”

( Guru bersuluk dan ada lebih banyak pendedahan yang mengagumkan. Dah tentu, Guru, kami akan rasa sangat gembira mengetahuinya. ) Kamu dapat lihatnya dalam berita juga. Seperti Korea, ada perbuatan meletupkan bangunan di negara mereka sendiri tetapi aman damai semula sekarang. (Ya, Guru.) Dengan begitu saja. Negara lain juga. Hanya sedikit di sana sini. (Ya.) Jika tidak, biasanya negara-negara aman damai, jauh lebih aman daripada sebelum 1950-an, kan? (Ya.) Saat. Mungkin saya ada sesuatu dalam diari saya. (Terima kasih, Guru.) Saya pergi lihat. Okey? (Terima kasih, Guru.) Duduklah. (Ya.) Saya akan garu perutmu apabila kembali. Ada berita penuh harapan juga kerana mereka sudah menguji vaksin. (Ya, memang.) Di England dan Amerika juga. (Ya.) Jadi mungkin kita ada harapan. Seekor cicak beritahu saya, “Bergembiralah, anak murid buruk telah tinggalkan kau.” Saya tahu siapa. Jadi itu apa yang dikatakannya. “Ini seperti kuk ditanggalkan dari bahuku.” (Wau, Guru!) Blah blah blah. Orang itu ada tenaga negatif. Tapi cicak itu mengingatkan saya. Itu pada 24 hb. Rabu, semua kesusahan datang sekali gus. Saya kehilangan seorang kakitangan, kemudian penjaga anjing alami kemalangan, tak dapat bekerja, kemudian orang lain mesti tinggalkan sini tak lama lagi. Oh! Dan kejadian lain. Saya tak boleh beritahu kamu.

Dulu saya sentiasa menulis dengan tangan. (Ya, Guru.) Saya tak tahu bagaimana menggerakkan tetikus. Tapi sekarang saya buat semuanya melalui komputer. (Wau, sangat bagus!) Saya sendiri menaip segalanya. (Wau!) Dengan satu setengah jari. (Wau!) (Guru mengagumkan.) Saya buat kesilapan tapi begitu senang untuk dibetulkan. (Ya, Guru. Sangat bagus.) (Bagus mendengarnya, Guru.) Segalanya begitu jelas sekali. Sentiasa menjadi lebih baik. (Ya, Guru.) Suluk ada kebaikannya juga. Seperti bagi saya pun, banyak perkara menjadi lebih jelas. Penyelesaian. Atau lebih banyak perbaikan bagi Supreme Master TV. (Ya, Guru.) Dengan cara ini dan itu. Jika ia tak berkaitan dengan kamu, kamu takkan tahu. (Faham.) Kerana saya baru menyampaikan mesej kepada sesiapa saja di jabatan yang berkenaan. (Ya, Guru.) Jadi bukan kamu semua mengetahuinya. (Ya, Guru.) Tapi kamu akan nampak perubahan di sana sini. (Ya, Guru.) Lebih baik. Contohnya, saya beritahu mereka bahawa pengenalan sebelum jenaka harus lebih relaks dan lucu sikit. (Betul. Ya.) Tak sentiasanya sama saja. (Ya.) Saya tulis kira-kira 30 lebih contoh untuk mereka. (Ya.) (Wau, Guru!) Mereka boleh pilih kegemaran mereka, kemudian teruskan macam itu. (Ya.) Jika tidak, terlalu membosankan, sentiasa sama saja: “Sekarang masa untuk jenaka. Ha! Ha!” Sentiasa sama saja, kan? (Ya.) Hampir sama. Sekali-sekala, mereka bubuh satu lagi koma atau satu lagi titik di dalamnya. Jika tidak, sentiasa sama saja. (Ya.) Sama juga dengan ‘Tip Hari Ini’. Adakah kamu nampak berbeza belakangan ini? (Ya, Guru.) Saya menulisnya. (Wau, Guru!) Hanya lima atau enam dulu, lepas itu saya tulis 30 lebih. (Ya.) Tapi saya beritahu mereka supaya gunakan suara berintonasi. Mereka hanya baca dengan nada yg sama, hampir seperti sebelumnya, ya Tuhan! Saya kata, “Perlu ada suara berintonasi.” Saya tulis dalam nota. Saya tulis macam itu. Saya kata, “Mesti bersama dengan suara berintonasi.” (Faham.) Contohnya, jika saya, saya akan baca salah satu pengenalannya, “Orang benar-benar jatuh cinta pada saya kerana saya vegan! Sekarang kamu cubalah!” Macam itu. Tapi mereka kata, “Orang benar-benar jatuh cinta pada saya kerana saya vegan. Sekarang kamu cubalah.” Mungkin itu rasa humor mereka. Mungkin mereka ingin melakukannya secara sengaja kerana begitu lucu. Adalah lucu tidak bernada lucu! Kamu faham itu? (Ya, Guru.) Jadi sesuatu macam itu, saya menulis macam itu. Saya juga tulis, “Dapat kamu teka berapa usia saya? Tidak, kamu tak dapat. Oleh sebab saya vegan, saya separuh daripada usia saya saja!” Sesuatu macam itu. (Ya.) Ia perlulah jenis suara yang lebih lucu. (Ya.) Tabiat sukar diubah. Dah cukup bagus mereka dapat baca. Dah lebih baik sekarang.

