Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Meditasi Intensif Mahaguru Ching Hai Melindungi Dunia Kita, Bahagian 2 daripada 5

2020-12-14
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya tak tahu macam mana lagi memberi amaran kepada manusia. Saya hanya boleh bermeditasi dan berdoa. Saya harap suatu hari nanti kita akan kembali ke sifat pemurah yang inheren dalam diri semua manusia dan semua makhluk supaya kita tidak mengetahui perkataan ‘penderitaan’ lagi, apalagi kita sendiri menderita. Semoga Tuhan rahmati kita semua. Amin.

( Guru, kami ingin berkongsi tentang seorang artis. Namanya Ricardo Colon yang berkata dalam talian, “Saya nampak kanopi malaikat yg besar di atas Rumah Putih.” ) Ya. ( Dia dengan serta-merta balik ke rumah dan mula berdoa sekali lagi untuk Presiden. Dia kata, “Saya nampak empat malaikat besar melayang di atas Presiden Trump kita.” ) Ini hanya di internet, kan? (Ya.) Wau! Semoga dia diberkati.

Saya akan beritahu kamu satu rahsia. Presiden Trump ada malaikat dan Timbalan Presiden Pence ada malaikat juga. (Wau!) Ini pasukan yang baik, kerja baik. Pasukan Presiden Trump adalah bersih dan baik. Okey? (Ya, Guru.) Kamu tahu apa yang kita katakan baru-baru ini atau mesej yang kita sampaikan memang telah memberikan kesan. Hari ini, saya lihat wartawan menulis untuk melindungi Presiden Trump. (Ya.) (Oh!) Jon Voight bersuara sekali lagi. (Oh!) (Wau!) Dia kata Presiden Trump ialah satu-satunya orang yang dapat menyelamatkan Amerika... (Wau!) menyelamatkan negara kita sekarang. Sebelumnya dia tak kata ‘satu-satunya orang’.

Beliau baik. Saya memang berdoa agar beliau memegang kuasa empat tahun lagi. (Ya, Guru.) Kerana parti lain mungkin membatalkan segalanya yang telah dibuat oleh Presiden Trump. (Ya.) Lepas empat tahun lagi, bermula semula adalah susah. (Ya, Guru.) Itu pun jika beliau dapat menang atau dapat mulakan semula. (Ya, Guru.) Dunia ini begitu menakutkan dan... Ya Tuhan. Sebab itulah sejak Presiden Trump memegang kuasa, mereka tak henti-henti mengecamnya. Mereka tak biarnya berehat atau menguruskan hal ehwal negara dan sebagainya. Mereka terus membidasnya. (Ya, Guru.) Banyak perlindungan untuknya. Jika tidak, beliau telah alami nasib malang (Oh!) seperti rebah atau apa-apa saja yang lain boleh berlaku kepadanya, tak dapat menguruskan hal ehwal negara dengan baik pun. (Ya, Guru.)

( Guru, pada 3 November, Sadhu Sundar Selvaraj memaparkan video di YouTube, berkata bahawa Presiden Trump ialah calon pilihan Tuhan. Dia juga sebut malaikat di sekeliling Presiden Trump dan beliau perlu terpilih sekali lagi untuk melaksanakan perjanjian yang dibuatnya dengan Tuhan. ) Ya! Wau! Siapakah sadhu ini? Adakah dia terkenal? ( Sebenarnya saya tak pasti, Guru. Saya rasa dia di India. ) Tak kira apa pun, dia seorang sadhu, takkan berbohong. (Ya, Guru.) Kerana mereka mematuhi rukun tidak berbohong, kerana jika berbohong, mereka tahu akibatnya. (Ya, Guru.) Dan buat apa dia berbohong tentang ini kerana itu bukan presidennya dan bukan di negaranya. Amerika bukan negaranya. (Ya, Guru.)

Ada begitu banyak wartawan, pemberita, ahli politik atau bukan ahli politik, mereka semua... mengecam Presiden Trump selama ini. Nampak tak? Jadi sesiapa yang menyebelahi Presiden Trump pasti tahu akan risiko (Ya, Guru.) mungkin diperlakukan dengan begitu juga. Saya sedar akan itu tapi saya perlu mengatakannya. Saya seharusnya katakannya lama dahulu lagi, cuma saya ragu-ragu. Saya bercakap dengan lembut dalam semua persidangan sebelumnya, apa yg saya beritahu kamu tentang En. Trump. Hanya baru-baru ini oleh sebab saya terdengar bahawa beliau membenarkan peralihan kuasa, jadi saya perlu bercakap dengan lebih jelas, (Ya, Guru.) lebih pasti. Kerana pegawai yang bertanggungjawab untuk tabung peralihan kuasa telah digesa atau diganggu, jadi dia perlu melakukannya dan Presiden Trump perlu berlembut demi keselamatan dan ketenangannya. (Ya, Guru.) Mereka tak benarkannya. Beliau harus terpilih sekali lagi. Sekarang sekurangnya empat tahun lagi untuk beliau mengejar (Ya, Guru.) dan buat segala kerja lain yang belum dibuatnya.

