Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia Bunuh yang Menggerunkan di Antara Jurang Karma, Bahagian 3 daripada 3

2023-10-17
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya tahu kita juga berdoa untuk Keamanan Dunia, Vegan Sedunia tetapi yang paling penting adalah berdoa untuk diri sendiri, keluarga, orang tersayang yang telah meninggal, saudara-mara dan kawan anda kerana jika tiada sesiapa pun yang berdoa untuk mereka, mereka akan selama-lamanya terawang-awang atau berada di peringkat astral rendah yang penuh dengan bahaya, penuh dengan roh tersesat dan makhluk ganas. Mereka akan sentiasa alami kelaparan dan kedahagaan, tiada apa-apa pun untuk dimakan, tiada apa-apa pun untuk diminum, tiada tempat untuk pergi. Tolong berdoa. Saya tahu peperangan dahsyat tetapi berdoa agar peperangan berhenti pun tidak sepenting berdoa untuk roh anda.

Oh, Tuhan yang dikasihi, aku berdoa kepada Engkau setiap hari. Tolonglah. Aku tak sentiasa ada masa yg mencukupi untuk berdoa. Engkau tahu akan itu. Aku sibuk dgn 10,000 kerja untuk dibuat. Aku berdoa pada bila-bila boleh tetapi dengan segala keikhlasanku. Tolong bantu manusia. Tolong bantu semua makhluk di planet ini – sekurang-kurangnya planet ini jika bukan semua planet yang lain. Tolong bantu mereka, tolonglah.

Walaupun Engkau sentiasa hantar Anak Lelaki, Anak Perempuan-Mu untuk datang ke planet ini, contohnya Nabi Isa, Buddha, Guru Nanak Dev Ji, Nabi Mahavira, Nabi Muhammad SAW, Nabi agama Bahá’í dan sebagainya... – moga-moga Tuhan beri kesejahteraan ke atas Mereka – sama ada Mereka akan lahir semula di Bumi ini atau mana-mana planet yang lain untuk bantu anak-Mu yang menderita, tolonglah, jangan biarnya berlaku lagi. Jangan biarkan orang menyalib Mereka, bunuh Mereka, menyeksa Mereka dengan sebarang cara. Tolonglah. Mereka ialah Anak Lelaki dan Anak Perempuan-Mu. Mereka hanya buat kerja-Mu, patuhi Rukun-Mu dan buat apa-apa saja yang boleh dengan sedaya upaya di dunia fizikal yang begitu banyak menindas, begitu terhad, begitu banyak mengurung, begitu sukar bagi Mereka membuat kerja Mereka. Tolonglah, Tuhan, jangan lupakan Mrk. Terus memperkasakan Mereka dalam bentuk fizikal dan dengan kuasa spiritual supaya Mereka dapat terus membuat kerja Mereka selama badan fizikal benarkan Mereka.

Begitu banyak Anak Lelaki dan Anak perempuan-Mu telah dibunuh, diseksa, dicabuli dan diganggu dengan begitu banyak cara. Oh, tolonglah, tolonglah! Tolong pegang tangan Mereka, bantu Mereka. Lebih-lebih lagi, tolonglah semua anak-Mu supaya mereka boleh sedar dan ingat akan nama-Mu, ingat akan kuasa-Mu, ingat akan hubungan-Mu dengan mereka. Kerana semua Anak Lelaki dan Anak Perempuan-Mu sudah turun ke sini, cuba sedaya upaya. Masih ada sesetengah roh tua yang belum berhubung dengan diri sendiri, dengan Diri kuasa Tuhan mereka, dgn Engkau, Tuhan Yg Maha Berkuasa.

