Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 1 daripada 6

2020-12-04
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Asalkan dunia menjadi vegan, haiwan kurang menderita, tiada penderitaan lagi dan tiada peperangan lagi, maka hati nurani orang akan lebih banyak dibangkitkan dan lebih banyak kecerdasan diperoleh semula. (Ya.) Kemudian kita berharap dunia menjadi semakin baik.

( Halo, Guru! ) Kamu dah sedia? (Ya, Guru.) Saya harap kamu suka rambut saya. (Sentiasa cantik.) Sebenarnya, saya tak buat apa-apa pun. Kesuntukan masa. Ini sebagaimana yang sedia ada. Saya tak buat apa-apa pun dengannya. Tiada masa untuk menocang atau menghias pun. Saya bergurau saja untuk merelakskan kamu. Apa khabar, semua? ( Khabar baik, Guru. Terima kasih, Guru. ) Segalanya baik? ( Ya, Guru. ) Saya suka itu. Wanita, dapat dengar tak? ( Ya, Guru. ) Wau, berteknologi tinggi hari ini! Jauh lebih baik sekarang. (Ya, Guru.) Saya suka itu. Saya suka kamu berdua, wanita dan lelaki. (Terima kasih, Guru.) Ya. Ini sesuatu yg mengagumkan bagi saya sekali lagi, sendiri membuat segalanya. Baiklah. Khabarnya kamu ada soalan. Sebab itulah saya menelefon kamu. (Ya, Guru.) Kamu boleh mulakan sekarang jika mahu.

( Guru, banyak negara melaporkan bahawa orang muda menjauhi arak dan intoksikan. Kita juga lihat kanak-kanak menjalankan aktiviti memungut derma untuk pertubuhan amal dan haiwan. Guru, adakah ini kerana orang peringkat lebih tinggi dilahirkan di planet kita pada masa ini? )

Ya, pasti. Tetapi juga kerana orang lebih sedar akan kesan buruk bahan-bahan ini. Hari ini juga disebabkan oleh wabak, ia menyedarkan orang. Itu satu-satunya kebaikan yang datang daripadanya. Itu menyedarkan orang dan buat mereka lebih banyak mengkaji sesuatu yang lebih penting kepada kesejahteraan mereka. (Ya.) Mereka nak tahu apa menyebabkan wabak, bagaimana dapat mengelakkannya. Kerana penyelidik juga menyatakan bahawa perokok, peminum arak lebih cenderung dijangkiti COVID-19. (Ya.) Dan lebih sukar bagi mereka sembuh jika menghidapinya. Jadi orang lebih sedar sekarang. Itu satu kebaikan yg datang daripadanya dan saya gembira. Untuk jangka masa panjang, semua langkah ini adalah baik untuk orang. (Ya, Guru.) Dan orang yang menghidapi COVID-19, jika mereka perlu pergi, mereka pergi. Saya bantu roh mereka, apa-apa roh pun saya dapat bantu. Jika mereka bertaubat. Jika mereka berdoa dalam hati. Saya pasti pada waktu kesusahan dunia ini, pada waktu meninggal, mereka akan berdoa dan bertaubat. Ini bagus juga. Jadi lebih senang bagi saya bantu mereka. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Ya, bantu roh mereka. Itu lebih penting. Kita mati juga suatu hari nanti, tapi jika roh mendapat pembebasan, itu apa yang paling baik. Jadi wabak ini menyedarkan banyak orang. (Ya, Guru.) Menyedarkan roh. Saya tak maksudkan orang mati adalah baik. Namun begitu, roh mereka akan dibantu. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Baiklah. Terima kasih. Kebanyakan orang, apabila berada dalam situasi sebegini, meskipun mereka ialah ateis sebelumnya, mereka akan berdoa kepada Tuhan (Ya.) dan itu akan bantu mereka dalam pembebasan roh mereka. Itu lebih senang bagi roh mereka diselamatkan, dibebaskan. (Faham, Guru.)

( Guru, COVID-19 mempengaruhi seluruh pelosok dunia. Sebagaimana yang ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia nyatakan, kita “melawan musuh kita yang sama”. Kita telah nampak lebih banyak usaha sepadu di dunia, contohnya pelegaan hutang negara kurang mampu, kerjasama dalam penyelidikan rawatan perubatan dll. Akankah trend ini berterusan dan dunia menjadi komuniti yang rapat? )

Dah tentu. Setelah mereka ada tabiat berbuat baik. (Ya.) Perbuatan baik, perbuatan buruk, semuanya tabiat saja. Setelah orang menjadi biasa dengannya dan menyedari kebaikannya, mereka akan teruskan. (Ya, Guru.) Bukan sahaja kerajaan tetapi orang juga. Orang pergi beri makan haiwan liar. Orang pergi bantu jiran, keluar. Bukanlah mereka keluar dan berhubung tetapi cari jalan untuk membantu orang. Seperti saya ternampak klip sementara melihat sepintas lalu berita untuk kamu, orang cari jalan yang sangat inovatif untuk membantu jiran, seperti masukkan makanan ke dlm bakul, kemudian jiran tariknya ke atas. (Ya.) Atau apa-apa saja yang mereka perlukan. Mereka buat begitu. Ini sangat bagus. Semua orang lebih sedar sekarang dan temui sifat baik dalam diri mereka. Itu sangat baik untuk Kuasa Guru bantu mereka. (Ya, Guru.)

