Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 3 daripada 6

2020-12-06
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Biar Syurga menilai perbuatan kita. Jangan peduli bagaimana manusia menilai kita. Tapi kadangkala manusia sedar selepas berabad-abad dan menilai pemimpin atau sesiapa saja yang buat perkara yang betul dengan betul semula. (Ya, Guru.) Tak menjadi hal. Kita perlu buat apa yang betul.

( Guru berkata bahawa orang tak benar-benar memilih pemimpin. Karma kolektif negara atau dunia dan kehendak Tuhanlah yang memilih pemimpin. Jika calon karma dan calon Tuhan tidak sama, akankah kehendak Tuhan sentiasa menang dalam hal ini? )

Tak sentiasanya. Contoh Nabi Isa, (Ya, Guru.) Dia tak nak buat apa-apa terhadap sesiapa pun. Dia hanya berkhutbah kepada orang supaya berbuat baik. (Ya.) Tapi begitu pun, ada penentang lain. Kerajaan pada masa itu pun takut mungkin Dia mengambil alih takhta atau kuasa mereka. (Ya, Guru.) Jadi banyak kuasa kadangkala boleh mengatasi orang pilihan Tuhan. (Ya, Guru.) Tapi buat masa ini di dunia kita, mungkin oleh sebab lebih banyak orang adalah vegan, lebih banyak orang menjalankan amalan spiritual, jadi walaupun orang baik, pemimpin baik atau Guru baik dikecam, nama mereka tercela atau diberi tuduhan palsu, berita palsu atau berita buruk tentang mereka, namun sekurangnya mereka tak dibunuh atau diseksa. Tapi mungkin mereka tak sentiasa ialah pemenang perlumbaan. Ini juga bergantung kepada sama ada dunia ini sudah bersih pada masa itu (Ya, Guru.) dan orang ada berapa banyak lagi pahala di dunia ini, berapa berpahalanya negara itu juga. (Ya, Guru.) Baiklah. Terima kasih. Orang yg menangis boleh tanya sekarang.

( Guru, dengan pembersihan yang berterusan, bolehkah suasana planet ini diringankan ke tahap melalui kuasa doa Dunia Vegan, ajaran Guru dan kasih sayang melalui Supreme Master TV, orang tiba-tiba mula sedar dan menerima veganisme dengan jauh lebih pantas dan lebih meluas daripada sekarang? )

Kamu berdoa. Bukan secara tiba-tiba tapi kamu berdoa. (Ya, Guru.) Saya harap ini benar. Apa yang kamu harapkan, saya harap begitu juga, apa yang kamu harapkan. Saya impikan impian yg sama dgn kamu. Tapi saya ada perasaan positif. Itu saja yg boleh saya beritahu kamu. OK? ( Itu bagus. Ya, Guru. Terima kasih, Guru. ) Perkara lain saya tak boleh beritahu kamu. Secara terus terang, saya tak boleh. (Ya, Guru.) Baiklah. Tapi kamu akan tahu apabila tiba masanya. ( Ya, Guru. )

Dan terus berdoa. (Ya.) (Kami akan buat begitu.) Kita dan kononnya anak murid terus berdoa kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa, Kuasa Positif Alam Semesta, Makhluk Pemurah Kosmos, Kuasa Guru, Kuasa Guru Tertinggi, semua Dewata Ihôs Kư dan di atasnya. Terus berdoa. Sebelum bermeditasi, kamu berdoa. Lepas bermeditasi, kamu berterima kasih. (Ya, Guru.) Mereka bekerja dengan pantas dan bersungguh-sungguh. Cuma masa di Syurga dan masa di sini berbeza sepenuhnya.

Beban karma pada masa perkembangan kita ini juga terlalu berat, terlalu banyak, sangat berat. ( Ya, Guru. ) Saya masih ingat AP (rancangan Ramalan Silam) sebelumnya. (Ya.) Beliau (Liu Bowen) berkata bahawa banyak Buddha akan turun ke sini tetapi Mereka akan terperangkap juga. Jadi jika tiada Kuasa Guru sebenar pada masa ini, semua Buddha, Bodhisattva ini akan terkurung selama-lamanya. Maksud saya, bukan selama-lamanya tetapi banyak eon. (Ya, Guru.) Kerana hanya berkongsi karma orang lain di planet ini pada masa ini. Hanya berkongsi dan membantu saja, kita akan terkurung selama-lamanya macam itu. (Oh! Wau!) Bayangkan.

