Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya

Petikan daripada Khutbah Eropah 1999 di Belanda, daripada ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Cara Mengecap Keamanan’ oleh Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sama saja, saya tanya Tuhan mengapa kebanyakan Guru zaman dahulu ialah lelaki: “Mengapa Kau perintahkan aku buat kerja susah ini sekarang?” Dia berfirman, “Kita akan mengejutkan umat manusia.”

Hari ini, kami berbesar hati untuk persembahkan petikan daripada Khutbah Eropah 1999 Mahaguru Ching Hai di Belanda dalam buku-Nya, ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Cara Mengecap Keamanan’.

“Kamu Tidak Perlu Pergi ke Pergunungan Himalaya untuk Mendapat Makrifat!”

“Pada zaman dahulu, sistem komunikasi tidak begitu cekap dan sistem pengangkutan hampir tidak wujud. Jadi mencari seseorang yang dapat menunjukkan kepada kita cara untuk memperoleh Rahmat Tuhan atau cara untuk pulang ke Kerajaan Tuhan di dalam diri kita adalah hampir mustahil. Sebab itulah kebanyakan kitab agama menyebut subjek spiritual ini dengan cara yang sangat berharga, dengan cara sangat penuh misteri, kerana sangat sukar untuk mencari dan sangat sukar untuk memperolehnya. Mereka tidak menulis kaedahnya untuk kita pun.

Tetapi hari ini, disebabkan oleh segala kemudahan penemuan saintifik, kita dapat saling berkongsi apa-apa sahaja yang kita tahu dalam masa beberapa jam atau minit saja. Pada bila-bila kita ingin saling berjumpa atau ingin berjumpa dengan seseorang yang tahu akan caranya, kita sentiasa boleh terbang atau pergi dengan kereta atau bas. Dalam masa beberapa jam atau hari saja, kita dapat mengetahui apa-apa sahaja yang ingin kita tahu tentang amalan spiritual. Meskipun kita tidak dapat berjumpa dengan orang yang mengetahuinya, kita boleh berjumpa dengan orang yang ditugasi oleh kononnya pembimbing spiritual atau kawan spiritual ini. Oleh itu, kita tidak bazirkan masa dan sentiasa dapat belajar dari mana-mana sahaja di dunia.

Ini sangat bertuah bagi kita. Dulu saya tidak tahu akan itu. Saya ingat saya perlu pergi ke pergunungan Himalaya. Tetapi itu takdir saya. Saya perlu pergi ke sana untuk balik ke sini dan beritahu kamu bahawa kamu tidak perlu pergi ke sana. Jadi itu bukan pembaziran masa. Itu pengaturan Tuhan.

“‘Tiang’ Spiritual Terpilih Hidup”

Tetapi bukanlah pergi ke pergunungan Himalaya yang buat kita menjadi bermakrifat. Itu kuasa spiritual yang ditransmisikan kepada kita melalui stesen terpilih hidup, ‘tiang’ spiritual terpilih hidup. Jika Tuhan memilih kita untuk bertindak sebagai ‘tiang’ elektrik ini, Dia akan mentransmisikan kuasa melalui kita, kemudian kepada orang lain, sangat mudah. Oleh sebab Tuhan sukar diterangkan dan tidak dapat dilihat, adalah sukar bagi kita mengenali Dia. Tetapi jika Dia telah memilih seseorang untuk transmisikan kuasa ini drpd Dia, maka lebih senang untuk kita berhubung. Maka kita dapat mengasimilasikan kuasa Tuhan ini secara beransur-ansur sehingga kita menjadi bersatu dgn Tuhan dan mengenali Tuhan sepenuhnya. Itulah proses makrifat sepenuh.

Orang yang terpilih untuk menjadi ‘tiang’ transmisi bagi kuasa Tuhan tidaklah lebih baik daripada orang lain di planet ini. Dia makan keju vegan juga. Cuma untuk menyalakan obor, obor lain sudah dinyalakan, kemudian kita gunakan obor itu untuk menyalakan satu lagi, kemudian menyalakan satu lagi dan menyalakan satu lagi. Jadi untuk menyalakan banyak obor, satu obor, satu api mesti dihidupkan pada permulaannya. Itu hanyalah ‘tiang’ transmisi terpilih. Seseorang perlu mulakan dulu dan segalanya yang lain datang daripada itu.

“Nabi Isa Beritahu Kita bahawa Apa-apa yang Dapat Dilakukan-Nya, Kita Dapat Lakukan Juga”

Jadi dalam pengalaman saya yang Tuhan tunjukkan kepada saya, tidak ada misteri dalam cara mengenali Tuhan. Ia sangat, sangat mudah. Kanak-kanak pun boleh alami pengalaman Tuhan, betul-betul pengalaman yang tertulis dalam Bible. Contohnya, Nabi Musa nampak Tuhan sebagai semak api yang besar, dan Santo lain terdengar suara Tuhan seperti bunyi banyak air. Kita boleh alami pengalaman yang betul-betul sama seperti itu dan lebih banyak lagi. Sebab itulah Nabi Isa beritahu kita bahawa apa-apa yg dapat dilakukan-Nya, kita dapat lakukan juga kerana bukan Baginda yang melakukannya, itu Bapa.

Kita benar-benar dapat lihat Syurga dengan mata Syurga kita. Secara harfiah, kita boleh masuki Syurga sebagai sebuah tempat. Kita boleh masukinya bukan dengan badan fizikal tetapi dengan badan spiritual. Kemudian kita boleh kembali ke badan fizikal semula dan teruskan aktiviti harian kita. Tiada sesiapa yang mengesyaki bahawa kita ialah santo. Itu elakkan banyak masalah. Orang tidak berkerumun ke rumah kita dan mula menyembah dalam habuk di kaki kita atau buat rumah kita jadi hotel percuma mereka.