( Guru, sementara sains dan teknologi meningkat maju, kita mendapat tahu semakin banyak tentang alam semesta. ) Ya. ( Akankah ini menyebabkan orang lebih meminati kerohanian dan mencari Kebenaran? ) Ah! Ya. Saya nak tanya kamu soalan yang sama. Kita berharap, berdoa. (Ya, Guru.) Kita berdoa. Kerana di banyak planet yang lain di alam semesta, orang sangat maju dalam teknologi dan sains, ada segala jenis keselesaan material. Tapi ini tak buat mereka ingin menjalani cara hidup spiritual. (Ya, Guru.)

( Guru, sewaktu kita mendoakan Dunia Vegan, Dunia Aman, haruskah kita membayangkan dunia yang ingin kita lihat? Contohnya, dunia vegan di mana manusia hidup secara harmoni dengan alam semula jadi, lautan dan sungai yang bersih, ladang dan hutan yang ada buah-buahan dan sayuran untuk menyara dunia. Sebaliknya, hari ini sesetengah orang risau tentang pertambahan syarikat besar yang menghasilkan bijirin bukan organik, GMO, menggunakan bahan kimia yang berbahaya untuk mengawal perosak dan daftarkan hak paten bagi benih GMO yang mencegah komuniti daripada berupaya untuk mengawal bekalan makanan mereka sendiri. Industri makanan sering berkaitan dengan industri farmasi yang mendapat untung daripada jualan bahan kimia dalam pertanian yang menyebabkan penyakit yang memerlukan pemvaksinan dan populasi yang bergantung kepada ubat. ) Ya, saya tahu. ( Dengan syarikat sebegini mengawal bekalan makanan dunia termasuk daging hasilan makmal dan daging vegan, adakah ini sesuatu yang harus kita risau sementara kita mara ke masa depan vegan? Atau apabila dunia menjadi vegan dan tenaga bunuh telah hilang, segalanya akan dengan sendirinya dibetulkan tak kira apa pun? )

Ya, saya tahu. Kita hanya boleh berdoa. (Ya, Guru.) Kerana apabila kesedaran dunia menjadi lebih tinggi, mungkin semua itu akan menjadi semakin kurang. (Ya, Guru.) Orang akan menjadi lebih sedar apa baik dan apa tidak. (Ya.) Sekarang kita tak dapat menguruskan semua masalah ini. Dunia ini akan ada satu set masalah atau set masalah yang lain kerana orang tidak tinggi dari segi rohani. (Ya, Guru.) Tapi asalkan dunia menjadi vegan, haiwan kurang menderita, tidak menderita lagi dan tiada peperangan lagi, maka hati nurani orang akan lebih banyak dibangkitkan dan lebih banyak kecerdasan diperoleh semula. (Ya.) Kemudian kita berharap dunia menjadi semakin baik.

Maklumlah, sementara saya begitu banyak menangis, hampir setiap hari untuk haiwan yang menderita apabila saya lihat kekejaman, pada masa yang sama, jika saya keluar daripada itu, saya sentiasa sedar bahawa dunia ini memang sangat bersifat ilusi. Kita hanya buat apa yang boleh untuk mereka yang berada dalam kesedihan, penderitaan dan kejahilan. Kemudian mereka akan sedar daripada mimpi ilusi ini, kemudian mereka akan mencari lebih banyak rawatan spiritual untuk roh. Maksud saya, untuk kesedaran spiritual mereka, untuk perkembangan Diri sebenar di dalam. Jika tidak, minda dan otak serta pengaruh di sekeliling mereka akan buat mereka menjadi buta, pekak dan bisu terhadap segala kebenaran meskipun ia berada di depan mereka juga. (Ya, Guru.) Jadi kita wujudkan Dunia Aman dan Dunia Vegan, kemudian segalanya yang lain akan berkembang. Dunia kita akan menjadi semakin baik. (Ya, Guru.)

( Guru, pentadbiran Trump telah mengumumkan bahawa Sudan dan Israel telah bersetuju untuk memulihkan hubungan. Sebelumnya, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu telah menjalin hubungan dengan Israel. ) Ya. ( Bolehkah peristiwa ini menandakan negara-negara Timur Tengah dan kawasan Afrika Utara juga sedia untuk keamanan seperti di Korea? ) Mereka sudah hampir sedia. Banyak daripada mereka dah sedia. Cuma berharap negara lain ikut. (Ya, Guru.) Jangan minta saya lihat kristal dan meramalkan masa depan. Saya tak nak asyik beritahu kamu. (Faham, Guru.) Kamu akan nampaknya. Saya dah kata. Kamu akan nampak apabila tiba masanya, kamu akan nampak apa yang berlaku. (Faham, Guru.) Soalan seterusnya.