Saya akan beritahu kamu suatu rahsia. Saya juga perlu membantu. Maksud saya, gunakan Kuasa Maha Besar, Kuasa Guru untuk menyelamatkan Guru-guru (Wau!) pada zaman kita. (Wau!) Jika tidak, karma anak murid Mereka, karma dunia yang lain akan melemaskan Mereka di neraka. Maaf. Saya tak nak beritahu siapa ialah siapa. ( Ya, Guru. Terima kasih, Guru. ) Tapi itu benar. Saya tak pernah beritahu kamu. Hanya secara sampingan, saya beritahu kamu, hanya untuk biar kamu tahu, adalah bertuah bagi orang yang terlepas kali ini, benar-benar bertuah, sangat bertuah, sangat, sangat bertuah. (Ya, Guru.) Jangan tidak menghargai segalanya. (Ya, Guru.) Bermeditasi dengan baik. Sentiasa berdoa. Sentiasa bersyukur atas berkatmu. ( Ya, Guru. Terima kasih, Guru. )

( Dengan orang cenderung untuk memprotes tindakan kerajaan mengehadkan kebebasan mereka walaupun tindakan itu baik untuk mereka seperti sekatan pergerakan atau keperluan memakai pelitup muka, bagaimana pemimpin dapat elakkan ini apabila aplikasikan pengharaman daging? )

Mereka perlu berani. Mereka perlu buat apa yang betul. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya meskipun tak berjaya, kita tahu kita buat apa yang betul dan hati nurani kita akan tenang. (Benar. Ya.) Jika kita asyik menunggu semua orang menyetujui kita, maka kita bekerja utk kemasyhuran saja. (Ya, Guru.) Semua Guru bekerja dalam kesusahan, dalam situasi tertindas tetapi Mereka teruskan. Banyak orang menyerang atau mencederakan Mereka, di dalam atau di luar, segala-galanya, tapi Mereka teruskan. Kerana Mereka bukan bekerja untuk kemasyhuran. Mereka bekerja untuk orang. Mereka bekerja untuk kehendak Tuhan. (Ya, Guru.) Mereka bekerja untuk menyelamatkan makhluk yang menderita. Itu bagaimana kononnya pemimpin harus buat jika kita mendakwa diri ialah pemimpin. Pemimpin harus hanya membuat apa yang betul, tak kira apa pun. (Ya, Guru.) Kita tahu kita buat apa yang betul. (Ya, Guru.) Biar Syurga menilai perbuatan kita. Jangan peduli bagaimana manusia menilai kita. Tapi kadangkala manusia sedar selepas berabad-abad dan menilai pemimpin atau sesiapa saja yang buat perkara yang betul dengan betul semula. (Ya, Guru.) Tak menjadi hal. Kita perlu buat apa yang betul. Jangan peduli siapa kata apa. Jika kita tahu dalam hati kita itu perkara yang betul, maka lakukannya. Orang biasa harus buat begitu juga, apalagi pemimpin. (Ya, Guru.) Dah tentu, mungkin ia tidak mudah dan lancar tetapi ada banyak cara kita boleh mengubah dunia, mengubah masyarakat. Banyak orang telah buat begitu pada masa silam. Jadi pada masa sekarang kita boleh.

Jika kerajaan tak mahu orang makan daging lagi, maka pertama sekali mereka perlu menghentikan semua rumah sembelih, semua industri penternakan. Tutup semuanya. (Ya, Guru.) Berikan subsidi kepada pemilik perniagaan ini supaya mereka boleh menukar itu menjadi jenis pertanian yang lain. Oleh sebab mereka kata itu ladang haiwan, jadi mereka boleh menukar itu menjadi ladang sayur dan ladang buah. Mereka sudah ada orang, ada pekerja. Mereka ada tanah dan bangunan besar. Mereka boleh menukar semua itu menjadi rumah hijau untuk menanam sayur dan bukan mengurung dan bunuh haiwan di dalam. (Ya, Guru.) Jika tiada daging untuk dijual, maka tiada orang yang boleh beli. Saya pasti akan ada perniagaan secara haram pada mulanya tapi itu senang. Boleh beransur-ansur mengawal atau mengharamkan semuanya. Dan sesiapa yang nak makan daging, mereka perlu cari jalan, cari haiwan dulu, pergi memburu atau sesuatu, dan perlu sendiri membunuhnya. Lihat sama ada mereka boleh lakukannya. Kebanyakan orang tak suka membunuh haiwan apabila mereka berdepan dengannya. (Ya, Guru.) Mereka panggil ini... mengikut naluri, mereka rasa itu suatu pembunuhan makhluk hidup. Oleh itu, ia akan secara automatik diminimumkan.

