Santo Supreme Master TV yang dikasihi, Saya ingin berkongsi bahawa saya memerhatikan spaceweatherlive.com dan dapati bahawa pada sekitar waktu kita menjadi cemas dengan tsunami 5 Julai yang diramalkan oleh Ryo Tatsuki dan banyak orang yang lain yang dikatakan oleh Guru Tertinggi Tersayang kita semasa Beliau berkata bahawa kita malah dapat elakkan tsunami di Jepun dalam pesanan “‘Skru’ Kecil Mudah yang Dapat Selamatkan Planet Kediaman Kita”. Tenaga nyalaan suria sangat rendah, kebanyakannya kelas B. Apabila waktu kejadian itu berlalu, kami mula berasa bahawa ia tidak akan berlaku. Grafnya menaik ke kelas C dan kekal berada di sana.Guru pernah berkata bahawa orang menjadi lebih takut pada Tuhan. Jiwa mereka menjadi lebih baik pada sekitar waktu taufan yang diramalkan tetapi selepas itu ia kembali kepada keadaan asal. Guru telah beri amaran bagaimana kekal selamat dan berdoa untuk orang Jepun pada awal bulan Julai. Saya tertanya-tanya sama ada banyak orang yang takut disebabkan ramalan ini berdoa dengan ikhlas dan ini memperbaik suasana planet ini sikit, dengan itu bermakna bahawa Tiga Paling Berkuasa dapat menyelamatkan kita daripada bencana yang dahsyat itu. Tetapi sekarang bencana yg diramalkan nampaknya kurang berkemungkinan berlaku, doa telah berhenti dan saya menganggap itu apa yang menyebabkan nyalaan suria meningkat semula.Dalam perbualan Guru dengan Raja Matahari, Beliau berkata bhw Raja beritahu-Nya bahawa doa memang mengurangkan karma planet ini dan dengan itu jumlah kerosakan yang mesti dilakukan terhadap Bumi. Maka nampaknya jumlah nyalaan suria berkadar langsung dengan kebaikan takut pada Tuhan dalam hati manusia. Sudah tentu, kita akan terbakar sekarang jika bukan kerana ‘Pelindung hijau’ yang Guru dan Orang Damai pasang di sekeliling planet kita. Adalah ganjil melihat graf cuaca angkasa lepas, keadaan sangat tenang di Matahari pada sekitar waktu kita jangkakan bencana yang amat besar, jadi berdoa dengan khusyuk sekali. Semoga kita semua banyak berdoa kerana nampaknya Tiga Paling Berkuasa dapat gunakannya dengan baik untuk menyelamatkan kita daripada bencana yang paling dahsyat. Margot di United KingdomDan lain-lain…
Saya dapat lihat semua itu. Saya tahu akan semua itu tetapi tak dapat buktikannya kpd anda. Itu masalahnya. Sekurang-kurangnya anda, anak murid Tuhan yang mengikut saya, harus percayai apa yang saya katakan.Photo Caption: Tambahkan Warna Menarik kepada Hidup di HutanRasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 3 daripada 11
2025-09-26
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam hati saya, saya berterima kasih kpd anda semua, dah tentu, orang mulia yang doakan keamanan dan dunia vegan. Saya takkan lupa akan anda. Walaupun saya tidak kenali anda secara fizikal, saya takkan lupa akan anda di kawasan roh. Saya akan bantu anda. Saya akan bebaskan anda. Jika anda tidak buat apa-apa perbuatan yang berdosa dalam hayat ini, itu akan sangat senang bagi saya lakukan kerana anda adalah vegan dan ikhlas. Jika anda tahu akan saya, jika anda minta saya bebaskan anda, saya akan buat begitu. Ada sesetengah orang yang belum menjadi vegan, atau bukan vegetarian pun tetapi jika mereka ada banyak pahala dalam hayat lampau, mereka akan pergi ke Syurga juga dalam hayat ini. Tetapi saya nasihati orang-orang ini – jadilah vegan kerana mana-mana Santo dan Orang Suci yang anda doa kepadanya lebih suka anda adalah itu, lebih suka anda adalah vegan. Lebih senang untuk Mereka menyelamatkan anda.Jadi jika anda bukan vegan tetapi rasa sihat dan tidak rasa ada sebarang kejadian buruk dalam hidup anda, janganlah terlalu megah dan jangan terlalu yakin bahawa Tuhan akan menyelamatkan anda. Tuhan mungkin menyelamatkan anda, Nabi Isa mungkin bantu anda, Buddha mungkin menaikkan anda tetapi anda takkan tahu sama ada anda ada pahala yang mencukupi untuk mengimbangi semua perbuatan buruk dan baik hayat lampau atau hayat ini. Anda juga harus ada semakin banyak pahala baru dapat membantu keluarga dengan berkat anda. Saya tidak salahkan mana-mana