Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kemudian saya terdengar jeritan berjuta-juta roh yang tersesat. Saya terdengar mereka menjerit dan meraung kepada Tuhan. Saya tahu bahawa dah terlambat. Sesuatu telah berlaku. Kemudian saya terdengar Nabi berkata kepada saya. Nabi bersabda, “Ini kepenuhan Pokok Pengetahuan tentang kebaikan dan kejahatan. Ini apa yang dipilih oleh Adam di Taman Firdaus dan bukan penyatuan dengan aku.”
Hallelujah, hallelujah! Memuji Tuhan!Dr. Maurice Sklar seorang pendeta agama Yahudi Messiah dan pemain violin konsert bertaraf dunia dari Amerika Syarikat. Penganut agama Yahudi Messiah percaya bahawa Yeshua, atau Nabi Isa (vegetarian), ialah Anak Tuhan dan Messiah Yahudi sebenar yang akan kembali pada Akhir Zaman untuk membawa zaman baharu. Zaman baharu yang ada keamanan dan pemulihan sejagat dipanggil “Zaman Messiah” atau “Dunia akan Datang”.Melalui Dakwah Sklar yang dijalankan sama ada secara bersemuka atau di platform dalam talian, Dr. Sklar gunakan bakat muziknya yang luar biasa utk bawa penyembuhan dan penenangan kepada orang dan ilhami mereka untuk mencari hubungan peribadi dengan Tuhan.Ketika masih muda, Maurice diakui sebagai pemain violin prodigi dan menghadiri dua daripada akademi muzik yang paling berprestij di Amerika Syarikat, Sekolah Muzik Juilliard di New York dan Institut Muzik Curtis di Philadelphia.Menjelang usia awal 20-an, beliau telah kumpulkan banyak anugerah dan diakui sebagai salah satu daripada sepuluh Artis Muda Terbaik Tahun 1990 oleh Music America. Jalannya kelihatan lancar, cerah dan memuaskan dengan kerjaya yg ada masa depan cerah.Namun begitu, dalam hatinya, beliau alami kemurungan, kesunyian dan kekosongan spiritual yang teruk. Pada 1986, kesakitan itu menjadi begitu besar sehingga selama seminggu berturut-turut, beliau pergi ke Jambatan George Washington di Bandaraya New York, cuba mengambil nyawa sendiri. Beliau imbas kembali pengalaman ini dalam suatu temu ramah siaran.Saya menaik ke atas jambatan. Saya baru mulakan pemanjatan sebenar dan malaikat datang berdiri di atas kaki saya. Saya tak dapat bergerak ke depan lagi. Setiap hari saya pergi lebih jauh sikit dan kejadian yang sama berlaku. Akhirnya, hari terakhir, sebenarnya saya menaik setinggi ke puncak dan letak kaki di atas pinggir jambatan. Angin datang, suatu tiupan angin. Saya ditiup ke belakang dan terjatuh di tepi kaki lima. Kereta-kereta lalu dengan bersiung, kemudian malaikat itu duduk di atas saya Saya melihat dan merasai dia tetapi saya menangis saja.Kejadian ini menjadi titik perubahan dalam hidup Maurice. Selepas itu, beliau mula mengejar hubungan lebih mendalam dgn Tuhan. Kemudian pada suatu malam dalam perjalanan pulang drpd konsert opera, Maurice dikunjungi oleh Nabi.Tiba-tiba, awan memenuhi kereta saya. Saya mula menangis, menangis saja. Saya terdengar Nabi bersabda, “Nak, engkau boleh hiburkan orang untuk satu malam, dan itu bagus, tetapi jika engkau pergi menjadi paderi dan buat persembahan untuk aku, aku akan buat lebih daripada hanya hiburkan orang untuk satu malam. Aku akan ubah hidup selama-lamanya. Yang mana engkau mahu?”Maurice Sklar membuat pilihannya. Beliau menjadi paderi pada 1991 dan berkhidmat sebagai wadah untuk Tuhan, buat persembahan