Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 4 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi walaupun kejadian tak berlaku sebagaimana yang mereka ramalkan, atau ia berlaku pada tahap yang kurang, kerosakannya kurang, semua manusia mesti sentiasa bersyukur atas Tuhan biar mereka beritahunya terlebih dahulu supaya kita dapat minimumkannya di mana-mana boleh, sebahagian daripadanya. Jika manusia percayai Rahmat Tuhan atau Belas Kasihan Buddha dan berdoa dengan ikhlas, jujur, bertaubat dgn rendah diri, bersifat baik, maka bencana, tak kira berapa besar, akan menjadi sifar atau sekurang-kurangnya diminimumkan.

Saya dapat lihat semua itu. Saya tahu akan semua itu tetapi tak dapat buktikannya kpd anda. Itu masalahnya. Sekurang-kurangnya anda, anak murid Tuhan yang mengikut saya, harus percayai apa yang saya katakan. Apa sebabnya saya perlu beritahu apa yang tidak benar, hanya buat orang mengejek saya atau pandang rendah terhadap saya dalam hati mereka? Mungkin mereka berfikir, “Oh! Tiada apa-apa yang berlaku. Dia cakap saja. Dia katakan apa-apa saja untuk menakutkan kita,” atau seumpamanya.

Tetapi saya tak kisah asalkan manusia dapat diselamatkan, boleh kurang mengalami penderitaan dan dunia ini, planet ini masih wujud untuk mereka meneruskan hidup supaya mereka masih berpeluang. Jika mereka hidup lebih lama, mungkin mereka berpeluang untuk menemui Guru kegemaran mereka – tak semestinya saya untuk mendapat makrifat/kebijaksanaan dan mengetahui segala KEBENARAN. Maka mungkin mereka takkan mengetawai kita lagi. Sementara itu, kita buat sebaik yg boleh untuk bantu mereka dengan apa-apa saja cara yang mungkin! Kita bantu dengan apa yang boleh.

Dan juga, anda, anak murid Tuhan, tolonglah, anda tahu apa perkara saya beritahu untuk anda dan apa perkara saya beritahu untuk orang di dunia yang bukan anak murid, malah bukan vegan. Jadi anda tak perlu mengaplikasikan semuanya yang saya suruh anda buat dalam ucapan macam ini kerana anda tidak perlu. Selain apa yang anda dapat tahu daripada inisiasi, kerja dan hasil dalaman, gunalah apa yang baik untuk anda dalam mana-mana FN (Berita Selitan) dan khutbah saya. Terutama saudara seamalan baharu, lebih banyak belajarlah drpd semuanya untuk mengetahui dan ingat mengapa anda mesti bermeditasi dengan Kaedah Quan Yin, cara elakkan perangkap untuk lindungi diri sendiri, orang tersayang dan lain-lain Anda ada modal Spiritual, sekarang terus lebih banyak melabur untuk masa depan yang lebih cerah. Sangat kasihi anda!

Contohnya, saya beritahu orang supaya lafazkan Nama Buddha Amitābha kerana itu lebih senang bagi mereka dalam kehidupan yang sibuk – melafazkan Nama Suci Buddha Amitābha. Tapi dah tentu, mereka boleh lafazkan Nama mana-mana Buddha yang lain, dan jika ada masa, mereka boleh lafazkan sebanyak Nama Buddha yang mereka mahu. Saya juga beritahu orang, penganut Kristian supaya memanggil Nabi Isa, melafazkan Nama Nabi Isa dan mengingati Tuhan. Tetapi anda sudah ada apa yang saya ajarkan kepada anda, jadi anda tak perlu buat begitu. Saya beritahu ini kepada orang kerana mereka bukan kononnya anak murid saya dan saya tak boleh beritahu mereka apa yang saya beritahu anda. Jadi anda tak sentiasa perlu lakukan apa yang saya beritahu di Supreme Master Television. Anda dah tahu. Anda hanya buat apa yang diajarkan kepada anda pada waktu inisiasi. Dah tentu, anda boleh lafazkan Nama Buddha, berdoa kepada Nabi Isa juga jika mahu.

