Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada seluruh kitab yang dipanggil Kitab Kṣitigarbha. Seluruh kitab ini didedikasikan kepada semua situasi neraka. Dalam I-Kuan Tao, mereka menulis buku tentang neraka dan Syurga di mana medium pergi bersama Buddha Ji Gong, turun ke neraka atau menaik ke Syurga untuk lihat bagaimana kehidupan di Syurga dan bagaimana orang menderita di neraka, kembali ke sini dan menulis buku, menggambarkan situasinya, sama ada banyak menderita atau jalani kehidupan yang bahagia di Syurga, hanya untuk cuba mengubah orang supaya jalani kehidupan yang lebih berbelas kasihan, baik agar tidak perlu pergi ke neraka tetapi menikmati Syurga sebagaimana yang digambarkan dalam buku ini.Buku ini ialah kisah sebenar. Orang yang bergantung kepada Berkat Buddha, Buddha Ji Gong, pergi ke Syurga atau neraka tanpa dicederakan atau dibakar di sana. Kerana jika orang biasa yang tiada pahala, tiada bakat, tiada kuasa pengamal, maksud saya yang ikhlas dan berperingkat tinggi, semasa hidup fizikal di sini, maka mereka tak dapat pergi ke Syurga atau neraka.Anda tak dapat. Anda disekat. Anda disekat jika nak pergi ke Syurga. Anda akan tersesat, kemudian perlu kembali. Roh anda perlu kembali ke badanmu. Jika anda pergi ke neraka, meskipun roh anda berjaya sampai ke neraka, anda juga akan dihentikan di sana oleh penjaga, penjaga syaitan, atau jika anda pergi ke sana, anda akan mati. Anda akan hancur berkecai. Jadi bukan macam itu. Jadi orang medium perlu menjadi vegan tulen, misalnya macam itu, dan beramal setiap hari sebagaimana yang Buddha ajarkan. Segala standard moral, segala rukun perlu betul-betul dipatuhi. Jika tidak, meskipun Buddha Ji Gong bawa dia turun ke neraka, mereka tak tahan. Mereka tak dapat. Atau bawa dia ke Syurga, tak dapat. Jika anda tak cukup bersih, Buddha tak dapat bantu anda.Juga kerana banyak orang, contohnya, pergi kepada I-Kuan Tao, Taoisme atau Caodaisme pun untuk mencuri kaedah berhubung dengan alam lain, dan bukan dunia ini. Mereka gunakan kaedah yang dicuri daripada Santo sebenar Caodaisme, contohnya, kerana mereka ikut, masuk ke dalamnya, berpura-pura baik dan tak berdosa, ‘lelaki baik’ dan sebagainya supaya dapat pelajari cara berhubung. Biasanya Santo sebenar dalam Caodaisme, contohnya, sudah capai peringkat tinggi tertentu dan bersih. Mereka mematuhi semua rukun dan bersih, jadi dapat berhubung. Mereka gunakan cara khas, kaedah khas untuk hubungi Makhluk Suci di alam tinggi. Tetapi sesetengah orang yang mencurinya, pencuri, masuk saja, tidak ikhlas utk jadi penganut Caodaisme pergi ke sana saja utk menyelinap masuk ke dalam sistemnya dan pelajarinya, kemudian hubungi alam lain tetapi mereka tidak bersih, tidak amalkan diet vegan tulen pun, tidak mengamalkan standard moral dan seumpamanya.Anda akan mengetahuinya apabila anda baca penulisan mereka. Contohnya, mereka akan seperti memfitnah saya dan sebagainya atau menulis perkara yang tidak logik sama sekali dan mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya atau apa-apa saja. Jangan percayai mereka. Anda boleh lihat penulisan dan kelakuan mereka, maka anda tahu mereka telah dirasuk iblis atau syaitan dari alam rendah, dan maya pergunakan dia untuk menyesatkan orang.Bagi saya, jika orang memfitnah saya atau berkata buruk tentang saya, betul atau salah, saya tak berapa peduli kerana saya bukan di sini untuk menunjuk-nunjuk kepada orang bahawa saya baik atau buruk, manis