Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Ketika saya di India (1998), saya alami mimpi yang berkaitan dengan bencana besar yang akan berlaku pada masa depan. Untuk gunakan metafora, itu seperti sup yang pekat mendidih dengan percikan – saya nampak kawasan selatan kepulauan Jepun, berhampiran Lautan Pasifik, tiba-tiba menaik dengan dentuman. […] Tidak lama dahulu (2021), saya alami mimpi yang sama sekali lagi. Kali ini, tarikhnya muncul dengan jelas. ‘Bencana sebenar akan berlaku pada Julai 2025.’”
Pada hujung Mac 2025, tidak lama selepas gempa bumi Myanmar, kerajaan Jepun mengeluarkan laporan yang beri amaran kepada orang ramai tentang potensi kerosakan akibat gempa mega di sepanjang garis pinggir laut selatan Jepun.Jepun sedang bersedia untuk gempa mega seterusnya. Sebuah panel kerajaan nyatakan bahawa hampir 300,000 orang boleh mati apabila satunya berlaku di Jurang Nankai.Laporannya nyatakan bhw gegarannya akan jadi yg tertinggi dlm skala seismik Jepun di 10 buah wilayah. Ia juga akan mencetuskan tsunami yang meluas, dengan sesetengah tempat alami ombak setinggi lebih 30 meter, sesetengahnya malah dapat dilihat di Tokyo. Panel ini nyatakan bahawa tsunami itu akan menyebabkan sebahagian besar daripada kematian tetapi sebanyak 52,000 orang juga boleh mati akibat punca berkaitan bencana seperti masalah perubatan yang tidak dirawat atau tekanan.Laporan ini berbetulan dengan ramalan oleh banyak peramal dan orang terus mata yang menonjolkan kemungkinan gempa bumi dan tsunami berskala besar di Jepun pada bulan Julai 2025. DAN LAIN-LAIN…Artis, pengarang dan peramal Jepun, Puan Ryo Tatsuki, menggambarkan dengan jelas dalam buku manganya ‘Masa Depan yang Aku Lihat: Edisi Lengkap’ visi ngeri yang disaksikannya secara berulang kali dalam mimpinya. Dlm buku yg dikeluarkan pada 2021 ini, Puan Tatsuki menggambarkan mimpi yang datang seawal masa remajanya.“Ketika saya di India (1998), saya alami mimpi yang berkaitan dengan bencana besar yang akan berlaku pada masa depan. Untuk gunakan metafora, itu seperti sup pekat yang mendidih dengan percikan – saya nampak kawasan selatan kepulauan Jepun, dekat Lautan Pasifik, tiba-tiba menaik dengan dentuman. […] Tidak lama dahulu (2021), saya alami mimpi yang sama sekali lagi. Kali ini, tarikhnya muncul dengan jelas. ‘Bencana sebenar akan berlaku pada Julai 2025.’ Adakah masuk akal jika saya kata itu seperti saya melihat ke bawah pada Bumi dari langit, seperti Google Earth? Tiba-tiba, ada letupan (letusan) di bawah laut di sesuatu tempat di antara Jepun dan Filipina. Akibatnya, ombak besar tersebar ke semua arah dari permukaan laut dan tsunami besar melanda negara-negara di sekitar Lautan Pasifik. Saiz tsunami itu sekurang-kurangnya tiga kali lebih besar daripada tsunami Gempa Bumi Besar Jepun Timur (2011). Gegaran ombak menyebabkan tanah ternaik dan kelihatan seolah-olah tanah telah menjadi bersambung dari Hong Kong ke Taiwan dan sejauh ke Filipina. […][…] Atas sesuatu sebab, saya juga nampak visi dua naga menuju ke arah pusat gempa.”Kami ingin nyatakan bahawa Puan Ryo Tatsuki bukan sahaja nampak bencana yang bawa maut tetapi juga masa depan yang cerah selepas itu.“[…] Namun, pada masa yang sama, saya juga nampak masa depan yg cerah di mana orang telah bersedia terlebih dahulu, selamatkan byk nyawa dan bergerak dengan pantas ke arah pemulihan, hidup dengan kekuatan dan kecergasan.”Dalam mimpi pada 2001, beliau sudah nampak pemandangan yang berkontras ini.“Mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan sepenuh jiwa tiada apa-apa yang tertinggal kecuali kesia-siaan dan kekosongan. - Tiada tempat untuk pergi - Hanya rasa sesal = tiada apa-apa lagi yang tertinggal. Mereka tidak tahu bagaimana hendak hidup pun...Seorang lelaki berdiri di tanah tandus dengan senapang Apa yang tertinggal di sekelilingnya ialah sisa-sisa ketamakan.”