Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Bahagian 357 – Bangkitkan Kasih Sayang Sebenar dengan Penyelamat untuk Hilangkan Malapetaka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi sebenarnya ada pertarungan yang berlaku pada saat ini, di balik tabir, antara orang baik dan orang jahat. Sudah lama ini berlaku dan akan capai kemuncaknya pada tahun ini. Saya memang percaya bahawa kita akan ada tahun yang mengejutkan. Jadi saya kata Jun-Julai akan sangat penuh peristiwa, amat penuh peristiwa.

Tahun ini, selain bahaya daripada nyalaan suria kuat yang telah kita terokai dalam episod lepas, kita juga menghadapi bahaya dari dalam Bumi. Secara khusus, banyak peramal dan orang terus mata telah nampak bahawa malapetaka besar boleh berlaku pada bulan Julai dan seterusnya.

Peramal Thailand, Puan Mor Plai, terkenal dengan ramalannya yang tepat seperti kehilangan Pesawat 370 Syarikat Penerbangan Malaysia pada Mac 2014 dan penenggelaman feri Korea yang penuh dengan kanak-kanak. Gempa bumi Myanmar yang berlaku pada Mac 2025 juga mengesahkan ramalan yang dibuatnya pada Disember 2024 semasa temu bual dengan Golf Benjaphon TV. Satu lagi kejadian adalah lebih kurang separuh tahun yang pertama juga. Itu gempa bumi. Saya hanya katakannya dalam rancanganmu. Jadi wilayah-wilayah yang berdekatan di Thailand, bersedialah. Bangkok akan rasai gegarannya.

Sejurus selepas tengah hari pada Jumaat, 28 Mac, gempa bumi bermagnitud 7.7 memusnahkan tengah Myanmar, mengakibatkan kebinasaan di wilayah Mandalay dan Sagaing. Gegarannya dirasai sejauh Bangkok. Kemusnahan dan panik berlaku.

Apabila gegaran melanda Bangkok, ia runtuh seperti rumah kad. Banyak ambulans, banyak alat berat dibawa masuk ke sini.

Laporan dari Thailand sampai dengan cepat tetapi sedikit sahaja yang dibuat dari pusat gempa di tengah Myanmar.

Jadi saya rasa bahagian cabaran itu, dah tentu, ialah gempa bumi ini rosakkan banyak komunikasi, banyak sistem pengangkutan, jadi mendapat gambaran yang jelas tentang skop dan skala bencana ini barangkali ialah cabaran terbesar bagi pihak berkuasa negara.

Organisasi bantuan nyatakan bahawa kemusnahan pada skala ini tidak pernah dilihat dalam tempoh lebih seabad.

Apakah yang dikatakan oleh Puan Plai tentang bulan-bulan musim panas ini? Pada April 2025, dalam rancangan siaran langsung dgn GMM25, salah satu rangkaian hiburan yang terbesar di Thailand, beliau bayang-bayangkan bahawa wilayah Thailand yang bermula dengan huruf ‘K’ akan alami bencana yang disebabkan oleh letusan bawah laut. Ini boleh berlaku pada bulan Julai dan Ogos.

(Apakah yang akan berlaku kepada wilayah berhuruf ‘K’?) Itu sesuatu yang serupa dengan perkataan ‘tsunami’. Itu akibat gempa bumi. Ia datang daripada letusan bawah laut. Tidak meletus ke langit. Ada rekahan di tengah-tengah. Ia merekah di bahagian paling nipis. (Bulan?) Dia kata tidak melewati bulan Ogos. Tapi biar saya beritahu anda, buat perjalanan dan melancong di kawasan ini pada Julai dan Ogos adalah paling berbahaya. (Julai dan Ogos tetapi bukan di Bangkok?) Bukan di Bangkok. (Puan berkata ia akan merekah. Bagaimana ia akan merekah?) Ia di bawah. Ia bukan di permukaan. Rumah-rumah di kawasan itu akan tahu bahawa bumbung runtuh. Mungkin mereka rasa itu pembinaan yang buruk atau bumi tenggelam disebabkan hujan tetapi itu lebih dalam drpd lapisan tanah.