Sesetengah orang risau tentang sama ada anda harus ada altar untuk ibu bapa atau saudara-mara yang telah meninggal dunia atau tidak: Anda boleh jika mahu tetapi anda harus sentiasa ingat akan kebaikan mereka dan hormati mereka dalam hati. Tetapi jika anda wujudkannya selepas mereka meninggal, anda buat altar dan letak gambar mereka di sana, mungkin mereka mendambakan tempat itu dan tinggal di rumah anda, kemudian mungkin anda rasai tenaga alam rendah, alam hantu rayau. Itu juga boleh ganggu penaikan spiritual anda. Jadi terpulang kepada anda utk memilih. Jika anda letak foto mereka di rumah, mereka akan tahu itu untuk mereka. Kemudian mungkin mereka tak nak pergi ke mana-mana kecuali lihat anda setiap hari. Jadi anda harus simpan foto ibu bapa anda jika mahu, untuk mengingati kebaikan, budi besar, kasih sayang tanpa syarat mereka kepada anda. Tetapi jangan buatnya menjadi tempat yang tetap dan mereka akan perlu duduk di sana di tepi meja di mana anda membuat altar. Ini sangat sejuk bagi mereka.

Kadangkala mereka ada kuasa hidup selepas mati. Jika mereka tidak menaik ke Syurga, berkeliaran, maka kuasa mereka kadangkala boleh ikut angin mereka, sama seperti anda, atau ketika mereka masih hidup, maka mungkin mereka menakutkan anak anda kerana kadangkala kanak-kanak dapat lihat mereka. Kanak-kanak, bayi juga, dapat lihatnya dan ini mungkin menakutkan mereka juga terutama jika mereka dilahirkan tanpa datuk nenek atau saudara-mara lain kerana mereka sudah meninggal dunia sebelum kanak-kanak ini dilahirkan. Mungkin mereka tak dapat camnya. Mungkin mereka terasa asing atau tidak selamat melihat hantu di sekeliling. Anda juga akan mengikat mereka di Bumi atau di rumah anda dan bukan berdoa untuk mereka mendapat pembebasan dan pergi ke tempat yang lebih baik seperti Syurga. Syurga rendah pun tetap jauh lebih baik untuk mereka daripada berada di planet ini, tersesat, keliru dan tak benar-benar ada tempat sebenar untuk berehat. Itu bukan kehidupan yang begitu baik untuk mereka.

Jadi anda berdoa. Anak murid atau bukan anak murid, berdoa untuk saudara-mara, kawan, ibu bapa atau datuk nenek anda. Sesiapa saja yang anda sayangi, anda berdoa untuk mereka. Itu paling baik. Itu paling baik untuk mereka. Jika anda nampak mereka muncul di rumah kadangkala, anda juga harus gunakan kasih sayang dan penerangan yang jelas. Beritahu mereka bahawa mereka sudah pergi dari dunia fizikal ini dan tidak baik untuk mereka terus berkeliaran sebagai hantu kerana mereka tak dapat bercakap dengan sesiapa pun. Kadangkala mereka boleh membuat bunyi bising di rumah disebabkan angin tidak baik atau kekecewaan kerana tak dapat bercakap dengan anda, anak anda, suami atau isteri yang ditinggalkan, ibu atau anak. Itu sangat mengecewakan bagi mereka. Mereka boleh berdiri di sebelah anda tetapi anda tak nampak mereka. Mereka boleh bercakap dengan anda sepanjang hari tetapi anda tak dengar apa-apa pun. Sesetengah orang dapat tetapi jarang. Itu sangat buruk bagi mereka. Mereka berasa sedih, sunyi dan kecewa serta terasa seolah-olah anda tidak pedulikan mereka.

Jadi sebaik-baiknya berdoa dengan agama anda atau kpd mana-mana Santo yang anda percayai atau kepada Tuhan. Berdoa kepada Nabi Isa. Berdoa kepada Buddha, Buddha kegemaran anda, Buddha pilihan atau banyak Buddha, terpulang kepada anda – bergantung kepada apa yang anda nak lakukan. Berdoa agar mrk mendapat pembebasan. Itu paling baik. Anda boleh melawat kubur mereka kadangkala jika anda ada kubur mereka, atau jika anda bakar abu mereka dan taburkannya di taman, di hutan atau menanamnya di bawah tanah, tetapi berdoa untuk mereka. Jangan buat mereka terikat kepada anda selepas mereka dah meninggalkan dunia ini kerana Syurga lebih baik untuk mereka. Banyak alam adalah lebih baik daripada dunia ini.

