Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Makan Mengikut Karma Anda, Bahagian 2 daripada 6

2024-06-14
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi jika anda nak benar-benar menjauhi penderitaan selama-lamanya dan pergi ke alam yang lebih tinggi, nikmati kebahagiaan, kegembiraan dan Pembebasan sebenar, maka kamu perlu melepasi Tiga Alam tak nampak dari Alam Astral ke Alam Brahma. […] Jika anda temui Guru sebegini dan peringkat anda masih terlalu rendah, contohnya, anda dapat capai Alam Ketiga saja, tidak melepasinya – tak mengapa. Jika Guru anda benar-benar bermakrifat dan seorang Guru sebenar yang berkuasa, Dia tetap dapat terus berkati anda dan mengajar anda sehingga anda menaik melepasi Tiga Alam yang boleh musnah. […]

Apa-apa mudarat yang boleh anda elak lakukan terhadap orang lain, itu banyak membantu anda. Itu akan bawa pahala kepada anda. Itu akan bersihkan karma anda. Tetapi itu bukan cara untuk pembebasan sepenuh, Peringkat Buddha, pulang ke Rumah kepada Tuhan atau bersatu dgn Tuhan. Hayat demi hayat, kita ambil dan beri drpd makhluk-makhluk yang berlainan dalam banyak hayat kita. Pemberian dan pengambilan ini masih perlu diteruskan dalam hayat ini. Jadi apa-apa yang anda rasa anda mampu ambil, seperti makanan, pakaian, bersederhanalah saja. Tetapi jangan memaksa diri. Jangan melampau. Jika saya perlu, atas sesuatu sebab, makan lebih daripada satu kali sehari, saya akan perlu, mengikut karma. Kadangkala terlalu banyak karma pada satu-satu masa, terlalu banyak. Saya perlu buat apa yang perlu saya buat.

Tapi mengapa saya lebih suka satu hidangan sehari? Contohnya, dalam suluk tiga bulan, saya makan itu saja: bijan, nasi perang, garam dan air – tiada apa-apa lagi, buah-buahan atau apa-apa yang lain pun tidak. Hanya kerana lebih mudah untuk hidup macam itu dan kita masih boleh hidup. Dan semasa bersuluk, lebih sukar untuk suruh orang terus membawa makanan kepada kita kerana kita mahu berada dlm ketenangan, kesunyian, kesenyapan; berseorangan, bertafakur pada kekayaan spiritual dalaman; menjadi dekat dengan Tuhan, bersatu dengan Tuhan. Jadi setiap kerumitan yang disebabkan oleh makanan atau pakaian lebih baik dielakkan tetapi ini tak bermakna dilarang.

Tapi jika saya perlu makan lebih banyak drpd sehari sekali dgn Kehendak Tuhan, perintah Syurga atau karma dunia, saya akan buat begitu. Saya tidak berpaut pada satu atau banyak hidangan sehari. Apa-apa pun Kehendak Tuhan, saya akan lakukannya. Sekarang, jika anda rasa Tuhan mahu anda makan sehari sekali, dah tentu – jika Tuhan beritahu anda atau jika anda berfikir secara intuitif itu cara anda harus jalani kehidupan anda, maka cubalah. Tapi berhati-hatilah dan sentiasa perhatikan sama ada badan, minda, mental, fizikal, emosi, psikologi, intelek anda dan sebagainya boleh tahan dengan apa yang anda lakukan. Jika tidak, mungkin anda memudaratkan diri sendiri.

Sesetengah orang juga bertindak secara ekstrem, seperti menjadi breatharian, dengan atau tanpa Guru. Sesetengah daripada mereka kehilangan nyawa, malangnya. Anda perlukan badan fizikal ini untuk terus menjalankan amalan yang diajarkan oleh Guru supaya anda akan capai alam yang semakin tinggi di Syurga sementara masih hidup di dunia ini, supaya anda dapat membebaskan diri sendiri, sangat banyak generasi anda dan juga berkati persekitaran anda, berkati dunia pada masa yang sama. Oleh itu, tempoh amalan spiritual anda sangat penting. Jangan cuba memendekkan hayat anda dengan sebarang impian, campuran herba atau pemikiran berdelusi, contohnya menjadi orang zahid akan bawa pembebasan kepada anda. Tidak, tidak. Anda perlu lakukannya dgn cara yg betul, apa-apa saja yang anda dilahirkan untuk lakukan.