Ada lagi. Dalam satu lagi siaran langsung yang diacarai oleh penyampai terkenal Thailand, Woody, Puan Plai memberi amaran tentang bencana kedua yang akan berlaku di dua lokasi: ‘tanah Sashimi’ dan Indonesia. ‘Tanah Sashimi’ ialah metafora bagi negara yang terkenal dengan makan orang-ikan mentah, terutama Jepun.

(Sekarang, di manakah gunung berapi? Maaf, saya tidak mengikuti berita.) Saya ingin nyatakan bahawa ‘tanah Sashimi’ dan Indonesia sudah jelas. Kemudian akan ada gunung berapi bawah laut yang akan menjadi seperti lingkaran gunung berapi. Ia akan meletus di satu tempat. Tetapi yang besar mungkin tidak meletus dengan serta-merta. Tetapi yang kecil di bawah laut akan meletus dulu. Yang meletus dulu akan membuat air terpercik ke atas. Apabila ia melanda, kita akan segera nampak dengan jelas bahawa apabila hujan turun, paras air laut tidak menurun. Air kekal membanjiri tempat.

(Bolehkah puan beritahu saya bila gunung berapi akan meletus?) Saya tak berani berkata secara terus tetapi berhati-hatilah terutama sekitar Julai dan Ogos.

(Jadi apakah langkah mencegah yang harus kita ambil?) Berhati-hati supaya tidak pergi ke negara yang ada gunung berapi kerana kita takkan sempat melarikan diri, tiada pesawat yang mencukupi. Itu saja yg perlu kita buat supaya selamat

Sementara duduk bersama penyampai Saluran Deetukwan dan tetamu, Puan Plai berikan nasihat praktikal tentang cara terselamat daripada bencana itu.

(Sekarang, siapakah yang harus semua orang puja?) Supaya semua orang terselamat daripada bencana, kecelakaan besar, orang utama ialah Buddha. Oleh sebab zaman sedang berubah, kita perlu memuja.

DAN LAIN-LAIN…

Seorang lagi peramal zaman moden yang meramalkan gempa bumi Mac dengan betul ialah prodigi muda Abhigya Anand (vegetarian) dari India yang sebut bukan sahaja Mac tetapi juga tempoh selepas itu.

Di sini, saya akan berkata bahawa 2025, terutama selepas Mac, sekitar Mac dan selepas Mac akan merupakan rangka masa yang sangat kacau-bilau, khususnya bagi situasi geologi. Kita boleh jangkakan sesuatu jenis gempa bumi berlaku, gempa bumi yang lebih kuat.

Pada 20 Mei, di saluran YouTubenya ‘Last Days’, Pastor Brandon Biggs dari Amerika Syarikat juga bercakap tentang bencana besar yang akan berlaku di Jepun dan juga tempat-tempat yang lain di seluruh dunia.

Tetapi saya beritahu anda, dengan roh Nabi, apa yang Dia beritahu saya ialah apa yang akan kita lihat – ada tekanan pada kerak Bumi. Ada sesuatu yang ganggunya di angkasa lepas. Ada sesuatu di galaksi kita yang mengganggu planet kita sekarang. Itu menyebabkan peralihan, gegaran kepada kerak Bumi kita, dengan magma, semua lava dan sebagainya. Saya beritahu anda itu gas, segala tekanan Bumi. Bagi melepaskan tekanan daripada apa yang berlaku di kerak Bumi kita,

kita akan nampak gempa bumi yang tak pernah kita lihat sebelumnya. Kita akan nampak gunung berapi yang tak pernah kita lihat sebelumnya dalam generasi ini, barangkali hingga seribu tahun. Saya tak tahu. Saya hanya tahu bahawa ini akan menjadi sesuatu yang berlaku di seluruh dunia. Gegaran di seluruh dunia. Ini bukan sahaja di Amerika tetapi juga di Jepun. Gempa bumi besar di Jepun. Gempa bumi besar di kawasan yang anda pergi ini, “Ya Tuhan!” Orang akan nampaknya dalam berita. Mereka akan sedar pada keesokan harinya. Saya nampak malah 50,000 orang di British Columbia mati. Lima puluh ribu orang ialah apa yang saya nampak. Saya nampak bilangannya. Saya nampak bangunan besar runtuh. Saya nampak pencakar langit besar runtuh. Gegaran besar!