dan berkhutbah di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Asia dan Israel. Banyak orang yang dengar muziknya telah alami tahap-tahap penyembuhan dan penaikan. Pada 1997, beliau dianugerahi ijazah Doktor Kepaderian daripada Seminari Word of Truth di Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat.Sepanjang hidupnya, Dr. Sklar telah alami mimpi dan visi ramal daripada Nabi, berikan pemahaman tentang masa depan umat manusia, Akhir Zaman dan kemegahan Syurga.Seawal 1985, ketika hadiri perhimpunan keagamaan di Dallas, Texas, beliau dibawa oleh Nabi ke angkasa lepas dan ditunjuki visi sesawang yang akan melitupi Bumi tidak lama lagi.Saya di luar di angkasa lepas dan nampak planet biru yang indah ini. Ia begitu mengagumkan. Ia begitu megah. Planet kita, untuk Kemegahan Tuhan, melitupi Bumi seperti air melitupi laut, begitu indah. Saya berasa kagum. Kemudian saya terdengar Nabi bersabda, “Lihatlah.” Apabila saya lihat, saya mula nampak lampu neon heksagon kecil ini mula terbentuk. Mula-mula sekali di atas Eropah. Kemudian ia datang ke Pantai Barat Amerika. Kemudian ia merentas Amerika. Kemudian dengan cepatnya ia melitupi Bumi. Apabila benda ini disiapkan, ia kelihatan macam kubah geodesi. Tetapi Nabi bersabda kepada saya, “Akan datangnya sesawang elektronik yang akan melitupi Bumi. Sesawang ini akan menyatukan semua orang di seluruh dunia, dan untuk seketika waktu ia akan kelihatan macam suatu benda yang meakjubkan, suatu rahmat. Ia akan bawa kemakmuran yg amat besar. Ia akan bawa perpaduan. Ia akan kelihatan macam benda yang begitu baik.” Kemudian Baginda bersabda, “Tapi lihatlah.” Jadi saya lihat. Saya mula nampak macam air payau, berwarna hijau, seperti warna kolam, asap. Ia mula menaik ke atas dan memenuhi setiap heksagon kecil ini.Kemudian tiba-tiba, seluruh Bumi kelihatan macam dasar kolam dan saya tak dapat lihat Bumi lagi, hanya warna air payau ini. Kemudian saya terdengar Nabi bersabda lagi, “Lihatlah.” Apabila saya lihat, saya nampak itu sama saja, dalam susunan yang sama. Tiba-tiba ia menjadi hitam, hitam, hitam. Sehingga akhirnya seluruh planet berada dalam kegelapan, tetapi itu bukan kegelapan saja. Itu kegelapan pekat. Maksud saya, ia begitu hitam. Angkasa lepas kelihatan cerah. Itu kegelapan spiritual. Saya ada rasa memulas ini di dalam perut saya.Kemudian saya terdengar jeritan berjuta-juta roh yang tersesat. Saya terdengar mereka menjerit dan meraung kepada Tuhan. Saya tahu bahawa dah terlambat. Sesuatu telah berlaku. Kemudian saya terdengar Nabi berkata kepada saya. Nabi bersabda, “Ini kepenuhan Pokok Pengetahuan tentang kebaikan dan kejahatan. Ini apa yang dipilih oleh Adam di Taman Firdaus dan bukan penyatuan dengan aku.”Pada 1993, lapan tahun selepas Dr. Maurice Sklar menerima visi ini, Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire (CERN), atau Organisasi untuk Penyelidikan Nuklear Eropah, melancarkan Jaringan Sejagat ke dalam domain awam.Ini membuat Internet tersedia kepada orang ramai, merevolusikan cara manusia berkomunikasi, memperoleh pengetahuan dan mengantara muka dgn dunia sepenuhnya.Tiga puluh tahun dahulu, tapak sesawang yang pertama berada dalam talian. Itu permulaan salah satu pencapaian yang terbesar pada abad lalu – Jaringan