Meditasi pun – bukan sebarang meditasi membawa pembebasan kepada anda. Saya telah perhatikan seluruh dunia. Orang bermeditasi dgn segala jenis cara, segala jenis benda. Kebanyakan daripada mereka ada kaedah yang salah daripada guru yang lebih rendah dan tak dapat melepasi Alam Ketiga. Guru yang tak betul, berperingkat rendah boleh mudaratkan anda dalam byk aspek, bukan sahaja dari segi rohani!!! Jika anda tak dapat melepasi Alam Ketiga, ini bermakna anda akan perlu kembali ke badan fizikal, hidup fizikal, sama ada di planet ini atau planet lain di Alam Semesta. Ini adalah menyedihkan, banyak syaitan ghairah atau syaitan astral malah menyamar sebagai paderi atau biksu dan biksuni, guru spiritual dan menyesatkan sangat banyak orang untuk pergi ke jalan kerohanian yang lebih rendah. Saya lihat itu dan rasa sangat sakit hati. Tapi apa-apa pun karma yang anda ada, itu caranya anda akan teruskan dengan hidup anda kecuali keajaiban berlaku, anda menemui Guru bermakrifat dan mendapat kaedah meditasi spiritual yang sebenar, selamat, terjamin untuk bawa anda menuju Pembebasan sebenar di atas Tiga Alam.

Kita boleh kata Empat Alam sebenarnya apabila termasuk dunia manusia. Dunia manusia, Alam Astral, Alam Sebab Akibat dan Alam Brahma – semua Alam ini akan musnah suatu hari nanti. Dalam istilah agama Buddha, Buddha memanggilnya “Tiga Alam”, bermakna dunia fizikal kita yang dapat kita lihat, sentuh, dengar tidak termasuk. Ia berbeza. Tiga Alam yang lain, seperti Alam Astral, Sebab Akibat dan Brahma tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kadangkala anda dapat lihatnya, bergantung kepada karma dan hubungan spiritual hayat lampau anda. Tetapi kebanyakan orang tak nampak Tiga Alam ini. Ini ialah Tiga Alam yang perlu anda lepasi untuk mendapat pembebasan. Ini bermakna anda tidak lagi kembali ke dunia fizikal ini atau dunia fizikal lain di mana-mana pun – sama ada menjadi manusia, orang-haiwan, pokok, tumbuhan, apa-apa saja, malah syaitan, hantu atau makhluk neraka. Jadi jika anda nak benar-benar menjauhi penderitaan selama-lamanya dan pergi ke alam yang lebih tinggi, nikmati kebahagiaan, kegembiraan dan Pembebasan sebenar, maka kamu perlu melepasi Tiga Alam tak nampak dari Alam Astral ke Alam Brahma.

Sangat sukar bagi anda benar-benar temui Guru untuk memimpin anda melepasi Alam Ketiga. Jika anda temui Guru sebegini dan peringkat anda masih terlalu rendah, contohnya, anda dapat capai Alam Ketiga saja, tidak melepasinya – tak mengapa. Jika Guru anda benar-benar bermakrifat dan seorang Guru sebenar yang berkuasa, Dia tetap dapat terus berkati anda dan mengajar anda sehingga anda menaik melepasi Tiga Alam yang boleh musnah. Tetapi dengan kezahidan, anda tak dapat sampai ke sana, memang. Anda perlukan hati yang murni, bertekad. Jika anda dapat, tetap sangat sukar kerana sementara anda amalkan itu, anda juga akan dicemari oleh orang lain di sekeliling anda. Tenaga mereka, karma mereka, hubungan mereka dengan anda akan bawa kesusahan kepada anda dan tidak membolehkan anda menaik ke alam yang lebih tinggi kecuali anda sudah berhubung dengan alam yang lebih tinggi, seperti melalui Kaedah Quan Yin yang saya transmisikan kepada anda. Itu Bunyi langsung yang betul ke alam yang lebih tinggi. Anda pergi dengan perlahan, dgn cepat, terpulang kepada anda. Tetapi itu hubungan langsung ke alam yang lebih tinggi. Anda pasti akan capai Pembebasan – terjamin – atau malah menjadi Buddha dalam hayat ini jika anda benar-benar begitu tinggi, begitu suci dan telah beramal selama beribu-ribu eon sebelumnya tanpa hasil.

