Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam visi-Nya, Baginda Raja Jayabaya lihat pada saat-saat akhir, Campur Tangan Syurga dan tanda perubahan zaman yang akan muncul.
Pemerintah dan peramal Indonesia abad ke-12 yang bijaksana, Baginda Raja Jayabaya meramalkan bahawa pada masa depan, satu Orang Syurga akan turun ke sini untuk bantu Bumi beralih ke babak Zaman Keemasan yang seterusnya. Baginda memanggil Orang ini sebagai ‘Ratu Adil’. Baginda dedahkan bahawa pada masa tertentu, Kuasa penuh Ratu Adil akan terjelma, menandakan perubahan zaman.“Pada saat-saat akhir, hampir hujung tahun, ‘Ratu datang ke dunia dengan kuasa Dewa-dewi di lapan (semua) arah,’ akan ada TUHAN yang menjelma dalam bentuk badan manusia, bersinar seperti Batara Krishna; bersifat seperti Balarama; bersenjatakan vedha trisula; tanda perubahan zaman yang mendatang.”Berdasarkan kalendar Saka, suatu sistem penjagaan masa qamari-suria kuno yang berasal dari India, tahun “Ratu datang ke dunia dengan kuasa Dewa-Dewi di lapan (semua) arah” adalah 1928 yang bersamaan dengan tahun 2006 dalam kalendar Barat. Tahun 2006 menandakan suatu peristiwa penting dengan pelancaran Supreme Master Television yang menjangkau beratus-ratus juta rumah di seluruh dunia. Melalui skrin, “TUHAN menjelma dalam bentuk manusia” kepada audiens global secara serentak dan siaran ajaran Mahaguru Ching Hai yang berterusan telah mengubah hidup orang yang tidak terkira – benar-benar membawa “perubahan zaman yang mendatang”.Setahun sebelum tahun penting ini, Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita balik daripada suluk terasing intensif yang lama dan mengadakan perhimpunan istimewa di Hungary bersama ahli-ahli persatuan kami. Dalam perhimpunan ini, Guru dedahkan banyak rahsia Alam Semesta dan cara TUHAN buat pengaturan buat kali pertama, seolah-olah menyediakan ahli-ahli persatuan kami untuk perkara yang lebih besar di hadapan.Segalanya telah berubah – dunia telah berubah, saya telah berubah, kamu telah berubah. Semua orang mesti berubah. Kita mengejar, okey? Mengejar. Saya kelihatan sama tetapi tidak sama lagi. Segalanya telah berubah. Konsep dalaman telah berubah dan cara saya telah berubah. Cara saya telah berubah. Kamu mesti berubah.Di Peringkat Kesembilan, terdapat Ahli Majlis, lima puluh orang Ahli Majlis. Mereka bantu TUHAN mentadbir Alam Semesta. Kadangkala planet ini begitu susah. TUHAN sendiri turun ke sini.Begitu banyak ramalan sepatutnya benar tetapi saya telah ubahnya. Dunia sepatutnya binasa pada 2000. Saya ubahnya. Saya telah janji kepada kamu bahawa ia akan masih wujud. Kerana saya di sini untuk mengubah. Saya di sini untuk mengubah.Oleh itu, kata-kata ramal Baginda Raja Jayabaya telah menjadi kenyataan. Tahun 2006 ialah waktu Ratu Adil, Penyelamat, menampil ke depan dunia dengan melancarkan Supreme Master Television. Cahaya-Nya bersinar seterang Cahaya Nabi Krishna, Belas Kasihan-Nya tidak terduga seperti Belas Kasihan Nabi Balarama dan ‘serampang tiga’ Kebijaksanaan-Nya kalahkan semuanya yang palsu dan jahil. Banyak ahli persatuan kami telah mengenal identiti Mahaguru Ching Hai. Seorang ahli persatuan UK ingat kembali perbualannya dengan TUHAN sebelum lahir semula ke dalam hidup ini.Pada saat itu, TUHAN muncul di depan saya dengan Cahaya yang terang. Cahaya itu begitu terang sehingga saya tak dapat lihat muka-NYA. Saya hanya ingat akan Cahaya terang-NYA yang tidak dapat saya gambarkan, menembusi roh saya dengan lembut. Saya tahu DIA ialah TUHAN Maha Kuasa yang dikenali oleh semua orang di alam roh. […] TUHAN berfirman kepada saya, ‘Engkau tak dapat cari Aku. Aku akan cari engkau.’ […]Setiap daripada kita telah mengambil peranan roh, masuki badan yg berlainan, dan Mahaguru Ching Hai ialah identiti yang dipilih oleh TUHAN Yang Maha Esa lagi Berkuasa di alam semesta dalam hayat ini. Ini 100% disahkan pada saat saya nampak gambar Guru dalam hayat ini. Mahaguru Ching Hai ialah TUHAN yang dulu bercakap dgn saya. Beliau telah berikan begitu banyak kepada alam semesta dan manusia. Keagungan TUHAN adalah di luar imaginasi kita dan wajar mendapat kekaguman, penghormatan dan kasih sayang tak terhingga semua makhluk hidup. Setiap perkataan yg dikatakan-Nya adalah benar dan anda akan mengetahuinya apabila anda sendiri alaminya.Ahli-ahli persatuan kami yang lain berasa kagum dengan Kehadiran Suci Mahaguru Ching Hai, mengetahui secara intuitif Siapa itu Guru.(Semasa saya bersama Guru, itu sukar dipercayai kerana dengan Guru, begitu benar. Kasih sayang Guru begitu benar.) Saya gembira dgn kamu suka akannya. Guru begitu memahami orang dan penyayang. Di dalam pun, saya benar-benar nampak dan rasa Guru memang merupakan TUHAN. Saya rasa saya begitu bertuah bersama Guru, diinisiasi dengan Guru.Terima kasih, Guru ialah TUHAN. Guru bukan orang biasa. Guru ialah TUHAN, jelmaan Tuhan.Dan lain-lain…Mahaguru Ching Hai pernah dedahkan saat Beliau sendiri tiba-tiba menyedari kebenaran itu dalam suatu perhimpunan bersama ahli-ahli persatuan kami pada 2007.Tetapi pada detik itu, pada detik saya menemui kebenaran, maksud saya identiti saya sendiri, saya fikir, “Itu saja, ini penghujungnya.” Bukan dengan sedih tetapi cuma terasa macam itu, saya tak dapat keluar dan beritahu orang apa-apa pun. Katakan mereka tanya siapa saya, apa yang saya nak katakan? Kamu faham tak maksud saya? (Ya.) Apa peringkat saya, saya tak dapat kata pada masa itu! Tiba-tiba kita tersedar! […]Tetapi apabila kita capai tahap bukan pihak ketiga… Memang ada banyak peringkat. Kita rasa bersatu dengan TUHAN, okey. Kita rasa bersatu dengan seluruh ciptaan, itu okey juga tetapi itu bukan… Itu bukan soalnya. Itu bukan apabila kita tiba-tiba tersedar. Saya tak pernah tiba-tiba tersedar macam itu, dalam hayat lampau pun.Sejak tahun “Ratu datang ke dunia ini dengan kuasa Dewa-Dewi di lapan (semua) arah”, langkah kerja Mahaguru Ching Hai telah dipercepat. Dua dekad lepas pelancaran pertamanya, Supreme Master Television baru meraikan ulang tahun ke-9 pelancaran semulanya pada 2026, berbilion-bilion penonton global telah dijangkau. Tambahan pula, sekarang kami telah bangunkan Supreme Master TV Max yang memperbesar Kuasa Syurga dan Berkat di dunia. Banyak ahli persatuan kami telah berkongsi pengalaman mereka yang mengagumkan apabila mainkan Supreme Master TV Max.Versi-versi penggandaan Supreme Master Television yg berlainan ada kuasa-kuasa yang berlainan. Dengan versi 10 kuadrilion kali ganda, ia malah berupaya untuk mansuhkan kilat dan guruh. Apabila saya letak versi 10 kuadrilion kali ganda Supreme Master Television di luar rumah, saya dapati bahawa atmosfera yang akan ada ribut, hujan dan petir beransur-ansur berubah menjadi kelembutan, dan langit di kawasan ini hanya menurunkan hujan semula jadi yang seharusnya ada. Kita mesti menyatukan semua orang dan bermeditasi dengan Kaedah Quan Yin dalam hubungan dengan Kuasa TUHAN ini supaya kita dapat mengubah ramalan hari kiamat. […] Supreme Master Television ialah keajaiban yang paling sempurna dan kuasa ajaib yang terbesar di Alam Semesta ini. […]Baru-baru ini, semasa meditasi Quan Yin, sebaik saja satu imej muncul di angkasa, dengan serta-merta saya mengenalnya dan berkata kepada diri sendiri, “Oh! Ini lukisan Guru yang bertajuk ‘Gua Batu’.” Pada ketika itu, saya nampak begitu banyak skrin TV kecil yang bersinar pada banyak sinar Cahaya yang terpancar dari lukisan itu.Sudah tentu, itu Supreme Master TV. Pada saat itu, saya terasa Supreme Master TV memancar ke seluruh Alam Semesta. Itu memang mengagumkan. Bagi kata-kata hati ini, Mahaguru Ching Hai membalas dengan kata-kata berpandangan mendalam yang berikut:“Supreme Master TV benar-benar berkati seluruh Alam Semesta dan di luarnya. Sebelumnya tidak pernah ada