Walaupun saya menaip dengan lambat, namun tiada kesilapan. Kerana sebelumnya semasa saya menulis dengan tangan, kadangkala saya tulis satu ‘t’ lebih banyak atau kurang satu ‘s’. Oleh sebab saya tulis dengan terlalu cepat, jadi kadangkala ia tak kelihatan begitu elok. Kemudian orang yang bantu saya menaip tak menaip dengan baik. (Ya.) Jadi biasanya saya perlu menulis dengan tangan, kemudian penghantar datang mengambil dan bawanya balik ke pejabat, dan orang lain perlu menaipnya. (Ya, Guru.) Kemudian mereka perlu bawanya balik kepada saya untuk diperiksa sama ada mereka menaip dengan betul atau tidak. Ini mengambil banyak masa! Kemudian jika saya dah betulkan satu atau dua perkataan, lain kali mereka buat kesilapan lain, perkataan lain. Tak habis-habis. (Ya.) Kadangkala saya tak tahu sama ada saya harus ketawa atau menangis. Kerana begitu meletihkan. Sekarang saya sendiri menaip, walaupun lambat, namun lebih pasti. Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Jarang ada kesilapan, tidak sama sekali. Mungkin saya tekannya terlalu lama, kemudian menjadi dua atau tiga ‘s’, tapi jika saya nampak, saya padamkannya. Tapi biasanya tiada, hingga kini tiada, saya lihat hampir tiada. (Wau!) (Ya, Guru.) Hampir tiada. Mungkin satu ‘s’ lebih banyak tapi kamu memahaminya. Contohnya saya kata ‘salute’. (Ya, Guru.) “I salute you,” dengan dua ‘s’, maka kamu harus tahu bahawa tak boleh dua ‘s’. “Pasti Guru menaip dengan terlalu cepat atau terlalu banyak melompat.” Kerana komputer ada fikiran sendiri! Saya nak tulis di bawah sini, contohnya, separuh jalan, tak tahulah, saya hanya tekan satu butang dan ia melompat ke bahagian atas muka surat! Adakah ini berlaku kepada kamu? (Kadangkala, ya.) Bagi kamu, kadangkala. Bagi saya, banyak kadangkala! Saya rasa komputer tahu bahawa saya seorang amatur, jadi cuba mengusik saya. Tapi saya rasa lebih gembira sekarang kerana boleh lebih berdikari. Saya tak suka bergantung pada orang. Bergantung pada orang buat saya rasa sangat kurang senang. Maksud saya, ia buat semua orang rasa kurang senang. Kerana tiada orang buat apa yang kita mahu dibuat. (Ya, Guru.) Biasanya tidak. Kemudian itu menyebabkan kekecewaan. Kekecewaan, sakit kepala dan angin tidak baik. Saya lebih gembira sekarang walaupun saya bekerja lebih keras, menaip dgn lebih lambat dan sebagainya, namun saya pasti dgn apa yang saya tulis, saya tahu apa itu dan tiada orang buat kesilapan lagi. (Terima kasih, Guru.) (Kami gembira juga, Guru.) (Sangat bagus, Guru.) Kamu dapat lihat itu jika kamu menerima sesuatu dan tak nampak kesilapan. Itu saya, Gurumu! (Terima kasih, Guru.) Sangat profesional sekarang dengan satu setengah jari! Kerana jari lain kadangkala perlu tekan butang atau sesuatu, dan jari lain, saya menaip.