Sejagat. Jaringan Sejagat ialah aplikasi yang gunakan Internet. ‘Sesawang’ menukar Internet menjadi rangkaian yang kini boleh diakses oleh orang ramai.Bayangkan sebuah dunia di mana setiap perkataan yang ditulis, setiap gambar yang dilukis dan setiap filem yang dirakamkan dapat dilihat dengan serta-merta di rumah anda melalui superlebuh raya maklumat, rangkaian komunikasi digital berkapasiti tinggi. Ini kedengaran sangat hebat tetapi segalanya berpokok pada komunikasi komputer. Sebenarnya, itu sudah pun berlaku pada sesuatu yang dipanggil Internet yang sesiapa pun di dunia yang ada komputer dan modem untuk bersambung ke talian telefon boleh melanggan.Penggunaan Jaringan Sejagat tersebar dengan pantas ke seluruh Bumi, dengan pengguna global melonjak daripada 15 juta pada 1993 kepada 361 juta menjelang 2000, kepada lebih dua bilion menjelang 2010. Hari ini, angka ini telah meningkat kepada 5.65 bilion.Seperti yg dilihat oleh Dr. Maurice Sklar, Jaringan Sejagat awal menghubungkan warga global melalui forum dalam talian, bilik sembang, aplikasi pemesejan, komuniti digital dan banyak lagi, dengan itu wujudkan rasa perpaduan yang tidak seperti sebelumnya. ‘Sesawang’ juga membawa kemakmuran besar sekali dengan mewujudkan laluan serba baharu untuk inovasi perniagaan dan pertumbuhan ekonomi.Namun, dlm tahun-tahun belakangan ini, dengan kemunculan telefon pintar, media sosial, permainan video dan pelbagai tablet, hubungan umat manusia dengan ‘Sesawang’ dan teknologi umumnya telah capai tahap baharu, menimbulkan kebimbangan yang semakin meningkat: Adakah kita telah menjadi orang tebusan ciptaan kita sendiri?Umat manusia hari ini habiskan jumlah masa yang mengejutkan melihat telefon. Di Jerman, orang habiskan purata 3.35 jam sehari pada telefon pintar mereka. Di Amerika, 4.34 jam. Di India, 4.77 jam. Di Indonesia pula, orang habiskan lebih enam jam sehari pada telefon mereka. Kita habiskan begitu banyak masa pada telefon sehingga banyak penyelidik hari ini berikan amaran bahaya tentang apa yang boleh waktu skrin ini buat terhadap kita.Ini pemandangan biasa dalam isi rumah di seluruh dunia: kanak-kanak dihiburkan dan ditenangkan oleh teknologi. Tetapi ini biasa juga: gangguan emosi besar apabila peranti diambil pergi dari situ. Reaksi mereka sebenarnya ialah gejala salah satu cabaran perubatan yang utama pada zaman kita, apa yang dipanggil Gangguan Ketagihan Internet.Amaran baharu malam ini tentang psikosis cetusan ChatGPT: pakar berkata ini berlaku apabila pengguna mendambakan chatbot. Mereka ingat itu hubungan sebenar dan terputus hubungan dengan realiti.Seorang budak lelaki berusia 14 tahun di Florida membunuh diri secara tragik selepas dilaporkan jatuh cinta pada chatbot AI. Di Belgium, seorang lelaki bunuh diri selepas dikatakan chatbot menggalakkan dia supaya mengorbankan diri untuk memerangi perubahan iklim.Selain itu, kandungan yang memudaratkan dan tidak sewajarnya telah dibuat senang diperoleh di Sesawang, menggoda orang untuk jauhi Tuhan dan Ajaran Suci Santo dan Orang Suci.DAN LAIN-LAIN…Pada 2025, kita telah menyaksikan kecerdasan buatan (AI) menjadi arus perdana, diintegrasikan ke dalam setiap aspek kehidupan harian kita. Teknologi kuasa tinggi ini, jika disalahgunakan atau tidak