Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Lihatlah, era ketujuh sudah hampir. PENCIPTAMU MEMERINTAH ENGKAU SUPAYA BERUBAH DARIPADA ORANG KARNIVOR YG SUKA BERTENGKAR KEPADA ORANG HERBIVOR YANG DAMAI. Empat kepala Binatang akan dihapuskan; dan peperangan akan tiada lagi di Bumi.”
Pada 1882, Dr. John Newbrough (vegan), seorang peramal, doktor gigi dan pengarang abad ke-19, telah menerbitkan buku ramal ‘Oahspe: Bible Baharu dengan Kata-kata Jehovih and Duta Malaikat-Nya’ yang ditulis melalui ‘penulisan automatik’ berdasarkan ilham Syurga. Banyak maklumat yang terkandung dalam teks ini adalah di luar pemahaman sains dan spiritual pada zamannya. Dalam buku ini, Tuhan berkongsi pendedahan tentang era baharu yang akan datang, dipanggil Kosmon.“Jehovih berfirman: Apabila Aku perintahkan negara-negara di Bumi supaya berdamai, lihatlah Aku angkat tangan-Ku di atas kepala orang karnivor. Sementara terdapat waktu Aku mencipta setiap haiwan dengan sempurna mengikut aturannya; begitu juga akan tibanya waktu sebegini kepada manusia. Dan sekarang ialah subuhnya. Oleh itu, Aku namainya Kosmon.Di sini, Tuhan nyatakan dengan jelas bahawa apabila era aman damai baharu, Kosmon, tiba, Dia akan mengangkat tangan-Nya di atas kepala orang karnivor. Ini bermakna Dia akan hentikan amalan makan daging orang-haiwan oleh manusia di Bumi.“Lihatlah, era ketujuh sudah hampir. PENCIPTAMU MEMERINTAH ENGKAU SUPAYA BERUBAH DARIPADA ORANG KARNIVOR YG SUKA BERTENGKAR KEPADA ORANG HERBIVOR YANG DAMAI. Empat kepala Binatang akan dihapuskan; dan peperangan akan tiada lagi di Bumi.”Dalam seluruh Oahspe, Tuhan mengutuk amalan membunuh orang-haiwan dan memakan daging mereka yang jatuhkan maruah.“Ini ialah pencemaran darah manusia oleh makanan karnivor yang harus engkau renungkan. Aku telah mencipta semua makhluk hidup. Sesiapa yang membuat diri menjadi karnivor tidak dapat elakkan konflik dan perbalahan dalam anggota badan, jiwa dan badan sendiri. [...] Hari ini, Aku buatnya [makanan karnivor] jadi racun kpd dia. Orang akan menjauhinya; dan baunya akan meloyakan dia; dan melihat darah akan memenuhi dia dengan perasaan ngeri. Penjual daging akan berasa malu dengan pekerjaannya; jirannya akan berkata kepada dia: Awak berbau darah!”Kata-kata kuat daripada “Suara Jehovih” yang direkodkan dalam Oahspe oleh Dr. John Newbrough ini tunjukkan bahawa umat manusia suatu hari nanti akan masuki tahap evolusi baharu yang lebih tinggi pada era Kosmon. Apabila tibanya waktu ini, amalan memakan daging orang-haiwan akan dianggap sebagai suatu kekejian. Dengan mengangkat Tangan-Nya “di atas kepala karnivor”, Tuhan Yang Maha Berkuasa keluarkan amaran yang menakutkan bahawa mereka yang tidak endahkan dekri dan Rukun-Nya akan menghadapi hukuman.Abad sekarang telah dikenal pasti sebagai Akhir Zaman dalam agama Kristian, Zaman Penghujung Dharma dalam agama Buddha, pelengkapan satu kitaran lama dalam budaya Maya dan Kali Yuga dalam agama Hindu. Ini mungkin merupakan pinggir era Kosmon baharu yang disebut dalam Oahspe. Sementara tabiat memakan daging orang-haiwan yang gasar dan berdarah berterusan, kita menyaksikan kesan buruk amalan karnivor kepada individu dan planet ini secara keseluruhannya.Pembunuhan rakan haiwan kita yang tidak berdosa telah menyebabkan peningkatan krisis kesihatan global, wabak zoonotik, perubahan iklim dan kesan negatif lain yang tidak terkira.Kesan negatif kritikal yang meluas akibat penternakan haiwan kepada planet kita tak dapat dinafikan. Krisis global yang teruk dari perubahan iklim dan kerosakan alam sekitar ke kepupusan spesies, kebuluran, kemiskinan, penyakit dan ketahanan antibiotik. Semua ini ada hubungan langsung dengan penternakan haiwan dan ketidakcekapan besar-besaran sistem pengeluaran makanan kita sekarang.Bagi mengeluarkan daging lembu, kita menternak di kawasan seluas gabungan Kanada, Amerika Syarikat, seluruh Amerika Tengah, Venezuela, Colombia dan Ecuador.Diet berasaskan tumbuhan akan mengurangkan jumlah tanah yang diperlukan untuk keluarkan makanan kita sebanyak 3.1 bilion hektar. Itu kawasan