Okey, semua kawan saya di planet ini, tolong terus berdoa. Jika anda tidak tahu mana-mana Guru yang cukup bermakrifat untuk membantu anda atau mendapat kepercayaan anda, tolong berdoa dengan khusyuk, berdoa pada setiap saat, setiap minit anda lapang daripada kerja, daripada beban, daripada kerisauan, daripada sebarang tanggungjawab anda. Berdoalah saja. Berdoa seperti anda perlu bernafas, seperti berada di dalam air dan perlu keluar dari air; seperti anda lapar, seperti anda dahaga dan sangat memerlukan makanan. Tolong berdoa dgn segala kekuatan anda, sepenuh hati, tolonglah. Itu segala senjata yang anda miliki kerana jika tidak, syaitan akan mengambil alih hidup anda, mengawal roh anda, minda anda dan anda tak dapat melepaskan diri. Anda akan buat apa yg mereka mahukan. Kemudian anda akan menjadi seperti mereka atau orang bawahan mrk. Anda akan jadi macam itu selamanya. Kemudian anda akan ditangkap dan dihukum selama-lamanya juga.

Saya tahu kita juga berdoa untuk Keamanan Dunia, Vegan Sedunia tetapi yang paling penting adalah berdoa untuk diri sendiri, keluarga, orang tersayang yang telah meninggal, saudara-mara dan kawan anda kerana jika tiada sesiapa pun yang berdoa untuk mereka, mereka akan selama-lamanya terawang-awang atau berada di peringkat astral rendah yang penuh dengan bahaya, penuh dengan roh tersesat dan makhluk ganas. Mereka akan sentiasa alami kelaparan dan kedahagaan, tiada apa-apa pun untuk dimakan, tiada apa-apa pun untuk diminum, tiada tempat untuk pergi. Tolong berdoa. Saya tahu peperangan dahsyat tetapi berdoa agar peperangan berhenti pun tidak sepenting berdoa untuk roh anda.

Anda juga boleh berdoa agar peperangan berhenti tetapi tahulah bahawa sementara saya bercakap dengan anda, setiap hari, 200,000, lebih kurang, janin dibunuh hidup-hidup di dalam rahim sesetengah wanita di planet kita. Setiap minit, anda boleh kira berapa banyak nyawa dibunuh, diragut di dalam rahim dengan begitu saja. Mereka tak dapat meminta tolong pun. Tuhan hantar mereka kepada kita untuk bantu kita, orang suci ini, untuk tempoh masa ini. Ya Tuhan.

Jadi lihatlah, peperangan di Ukraine (Ureign), kita berkata bahawa bilangannya adalah 250,000 atau 300,000 orang Rusia yang terkorban dalam peperangan, belum kata lagi askar Ukraine (Ureign) yang mati juga, belum kata lagi menjadi cacat, tercedera atau hilang upaya sepanjang hidup. Mereka tak dapat buat apa-apa lagi untuk hidup, negara atau keluarga mereka. Ini hanyalah angka beberapa ratus ribu tetapi kita dah terkejut. Kita begitu sakit hati dan berdoa. Kita dah pergi ke jalanan utk memprotes, menyuarakan kesakitan hati kita.

Bayangkan, setiap hari, 200,000 mati tanpa bersalah sebelum menyedut nafas hidup pun. Mereka mati dalam kegelapan di dalam rahim, mati tanpa sesiapa berdoa untuk mereka atau bersimpati dengan mereka pun. Kemudian mereka terpaksa pergi dan terawang-awang. Mereka tak dapat buat apa-apa, menjadi seperti orang koma tetapi sedar akan segalanya di sekeliling mereka – tentang hidup mereka, nasib mereka, kesengsaraan mereka.

Sesetengahnya bertuah atau ada lebih banyak pahala dan boleh melekat di sisi ibu bapa, wanita, ibu yang membunuh mereka. Kadangkala ini juga buat hidupnya penuh sengsara, secara sedar atau tak sedar, dan banyak kejadian buruk akan berlaku kepada ibu itu juga disebabkan oleh roh yang meraung, tak dapat sentuh ibu mereka pun tetapi berada di sisi sepanjang masa, cuba berhujah dengan dia, cuba bercakap dgn dia tetapi sia-sia saja. Ada banyak kejadian yang boleh berlaku apabila roh mati: berkeliaran, terapung-apung tanpa hala tuju, meraung, lapar, dahaga, panas, sejuk. Tiada sesiapa yang peduli, yang tahu. Mereka akan naik marah, kemudian akan membalas dendam terhadap manusia dengan sesuatu cara. Atau buat perangai dan menimbulkan kekacauan di rumah terbiar atau rumah berhantu dan biar manusia tidak tinggal dengan tenang di tempat sebegini, atau akan jatuh sakit atau alami kemalangan jika tinggal di kawasan sebegini atau di dalam rumah sebegini.