diuruskan dengan baik, boleh datangkan akibat buruk kepada umat manusia.Dan suatu amaran daripada CEO Tesla Motors, Elon Musk. Ia tak berkaitan dengan kereta. Sebaliknya, Musk beri amaran tentang kecerdasan buatan yang dikatakannya lebih berbahaya daripada senjata nuklear.Saya memang agak dekat dengan, sangat dekat dengan AI termaju. Keupayaannya jauh lebih daripada apa yang hampir semua orang tahu dan kadar perbaikannya adalah eksponen. Saya rasa bahaya AI adalah jauh lebih besar daripada bahaya muncung perang nuklear. Dengan kecerdasan buatan, kita memanggil syaitan.Penyalahgunaan teknologi boleh menjadi kejatuhan umat manusia. Mungkinkah ini menjadi punca “kegelapan spiritual” yang ditunjukkan kepada Dr. Maurice Sklar oleh Nabi lebih kurang empat dekad yang lalu?Pada masa depan, akankah manusia jatuh ke dalam kegelapan spiritual selama-lamanya, atau mengendahkan tanda amaran sekarang dan memilih jalan yang berbeza? Orang tua-tua bijak Bangsa Pertama Anishinaabe meramalkan waktu Kebakaran Ketujuh, waktu masyarakat moden yang dipimpin oleh “Bangsa Berkulit Cerah” akan membuat pilihan penting yang akan menentukan nasib planet ini.“Pada masa inilah Bangsa Berkulit Cerah akan diberi pilihan antara dua jalan. Jika mereka memilih jalan yang betul, maka Api Ketujuh akan menyalakan Api Kelapan dan Terakhir – api abadi kedamaian, kasih sayang, persaudaraan lelaki dan wanita. Jika Bangsa Berkulit Cerah membuat pilihan jalan yang salah, maka kebinasaan yang mereka bawa bersama mereka dengan datang ke negara ini akan kembali kepada mereka dan menyebabkan banyak penderitaan dan kematian kpd semua penghuni Bumi.’”Mahaguru Ching Hai Paling Berharga (vegan) kita telah berkongsi pandangan-Nya tentang topik pembangunan teknologi dan kemajuan spiritual.Apabila kita telah berkembang maju sampai tahap tertentu dari segi teknologi dan kita tidak mengimbanginya dengan kesedaran spiritual, maka kita tak tahu bagaimana mengendalikan kemajuan. Maka kita akan mengalami kesan pengetahuan teknologi yang tidak lengkap. [...]Kita perlu lebih mengimbanginya dengan pemahaman spiritual, kemuliaan tinggi dan standard moral yang tinggi. Maka kita takkan alami kemusnahan di Bumi. Kita hanya akan ada berkat, kegembiraan, malah kehidupan yang selesa dari segi teknologi. Jadi apa yang kita buat adalah beralih kepada kemuliaan sekarang, beralih kepada belas kasihan dan gaya penyayang seperti Menjadi Vegan, Berbuat Baik, Memelihara Alam. Meskipun kita hanya menjadi vegan, ia akan memelihara alam juga.Sesungguhnya, teknologi ialah alat berkuasa yang dapat memperbesar kebaikan atau keburukan yang diwujudkan oleh manusia di Bumi. Kita boleh segera jatuh ke dalam “kegelapan spiritual” dengan tenggelam ke dalam sesawang negatif maklumat salah dan realiti maya palsu, atau kita boleh gunakan teknologi untuk cari Kebenaran, Tuhan dan Makrifat, sertai lingkungan rakan vegan spiritual dan suci. Setiap daripada kita perlu membuat pilihan sekarang.Dalam episod seterusnya, kami akan berkongsi apa yang berlaku di dalam Bilik Perbicaraan Syurga yang akan menentukan nasib planet kita, yang disaksikan oleh Dr. Maurice Sklar.Untuk maklumat lanjut tentang ramalan dan kepaderian Dr. Maurice Sklar, sila kunjungi Saluran YouTubenya @SklarMinistries