“Tuhan Boleh Muncul sebagai Lelaki atau Wanita”

Oleh sebab kita sentiasa bercakap tentang Tuhan dari segi maskulin, saya juga mengikut cara ini. Tetapi Tuhan tiada yang khusus. Saya telah nampak Dia. Dia tiada perbezaan seperti kita, seperti saya dan kamu. Ia berbeza, sangat, sangat cantik. Dia tidak berjantina. Dia tiada sifat lelaki atau perempuan seperti yang kita fikirkan. Kadangkala demi berhubung dengan kita, Dia boleh muncul sbg Santo perempuan atau malaikat perempuan di dalam untuk berikan nasihat kepada kita dan berkongsi dengan kita rahsia alam semesta. Kadangkala Tuhan muncul sebagai lelaki juga untuk bercakap sikit dengan kita atau beritahu kita cara bijak untuk menjalani kehidupan kita dan bawa kita ke atas Syurga. Tetapi itu terpulang kepada kita. Kadangkala kita manusia suka lihat rupa wanita dan kadangkala kita suka lihat rupa lelaki. Mengikut keadaannya, Dia akan memenuhi hasrat kita dan muncul sebagai lelaki atau wanita.

Sama saja, saya tanya Tuhan mengapa kebanyakan Guru zaman dahulu ialah lelaki: “Mengapa Kau perintahkan aku buat kerja susah ini sekarang?” Dia berfirman, “Kita akan mengejutkan umat manusia.” (Audiens ketawa dan tepuk tangan)

“Tuhan Boleh Muncul sebagai Lelaki atau Wanita” Sesi Soal Jawab

“Adakah kita perlu terbuka untuk menerima makrifat? “Tidak, tidak. Kamu tidak terbuka. Sebab itulah kamu perlu dibuka. Kamu tidak perlu terbuka sekarang. Kami akan bantu kamu buka.” Baiklah. “Jika kamu sudah terbuka, kamu tidak perlukan saya.” Ya, itu maksud saya. “Kamu hanya perlu ingin mengenali diri sendiri.” Terima kasih. “Sebenarnya, kita tidak perlu buat apa-apa untuk menerima Rahmat Tuhan kerana Kerajaan Tuhan ada di dalam diri kita, cuma kamu tidak tahu cara berhubung dengannya. Jadi pada waktu transmisi, kita hanya duduk diam-diam dan Tuhan buat yang selebihnya.”
Saksikan Lebih Banyak
Kata-kata Hikmah (1/100)
8
Kata-kata Hikmah
2025-09-09
543 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-09-08
489 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-09-06
528 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2025-09-05
532 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2025-08-28
550 Tontonan
19
Kata-kata Hikmah
2025-08-27
556 Tontonan
22
Kata-kata Hikmah
2025-08-23
839 Tontonan
23
Kata-kata Hikmah
2025-08-22
842 Tontonan
30
Kata-kata Hikmah
2025-08-14
522 Tontonan
31
Kata-kata Hikmah
2025-08-13
553 Tontonan
34
Kata-kata Hikmah
2025-08-09
1513 Tontonan
35
Kata-kata Hikmah
2025-08-08
1245 Tontonan
36
Kata-kata Hikmah
2025-08-07
1202 Tontonan
37
Kata-kata Hikmah
2025-08-06
1832 Tontonan
38
Kata-kata Hikmah
2025-08-05
1459 Tontonan
39
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
1483 Tontonan
40
Kata-kata Hikmah
2025-08-02
1565 Tontonan
41
Kata-kata Hikmah
2025-08-01
1573 Tontonan
42
Kata-kata Hikmah
2025-07-31
1741 Tontonan
43
Kata-kata Hikmah
2025-07-30
1766 Tontonan
44
Kata-kata Hikmah
2025-07-29
1798 Tontonan
45
Kata-kata Hikmah
2025-07-28
2081 Tontonan
50
Kata-kata Hikmah
2025-07-22
896 Tontonan
51
Kata-kata Hikmah
2025-07-21
949 Tontonan
54
Kata-kata Hikmah
2025-07-17
789 Tontonan
55
Kata-kata Hikmah
2025-07-16
844 Tontonan
76
Kata-kata Hikmah
2025-06-21
893 Tontonan
77
Kata-kata Hikmah
2025-06-20
875 Tontonan
82
Kata-kata Hikmah
2025-06-14
863 Tontonan
83
Kata-kata Hikmah
2025-06-13
862 Tontonan
86
Kata-kata Hikmah
2025-06-10
814 Tontonan
87
Kata-kata Hikmah
2025-06-09
830 Tontonan
88
Kata-kata Hikmah
2025-06-07
655 Tontonan
89
Kata-kata Hikmah
2025-06-06
845 Tontonan
90
Kata-kata Hikmah
2025-06-05
851 Tontonan
91
Kata-kata Hikmah
2025-06-04
1360 Tontonan
92
Kata-kata Hikmah
2025-06-03
1093 Tontonan
93
Kata-kata Hikmah
2025-06-02
1115 Tontonan
94
Kata-kata Hikmah
2025-05-31
1716 Tontonan
95
Kata-kata Hikmah
2025-05-30
1157 Tontonan
96
Kata-kata Hikmah
2025-05-29
1243 Tontonan
97
Kata-kata Hikmah
2025-05-28
1267 Tontonan
98
Kata-kata Hikmah
2025-05-27
1259 Tontonan
99
Kata-kata Hikmah
2025-05-26
1272 Tontonan
100
Kata-kata Hikmah
2025-05-24
1393 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-18
761 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-18
584 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-17
404 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-17
901 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-17
146 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2025-09-17
181 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-17
612 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-16
11834 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-16
901 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android