Excerpt from “I had an abortion, and the guilt and shame almost killed me” by Thir.st – Sept. 27, 2017, June Bai: Selepas terjaga, saya terasa macam, “Wau, okey, masalah ini telah hilang! Hidup boleh kembali normal sekarang.” Jauh di lubuk hati, saya tahu bahawa saya telah bunuh anak saya, telah mengambil nyawa anak saya. Sakit hati, luka hati dan segalanya mula muncul. Saya tidak jangkakan pengguguran ini merosakkan hidup saya macam ini. Selama ini, saya nak menjadi seorang ibu yang baik tapi buat kali pertama dalam hidup saya, saya terasa macam saya pendosa yang paling teruk di Bumi, meragut nyawa anak saya ketika dia lemah dan tak dapat pertahankan diri. Saya sepatutnya menjadi orang yang melindungi dia ketika dia di dalam rahim saya.

Excerpt from “Coping After an Abortion and Finding Hope Instead | Seize This Pro-Life Moment” By Focus on the Family – June 1, 2022, Elise: Saya masih ingat berbaring di atas meja, menghadap ke siling. Saya ada satu titis air mata yang terus mengalir ke bawah pada garis rambut. Saya masih ingat terasa betapa panasnya itu. Itu air mata terakhir yang saya alirkan selama bertahun-tahun. Saya bayar untuk kematian masuki badan saya dan ia masuk. Dari segi fizikal, ya, tetapi juga dari segi emosi dan rohani, saya telah mati sepenuhnya di dalam. Saya jadi semakin suka mengelar diri. Saya mula minum lebih banyak arak. Saya jauh lebih cuai dengan badan saya. Saya mendapati diri saya hamil lagi lepas setahun. Saya terdengar diri saya lakukan apa yang saya tak nak lakukan, iaitu menelefon klinik sama yang saya telah sumpah takkan melangkah masuk lagi, dan bersetuju dengan tarikh, masa, harganya dan sebagainya. Saya tetapkan pengguguran sekali lagi lepas setahun.

Excerpt from “The Spiritual Warfare Reality in Abortion” by EWTN – Nov. 3, 2017, The Reverend Monsignor Charles Pope: Kita dah ada bukti yang sangat konsisten sekarang – daripada bercakap dgn pengusir hantu dan mereka yang terlibat dalam jenis-jenis kerja penyelamatan yang berlainan – bahawa bekas klinik pengguguran atau tempat di mana pengguguran dilakukan ialah tempat ditunggui syaitan yang sebenar. Selalunya banyak syaitan menunggui sana. Mereka yang terlibat dalam pengguguran dan sebagainya juga sering mendapati diri mereka benar-benar disasarkan. Kerana sampai tahap tertentu, walaupun mereka telah pergi dari situ, syaitan masih berfikir bahawa dia telah mencengkam mereka dan sekarang takkan melepaskan dengan begitu senang. Jadi kita terdengar bahawa banyak orang yang menjalani, memerlukan pengusiran hantu, pada satu ketika dahulu terlibat dalam pengguguran dengan sesuatu cara, sama ada menjalaninya atau dibayar utk jalankannya dan sebagainya.

Ada banyak perkara. Saya boleh tulis sepuluh juta buah buku tentangnya. Saya tak dapat gambarkan semua perkara di Alam Semesta kepada anda, segala perkara ganjil, perkara menyedihkan ini – kejadian tak diingini di merata tempat di planet ini. Apalagi mengenai segala keajaiban, ketakjuban dan berkat daripada Syurga dan Tuhan.