Atau kadangkala saya perlu lihat berita sepintas lalu dan sebagainya untuk kumpulan lain lihat atau supaya saya boleh baca kepada kamu, sesuatu macam itu, supaya kamu boleh berhati-hati dan melindungi diri. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) pun sentiasa memberitahu orang bahawa tidak selamat. (Ya.) (Tidak selamat, Guru.) Kamu perlu benar-benar melindungi diri. Belum selamat. Ia belum hilang. Ia sentiasa datang! (Ya, Guru.) Sebelumnya hanya lebih sejuta (kes COVID-19) dan kita dah rasa, “Wau!” Tapi sekarang lebih sembilan juta, saya rasa mungkin dah sepuluh, secara rasmi. (Ya, Guru.) Tapi secara tak rasmi, lebih banyak daripada itu. (Ya.) Tiga kali, sekurang-kurangnya, lebih banyak daripada itu. (Ya, Guru.) Saya tak lihat perinciannya tapi saya tahu jauh lebih banyak daripada sembilan juta. (Ya, Guru.) (Ya, benar.) Jadi ia belum tinggalkan kita. (Ya, Guru.) Saya nak beritahu kamu ini kalau-kalau kamu menyiarkannya di Supreme Master TV untuk orang kita. (Faham, Guru.) Orang luar, saya tidak harapkan mereka dengar kata-kata saya. Saya harap mereka dengar tapi saya tak tahu sama ada mereka dengar kerana mereka tak benar-benar tahu saya dan saya tak tahu sama ada mereka mempercayai seorang wanita tua seperti saya mengatakan apa. “Siapalah kamu mengatakan apa?” Saya katakan ini kepada orang supaya mereka akan lebih berhati-hati. Jatuh sakit adalah tidak menyeronokkan terutamanya jenis ini. (Ya, Guru.) Ia bunuh kita dan menyeksa kita sebelum itu. (Ya, Guru.) Saya harap mereka dengar, orang di luar kumpulan kita, tapi saya tak harapkan apa-apa. Tapi sekurang-kurangnya orang kita tahu. (Ya, terima kasih, Guru.) Kerana ia masih sangat cemas. (Ya, Guru.)

Banyak negara tak menguji orang, kurang menguji atau menguji sikit saja kerana mereka tak mahu kuotanya tinggi. (Ya.) Jika tidak, mereka tak dapat buka semula. (Ya, Guru.) Tapi ini tak berapa boleh diterima sebenarnya kerana kita hantar kanak-kanak ke sekolah! (Ya, Guru.) Itu tak baik. Adalah senang bagi mereka jatuh sakit semasa mereka berkumpul. Dalam sejarah, macam itu, seperti dengan selesema Sepanyol. Kumpulan kanak-kanak lebih banyak dijangkiti. Jika mereka pergi ke sekolah, mereka akan saling menjangkiti kerana bilangannya besar. Kemudian mereka balik ke rumah, menjangkiti kanak-kanak lain, ahli keluarga mereka. (Ya, Guru.) Itu pengalaman dengan selesema Sepanyol. Tapi kerajaan tak dapat buat banyak. Jika mereka terus menyekat pergerakan orang, mereka malah akan membuat revolusi. Sudah ada banyak sekarang. Ada protes yang berlaku di merata tempat atas banyak sebab: wabak ini, rasisme, malah banyak patung, patung yang mereka nak robohkan atau dirikan. Kucar-kacir di luar. (Ya, Guru.) Kita selamat di tempat kita sendiri. Kita tak tahu akannya. Tapi kamu dapat lihatnya dalam berita jika kamu baca berita. (Ya, Guru.) Kamu dapat, kan? Kamu cerdik. Saya satu-satunya orang yang tak tahu bagaimana mengikuti berita. Seseorang memasang aplikasi di iPhone untuk saya. Saya ada iPhone dua tahun yang lalu, atau dua, tiga tahun yang lalu, akhirnya. Agak mudah bagi saya sekarang. Bayangkan, Gurumu begitu pintar sekarang! (Ya, Guru!) (Kami bangga dengan Guru!) (Bagus, Guru!) Ya. Tepuk tangan! Ya, ya. Semangat sokong. (Memang, Guru.) Buat saya teruskan. (Ya, teruskan, Guru.) Lebih berdikari adalah baik untuk saya. Angin saya lebih baik. (Ya, Guru.)

