Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mahaguru Ching Hai (vegan) seorang Guru bermakrifat penuh yang baktikan seluruh hidup-Nya untuk mempromosikan gaya hidup vegan penuh belas kasihan dan mengilhami pencari kebenaran yang tidak terkira untuk bersatu semula dengan Tuhan melalui Kaedah Meditasi Quan Yin. Suatu jelmaan hidup Kasih Sayang tanpa syarat dan Belas Kasihan, Mahaguru Ching Hai (vegan) juga seorang artis luar biasa yang berkati dunia kita dengan Seni Firdausi tak lapuk dek zaman termasuk muzik, puisi, tarian, lukisan, kraf tangan, reka bentuk, masakan dan banyak lagi. Selama lebih empat dekad, ciptaan Mahaguru Ching Hai telah mengilhami banyak artis yang berbakat dan diperkenalkan dalam banyak persembahan seni yang luar biasa. Satu persembahan menarik sebegini yang bertajuk ‘Perjalanan Merentas Alam Estetik’ telah diadakan di Dewan Perlembagaan Anak Perempuan Revolusi Amerika (DAR) di Washington, D.C., Amerika Syarikat pada 27 Disember 1997. Tonjolan konsert yang menakjubkan ini ialah gabungan seni tradisional dan kontemporari yang harmoni. Yang ditampilkan ialah puisi oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) yang digubah muzik merdu oleh penggubah sanjungan ramai Âu Lạc, juga dikenali sebagai Vietnam, seperti Phạm Duy, Trần Quang Lộc dan Nguyễn Văn Tý. Sementara merenungkan puisi Mahaguru Ching Hai (vegan), penggubah terkenal Âu Lạc (Vietnam), Phạm Duy berkongsi fikiran ikhlasnya. Malam ini, kita akan alami beberapa buah lagu spiritual Mahaguru Ching Hai ini. Ini lagu-lagu pengamal spiritual. Puisi Mahaguru Ching Hai bukan sahaja untuk ‘agama’ tetapi juga melangkaui keterikatan. Ini puisi murni kehidupan spiritual yang dibawa turun ke dunia sekular. Puisi Mahaguru Ching Hai juga bercakap tentang kasih sayang. Namun begitu, kasih sayang di sini bukan sahaja kasih sayang duniawi tetapi juga penuh dengan kasih sayang mistik Bulan dan bintang. Puisi Mahaguru Ching Hai menunjukkan kepada kita bahawa kegembiraan dan Syurga ada di depan mata kita juga! Kasih sayang ada dalam hati kita, dlm semua orang dan di Alam Semesta. Selain itu, konsert yang memberi ilham ini juga menampilkan lagu tak lapuk dek zaman yang dipersembahkan oleh artis yang disukai dan terkenal, termasuk David Arkenstone, Bạch Yến, Duy Quang, Thanh Lan, Thái Hiền, Ý Lan, Tuấn Cường, Dalena Morton, Ái Vân, Kiều Hưng dan banyak lagi bersama dengan persembahan yang impresif oleh keluarga Nguyễn Đình Nghĩa. Dengan rasa terima kasih dan kagum, Mahaguru Ching Hai (vegan) juga menzahirkan penghargaan ikhlas-Nya kepada para artis: Terima kasih banyak-banyak. Itu saja yang boleh saya katakan. Saya sangat bertuah pada Krismas ini bersama dengan tokoh, artis yang begitu hebat dan genius yang berbakat pada zaman kita. Katakan kalian bertemu dgn Beethoven atau Mozart pada masa itu, akankah kalian hampir pengsan? Ini artis agung zaman moden kita. Ucaplah terima kasih kepada mereka sekali lagi untuk saya. Sangat menakjubkan, sangat menakjubkan. Terima kasih banyak-banyak. Konsert ini ialah pengalaman seni yang unik, beri hormat kepada artis yang berbakat dan peluang yang bererti untuk menzahirkan penghargaan kepada veteran yg terpengaruh oleh peperangan. Pada hari yang mulia ini, Mahaguru Ching Hai (vegan) memberi sumbangan sebanyak AS$100,000 kepada Dana Kanak-Kanak Vietnam dan AS$100,000 lagi untuk menyokong veteran Amerika yang dalam kesusahan. Malam muzik yang tidak dapat dilupakan ini ialah keharmonian sebenar muzik dan jiwa di mana Kebenaran, Kebaikan dan Kecantikan melangkaui batas dan menaikkan setiap roh. Kami dengan mesra menjemput anda sertai kami untuk Bahagian 1 konsert istimewa ini.