Orang-haiwan pun jalankan amalan spiritual juga. Sesetengah orang ular bermeditasi juga. Mereka beramal dengan baik sekali, rajin sekali, kemudian dapat menjadi manusia atau membuat diri muncul sebagai manusia untuk tempoh yg singkat atau selama-lamanya. Tetapi itu berbeza – beramal hanya untuk menaik dari satu peringkat spesies ke peringkat lain – bukan untuk berada di Syurga yang lebih tinggi, mendapat pembebasan, menjadi Buddha atau bersatu dengan Tuhan – itu jalan tertinggi yang boleh anda hasratkan. Seperti dalam Kaedah Quan Yin, anda berhubung secara langsung dengan alam setinggi mungkin. Anda boleh capai mana-mana peringkat Jalan itu. Ini bergantung kepada karma, karma hayat lampau, amalan spiritual, keikhlasan, kesucian anda dan berkat semua Syurga yang sentiasa cuba menjaga anda.

Jika anda beramal berseorangan, bukan seorang Guru, itu agak senang. Apa yang perlu anda buat hanyalah menerima inisiasi daripada Guru dengan hati yang ingin sekali pulang ke Rumah, ingin sekali mengenali Tuhan. Maka anda akan mendapat itu akhirnya, pasti, terjamin, 100% benar dan pasti. Sebarang kaedah yang lain juga bergantung pada Guru yang telah capai peringkat yang lebih tinggi atau tidak. Dalam Kaedah Quan Yin pun, jika seseorang belajar separuh jalan saja – separuh masak atau sedikit saja dan ingat itu saja kerana dia tak nampak kerja dalaman Guru sebelum dan selepas itu, dan pada waktu inisiasi, tidak lebih banyak daripada komunikasi senyap, transmisi senyap – kononnya anak murid tetap akan menerima Cahaya Syurga dalaman dan Firman Syurga dalaman, atau kita panggilnya Bunyi, atau panggilnya Getaran.

Maksud saya, dalam badan fizikal pun, anda dapat lihat Syurga, dapat dengar Firman Tuhan, Getaran Sfera dan anda akan rasa makin hari makin bermakrifat dan juga semakin selesa di dunia fizikal. Ini kerana Guru berikan kuasa spiritual kepada anda secara beransur-ansur sehingga anda membesar dan selamat di Alam Syurga. Jadi jangan cuba bergantung kepada kezahidan saja untuk mencapai matlamat anda. Tidak. Jika anda amalkan Kaedah Quan Yin, anda tidak perlukan itu.

Lama dahulu, seorang Guru Zen China (Nanyue Huairang) melihat anak murid-Nya (Mazu Daoyi) duduk di atas lantai di tokong dan cuba bermeditasi dengan apa-apa saja caranya. Beliau menggilap bata di depannya. Dia tanya-Nya, “Apa yang kamu buat ini?” Dia kata, “Saya cuba membuat cermin.” Dia kata, “Kamu tak dapat membuat cermin daripada bata ini tidak kira berapa lama kamu menggilapnya.” Jadi Beliau (Nanyue Huairang) beritahu dia, “Sama juga – duduk di sana takkan bawa makrifat kepada kamu.” Hanya duduk di sana, tidak. Kerana Beliau tahu bahawa ada cara untuk makrifat, jalan makrifat. Anda perlu mengikut jalan itu. Jika tidak, anda takkan capai kemajuan yang anda mahukan, atau mengambil masa banyak ribu tahun atau banyak eon sehingga anda menemui jalan yang betul. Anda hanya berlari di dalam bulatan, di dalam jalan berselirat. Ini sukar untuk memberitahu orang luar jika mereka tiada pengalaman dalaman seperti anda. Jadi saya hanya bercakap dengan anda, sebenarnya, hanya utk ingatkan anda tentang perkara.

Photo Caption: Mengalu-alukan di Tempat yang Tidak Dijangkakan!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/6)
1
2024-06-13
3266 Tontonan
2
2024-06-14
2625 Tontonan
3
2024-06-15
2346 Tontonan
4
2024-06-16
2071 Tontonan
5
2024-06-17
2255 Tontonan
6
2024-06-18
1964 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android