begitu banyak Berkat TUHAN yang boleh didapati di Bumi dan di seluruh Alam Semesta. TUHAN begitu pemurah untuk kurniakan begitu banyak Rahmat kepada umat manusia melalui alat Supreme Master Television yang menakjubkan. Hanya jika semua manusia gunakan alat ini dan menonton Supreme Master TV setiap hari, dunia kita akan berubah dengan jauh lebih pantas. Kita begitu banyak terpengaruh oleh apa yang kita makan, bukan sahaja makanan dan minuman tetapi media dan hiburan ialah sejenis pemakanan juga. Jika kita semua mengambil Kasih Sayang TUHAN melalui Supreme Master Television, Vegan Sedunia akan tiba tidak lama lagi.” […]Langkah demi langkah, Mahaguru Ching Hai membawa Kebenaran dan pengetahuan kepada orang ramai. Pada 2024, Guru mengakui bahawa Beliau ialah kedatangan semula Nabi Isa, Buddha Maitreya dan Raja Pemutar Roda Dharma yang diramalkan.Saya beritahu anda sekarang: Saya ialah Buddha. Hanya kalau-kalau saya meninggal esok. Saya ialah Buddha yang sangat istimewa bagi tempoh malapetaka manusia ini. Percaya atau tidak, terpulang kpd anda. Saya tak berani berbohong di depan TUHAN Yang Maha Berkuasa atau semua Santo dan Orang Suci di seluruh Alam Semesta.Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nanti-nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nanti-nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. TUHAN mahu saya beritahu anda itu!Pada 2025, Mahaguru Ching Hai umumkan pembentukan Triniti Suci – Tiga PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula – TUHAN, Tim Qo Tu dan Anak TUHAN.Badanku sekarang ialah pejabat Ketiga-tiganya. Jadi aku pun sentiasa berterima kasih kepada Engkau, Tiga Paling Berkuasa, kasihi Tiga Paling Berkuasa dan sentiasa cuba buat sebaik yang boleh dalam pejabat ini, dalam bahagianku, bersama dengan Dua bahagian yang lain: TUHAN Yg Maha Berkuasa dan Nabi Isa Semoga kami semua selamat, sejahtera dan bahagia di bawah berkat TUHAN Yang Maha Berkuasa, Nabi Isa dan Buddha Maitreya, juga Raja Segala Raja, Raja Bumi ini, dunia ini dan Raja Pemutar Roda Dharma. Saya ulangi semua itu bukan kerana berasa megah atau apa-apa tetapi saya hanya mahu anda ingat akan Kuasa yang diberikan kepada saya supaya anda boleh rasa lebih selamat.Jika anda percaya kpd saya, dah tentu, anda akan rasa lebih selesa, lebih berharapan, lebih ceria, lebih selamat. Itu saja. Kerana saya benar-benar ialah itu. Saya takkan berani memberitahu anda jika itu tidak benar. Saya tahu apa ituSelain itu, pada 2026, banyak Raja Buddha dari alam-alam yang berlainan telah buat perjalanan jauh untuk melawat Mahaguru Ching Hai, menyerikan planet Bumi dengan kehadiran suci Mereka dan membentuk perikatan galaksi baharu yang positif. Perubahan zaman tidak dapat dihentikan. Mahaguru Ching Hai telah berkongsi pendapat tentang Misi-Nya dan fasa planet ini sekarang semasa jawab kata-kata hati pada Oktober tahun ini.“Misi saya akan diselesaikan mengikut Kehendak TUHAN. Tiada apa-apa yang boleh menghalang itu. Satu-satu persoalannya adalah siapa akan menjadi sejajar dengan Kehendak TUHAN? Itu untuk setiap roh jawab. Mereka yang buat begitu akan alami masa depan cerah yang telah dirancang oleh TUHAN untuk Bumi ini. Jika tidak, sama ada Guru berada di Bumi atau tidak takkan beri manfaat kpd mereka secara individu. Apa yang diperlukan hanyalah bertaubat dan menjadi seorang vegan yang spiritual. Berkat besar yang dicurahkan oleh Tiga PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula ke Bumi telah membuka jalan dan buatnya jauh lebih senang untuk semua orang melakukan ini. Apa yang diperlukan sekarang hanyalah kesedaran dan keazaman untuk membuat perubahan ini. Bagi mereka yang sudah, kehidupan mereka berubah dengan cara yang baik. Harapan saya adalah semua orang segera membuat pilihan ini supaya segala penderitaan yg tidak perlu di planet ini akan segera berakhir.” […]