“‘Masa depan cerah dan kasih sayang’ menanti mereka yang gigih berusha untuk hidup dan hasratkan kebahagiaan.‘Peperangan hanyalah pembunuhan’ Mereka yang gigih berusaha berkata, ‘Kami tidak mahukan peperangan lagi!!’” ▼“[…] Seperkara lagi, apabila saya nampak ‘Mac 2011’, frasa ‘bencana besar’ muncul bersamanya, tetapi apabila saya nampak ‘Julai 2025’, ia muncul sebagai ‘malapetaka besar’. Saya tertanya-tanya – mungkinkah perbezaan antara ‘bencana’ dan ‘malapetaka’ menunjukkan bahawa yang kedua ialah buatan manusia?”Jika malapetaka ialah buatan manusia, ini juga bermakna manusia dapat mengakhirinya. Puan Ryo Tatsuki menulis dalam bukunya bahawa tujuan mengeluarkan visi ini adalah untuk beri amaran dan memotivasikan orang supaya bersedia, mengambil tindakan dan akhirnya elakkan malapetaka ini.“[…] Bagi bencana berskala besar ini, saya nampak tarikhnya dengan jelas. Jika persepsi orang terhadap hari itu berubah, ia dapat dielakkan. Lebih tepat lagi, saya percaya langkah balas boleh difikirkan. Apabila seseorang tak tahu apa-apa pun, mustahil untuk bersedia dan mungkin terlepas peluang untuk melepaskan diri. Tetapi jika semua orang tahu akan tarikh tepatnya, takkankah mereka semua bergerak ke arah matlamat yang sama? Apa yang penting adalah bersedia.Sementara memikirkan bagaimana hidup selepas bencana melanda, kita perlu mengingatkan diri tentang kepentingan persediaan dan tindakan mulai sekarang.”Satu lagi sumber penuh misteri juga mengeluarkan amaran tentang gempa bumi besar berhampiran pinggir laut Jepun. Sumbernya ialah seorang lelaki yang mendakwa diri datang dari masa depan, tahun 2062. Lelaki penuh misteri ini mula-mula sekali muncul di forum internet Jepun, 2 Channel, pada 14 November 2010. Sebelum menghilangkan diri, beliau tinggalkan mesej rahsia yang dinyahkodkan, meramalkan peristiwa besar yang akan berlaku pada 11 Mac 2011 dan menasihati orang supaya “lari ke gunung”. Peristiwa yang membinasakan ini menjadi nyata dan sekarang diingati sebagai Gempa Bumi Besar Jepun TimurApakah antara bencana alam besar yang berlaku dalam sejarah hingga zamanmu (2011-2062)? […] Kebanyakan Asia sekrg ialah India. Saya tidak dibenarkan untuk mengatakan apa-apa tentang bencana alam. Saya tidak boleh katakan apa-apa yang berkaitan dengan pergerakan demografi tetapi saya akan nasihati kamu: “Lari ke gunung.”Adakah ini hanya kebetulan atau ramalan? Ini terpulang kepada individu untuk membuat kesimpulan sendiri. Macam mana pun, mesej berkod lelaki ini banyak menarik minat orang yang percaya. Pakar sempat mentafsirkan kod yang dedahkan bahawa mesej ini ialah amaran tentang gempa bumi besar berhampiran pinggir laut Jepun pada 4 Julai 2025.Tarikh ini selaras dengan visi Ryo Tatsuki dan amaran awal daripada banyak peramal yang lain. Itu satu lagi sebabnya kita semua harus mengambil langkah mencegah tambahan pada bulan ini dan lebih bertumpu di dalam pada Tuhan, Tiga Paling Berkuasa Yang Bersatu Semula untuk perlindungan dan bimbingan tertinggi.Sementara bertindak balas terhadap ramalan yang tidak menyenangkan ini, biar kita juga mengingati peristiwa positif yang berlaku pada 2024. Kami percaya bahawa peristiwa paling penting yang berlaku pada 2024 ialah pengumuman kepada orang ramai tentang Penyelamat zaman kita. Pada Julai 2024, Mahguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita buat siaran di Supreme Master Television dan dedahkan identiti sebenar-Nya kepada berbilion-bilion penonton!Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nanti-nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nanti-nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu!Kita boleh berkata bahawa ini salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah Bumi. Ia merupakan peristiwa penting dalam Misi Mahaguru Ching Hai yang semakin berkembang ke skala dan tahap pengaruh global, membawa kepada kenaikan Bumi ke era keamanan dan makrifat baharu Kita mesti mengikut nasihat dan bimbingan Penyelamat zaman kita yang datang tepat pada masanya untuk elakkan malapetaka pada masa ini dan hidup utk sambut masa depan yg cerah.Jika orang mula lebih banyak kembali kepada Tuhan, ada lebih banyak kesedaran spiritual dan kurangkan karma bunuh seperti mengamalkan diet vegan dan mematuhi rukun daripada Bible atau kitab Buddha, apa-apa saja kitab, maka ZAMAN KEEMASAN akan tiba tak lama lagi. Pada waktu itu, dalam masyarakat, ORANG TIDAK SALING RASA TAKUT TETAPI SALING MENYAYANGI DAN MEMBANTU. ITU ZAMAN KEEMASAN.MANUSIA MESTI MENDUKUNG STANDARD YANG LEBIH LEMBUT, LEBIH TINGGI UNTUK BUMI TERUS MENAMPUNG HIDUPAN. SIFAT BAIK YANG LEBIH BESAR INI TENTU SEKALI DIPERLUKAN UNTUK HATI NURANI MENJADI TENANG. […]Amalan membunuh yang jatuhkan maruah mesti dihentikan. PEMBUNUHAN MESTI DIHENTIKAN dan kita gantikannya dengan cara hidup mulia yang juga damai dan penuh kemurahan. Jika umat manusia beralih kepada standard sebegini, dunia ini memang akan berubah, menandakan ketibaan ZAMAN KEEMASAN SEBENAR YANG HARMONI DAN CERIA BAGI SEMUA MAKHLUK. Mari kita berdoa agar ia akan jadi begitu.Kami Bertiga (Tiga Paling Berkuasa) membuat sebaik yang boleh sekarang untuk cuba bersihkan mereka supaya mereka boleh sedar dan faham bahawa veganisme ialah amalan nilai kasih sayang.Itu akan bawa segala tuah, berkat ke dalam planet ini semula dan ia akan menjadi Firdaus semula.Sejauh mana ramalan yang menggerunkan tentang tahun 2025 akan menjadi kenyataan masih belum dapat dilihat. Satu perkara yang kita tahu ialah kita manusia dapat mengawal nasib kita sendiri. Biar kita ingati pendedahan Mahaguru Ching Hai tentang kuasa Kasih Sayang.Dewi Kasih Sayang beritahu saya... kerana begitu banyak tentang kasih sayang – kasih sayang ialah segala-galanya yang kita perlukan, kasih sayang ialah segala-galanya, kasih sayang adalah baik dan ‘sayangi musuhmu’... tapi mengapa? Sama seperti di dunia kita, kita ada bahan kimia yang hilangkan sesuatu. Seperti asid mungkin akan mengikis logam. Kasih sayang ada komponen, komponen tak nampak. Lihatlah, di dunia kita, kita ada komponen kimia yang dapat kita buktikan. Tetapi di alam tak nampak, alam abstrak, sesuatu seperti kasih sayang tak dapat dibuktikan dengan bahan kimia atau matematik tetapi ia ada komponen abstrak tak nampak. Saya memetik kata-katanya, “Kasih sayang ada komponen untuk hilangkan malapetaka.” Saya memetik tepat-tepat apa yang dia beritahu saya dalam visi.Kuasa menzahirkan rasa sayang dan menjadi vegan juga telah disampaikan oleh Matahari pemurah kita Pada 14 Mei, Matahari cantik yang berwarna hijau lembut muncul di angkasa di atas Beijing, ibu kota China. Melihat pemandangan yg luar biasa ini, Guru membuat komen bahawa itu “mesej yang berguna daripada Raja Matahari: Sifar ketakutan terhadap Api Matahari, orang takkan dibakar oleh Api Matahari jika anda makan sayuran saja.”Satu hari selepas itu, matahari merah jambu dilihat oleh orang di Wilayah Autonomi Mongolia, China. Bagi kejadian yang luar biasa ini, Guru nyatakan, “Merah jambu ialah warna kasih sayang. Matahari membalas dgn Kasih Sayang kepada Santo-santo yang hantar Kasih Sayang kepada-Nya, dengan mesej bahawa Manusia harus hidup dalam KASIH SAYANG SEBENAR supaya kehidupan di Bumi akan baik-baik saja.”