( Guru, dewa-dewi Syurga yg lebih rendah mendapat kedudukan mereka berdasarkan pahala. Pahala memberi Brahma yang tak berbelas kasihan kuasa untuk mencipta Tiga Alam dan memerintahnya. Adakah Syurga mewajibkan seseorang mesti ada jumlah Kasih Sayang Tuhan tertentu baru boleh mencipta dan memerintah? )

Ia berbeza sepenuhnya. Mereka ada tetapi terhad. (Ya, Guru.) Sama seperti kamu, kononnya anak murid yang belajar dengan saya. (Ya.) Saya beritahu kamu bahawa kamu perlu buat ini, buat itu. Tak perlu, tapi kamu harus. Seperti menjadi vegan, berbelas kasihan, penyayang dan pemurah. Tapi mereka cuba. (Ya, Guru.) Kamu cuba. Tapi ini tak bermakna cukup wajar (Ya.) kecuali bergantung kepada berkat Guru untuk menaik ke atas. Kasih sayang yg kamu ada begitu sedikit, maksud saya kononnya anak murid, begitu sedikit hingga mereka tak sedar pun bahawa mereka tiadanya. (Ya, Guru. Faham.)

Jadi Brahma juga ingin ada kasih sayang, ingin buat apa yang Dewa-dewi nasihatinya, tetapi ini tak bermakna kasih sayangnya cukup. Tak cukup. Selain itu, ada Syurga lebih rendah juga yang tiada kasih sayang sama sekali. Jadi mereka akan mencipta benda lain yang menggoda manusia atau haiwan supaya berbuat salah. Kemudian mereka terus mengawal roh mereka dan mengawal populasi selama-lamanya supaya roh ini takkan bebas dan menaik ke sesuatu alam yang lebih tinggi di alam semesta. (Ya, Guru.) Sama seperti Brahma sendiri pun, dia tak nak melepaskan alam kekuasaannya dan bertikai dengan saya. Dia kata dia nak memerintah 93.9 alam. (Wau!) Saya dah beritahu kamu sebelumnya, kan? (Ya, Guru.) Ya. Saya kata, “Tapi pemerintahanmu kucar-kacir dan dewa-dewi lain di bawah engkau juga berbuat salah untuk mengurung roh selama-lamanya. Apa-apa yang mereka buat dengan salah, itu juga sebahagian daripada rancangan jahatmu, salahmu, buat mereka berbuat salah. Jadi aku tak suka sistemmu. Sama ada engkau tinggalkannya, ikut aku atau bekerjasama dengan aku untuk menyelamatkan roh termasuk rohmu, maka aku biar engkau memerintah.” Tapi dia tak nak. Ketamakan buat dia tak nak melepaskan kuasanya kerana setelah dia di dalamnya, dia lupa. Sama seperti kadangkala orang terpilih sebagai pemimpin dan mungkin mereka datang dengan impian besar, mereka rasa mereka ada impian atau niat baik, tapi setelah memegang kuasa, mereka lupa akannya. Atau sangat sedikit menggunakan kuasa idealistik mereka, asal idealistik. Mereka hanya terikut-ikut dan orang bawahan mereka, semuanya sentiasa berinya segala idea dan maklumat negatif yang buat mereka lupa, kemudian mereka akan berbuat salah, lupa akan impian asal mereka.

Ini bukan sahaja Brahma tetapi juga dewa-dewi lebih rendah yg lain di peringkat yang lebih rendah seperti dewa Alam Kedua dan dewa Astral. (Ya, Guru.) Dan syaitan, ketua syaitan di Astral. Kerana Peringkat Astral, contohnya, sesetengah bahagian ialah Syurga, sesetengah bahagian ialah neraka dan syaitan. Oleh itu, pengaruhnya, ini bergantung kepada sama ada dewa ada kuasa yang cukup utk mengatasinya. Tak sentiasanya. Kerana kadangkala dewa kalah dalam pertempuran dengan syaitan kerana mereka lebih kuat. Kerana mereka sudah menyemaikan dalam manusia segala jenis sifat negatif yang buruk. Jadi manusia juga bantu mereka secara tak nampak atau tanpa disedari. Kemudian mereka akan bergantung kepada semua kuasa negatif yang menyokong mereka untuk mengalahkan dewa Syurga di Peringkat Astral juga. Itu mempengaruhi Peringkat Kedua dan Brahma juga disebabkan keinginannya utk menguasai banyak alam, juga takkan ada kasih sayang dan kebijaksanaan yg cukup utk menolak atau mengalahkan mereka. Itu bagaimana mereka semua terjerumus bersama. Sekarang, contohnya di dunia kita, ada orang baik (Ya.) tetapi ada orang jahat juga. (Ya.) Kita ada kerajaan baik dan kerajaan tidak baik juga. Kita ada presiden baik dan presiden tidak baik juga. Oleh itu, dunia kita juga suatu campuran baik dan buruk. Sama seperti Peringkat Astral. Mereka ada Syurga dan neraka. Kamu faham sekarang? (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-28
75 Tontonan
2024-03-28
59 Tontonan
2024-03-28
50 Tontonan
2024-03-28
41 Tontonan
2024-03-27
1 Tontonan
2024-03-27
67 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android