Sudah tiba masanya utk menjadi serius. Sudah tiba masanya utk menjadi serius dan harapkan Tuhan muncul dan menunjukkan Diri dlm hidup anda. Sudah tiba masanya utk berhenti hanya berdoa di gereja, pergi, mempunyai kumpulan doa dan hanya harapkan kumpulan doa yang biasa saja. Maksud saya, biarkan Roh Kudus muncul dan berdoa melalui anda sehingga kita mengubah negara-negara.

Jangkaan masa depan bagi waktu yang selebihnya pada tahun ini nampaknya menggerunkan berdasarkan ramalan ini. Orang psikik Louise Jones dari United Kingdom ramalkan bahawa waktu kemuncak dalam pertarungan antara kebaikan dan kejahatan akan datang pada bulan-bulan musim panas.

Jadi sebenarnya ada pertarungan yang berlaku pada saat ini, di balik tabir, antara orang baik dan orang jahat. Sudah lama ini berlaku dan akan capai kemuncaknya pada tahun ini. Saya memang percaya bahawa kita akan ada tahun yang mengejutkan. Jadi saya kata Jun-Julai akan sangat penuh peristiwa, amat penuh peristiwa.

Nasib baik terdapat penyelesaian mudah yang dapat dilakukan oleh semua orang seperti yang didedahkan oleh Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita.

Tolonglah, jadi vegan saja. Kemudian segalanya akan dibaiki, stabil, kuat. Kita malah mungkin dapat mengelakkan perang dunia jika ia akan berlaku. Kita malah dapat hentikan segala gempa bumi yang lebih kuat di Jepun yang akan datang dalam beberapa bulan lagi ini. Banyak orang terus mata, peramal sudah meramalkan gempa bumi yang besar, kuat, bawa maut dengan tsunami juga kerana dasar laut sudah merekah dan ia akan menjadi lebih besar. [...]

Pada masa itu, tsunami akan datang selepas gempa bumi. Ia akan terbuka menjadi lagi besar, kemudian tsunami akan datang dan menelan segala-galanya. Pada masa itu, saya tak dapat beritahu anda apa-apa lagi Saya tak dapat buat apa-apa lagi. Tiada sesiapa yang dapat. Jika ia berlaku, ia berlaku. Sama seperti, 3-1-1 (11 Mac 2011) di Jepun sebelumnya. Itu sangat kecil berbanding dengan yang akan datang ini. Ia akan bunuh banyak orang di Jepun. Saya tak tahu sama ada Jepun akan selamat. Saya tak tahu apa lagi yang akan berlaku, bukan hanya tsunami dan gempa bumi tetapi ia akan musnahkan banyak binaan yang lain, mungkin loji kuasa nuklear, dan kerosakannya akan tiada penghujungnya. Semua air kotor dari loji nuklear akan pergi ke merata tempat, mana-mana saja di dalam sungai, di dalam laut dan meracun segala-galanya dan semua orang yang berkaitan dengannya.

Tolonglah menjadi vegan saja. Kita perlukan ‘skru’ kecil itu, 1% saja daripada seluruh projek untuk menyelamatkan planet ini secara keseluruhannya. Jika anda terus menjadi vegan selepas itu, dunia ini akan menjadi Firdaus, saya janji.

Keseriusan situasi dan penyelesaian mudah ini juga diterangkan dalam teks Jepun, Hitsuki Shinji. Melalui pengamal Shinto dan pelukis Jepun, Tenmei Okamoto (vegetarian), Tuhan telah menyampaikan mesej yang berikut.

“Aku akan lakukan pembersihan besar dengan gempa bumi, ribut petir dan hujan api. Engkau mesti sangat berhati-hati. Jika tidak, engkau takkan terselamat.” (9 Julai 1944)

“Jika orang bersihkan roh dan badan mereka, mereka juga boleh menjadi layak untuk mendapat Nasihat Tuhan, bergantung kepada kecemerlangan roh dan badan. Ia akan berkembang dengan Dewa Hitsuku atau Matahari dan Bulan (Kuni no Tokotachi no Mikoto) di Bumi. [...]” (14 Disember 1946)

Bagaimanakah kita harus memperhalus atau menyucikan diri? Hitsuki Shinji memberi nasihat bahawa bagi berbuat demikian, kita mesti hindarkan diri daripada memakan orang-haiwan, menyamakan pemakanan daging dengan kanibalisme.

