Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, Setiausaha Agung Persatuan Komunikasi Budaya Dunia, En. Chen Hung-Kwang juga ada kejutan untuk Guru. Haruskah kita jemput Setiausaha Agung Chen untuk sendiri memberi pengenalan? Mari kita alu-alukan Setiausaha Agung Chen dengan tepukan gemuruh. Mahaguru Ching Hai yang dihormati dan dikasihi, seluruh dunia dan seluruh Amerika Syarikat tidak lupa bahawa 25 Oktober 1993 ialah Hari Mahaguru Ching Hai Guru Agung kita. Jadi kali ini, saya sendiri telah bawa wakil ke sini dari seluruh Amerika dan lima benua seluruh dunia. Sepatutnya ada 12 daripada kami tetapi disebabkan oleh pengangkutan dan sebab-sebab lain, hanya sembilan orang wakil hadir hari ini. […] Disebabkan kekangan masa, saya takkan perkenalkan mrk seorang demi seorang. Namun, benda paling berharga yang saya bawa pulang kali ini ialah mesej tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat, En. Clinton dan isterinya. Sekarang mari kita jemput juruacara baca mesej tahniah daripada pasangan yang dihormati ini – Presiden Clinton Amerika Syarikat dan isterinya, Hillary Clinton. Ini adalah dari Rumah Putih kepada Mahaguru Ching Hai: “Selamat Hari Jadi. Saya dan Hillary berbesar hati untuk sertai rakan dan keluarga Guru mengucapkan tahniah kepada Guru pada hari yang istimewa ini. Sementara Guru menanti-nanti tahun-tahun akan datang, terimalah ucapan selamat kami utk kesihatan yang baik dan byk kegembiraan masa depan. Hillary Clinton dan Bill Clinton.” Kali ini saya juga telah bawa pulang Pingat Emas untuk Guru daripada datuk bandar Hawaii terdahulu dan sekarang, En. Fasi dan En. Harris. Mesej tahniah ini berbunyi seperti berikut: “Guru tidak dilupakan. Jangan sesekali lupakan Hari Mahaguru Ching Hai.” Tahun ini 1995, sambutan Hari Mahaguru Ching Hai diadakan di Taipei. Hari Mahaguru Ching Hai Tahun 1996, kedua-dua datuk bandar terdahulu dan sekarang berharap dapat menjemput Guru melawat semula Hawaii dan sekali lagi mempengerusikan upacara membuka kain tutup patung gangsa. Satu lagi kejutan untuk Guru ialah ucapan tahniah daripada enam orang gabenor negeri-negeri Barat Daya – Kansas, Illinois, Minnesota, Missouri, Iowa dan lain-lain. Mesej tahniah daripada sejumlah enam orang gabenor negeri. Ini apa yang mereka katakan: “Kami tidak akan sesekali lupakan bantuan terbesar kepada Amerika yang bawa kedamaian dan keselamatan kepada rakyat Amerika.” Hari ini, saudara seguru dari 35 negara di seluruh dunia berada di sini bersama-sama untuk meraikan ulang tahun ketiga Hari Mahaguru Ching Hai. Program pertama hari ini ialah muzik gendang tradisional yang dibawakan oleh saudara seguru Korea. (Samul – alat muzik gendang tradisional.)