daripada anda. Biasanya saya bercakap dengan kononnya anak murid Tuhan saya sendiri Tetapi banyak kali dalam ucapan saya, saya juga sebut perkara yang beri manfaat kepada anda dan cuba beritahu anda Kebenaran. Mungkin sesetengah daripada anda akan dengar dan mendapat manfaat daripadanya.Saya bukan beritahu anda apa-apa supaya anda menjadi anak murid atau pengikut saya, buat tawaran atau kekayaan kepada saya atau apa-apa. Tidak, saya tidak menerima tawaran. Saya memberi, saya tidak mengambil. Hidup saya terlalu sederhana. Saya tidak perlukan banyak benda. Meskipun saya tak berduit, saya boleh pergi menjual tauhu atau sesuatu. Itu akan datangkan wang yg mencukupi untuk menjaga diri, satu orang. Adalah sangat senang untuk cari duit. Oleh sebab saya dah tua sekarang, saya tak rasa sesiapa akan menggaji saya meskipun saya nak pergi bekerja. Namun begitu, saya boleh sendiri jalankan perniagaan, yang kecil, untuk terus hidup, untuk hidup, jadi tiada masalah. Jangan risau tentang saya.Buat masa ini, kos saya adalah lebih kurang beberapa ratus dolar sebulan, hanya untuk makanan dan sedikit keperluan asas. Jika tidak, tak banyak. Hidup saya agak murah. Saya sentiasa beritahu anak murid Tuhan saya bahawa saya seorang wanita yang sangat rendah kos jaga. Meskipun kadangkala saya, seperti dulu, sering muncul di khalayak ramai, saya sendiri bersolek, sendiri mereka bentuk pakaian, sendiri mereka bentuk barang kemas untuk dipakai, dan selalunya malah sendiri memasak makanan (vegan), makanan sederhana. Jadi dengan gaya hidup sebegini, kita tiada banyak cita-cita rakus untuk menjadi apa-apa lebih daripada apa-apa saja yang Tuhan rancangkan untuk kita lakukan.Jika itu karma yang sangat besar, seperti peperangan di Syria selama ini, jika sesiapa nak memikul karma itu, ada akibatnya, tak begitu senang. Sebab itu ambil masa yang begitu lama. Tetapi rasa terima kasih dua Raja ini benar-benar beri rangsangan kepada saya, menaikkan semangat saya, kesejahteraan mental saya walaupun badan saya menderita. Tetapi saya senang hati dengan sebanyak itu saja, kerana semua peluru dan serpihan peluru ini – sebahagian daripada karma itu perlu saya uruskan. Itu bukan fizikal, tetapi jika dah keterlaluan bagi astral, ia akan muncul pada badan fizikal pun.Biasanya sebelah kiri mengambil dan menyerap karma dunia, kebanyakannya melalui mata kiri, tetapi dalam tahun-tahun belakangan ini, ia juga pengaruhi mata kanan. Pada tahun-tahun belakangan ini, mata kanan terpengaruh kerana tugasnya adalah melindungi bahagian badan yang selebihnya daripada karma, meneutralkannya, kemudian berikan Berkat, jadi apabila terlalu banyak karma, ia terpaksa tutup dengan begitu kerap! Saya masih boleh bekerja tetapi jika ia ambil lebih banyak karma, maka mungkin mata kanan tak dapat buka seperti sebelumnya. Maka mungkin itu baik untuk keselamatan saya – tiada sesiapa yang akan dapat cam saya lagi, termasuk kamu anak murid Tuhan. Ha ha ha. Sekarang jangan pergi ke sana sini, memeriksa mata orang. Okey? Mungkin anda mendapat kejutan yang tidak menyenangkan!Benjol ini tidaklah kelihatan berdarah atau apa-apa tetapi kelihatan macam, contohnya, anda boleh bayangkan, seperti peluru menembusi badan dan membonjol, melitupi kepalanya dengan permukaan kulit dari dalam, tetapi tiada perdarahan. Biasanya ini tak seharusnya muncul macam itu kerana badan astral boleh uruskannya sehingga ia sembuh tetapi kadangkala sudah keterlaluan, maka tanda boleh muncul pada badan fizikal. Tetapi saya sihat. Kesakitannya masih dapat ditahan berbanding dengan yang lain. Saya beritahu anda perkara kerana kadangkala Tuhan izinkan anda mendapat tahu apa yg saya buat sebagai suatu pekerjaan, pekerjaan tanpa gaji, tetapi jika Tuhan tidak izinkan, maka saya takkan beritahu anda. Banyak perkara saya tidak dan takkan beritahu anda! Mungkin anda boleh mendapat tahu sedikit tentang bagaimana seorang Guru menanggung karma-karma yang berlainan dari dunia! Tidak semuanya dirahsiakan.Bagaimanapun, saya begitu senang hati dengan ini saja yang ada. Jika anda