atau lembut, atau apa-apa pun. Saya bukan dilahirkan di sini untuk menjadi lembut atau manis. Saya dilahirkan di sini untuk buat kerja saya, membaiki dunia, dan bantu sesiapa saja, secara sampingan yang percaya kepada saya, bawa mrk ke Kediaman istimewa saya, Alam Spiritual Baharu Tim Qo Tu. Kemudian menjaga mereka dari sekarang sehingga sampai ke sana. Selepas mereka meninggal, mereka pergi terus ke alam saya, tiada kesusahan atau apa-apa pun. Meskipun mereka perlu langsaikan sedikit karma dalam perjalanan sebelum sampai ke Alam Baharu Tim Qo Tu, namun mereka pasti akan sampai. Orang yang ikhlas dan percaya akan sampai.Jadi Santo sebenar Caodaisme, I-Kuan Tao atau Taoisme bercakap benar. Mereka dapat sampai ke peringkat tinggi sementara masih hidup dengan menjadi bersih dan berbakti. Kemudian Santo di peringkat tinggi akan mengajar mereka perkara supaya mereka boleh kembali ke dunia sini dan menulisnya dalam bahasa duniawi agar orang di dunia akan faham dan belajar untuk menjadi insan yang lebih baik, sesuatu macam itu.Tetapi mereka yang merupakan pencuri dan sangat jahat dalam hati, cara mereka menulis perkara, anda akan tahu, mereka hanya dihubungi oleh syaitan atau iblis. Mereka malah membekalkan daging orang, daging manusia terutama daging kanak-kanak atau orang muda yang mati dalam peperangan, seperti askar muda, lelaki atau wanita. Mereka bekalkan daging ini untuk maya dan syaitan makannya. Selepas orang itu mati atau hanya hampir mati pun, mereka akan buatnya supaya semua syaitan tahu dan pergi makannya. Mereka makan sedikit. Itu dah cukup bagi mereka dan banyak daripada mereka boleh berkongsi satu badan. Itu perkara mengerikan dan sangat kotor yang mereka lakukan. Supaya ada hubungan ini dengan mereka dan beritahu orang segala jenis berita palsu – tentang sesiapa saja atau tentang saya, contohnya – supaya ada jenis hubungan ini agar mereka dapat rasa bahawa mereka hebat, mereka perlu bekalkan daging.Ada dua orang, contohnya, orang itu dan seorang lagi, dulu ialah kononnya anak murid saya. Mereka masuk hanya untuk mencuri ajaran saya dan keluar untuk beri inisiasi yang tidak betul tanpa sebarang perincian atau apa pun, menyesatkan orang dan buat mereka menuju ke arah yang salah. Seperti dia menggelar diri sebagai ‘Rumaji’. Dia salah satu daripada mereka. Dia perlu bekalkan daging kepada bos, bos syaitan mereka, iblis untuk makan orang yang mati sengsara. Kerana sebelumnya mereka buat orang yang dipanggil ‘Trần Tâm’ atau ‘Rumaji’ ini membunuh orang untuk mereka tetapi dia menolak. Sekurang-kurangnya dia tak nak membunuh orang.Tetapi dia perlu buat mereka jadi kabur, sesetengahnya, sesiapa saja yang paling lemah, sangat lemah, yang paling lemah, buat mereka menjadi kabur dan menjadi semakin lemah, kemudian mati secara semula jadi juga. Kemudian dia boleh bekalkan daging itu kepada bosnya, bos mereka. Itu kerja mereka.Dua orang ini. Sesetengah orang yang lain juga buat perkara yang sama ini. Mereka hubungi syaitan dan bukan Guru atau Santo sebenar, sama ada dari Peringkat Kelima, daripada Caodaisme, Taoisme atau I-Kuan Tao pun. Jadi jika mana-mana daripada mereka, mana-mana daripada I-Kuan Tao mendakwa diri sebagai medium I-Kuan Tao, medium Taoisme atau medium Caodaisme, dan mereka bukan santo sebenar, jika anda dengar kata-kata mereka, maka anda akan tahu, atau mereka menulis perkara, anda akan tahu. Mereka sangat rendah. Mereka tak tahu nak tulis apa pun. Mereka