Dia dunia ini, bukan hanya dua atau tiga orang ini saja. Cuma mereka tak mengatakannya tapi ada sekurang-kurangnya 90 orang yang nampak malaikat di sekeliling Presiden Trump. (Wau!) Bukan sahaja saya, En. Voight atau pertapa di India itu. (Ya, Guru.) (Oh!) Atau sesiapa saja Carlos (Colon) itu. Bukan mereka saja. Ada lebih 90 orang lagi yang nampak mereka. (Wau!) (Oh!) Jadi kita bukan hanya bercakap tanpa bukti. Banyak orang yang lain nampak mereka. (Ya, Guru.) Cuma jenis bukti ini... Kita perlu mengangkat sumpah dengan Injil bahawa kita bercakap benar. Itu saja. Jika tidak, ia tak seperti foto yang boleh kita tunjukkan kepada sesiapa saja. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)

( Boleh Guru beritahu kami apa perjanjian itu antara Tuhan dengan Presiden Trump? ) Beliau perlu berdamai. Ya. Itu kerjanya, misinya. (Oh!) Kita dapat lihatnya dengan jelas sekali. Lebih banyak negara berdamai dengan Israel juga. Ini bermakna perdamaian dengan Amerika dan dunia. (Ya, Guru.) Kerana ia diantarai oleh kerajaan Amerika, oleh Presiden Trump. Saya masih berdoa untuknya setiap hari pada bila-bila saya tak bekerja. Maksud saya waktu selang antara kerja (Ya, Guru.) atau pada waktu malam, dah tentu, sewaktu saya bermeditasi. Saya tak dapat asyik ulanginya tapi saya berharap segalanya baik-baik saja. (Ya, Guru.)

Bayangkan mesin yang ada perisian. Kita boleh padamkannya, boleh padamkan dokumen. Kita boleh mengubah dokumen dan memadamkannya sepenuhnya, hilang. (Oh!) Ya, dengan perisian hari ini, (Ya.) orang boleh buat banyak perkara dengan perisian. Betul? (Ya, Guru.) Boleh kamu buat begitu? Jika kamu hantar sesuatu ke telefon orang lain, kamu boleh memadamkannya dari telefon kamu? (Saya tak pasti, Guru.) (Tidak, kami tak pasti.) Mungkin lelaki itu ialah pakar komputer. Sesetengah orang yang istimewa boleh buat begitu. Seorang saudaramu juga mengetahui banyak perkara tentang keselamatan komputer dan sebagainya, dan beritahu saya banyak perkara yang saya rasa... mata saya agak terbuka. Mata kebijaksanaan saya dah terbuka tetapi mata fizikal saya terbuka juga, berkata, “Wau! Benar ke? Itu tak selamat? Itu selamat?” “Kamu boleh buat begitu?” Sesetengah orang tahu akan teknologi komputer atau perisian yang lebih canggih daripada kamu. (Ya, Guru.) Mungkin kamu bukan pakar perisian tapi sesetengah orang ialah itu. (Ya, Guru.)

Itu saja soalan kamu sekarang? (Ya, Guru.) (Itu saja, Guru.) Jika lebih banyak penjelasan diperlukan untuk menambahkan pengetahuan kamu tentang sebarang soalanmu atau jawapan saya, biarlah saya tahu. (Ya.)

Fikirkannya (Okey, Guru.) dan sekarang saya nak beritahu kamu perkara lain. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Tadi kamu tanya saya sama ada meditasi saya bantu. (Ya, Guru.) Ia membantu dari banyak segi, dah tentu. Ia membantu supaya planet kita tidak musnah atau terhumban ke dalam lohong hitam. (Oh! Wau!)

Kamu telah lihat berita bahawa lohong hitam membuat bintang menjadi seperti mi. (Ya, Guru.) Ini adalah benar. (Wau!) Kerana bintang ini telah berbuat jahat. Jadi ini suatu hukuman. (Wau!) Bintang ini bukan hanya satu bintang, satu orang atau satu makhluk saja. Sama seperti planet kita seperti sebuah bintang juga tapi berbilion-bilion makhluk di atasnya. (Oh!) Sama juga, mereka menemui enam galaksi di dalam satu lohong hitam. Itu disebabkan oleh hukuman. Lohong hitam ialah neraka. (Oh!) Itu neraka fizikal nampak. (Oh!) (Ya, Guru.) Sesiapa, mana-mana planet, mana-mana bintang, jasad cakerawala jika telah membuat apa-apa yang jahat dan terkumpul menjadi terlalu berat, terlalu lama, maka ia akan pergi ke sana (Wau!) untuk menerima balasan. Sebab itulah mereka menemui enam galaksi di dalamnya. Galaksi-galaksi ini ialah galaksi buruk. (Ya, Guru.)