Jangan makan haiwan berkaki empat. Jika tidak, engkau akan menjadi kanibal. Engkau sudah diberitahu bahawa haiwan dilahirkan daripada rumput dan pokok. Makanan untuk rakyat-Ku ialah bijirin dan sayuran. 6 Mei 1961

Seorang lagi peramal dan artis Jepun yang terkemuka, Seishi Onisaburo Deguchi (vegetarian) telah menyatakan kepentingan veganisme dalam rancangan besar pembaharuan sosial.

“Ini mesti dijadikan keutamaan pertama dalam pembaharuan sosial untuk menghentikan pemakanan daging, menyucikan roh dan membuka jalan untuk berhubung dengan Tuhan.”

Ramalan bahawa umat manusia akan beralih kepada cara hidup positif selepas waktu paling gelap boleh dijumpai dalam terbitan Mazhab Rosicrucianisme yang berakarumbikan mazhab misteri Mesir purba.

“Kami rasa akan tiba masanya umat manusia, selepas mendedahkan sebelah yg paling buruk, akan seterusnya mendedahkan sebelah yang lebih baik dan mewujudkan dunia di mana kegembiraan bukan lagi hanya suatu impian untuk dicapai tetapi suatu realiti yang dialami oleh majoriti orang. Mutasi lambat ini akan diiringi oleh perubahan besar yang akan mencerminkan tahap evolusi yang tercapai oleh umat manusia.”

“Akhirnya manusia faham bahawa planet yang mereka ada keistimewaan untuk diami ini ialah ibu mereka, dan bahawa HAIWAN YANG AMAT MEREKA SAYANGI DAN HORMATI IALAH SAUDARA LELAKI DAN SAUDARA PEREMPUAN MEREKA.”

Frasa ini mengingatkan kita tentang kata-kata tak lapuk dek zaman yang berikut daripada Kitab Suci Bible.

“Hari itu akan membawa pembinasaan syurga (langit) dengan api, dan elemen akan melebur dalam kepanasan. Tetapi mengikut janji-Nya, KITA MENANTI-NANTIKAN SYURGA BAHARU DAN BUMI BAHARU YANG TERDAPAT KEBAIKAN.” – Kitab Suci Bible

Nampaknya kita telah berada di ambang titik perubahan dalam sejarah manusia di mana kita hanya ada dua pilihan daripada Alam Semesta: sama ada berevolusi bersama dunia baharu atau mati bersama dunia lama. Untuk menjadi anggota dunia baharu, kita hanya perlu bertindak seperti manusia sejati yang penyayang dan pemurah terhadap semua makhluk, menjadi vegan! Apakah pilihan anda?
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (34/34)
1
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-10
7783 Tontonan
2
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-17
4464 Tontonan
3
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-24
4063 Tontonan
4
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-01
3653 Tontonan
5
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-08
4562 Tontonan
6
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-15
20389 Tontonan
7
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-22
3826 Tontonan
8
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-29
3833 Tontonan
9
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-05
3647 Tontonan
10
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-12
3290 Tontonan
11
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-19
3616 Tontonan
12
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-26
2897 Tontonan
13
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-02
2880 Tontonan
14
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-09
2686 Tontonan
15
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-16
4884 Tontonan
16
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-23
3164 Tontonan
17
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-02
4387 Tontonan
18
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-09
4148 Tontonan
19
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-16
2743 Tontonan
20
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-23
2690 Tontonan
21
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-30
2713 Tontonan
22
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-06
3112 Tontonan
23
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-13
2675 Tontonan
24
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-20
2640 Tontonan
25
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-27
2594 Tontonan
26
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-04
3670 Tontonan
27
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-11
2259 Tontonan
28
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-18
1773 Tontonan
29
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-25
1797 Tontonan
30
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-01
1872 Tontonan
31
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-08
1527 Tontonan
32
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-15
1887 Tontonan
33
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-22
1866 Tontonan
34
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-29
981 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-01
549 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-01
97 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-01
13 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
87 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-30
649 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-30
2069 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
762 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-29
794 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-29
63 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android