Kerajaan perlu menyiarkan semua ini dulu, beri amaran kepada orang dulu bahawa perniagaan haiwan, pemakanan/penjualan daging, telur atau hasil tenusu, semuanya sangat banyak menjejaskan kesihatan dan kebahagiaan orang, membunuh kanak-kanak dan orang tua. (Ya, Guru.) Mesti mendidik orang di mana-mana saja. Mesti menggalakkan kerajaan tempatan supaya memaparkan dalam papan iklan, akhbar, radio, televisyen, menyiarkan semua maklumat ini kepada orang setiap hari. (Ya, Guru.) Dan ada agensi tertentu untuk jawab semua soalan orang jika mereka nak tahu lebih banyak. Harus ada laman sesawang bagi menyenangkan orang mencari maklumat tentang kesan buruk daging. Semua ini tidak sukar untuk dilakukan. Itu senang. Hanya memerlukan keberanian daripada pemimpin negara dan sistem sokongan kerajaan. Ini boleh dilakukan. Ya, kita boleh. (Ya, Guru.) Tiada apa-apa yang mustahil di dunia ini. (Ya, Guru.) Kita sudah pergi ke Bulan dan Marikh. Kita akan pergi ke Zuhrah seterusnya. Segala rancangan ini, sementara kita tak menjaga planet kita. Lebih senang untuk menjaga segalanya di bawah sini semasa kita sudah pun di sini. Jadi menjaga planet ini dulu baru boleh kita lihat jasad cakerawala yang lain. Saya tak faham mengapa kita boleh menawan Bulan dan ingin menawan Marikh dan Zuhrah tetapi tak dapat menguruskan masalah kecil di bawah sini pun. Hanya berhenti makan haiwan. Itu saja. Saya tak nampak sebarang alasan. (Ya, Guru.)

Saya tak nampak sebarang halangan. Saya tak nampak sebarang kesusahan kecuali membuat orang menjadi lebih sihat, negara yang sihat, kanak-kanak yang bersemangat kuat, cerdik, sihat, dan semakin banyak pekerjaan yang lebih sihat untuk orang, kerja yang hemat untuk semua orang. Ia akan menjadi industri yang berkembang maju, penanaman vegan organik. Sudah pun begitu. Bilangannya sudah bertambah. Hanya perlukan kepimpinan yang kuat, itu saja. (Ya, Guru.) Sama ada pemimpin wanita yang kuat atau pemimpin lelaki yang kuat. Saya nak lihat pemimpin membesar menjadi wira, menjadi pemimpin lelaki sejati, pemimpin wanita sejati. Bukan hanya ahli politik profesional yang berlawan untuk undi dan saling bercakap buruk pada bila-bila saja untuk mendapat undi, kemudian merancang untuk merampas tanah negara jiran atau berlawan untuk sebuah pulau di sesuatu tempat atau kumpulkan semua wang cukai yg diperoleh dgn titik peluh bagi mengeluarkan senjata hanya untuk membunuh. Saya nak lihat sesuatu yang bertentangan dengan kepimpinan di dunia ini. Kita dapat lakukannya. Ya, kita dapat. (Ya, Guru.)

Saya tak tahu mengapa pemimpin atau kerajaan tak nampak logiknya. Daripada membayar berjuta-juta, berbilion-bilion, bertrilion-trilion hanya untuk menyembuhkan orang daripada wabak atau malah penyakit yang tak dapat diubati, tahun demi tahun, sebaliknya menghentikan punca asasnya. (Ya, Guru.) Daripada segala pembaziran wang dalam peperangan, dalam perawatan penyakit atau wabak, menyekat pergerakan orang dan menghancurkan ekonomi negara dan dunia, menyebabkan dunia terhenti macam ini, membelanjakan banyak wang, penderitaan bagi orang, kerisauan bagi setiap keluarga dan kerajaan, (Ya, Guru.) mengapa tidak mengubah punca asasnya? Menghapuskan punca asasnya dan memberikan semua wang yang dibazirkan ini sebagai subsidi untuk industri penternakan haiwan berubah. Maka mereka akan berubah. Sebabnya mereka menjalankan perniagaan daging adalah kerana ia mendatangkan wang. Jadi jika kerajaan berikan wang yang cukup kepada mereka untuk memulakan semula kehidupan, mereka akan sanggup melakukannya. (Ya, Guru.) Dan sebabnya pekerja bekerja di kilang daging, telur atau hasil tenusu atau makmal hanyalah kerana mereka nak mencari wang. Jadi asalkan mereka dapat mencari wang, mereka takkan kisah apa yang dibuat. Mereka takkan kisah sama ada membunuh haiwan atau tidak atau menanam sayur. Menanam sayur adalah lebih senang, tak begitu berlumuran darah, kotor, busuk dan meloyakan, dan tak begitu menghancurkan hati nurani bagi perasaan emosi, mental dan psikologi orang. (Ya, Guru.) Jadi ringkasnya, ini situasi sama menang. Jadi saya rasa kerajaan harus mengubah polisi dan dengan secepat mungkin!

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android