seluas seluruh benua Afrika.Daging merah terproses telah dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa penyakit termasuk kanser. Kajian baharu yang keluar hari ini tambahkan demensia ke dlm senarai ini.Amerika ialah salah satu pengguna daging merah yang terbesar di dunia. Ini meletak kita dalam keadaan risiko kesihatan yang lebih tinggi seperti penyakit jantung dan diabetes jenis dua. Sekarang pengkaji telah temui hubungan langsung antara daging merah terproses dan demensia.Kita tak harus menunggu untuk mengurangkan risiko wabak masa depan. Sebagai permulaan, kita perlu memahami punca wabak ini dan wabak sebelumnya: perlakuan kita terhadap haiwan. Ebola, SARS, MERS, selesema burung dan letusan lain yang boleh bawa maut semuanya dikaitkan secara langsung dengan perlakuan kita terhadap haiwan.Virus yang menyebabkan COVID-19 dikaitkan dengan pasar basah di mana haiwan liar dan ternakan, mati dan hidup, dibeli dan dijual untuk dimakan oleh orang.Mungkinkah kita berada di ambang satu lagi wabak? Wabak yang mungkin lagi teruk daripada wabak yang disebabkan oleh coronavirus. Sebenarnya kali ini mungkin selesema burung. Kita harap tidak. Sekarang CDC (Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit) menyerukan lebih banyak ujian utk selesema burung di ladang Amerika, bunyikan amaran bahaya selepas beberapa pekerja ladang dijangkiti penyakit ini daripada haiwan.Malangnya, selesema burung, apabila masuki manusia, ada kadar kematian yang tinggi. Barangkali antara 25 dan 50% kadar kematiannya.Dan lain-lain….Jika orang tidak menjauhi tabiat makan berdarah ini, keadaan akan menjadi lebih teruk. Peramal dan orang terus mata zaman moden telah nampak penyakit ganjil baharu yang boleh menimpa manusia.Saya nampak sekawanan burung dan rasa mereka jatuh dari langit. Seluruh kawanan burung yang besar jatuh dari langit. Sekarang saya tak tahu apa yang menyebabkan itu atau mungkinkah itu sejenis lambang? Mungkinkah itu lambang satu lagi wabak selesema burung?Itu macam selsema. Itu pepijat. Mereka sakit, orang. Saya nampak lembu sakit. Mereka rebah, lembu. Dan semua orang ini, saya lihat mereka mati sebanyak jutaan. Saya lihat mereka membongkok dengan virus ini. Mereka muntah, sakit teruk.Bagaimanakah manusia berada dalam situasi yang begitu teruk? Sebab spiritual yang lebih mendalam ada di sebalik diet karnivor yang menjijikkan. Oahspe nyatakan bahawa memakan daging orang-haiwan boleh jelmakan “binatang” di dalam diri manusia, dengan itu mengubah kita dan buat kita lupa akan roh kita, roh sebenar kita.“Jehovih menyeru manusia supaya hentikan kejahatan; tetapi manusia tidak dengar firman-Nya. Kerana kelicikan binatang telah mengubah daging manusia, supaya rohnya tersembunyi seolah-olah di dalam awan, dan dia suka buat dosa.”“Makanan daging membawa manusia menjauhi ramalan; menjauhi kerohanian. Pemakan daging dalam sesebuah negara akan sentiasa berakhir sebagai orang yg tidak percaya kpd kerohanian; dan mereka menjadi ketagih keghairahan badan. Orang sebegini tidak dapat faham; bagi mereka dunia ialah kesia-siaan dan kesakitan hati, jika miskin; atau, jika kaya, sebuah tempat untuk berseronok demi nafsu.”Sebab itulah larangan makan daging ialah salah satu rukun suci yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia.“Tuhan berfirman: Ini doktrin-Ku, seperti yang Aku ajarkan melalui Joshu: Engkau perlu mematuhi Sepuluh Rukun Nabi Musa. Engkau tidak harus berperang atau bersubahat dalam peperangan. ENGKAU TIDAK BOLEH MAKAN DAGING MANA-MANA HAIWAN, IKAN, BURUNG, AYAM ATAU MAKHLUK YANG MERAYAP YANG DICIPTA HIDUP OLEH JEHOVIH.”Ajaran dalam ‘Oahspe: Bible Baharu dengan Kata-kata Jehovih and Duta Malaikat-Nya’ oleh Dr. John Newbrough (vegan) adalah konsisten dengan semua ajaran Guru-guru Bermakrifat penuh yang hidup di Bumi sejak zaman dahulukala.