Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Peringkat Ketiga di Bulan tidak sama dengan Peringkat Ketiga manusia. Seperti jika anda seorang manusia dan capai Peringkat Ketiga, maka anda berada di dalam Tiga Alam, kemudian Tiga Alam akan binasa suatu hari nanti. Jika tiada tenaga lebih baik yang lain yang anda wujudkan, maka Tiga Alam akan binasa kerana ia masih rendah dan masih ada peratusan yang kecil adalah fizikal, jadi ia boleh binasa. Tetapi Peringkat Ketiga orang Bulan adalah berbeza. Mereka dilahirkan macam itu. Mereka dicipta macam itu. Jadi mereka takkan binasa. Itu berbeza. Peringkat Ketiga Bulan berada dalam persekitaran yang berbeza, tenaga yang berbeza, frekuensi yang berbeza kerana mereka berada di luar dunia kita. Mereka berada di luar Tiga Alam, jadi takkan terpengaruh oleh hukum pembinasaan ini. Bulan tak boleh dibinasakan kerana mereka hidup dalam sistem lain.Contohnya, warga Amerika di Amerika ada rumah, ada kereta, ada pasport, ada anak, ada pekerjaan, semua itu. Warga lain di negara lain yang mungkin ada sangat banyak sekatan juga ada rumah, ada anak, ada kereta, ada pekerjaan tetapi tidak begitu bebas seperti warga Amerika. Di dalam negara bersekatan itu, hidup mrk sentiasa, pada bila-bila saja boleh dihancurkan, dibunuh, dipenjarakan atau segala jenis kejadian boleh berlaku kepada mereka dan tiada sesiapa yang boleh membantu, membela mereka. Tetapi di Amerika, contohnya, meskipun anda ialah suspek jenayah tertentu, namun kerajaan malah berikan peguam kepada mereka untuk membela diri.Tetapi di negara bersekatan, anda masuk penjara, kemudian akan mati atau tidak, atau duduk dalam penjara tapi tiada sesiapa yang pedulikan anda. Peguam perlu bekerja untuk kerajaan, bukan untuk anda. Anda tak benar-benar ada peguam persendirian yang boleh anda bayar, kemudian anda akan menjadi bebas. Ia berbeza. Kerajaan akan memutuskan sama ada anda akan bebas dan akan hidup atau tidak. Di sesetengah negara bersekatan, macam itu. Mereka tak benar-benar ada undang-undang yang jelas untuk melindungi rakyat dan tunjukkan ketakbersalahan mereka.Di Amerika, contohnya juga, sesetengah orang disalah tuduh, sudah duduk dalam penjara dan sepatutnya jadi banduan seumur hidup atau malah hampir dihukum mati tetapi ada pertubuhan peguam bukan kerajaan, bukan untung yang akan cuba membantu orang yang tidak bersalah ini jika mereka ada bukti atau pengakuan, pengakuan sebenar daripada banduan itu. Maka mereka akan cuba dapatkan segala bukti daripada DNA atau apa jenis saksi sehingga mereka jumpai segala bukti yang cukup utk selamatkan banduan itu. Banyak orang dibebaskan macam itu.Sesetengah orang di Amerika, contohnya, terutama, maksud saya dulu, jika anda orang yang kulit berwarna, maka kemungkinan anda dibebaskan atau dibela lebih kecil berbanding dengan jika anda ialah orang Amerika putih sebenar. Dulu saya baca di internet atau majalah. Agaknya keadaan lebih baik sekarang. Kemudian selepas 27 tahun, orang kulit hitam Amerika itu dibebaskan. Kemudian kerajaan pun mengakui kesilapan mereka, bayar banyak juta dolar kepada dia. Dah tentu, tiada apa-apa yang dapat beli kegembiraannya atau bayar untuk kemuramannya di dalam penjara dalam dekad-dekad ini. Tapi sekurang-kurangnya ada keadilan. Keadilan dihormati dan malah dibayar.Tetapi di negara bersekatan, oh, tidak, saya tak dengar perkara sebegini. Saya hanya dengar bahawa anda akan segera pergi ke mungkin kem tahanan, penjara atau apa-apa saja, malah mati di dalamnya, dengan kejam. Tetapi kerajaan takkan mengakuinya. Hanya memakai tudung atau tudung menjadi longgar dan anda tidak perasan pun, boleh mati. Anda boleh dipenjarakan, dipukul dan mati walaupun anda hanya seorang gadis muda yang lemah. Atau mungkin gadis ini tiada keupayaan mental yang jelas. Sesetengah kanak-kanak tiada keupayaan mental yang baik. Mereka tak benar-benar tahu bagaimana berkelakuan baik. Kemudian habislah, polis rahsia pergi tangkap anda, memukul anda di dalam kereta mereka, kemudian memenjarakan anda, kemudian anda mati. Banyak adalah macam itu di negara bersekatan.Saya tak tahu Tuhan apa yang mereka percayai. Saya tak percaya Tuhan akan merestui itu, apa-apa pun Tuhan yg mereka percayai. Hanya buat orang berasa jijik dan tak nak ikut sistem kepercayaan anda. Rakyat anda sendiri pun keluar untuk memprotes dan sebagainya. Anda malah memukul mereka, penunjuk perasaan ini. Anda bawa saja mana-mana gadis yang anda rasa cukup bodoh atau cukup muda dan memenjarakan mereka juga, memukul mereka dan