Adalah tidak dilarang untuk membuat altar dan menyembah mereka setiap hari tetapi itu malah boleh mengikat mereka di rumah anda, di sebelah anda sepanjang masa. Itu penderitaan yang banyak bagi mereka kerana kadangkala mereka nampak kejadian berlaku kepada anda yang tidak baik untuk anda tetapi tak dapat buat apa-apa pun. Mereka akan sangat banyak menderita, perasaan lebih terseksa daripada jika mereka masih ada badan fizikal. Kerana tanpa badan fizikal ini, kita nampak benda pd tahap yg berbeza. Segalanya kita dapat lihat. Kita dapat lihat tempat yang jauh. Kita dapat lihat benda yang jika kita ada badan fizikal, kita tak dapat lihat. Jika mereka lihat anda menderita dengan sebarang cara, oh, itu akan buat mereka menderita sepuluh kali ganda lebih daripada jika mereka ada badan fizikal. Mereka dapat lihat, dapat rasai, dapat dengar segala-galanya dengan lebih jelas. Cuma mereka tak dapat ungkapkan semua itu kepada anda dan rasa sangat kecewa. Jadi lebih baik berdoa untuk mereka. Jika mereka dengarnya, maka mereka faham. Mereka juga berterima kasih kpd anda jika mereka mendapat pembebasan atau tidak terikat pada dunia ini dan pergi ke Syurga.

Apa-apa yang saya teringat, saya terus beritahu anda saja tetapi saya tak berniat utk beritahu anda semua ini. Ia keluar saja seperti kata-kata automatik. Sama seperti sesetengah orang ada penulisan automatik. Syurga beri ilham kepada mereka, kemudian mereka menulis. Bagi saya, saya beritahu anda tanpa skrip tersedia, tidak menulis apa-apa pun, tidak merancangkan apa-apa pun. Tuhan izinkan saya beritahu anda sesetengah perkara seperti itu. Jika lebih banyak orang berdoa, bertaubat dan beralih kepada kehidupan penuh kemurahan, kehidupan penuh belas kasihan gaya vegan, maka dunia akan menjadi semakin stabil dalam keamanan, kebahagiaan. Tetapi adalah mengecewakan bagi saya juga kerana ia terlalu lambat bagi pembawaan dan hasrat saya, dan sementara itu ada begitu byk kerosakan dan penderitaan bagi mereka yang tidak dengar! Tetapi saya perlu menahannya, perlu menahannya.

Macam mana pun, saya gembira dengan orang-burung masih datang berkhutbah kpd spesies mereka sendiri. Orang-haiwan lain yang tinggal di sekeliling saya, contohnya, juga dengar. Mereka mengajarkan standard moral, kepercayaan kepada Tuhan dan segala jenis perkara spiritual. Orang-burung yang berkhutbah ini bukanlah orang-burung biasa. Mereka ialah orang-burung bertaraf tinggi. Sama seperti manusia – bukan semua orang yang kelihatan seperti manusia ialah manusia. Sesetengah daripada mereka ialah Santo dan Orang Suci, dan sesetengah daripada mereka ialah syaitan atau hantu yang merasuk badan manusia untuk membuat perkara yang tidak baik. Sesetengahnya juga meminjam badan, membuat perkara baik dan menjadi pengamal agama-agama yang berlainan untuk berkati orang. Tetapi tanpa Kaedah Quan Yin, tanpa Guru Tinggi Sebenar, roh mrk tak boleh mendapat pembebasan

Photo Caption: Mengalu-alukan Jiran Baharu, Kawan atau Musuh Hayat Lampau!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
2689 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
2205 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
1824 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
1952 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
1442 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
1074 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
1 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-30
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-29
551 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
483 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
1074 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-28
967 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-28
266 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-28
837 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android