“Akan tiba masa daging tidak dimakan lagi. Sains perubatan hanyalah di peringkat awal tetapi ia telah menunjukkan bahawa DIET SEMULA JADI KITA IALAH BUAH-BUAHAN DAN BIJIRIN YANG BERTUMBUH DARI TANAH. Orang akan beransur-ansur berkembang sehingga keadaan makanan semula jadi ini.” ~ ’Abdu’l-Bahá, Hari-hari dalam Cahaya ‘Akká (Bahaisme)“SEMUA MAKHLUK HIDUP IALAH MAKHLUK TUHAN DAN MEREKA BERHAK UNTUK JALANI HIDUP MEREKA. Kita manusia tidak berhak membunuh mereka untuk dimakan atau digunakan untuk tujuan mementingkan diri yang lain.” ~ Prinsip Bishnoisme“MEMAKAN DAGING MENGHANCURKAN BENIH BELAS KASIHAN dan setiap perbuatan pemakan daging akan menggerunkan semua makhluk disebabkan oleh bau daging pada badan mereka.” ~ Kitab Mahaparinirvana (agama Buddha)“Jika anda makan daging dan ingin menjalankan amalan spiritual, roh anda telah dicemari oleh tenaga peringkat rendah dan menjadi berat; dengan itu ia tidak dapat menaik melangkaui alam pertengahan.” ~ Ajaran Sebenar Kaedah Besar (CAO ĐÀI-ISME)“Lebih baik TIDAK MAKAN DAGING ATAU MINUM ARAK atau buat apa-apa yang lain yang akan menyebabkan mana-mana orang jatuh.” ~ Orang Rom, Kitab Suci Bible (agama Kristian)“Daging untuk perut, dan perut untuk daging: tetapi Tuhan akan musnahkan kedua-duanya.” ~ I Orang Corinth, Kitab Suci Bible (agama Kristian)Dan lain-lain….Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita telah mengajar manusia supaya mematuhi Rukun Tuhan dan mengutuk amalan makan daging orang-haiwan yang kejam selama berdekad-dekad.Ini sebab lain kita mesti menjadi vegan. Kita perlu hentikan kezaliman, perlakuan tak berperikemanusiaan dan di bawah standard manusia terhadap semua orang-haiwan yg datang ke sini untuk berkati dunia kita dgn keunikan dan kasih sayang mereka.Saya telah kata sebelumnya bahawa 55 bilion orang-haiwan dibunuh setiap tahun secara sah untuk dimakan. Ini belum mengambil kira berbilion-bilion orang-ikan! Boleh kita bayangkan? Tiada krisis moral yang lebih besar daripada krisis yang diwujudkan dengan pembunuhan beramai-ramai makhluk hidup tak berdosa yang manis untuk keseronokan kita sementara kita ada pilihan lain. Pembunuhan beramai-ramai sebegini ialah jenayah berskala global. Tenaga bunuh ini pula melahirkan dan menguatkan tenaga negatif yang lain yang merosotkan masyarakat kita dan memusnahkan dunia kita.Jadi untuk mengembalikan diri dan dunia kita kepada keadaan yang lebih bersih di mana semua makhluk boleh rasa selamat, dilindungi dan disayangi dan semua manusia berjalan dengan bermaruah sebagai anak Tuhan, kita perlu berhenti membunuh orang-haiwan yang tidak berdosa. Hentikannya sekarang juga. Hentikannya sekarang juga dan kembali kepada cara hidup berbelas kasihan, cara hidup semula jadi yang Tuhan hendaki kita jalani, iaitu diet vegan. Ini akan memulihkan hati nurani setiap orang yang amalkan gaya hidup sebegini serta planet ini sendiri. Jika tidak rasa bersalah, kita tiada krisis moral lagi. Kita ada keamanan.Kita ada keharmonian. Kita akan ada kelimpahan.Jika kita ada Mata spiritual, kita akan dapati bahawa tamadun purba di Bumi dan planet-planet lain kadangkala berkembang maju dengan terlalu pantas dari segi teknologi, tetapi perkembangan spiritual, simpanan kasih sayang mereka adalah rendah atau kosong. Apa yang kita lihat? Kita lihat polanya adalah tiada masyarakat yang boleh tahan lama jika mereka enggan memelihara hidup anggota mereka sendiri dan makhluk lain, maksud saya termasuk semua makhluk seperti orang-haiwan dan pokok. Jika mereka musnahkan persekitaran yang mereka diami, maka masyarakat itu tak dapat hidup lama. Kita juga dapat lihat itu dalam rekod sejarah. Bak kata peribahasa, “Katak tidak habis minum semua air di dalam kolam yang didiaminya.” Kerana dia perlukan air. Faham? Jadi kita tak boleh musnahkan alam sekitar dan hidup di dalamnya juga.Adalah jelas bahawa gaya hidup karnivor tiada tempat pada era aman damai baharu – Kosmon. Kita tetap optimistik bahawa umat manusia akan dapat menempuh tempoh penyaringan yang kritikal ini dengan mengendahkan Ajaran Sebenar semua Guru Bermakrifat seperti yang disampaikan dalam ‘Oahspe: Bible Baharu dengan Kata-kata Jehovih and Duta Malaikat-Nya’ yang direkodkan oleh Dr. John Newbrough (vegan). Kami akan berkongsi lebih banyak tentang kata-kata ramal dalam Oahspe dalam episod seterusnya.