mungkin bunuh mereka juga. Saya tak tahu sama ada Tuhan akan ampuni anda, pemimpin negara-negara sebegini. Saya beritahu anda dengan benar, anda takkan diampuni. Mungkin anda berada di neraka untuk masa yang sangat, sangat, sangat lama, bereon-eon.Orang di Bulan, walaupun dunia luar Bulan, Peringkat Ketiga, namun mereka berbeza, dalam sistem yang berbeza. Atas sebab spiritual, mereka berada di Bulan. Pengalihan perhatian hampir sifar di sana Mereka beralih jauh ke dalam diri mereka, meneruskan perjalanan spiritual. Bulan ialah bahan yang berbeza dengan Bumi. Ia tak boleh dibinasakan.Orang-orang ini sudah berada di Peringkat Ketiga. Mereka takkan jatuh ke bawah. Tetapi di dunia fizikal ini, walaupun sesetengah anak murid saya, saya naikkan mereka hingga ke Peringkat Keempat pun, namun atas sesuatu sebab, minda dual akan buat mereka berfikir secara negatif kadangkala, atau terpengaruh oleh ahli keluarga, isteri, suami atau anak, dan/atau pekerjaan, kemudian mereka berfikir secara negatif dan turun ke Peringkat Ketiga. Mereka kehilangan sekurangnya satu langkah, daripada Peringkat Keempat menjadi Peringkat Ketiga. Itu sangat besar. Ambil masa yang lama untuk menaik ke atas semula. Sukar. Jadi fahamlah perbezaannya. Mereka akan sampai ke Peringkat Keempat kemudiannya walaupun itu ambil masa yang sangat, sangat lama, seribu tahun atau sesuatu.Kerana Bulan lebih stabil, dan juga di dalam Bulan, di dalam Bulan, orang di Peringkat Keempat. Jadi itu juga bantu tenaganya, turun ke peringkat luar Bulan. Itu banyak membantu mereka juga. Orang dari planet ini, jika begitu suka akan Bulan dan beramal dengan baik atas sesuatu sebab, ada pahala yang mencukupi dan capai peringkat yang sama, frekuensi yang sama dengan orang Bulan di sana, maka mereka boleh datang bawa anda ke atas sana. Tetapi orang lain tak boleh buat begitu. Anda tak boleh melawat Bulan dgn badan astral pun. Bolehkah mereka? Biar saya tanya. Oh, tidak, mereka tak boleh.Meskipun anda, manusia, gunakan badan astral untuk menaik ke atas Bulan dan melawat Bulan, anda takkan dapat masuk kerana sistem di sana juga mengimbas anda secara spiritual, bukan hanya kad pengenalan fizikal tetapi aura. Mereka akan mengimbas anda dgn aura, dengan tenaga spiritual anda, dengan frekuensi spiritual anda. Jadi anda tak boleh pergi ke sana jika frekuensi anda tidak padan, tidak sama dengan orang Bulan, sama ada luar atau dalaman.Saya kata ‘luar’ Bulan tetapi mereka semua ada sistemnya. Ia sebuah dunia, bukan hanya seperti yang kita lihatnya macam itu. Luar atau dalaman, mereka ada dunia di dalamnya. Bulan dalaman ialah dunia fizikal. Anda dapat lihat mereka. Mereka seperti manusia tetapi lebih cantik. Dunia luar, walaupun anda tak nampak dunia itu kerana ini dunia yang berbeza, frekuensi yang berbeza, jadi tak dapat dilihat, namun mereka semua tetap ada dunia di dalam dan tiada sesiapa pun yang boleh masuk tanpa kebenaran atau tanpa jemputan daripada orang Bulan atau orang Matahari ini. Jadi jangan cuba.Sebenarnya bercakap tentang Bulan, saya ingin jelaskan sedikit tentang Bulan juga. Apabila saya kata orang Bulan datang dari dunia aman damai, ini tak bermakna seperti dunia yang kita ada di planet kita, seperti ‘dunia orang damai’ atau ‘dunia ganggu keamanan’ – bukan dunia jenis ini – tetapi dari segi dunia, seperti planet dunia kita, jadi orang Bulan pada asalnya datang dari planet yang jauh. Oleh sebab mereka ada masalah perang antara galaksi daripada orang jiran yang agresif ini, mereka tinggalkan planet itu dan pergi ke Bulan. Jadi saya mahu anda tahu bahawa itu bangsa yang besar, bukan hanya datang dari satu sudut kecil planet tetapi sebuah planet.Planet dari mana orang Bulan datang adalah seperti planet kita, dengan makhluk seperti manusia yang tinggal di atasnya. Tetapi mereka berada di peringkat kesedaran yang lebih baik, Peringkat Keempat. Seperti yang saya dah kata, Peringkat, Keempat dari segi lima kesedaran yang membentuk Bumi kita hingga ke Peringkat Kelima, dimensi Kelima frekuensi spiritual. Jadi mereka di Peringkat Keempat. Itu mengenai orang yang tinggal di dalam Bulan. Orang di luar Bulan masih berada di Peringkat Ketiga tetapi sangat kuat dari segi rohani, tidak seperti pencapaian manusia, beramal dan tiba di Peringkat Ketiga. Itu frekuensi yang hampir sama, cuma berbeza dari segi sifat asal. Orang Bulan yang tinggal di luar permukaan Bulan tak dapat dilihat dengan mata manusia. Mereka boleh tinggal di sana.Photo Caption: Zon Selesa Sebenar Adalah dalam Dakapan Tuhan