Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada waktu pergolakan yang menggerunkan bagi umat manusia ini, ingatlah bahawa ada harapan. Nabi-nabi dari seluruh dunia telah beritahu kita bahawa Tuhan akan hantar kepada kita rakit selamat ke pantai di tengah-tengah ribut yang membadai!“Pada akhir zaman, orang adalah bodoh, dungu, buta dan jahil (tentang sifat baik dan etika), dan menganggap jatuh bangun negara mereka sebagai hal remeh, seperti rumput dan jerami. Bapa dan anak berlawan untuk estet. Suami dan isteri bercerai. Matahari dan bulan menjadi malap, dan langit dilitupi habuk.Bencana alam lebih besar daripada sebelumnya. Bumi dan langit bergegar dengan gempa bumi, api terbang dan jatuh ke tanah.Ketiga-tiga bencana (banjir, kebakaran dan angin) dan kelapan-lapan penderitaan (kelaparan, kedahagaan, kesejukan, kepanasan, peperangan, keganasan, banjir dan kebakaran) akan berlaku pada masa yang sama.Orang di dunia, tahukah anda bahawa ini waktu (akhir zaman)?”Kita boleh bergantung pada Penyelamat, Messiah atau Raja Semua Raja untuk membimbing kita ke tempat yang selamat dan Rumah Syurga kita.“Cepatlah. Datang ke tempat berlindung selamat, tanah firdausi yang ada kemudaan dan hidup abadi. PULAU CAHAYA (SYURGA) UNGU DI BAHAGIAN TIMUR LAUT CHINA SELATAN IALAH TEMPAT ORANG DI DUNIA TEMUI KELEGAAN.”“Disebabkan oleh ORANG SEBENAR YANG AKAN MUNCUL DARI HSIHU (juga ditulis sebagai XIHU), semua Santo, Dewa dan Makhluk dari Syurga akan menghimpunkan askar Syurga Mereka.”Mengagumkan! Di sini, Nam Sa-go telah sebut nama lokasi dari mana Mahaguru Ching Hai (vegan) datang: HSIHU (atau Xihu).Mengapakah ‘Xihu’ ini ialah ‘Xihu’ di Taiwan (Formosa) dan bukan tempat lain di dunia? Peramal Nam Sa-go berikan lebih banyak petunjuk kepada kita.“Di Rumah Ibadat Gabeulgak di Gunung Gyeryong, Cahaya (Syurga) ungu menembusi Matahari dan angkasa penuh dengan pelangi merah terang.”Dalam bahasa Korea, ‘Gabeul’ bermaksud ‘pertama dan kedua’. Tokong pertama di Ashram Hsihu (atau Xihu) telah dirobohkan, dan yang kedua, Dewan Meditasi Hutan Suci, dibina.Nama ‘Gyeryong’ menggabungkan huruf untuk ‘ayam’ (Gye) dan ‘naga’ (Ryong). Ketika Guru membeli Ashram Hsihu, ia merupakan kawasan penternakan orang-ayam, dengan banyaknya masih bebas merayau. Selepas pengubahsuaian asas, Beliau tinggal di salah sebuah bekas pondok ayam. Di dalam ashram ini terdapat Tasik Perahu Naga (Long-Zhou Hu), tempat Guru pernah mengemudikan perahu naga bersama anak murid.Penyebutan ramalan ini tentang cahaya yang luar biasa mungkin mencerminkan balasan Syurga kepada bakti Penyelamat. Sesungguhnya, banyak ahli kami telah menyaksikan Cahaya Syurga yang terang dan kemunculan makhluk Firdausi yang megah di seluruh Ashram.Q1: Saya nampak seluruh Ashram penuh dengan Cahaya (Syurga dalaman) keemasan yang terang dan cantik. Ke mana-mana pun saya pergi, saya nampak batu, bata, pokok, segala-galanya sangat terang.Q2: Saya nampak banyak makhluk Syurga, begitu banyak cahaya di angkasa. Banyak makhluk Syurga menari di angkasa. Cahayanya begitu cantik. [...] Kemudian naga keemasan muncul di angkasa, di atas Ashram ini. Mereka sangat besar. Kemudian saya begitu gembira.Q3: Guru telah membawa banyak Kuasa Berkat ke sini untuk saudara seguru Âu Lạc (Vietnam) secara khususnya dan untuk saudara seguru di seluruh dunia secara umumnya kerana semua naga berkumpul di sini. Ada banyak naga keemasan yang berkumpul di sini di angkasa. [...] Naga sentiasa terbang di atas sewaktu kita bermeditasi di sini.Guru pernah berkata sebelumnya: “Naga ialah Pelindung Syurga daripada Kuasa Positif.”Q4: “Sebelum pembinaan di bawah Jambatan Bengkang-bengkok disiapkan, saya sudah nampaknya disiapkan dalam meditasi. Saya juga nampak banyak naga terbang ke bawah dari belakang bukit dan berenang dengan gembira di dalam kolam teratai. Sungai Nektar yang dibina dengan Kasih Sayang Guru boleh kelihatan macam anak sungai berliku-liku yang sempit bagi mata manusia biasa, tetapi ketika saya bermeditasi, Sungai Nektar bertukar menjadi sungai dan laut yang tidak terbatas. Semua batu buntar di dalam sungai ini menjadi makhluk hidup, kemudian segera bertukar menjadi lampu yang bersinar, sama seperti lampu yang diperagakan di tokong. Maksud simboliknya adalah ia menerangi jalan untuk makhluk hidup pulang ke Tebing di seberang.”DAN LAIN-LAIN…Untuk persembahan penuh, sila kunjungi: SupremeMasterTV.com/AP