lihat badan saya, anda lihat kulit membonjol seperti jenis tanda kepala peluru, tapi tak apa-apa. Saya tunggu saja. Lama-kelamaan, mungkin ia akan hilang. Jika tidak, maka tak mengapa. Asalkan saya boleh bekerja dan selamat secara fizikal, tenang untuk bermeditasi, hapuskan apa-apa saja penderitaan yang boleh di dunia, maka macam mana rupa saya, tidak ganggu saya. Anda tak dapat lihatnya, jangan bermimpi. Ha ha ha. Saya sentiasa akan memakai pakaian, jadi tak mengapa. Saya dah pulih sikit. Rupanya telah menjadi kurang jelas, kurang besar saiznya. Hanya nak laporkan sesuatu kepada anda, itu saja.Hanya kerana dua Raja itu datang dan Mereka amat berterima kasih atas apa yang saya, sebagai Raja Pemutar Roda Dharma, telah atau akan lakukan untuk Syria dan tempat-tempat lain. Yang besar pada asalnya mungkin jadi pertempuran yg berlanjutan lebih lama! Kerana Mereka melawan Kuasa Negatif untuk Syria kebanyakannya, dan KEAMANAN negara-negara itu selama ini dan telah memperoleh kejayaan yang agak impresif dengan RAHMAT TUHAN! Mereka begitu gembira mendapat kejayaan besar! Masih ingat sebelumnya Mereka dikalahkan untuk seketika. Jadi kami perlu datang – Tentera Syurga masuk dan bantu Mereka, jadi Mereka menang. Sekarang Mereka menang lagi. Perang Syria telah berakhir dan semua orang mengeluh lega. Saya begitu gembira untuk rakyat Syria. Kita berharap mereka selamat sejahtera.Disebabkan itu, saya, secara sampingan, beritahu anda tentang kesan karma pada badan saya. Ini bukan satu-satunya. Ini bukan satu-satunya kesan karma, ada yang lain tetapi ia pengaruhi badan dengan cara-cara yang berlainan. Sesetengahnya langsung tiada kesan sampingan pada badan tapi wujud. Sebarang cedera karma dunia, jika bernasib baik, hanya cedera, tetap mesti ambil masa untuk sembuh. Karma tetap wujud dan menyebabkan ketakselesaan atau penyakit sementara tetapi tak sentiasa muncul pada badan supaya kita dapat lihatnya. Jadi hanya saya yang tahu tapi tak mengapa. Saya telah biasa dengannya seperti mana-mana cedera karma dunia. Jadi jangan risau. Saya sihat. Maksud saya, sesihat yang boleh. Bukanlah oleh sebab dah lama saya tak bercakap dengan anda, anda rasa saya sakit atau apa-apa. Saya begitu, dah tentu, ada kesusahan, tetapi saya tidak mahu anda risau. Jadi saya akan jelaskan ini kepada anda.Mungkin saya ada tanda kesusahan tetapi tak begitu teruk, tak terlalu teruk. Bukanlah semua peluru datang sekali gus tetapi ia berikan kesan, satu bahagian daripadanya pd satu-satu masa. Jadi Tuhan tidak biar saya terlalu banyak menderita pada satu masa. Tuhan sangat Pengasih, sentiasa melindungi saya dan juga beritahu saya cara untuk mengurangkan ketakselesaan apabila saya diizinkan utk mengetahuinya Sekarang lihatlah, Orang Syurga sangat, sangat sopan macam itu, sangat berterima kasih macam itu.Jadi semua manusia sejati juga harus berterima kasih. Sebab itu saya beritahu anda sebelumnya – bukanlah menegur anda atau apa-apa – cuma adalah sangat buruk jika kita tidak berterima kasih kepada orang yang baik terhadap kita, seperti saya beritahu anda, orang psikik, orang yang ramalkan masa depan dengan melihat rekod masa lalu. Segalanya ada direkodkan di Dewan Akashic. Oleh sebab banyak orang psikik beri amaran kepada umat manusia tentang bencana yang akan datang, kita telah minimumkan banyak daripadanya. Jika tidak, saya ragui sama ada Bumi masih wujud hingga hari ini.Masih ada banyak untuk dibuat. Tolonglah, semua manusia: khusyuk berdoa, bertaubat dengan ikhlas dan menjadi insan baik! Jadi walaupun kejadian tidak berlaku sebagaimana yang mereka ramalkan, atau ia berlaku pada tahap yang kurang, kerosakannya kurang, semua manusia mesti sentiasa bersyukur atas Tuhan biar mereka beritahunya terlebih dahulu supaya kita dapat minimumkannya di mana-mana boleh, sebahagian daripadanya. Jika manusia percayai Rahmat Tuhan atau Belas Kasihan Buddha dan berdoa dengan ikhlas, jujur, bertaubat dgn rendah diri, bersifat baik, maka bencana, tidak kira berapa besar, akan menjadi sifar atau sekurang-kurangnya diminimumkan.