Sebab itulah kebanyakan anak muda seperti remaja, bukan sahaja kerana badan bertumbuh dengan terlalu cepat, tak dapat dikendalikan, tetapi juga kerana mereka terlalu banyak bergantung pada ibu bapa, orang dewasa, penjaga atau ibu bapa angkat, sesiapa saja. Kerana terlalu banyak bergantung pada orang. Kanak-kanak, kerana mereka baru datang ke dunia kita. Ketika masih bayi, mereka masih berhubungan dgn Syurga. Apabila meningkat remaja, mereka masih ada ini dalam ingatan separa sedar tentang kebebasan, Syurga. Jika mereka bukan dari neraka, dah tentu. Jadi dilahirkan dalam badan ini sudah pun rasa tersekat. (Ya, Guru.) Kemudian kita perlu minta kebenaran untuk segala-galanya dan hampir segalanya yang kita buat adalah salah. Orang dewasa sentiasa berkata bahawa kita buat ini salah, kita buat itu salah, tapi mereka tak beritahu kita, kita buat itu betul, kita buat ini betul. Biasanya tidak. (Faham.) Jadi mereka rasa sangat banyak tersekat. (Ya, Guru.) Dan mereka perlu minta kebenaran untuk keluar. Hanya untuk aiskrim (vegan) pun, kita perlu minta wang, jika ibu bapa berikan atau tak berikan, atau nak menonton filem ini, tak boleh, pergi menonton filem itu, tak boleh. Hampir segalanya mereka perlu minta kebenaran. Mereka keluar bersama kawan pun, perlu dalam masa tertentu, kemudian perlu balik. (Ya, Guru.) Jika tidak, kita tiada wang saku bulanan, wang saku harian, atau komputer disita, apa-apa saja seterusnya. Atau dikurung di dalam bilik kita. (Ya, Guru.) Bermakna tak boleh keluar. Seperti sekatan pergerakan sekarang. Dan kadangkala anak muda tak buat apa-apa yang salah, cuma situasi buatnya kelihatan macam mereka buat salah. (Ya. Faham.) Dan mereka tak tahu bagaimana mengekspresikan diri. Ini berlaku kepada saya. Itu sebabnya saya tahu. (Ya.) Kita tak tahu bagaimana mengekspresikan diri. Kita tak tahu bagaimana membela diri. Maka tersangkut, menyesakkan nafas dan mengecewakan. Sebab itulah apabila kanak-kanak dah besar, remaja, mereka jadi sukar disenangkan. (Faham. Ya, Guru.) Kamu boleh faham mengapa, kan? (Ya, Guru.)

Bukan kerana mereka jahat atau apa-apa, cuma sesuatu dalam diri mereka tak dapat rasa bebas dan rasa banyak disekat oleh banyak perkara di dunia ini. Tempat asal mereka adalah berbeza. (Ya, Guru.) Ketika kanak-kanak masih kecil, mungkin sehingga usia 5, 7, 8 tahun, mereka masih ingat akan hayat silam, masih ingat akan Syurga atau masih ingat akan Tuhan. Ada sebuah kisah yang saya dah ceritakan kepada kamu. Sepasang ibu bapa terdengar anak berusia empat tahun tanya anak berusia dua tahun, “Beritahulah saya macam mana rupa Tuhan. Saya dah mula lupa.” (Wau!) Benar macam itu. (Ya, Guru.) Ketika saya masih kecil, saya terdengar getaran Syurga dalaman, melodi Syurga dalaman sepanjang masa. (Wau!) Saya mendongak melihat bintang, saya ingat itu bunyi bintang. (Wau!) Saya ingat bintang membuat muzik, membuat bising, mengeluarkan bunyi. Itu apa yang saya fikir ketika saya masih kecil. (Ya.) Jadi saya sentiasa mendongak melihat bintang. Saya nak biarnya tahu bahawa saya dengar bunyinya. Saya nak kata bahawa ia sangat cantik. Saya ingat Bulan dan Matahari juga membuat muzik. Kerana ia wujud di mana-mana saja. Tapi dah tentu, hanya sewaktu jaga, saya terdengarnya. Sewaktu tidur, mungkin saya tak tahu saya dengarnya. Sewaktu jaga, saya lihat bintang, jadi saya ingat bintang yang mengeluarkan jenis bunyi ini. Dan sewaktu jaga, saya lihat Matahari, saya ingat Matahari mengeluarkannya. (Faham.) Atau Bulan mengeluarkannya. Peringkat usia tak tahu apa-apa adalah bagus.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android