Jika planet kita tak cukup berhati-hati, tiada berkat dan perlindungan yang mencukupi, ia akan terbang atau disedut ke dalam lohong hitam, (Oh!) (Wau!) salah satu lohong hitam yang berdekatan dengan kita. Biar saya lihat sekali lagi sama ada saya adanya. Kerana salah satu lohong hitam berada di tengah-tengah Bima Sakti. Itu apa yang ahli sains katakan. Saya perlu beritahu kamu dengan istilah saintifik kerana jika tidak, kamu tak percaya. Tapi sangat dekat, 2,000 tahun cahaya lebih dekat daripada yang mereka rasa sebelumnya. (Ya, Guru.) Tapi sangat dekat. Apabila kamu dengar 2,000 tahun cahaya, itu tak banyak. (Ya, Guru.) Apabila karma datang, ia akan disedut ke dalamnya. (Oh!) Tak kira berapa jauh. Jadi itu apa yang berlaku kepada mana-mana planet atau bintang yang tak berkelakuan mengikut hukum alam semesta. Sebab itulah penghuni Bumi harus risau. (Ya, Guru.) Tak kira jaraknya berapa jauh atau berapa dekat. Lohong hitam akan buat planet kita menjadi seperti mi, akan mencincangnya seperti mesin pencincang kertas, (Oh, ya Tuhan!) (Wau!) dalam sekelip mata saja. (Ya, Guru.) Dan menyedutnya ke dalam sana. Saya tak tahu berapa lama. Bergantunglah. Cara kita saling berperang dan membunuh berbilion-bilion, bertrilion-trilion haiwan setiap tahun macam ini, tidak lama untuk alami nasib yang sama seperti bintang yang kamu lihat di internet. (Ya, Guru.) Takkan lama.

Mana-mana planet atau galaksi yang ada tenaga yang sama dengan tenaga lohong hitam, suatu hari nanti, planet atau bintang itu akan ditarik menuju ke lohong hitam, kemudian akan ditelan dalam sekelip mata saja. Lohong hitam ialah tenaga negatif. Oleh itu, mana-mana bintang atau planet di mana semua makhluk di atasnya tidak membuat apa-apa yang baik, hanya berbuat jahat sehingga tenaga itu semakin banyak terkumpul sehingga menjadi begitu berat, begitu banyak suasana negatif, maka ia akan ditarik menuju ke salah satu lohong hitam ini dan ditelan ke dalamnya. (Ya, Guru.) Dah cukup hebat ahli sains dapat lihatnya dari sejauh berjuta-juta tahun cahaya. Tapi dah tentu, ada perkara, ada aktiviti di dalam lohong hitam yang tiada orang dapat lihat, orang psikik pun, kerana ia tertutup. (Wau!) Jika kita dapat lihatnya, kita malah boleh cederakan diri sendiri. (Ya, Guru.) Biasanya tiada orang boleh pergi ke sana kecuali makhluk buruk, jahat. Sesetengah daripada aktiviti ini digambarkan dalam kitab Buddha yang bertajuk Kitab Ksitigarbha, Kitab Bodhisattva Simpanan Tanah. Aktiviti neraka, penderitaan, kesakitan dan kedukaan, kesakitan dan penderitaan yang tak terperikan, tak henti-henti ini digambarkan dalam Kitab Ksitigarbha dan banyak lagi, bukan itu saja. Tapi dah tentu, kita tak dapat lihatnya dengan mata kasar, dengan teleskop ahli sains yang terbaik pun.

Saya rasa bersimpati dgn semua makhluk di planet ini tidak memahami apa-apa pun tentang mekanisme neraka, mereka boleh berapa dekat dengan hidup seperti neraka dengan menjadi jahil, membuat segala-galanya yang mengikut Syurga dan hukum Alam Semesta adalah tidak sesuai, menjatuhkan maruah, kejam, kasar atau tak berperikemanusiaan. Saya tak tahu macam mana lagi memberi amaran kepada manusia. Saya hanya boleh bermeditasi dan berdoa. Saya harap suatu hari nanti kita akan kembali ke sifat pemurah yang inheren dalam diri semua manusia dan semua makhluk supaya kita tidak mengetahui perkataan ‘penderitaan’ lagi, apalagi kita sendiri menderita. Semoga Tuhan rahmati kita semua. Amin.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android