hanya nak mendakwa diri seperti santo ini dan itu atau guru agung ini dan itu, seumpamanya. Mereka tak tahu apa-apa pun. Mereka hanya curi sedikit tetapi tidak menguasai kaedah itu dan tak dapat membantu orang kerana mereka hanya hubungi syaitan dan bekalkan daging kepada mereka. Jika tidak, mereka perlu pergi bunuh orang dan membekali mereka. Jika mereka tak nak membunuh orang, maka mereka perlu pergi berperang atau lihat sesiapa lemah, orang lemah dan buat mereka mati, kemudian bawa daging, inti patinya kepada syaitan. Atau memanggil syaitan datang dan mereka layan diri di mana orang itu mati.Jadi walaupun saya nasihati anda supaya pergi kepada seperti mungkin Caodaism dan sebagainya, anda dapat hubungi Santo melalui medium terpilih, namun sesetengahnya mungkin adalah yang palsu. Mereka bersembunyi di bawah nama Caodaisme atau I-Kuan Tao dan hanya merupakan orang jahat sekali yang sangat rendah. Anda perlu berhati-hati. Jika anda dapat lihat aura mereka, maka anda akan tahu siapa ialah Santo atau medium yang baik, bersih dan siapa jahat. Tetapi jika anda tak dapat lihat, anda perlu berdoa. Anda perlu berdoa, berkata, “Adakah yang ini baik untuk saya atau tidak?” Anda dengar kata-kata mereka dan lihat penulisan mereka, anda akan tahu. Ya Tuhan, budak tadika pun menulis dgn lebih baik, lebih logik.Baiklah, semoga berjaya kepada anda semua, jumpai mana-mana Santo baik, Buddha, Bodhisattva baik untuk anda dalam mana-mana agama. Sangat jarang anda dapat jumpai yang baik. Anda perlu sangat khusyuk berdoa. Jadi Tuhan secara intuitif akan biar anda tahu siapa baik untuk anda, siapa tidak. Cubalah bersungguh-sungguh sebelum anda terima sesiapa sebagai Guru. Okey? Kerana anda pergi ke tempat Guru anda pergi. Jika dia dari neraka, maka anda tahu ke mana akan anda pergi.Jadi anda nampak sedikit perbezaan antara Matahari dan Bulan. Di Matahari dalaman ialah makhluk Peringkat Keempat tetapi dunia luar Matahari ialah Peringkat Kelima, alam sebenar. Hanya anak murid Guru Peringkat Kelima atau dalam keturunan itu dapat pergi ke peringkat luar Matahari, lapisan luar, dunia luar. Ia tidaklah sebagaimana kita lihat Matahari – semuanya merah, panas dan sebagainya – tidak. Ia menakjubkan, indah, sangat luar biasa. Jika anda pergi ke sana, anda tiada kata-kata utk gambarkannya. Tetapi dunia dalaman Bulan ialah Peringkat Keempat, tetapi dunia luar Bulan ialah Peringkat Ketiga. Saya tidak hubungi Bulan dalaman sebelumnya, jadi saya ingat mereka semua Peringkat Ketiga. Sekarang saya tahu ada perbezaan antara sebelah dalam dan sebelah luar Bulan dan Matahari.Jadi kita dapat lihat sebelah dalam Bulan dan sebelah dalam Matahari adalah sama, Peringkat Keempat. Tetapi sebelah luar Matahari ialah Peringkat Kelima, dan sebelah luar Bulan – Peringkat Ketiga. Sebelumnya saya tidak hubungi orang Bulan, jadi saya ingat Bulan seluruhnya ialah Peringkat Ketiga. Saya tidak tinjau pun sama ada di dalam Bulan ada orang yang tinggal di sana atau tidak. Saya lakukannya baru-baru ini saja, begitu juga dengan Matahari. Biasanya saya hanya ucapkan halo pada bila-bila saya nampak Bulan dan Matahari, melayangkan ciuman kepada Mereka dan hantar kasih sayang ikhlas kepada Mereka tetapi tidak berbual. Kali ini saya buat begitu, jadi kita tahu lebih banyak sikit tentang Mereka dan berkongsi dengan anda kerana banyak daripada anda ingin tahu tentang ada apa di dalam Matahari dan Bulan.Photo Caption: Bangun dengan Cahaya