Semua Guru yang datang ke Bumi sentiasa beritahu segala perkara yang hampir sama: bahawa kita perlu bersifat baik. Kita perlu hindari pembunuhan, hindari apa-apa saja yang tidak betul, tidak benar. Tetapi manusia tak dengar. Lagi banyak kita tak dengar kata-kata Guru lagi banyak kita berada di bawah pengaruh syaitan negatif, iblis, hantu, goblin atau sesiapa saja yang tidak baik utk kita, bukan di sebelah Positif Alam Semesta, dan kita menderita. Kita terus menderita tanpa penghujung dalam hidup ini dan hidup selepas mati, sama ada di neraka, terawang-awang atau berada dalam situasi tersesat tanpa kesudahan dan tak dapat keluar. Sesetengahnya dapat tetapi jarang kerana kuasa negatif akan mengawal semua itu selepas kita telah hilang kawalan ke atas roh kita, maka kita tak berdaya, tiada harapan lagi.

Oh, Tuhan yang dikasihi! Saya boleh bercakap selama-lamanya tetapi saya tak dapat. Ia begitu banyak menyakiti saya. Setiap hari, saya perlu lihat segala kesakitan, penderitaan dan seksaan di planet manusia, orang-haiwan, pokok tak berdosa dan sebagainya ini. Ya Tuhan. Batu pun ada perasaan, percayalah. Cuma mereka tak berdaya dan juga tak layak untuk buat apa-apa dalam status hidup mereka. Ya Tuhan, tolonglah! Saya berharap, berdoa agar saya dapat bercakap dengan anda lagi.

Tolong jaga diri baik-baik. Tolong sentiasa berdoa dengan sedaya upaya. Tolonglah, meskipun anda tak percayai saya, berdoa takkan memudaratkan anda! Ia akan membantu anda. Sekurang-kurangnya anda akan rasa segar sikit selepas berdoa. Anda tak perlu percayai saya untuk berdoa. Hanya berdoa kpd Yang Maha Berkuasa, bukan mana-mana tuhan kecil, bukan sebarang nama Tuhan. Berdoa kepada Tuhan Maha Berkuasa yang tak bernama. Memuja Tuhan. Memuja Yang Maha Berkuasa saja. Jika anda tak tahu mana-mana Guru sekarang yang boleh anda percayai, berdoalah kepada Guru silam yang anda tahu, bersifat baik, suci dan berbelas kasihan. Berdoa kepada Nabi Isa, Guru terkini. Berdoa kepada Guru terkini, semua Guru secara umumnya, Santo dan Orang Suci, dan memuja Tuhan Yang Maha Berkuasa saja Tiada orang lain lagi. Memuja Tuhan Yang Maha Berkuasa saja Tiada orang lain lagi. Meskipun Mereka beri sesuatu kpd anda, anda berterima kasih kepada Mereka tetapi lebih-lebih lagi, bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tolonglah.

Saya begitu risau tentang anda semua dan hati saya sakit untuk anda semua. Saya memang kasihi anda. Bukan kasih sayang manusia – itu kasih sayang berbeza yang tak dapat saya gambarkan, dan juga daripada manusia kepada manusia. Saya memang kasihi anda, umat manusia di planet ini. Saya kasihi semua orang-haiwan juga dan semua makhluk yang lain di dunia ini. Walaupun anda memanggil mereka sebagai makhluk tak berperasaan, namun mereka memang berperasaan dan saya kasihi mereka semua juga. Saya tak pernah berdoa utk diri sendiri. Saya hanya berdoa untuk anda semua. Jika saya berdoa untuk diri sendiri, itu “Tolonglah aku menjadi lebih kuat. Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Paling Dikasihi, Yang Paling Dipuja, Yang Paling Boleh Diharap, tolonglah aku menjadi lebih kuat untuk membuat kerja-Mu, menjalankan tugas-Mu.” Itu saja.

Tolonglah, minta Tuhan Yang Maha Berkuasa supaya mengampuni anda dan memuja Dia, berdoa kepada Dia. Sampaikan kasih sayang anda kpd Dia – segala kasih sayang yang dapat anda kumpulkan, segala keikhlasan yang dapat anda kumpulkan, segala rasa terdesak yang dapat minda anda percayai, segala keikhlasan yang dapat anda kumpulkan. Berdoa kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa. Memuja Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tiada orang lain lagi. Baiklah. Itu saja buat masa ini. Semoga anda semua bertuah dalam Rahmat, Belas Kasihan dan Berkat Tuhan. Amin. Kasihi anda semua.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  3 / 3
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android