Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia Bunuh yang Menggerunkan di Antara Jurang Karma, Bahagian 2 daripada 3

2023-10-16
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tetapi karma manusia yang membangkitkan, mempengaruhi, membuat, mewujudkan dan menggoda manusia utk berbuat jahat tetap begitu besar, begitu banyak sehingga seluruh angkasa pun boleh ditutupinya. Jadi tolonglah bertaubat. Menebus dosa, bertaubat, berdamai di mana-mana saja boleh dan sentiasa berdoa – berdoa untuk diri sendiri, untuk roh anda mendapat pembebasan daripada segala kegelapan ini, dari semua alam dahsyat yang sangat dekat dengan planet kita, mengelilingi planet ini dan boleh menelan planet ini. Begitu banyak syaitan masih berada di alam itu.

Ahli sihir ini ada kuasa sebegini dan begitu senang bagi mereka bunuh sesiapa saja tanpa mengelipkan mata. Mereka gunakan sihir dan cara fizikal untuk bunuh sesiapa saja yang tidak menyenangkan mereka, menentang atau boleh membahayakan mereka. Seperti mereka tahu sesuatu yang mereka lakukan – dosa, jenayah, mereka lakukan – kemudian orang ini mungkin beritahu seseorang atau pihak berkuasa, maka mereka akan hapuskan orang itu dulu. Kemudian ia menjadi suatu tabiat. Mereka suka membunuh. Mereka menjadi jenis orang yang sadis. Mereka tahu dan mengelakkan hukum karma juga, jadi mereka boleh buat apa-apa saja yang mereka mahu.

Tapi saya beri amaran kpd anda semua yang berada dalam kategori ahli sihir jahat ini bahawa cepat atau lambat anda akan ditangkap. Seperti Mereka dah tangkap salah satu daripada anda dan roh orang ini tahu akan itu. Kerana dia memudaratkan seseorang yang suci, bersih, murni dan berbakti kepada Tuhan. Bukan saya. Orang lain. Anda nak memudaratkan suami anda juga. Anda ingin menjalin hubungan sumbang mahram dengan anak anda yang tidak mahu. Tetapi jika dia datang kepada anda, anda akan cuba gunakan segala jenis benda, ubat atau apa-apa saja untuk dapatkan apa yg nafsu berahi anda arahkan kerana anda telah menjadi biasa dengan menang.

Saya hanya nak melindungi suami anda. Saya buat apa yang boleh kerana anda nak bunuh dia. Anda tak boleh bunuh sesiapa saja yang anda syaki atau rasa menentang anda. Bukan macam itu. Ada Hukum Alam Semesta. Anda tahu akan itu. Hentikanlah semua ini. Okey? Mana tahu, mungkin saya dapat bantu anda, selamatkan anda. Saya memang tak pernah anggap suami anda sebagai apa-apa tetapi hanya budak yang sangat baik walaupun dia dah tua sangat. Saya tiada di sana pun. Jadi berhentilah cuba memudaratkan atau membunuh dia. Jika tidak, anda akan tak boleh ditebus.

Tiada orang yang tahu akan rahsia tentang empat orang kekasih dan enam orang anak anda yang bukan anak suami anda. Tapi jaga-jaga, jika Syurga beritahu. Jadi anda hentikanlah segala keganasan kejam ini terhadap sesiapa saja yang dekat dgn anda, okey? Termasuk anak anda, hanya kerana mereka menolak anda – menolak pendekatan penuh nafsu anda. Ya Tuhan.

Anda, ahli sihir jahat, bunuh orang tetapi hukum tak boleh buat apa-apa kerana tiada kesannya. Adalah senang untuk gunakan jenis kuasa sihir itu tetapi cepat atau lambat, ‘mahkamah tinggi’ lain, kononnya pelindung dunia tinggi yang lain akan jumpai anda dan anda takkan nampak Matahari lagi. Anda takkan ada sebarang hidup yang anda tahu. Anda akan dilarang selama-lamanya dalam kegelapan, alami apa-apa saja yg telah anda lakukan terhadap orang lain secara berulangan, tak henti-henti. Walaupun undang-undang dunia ini tidak menghukum anda kerana tiada bukti, Hukum Alam Semesta akan buat begitu. Anda boleh pasti bahawa itu akan sangat, sangat berat.

Saya nak menyelamatkan anda, menyelamatkan anda juga tetapi Syurga tidak benarkan, semua pelindung tidak benarkan. Saya rasa sangat bersimpati dalam hati. Saya tak pernah mahu sesiapa alami hukuman ini. Ada dunia yang dipanggil ‘Dunia Hukum’. Pelindung ini dan pelindung lain, pelindung khas, sama seperti pasukan polis khas atau unit tentera khas, mengkhusus dalam mencari penjenayah yang terlepas daripada undang-undang seperti anda ini dan banyak orang seperti anda yang lain. Cepat atau lambat, nasib anda akan ditetapkan: dalam kegelapan selama-lamanya, di neraka khas dahsyat yang tiada sesiapa pun boleh masuk untuk bantu anda. Tiada sesiapa pun yang pernah dengar tentangnya. Tiada sesiapa pun yang akan tahu di mana itu. Hanya anda dan hukuman yang akan dikenakan terhadap anda selama-lamanya. Oh! Hanya memikirkan itu, hati saya mengecut. Saya rasai kekejangan dalam badan saya dan salur darah saya malah nak berhenti mengalirkan darah. Dahsyatnya ini.

Ya Tuhan, tolonglah. Dunia ini tak perlu wujud macam ini. Tolong jangan biarkan sesiapa mencipta dunia sebegini lagi, tidak kira siapa dia. Oh, manusia yang dikasihi! Ada sesetengah entiti seperti malaikat ingkar, makhluk bawahan dan sebagainya yang wujudkan semakin banyak tenaga buruk dari mana makhluk lain akan dilahirkan. Mrk akan tak berhati perut, tak bermoral, tak bersifat Tuhan, tak berperasaan. Mereka memang tak berperasaan. Mereka tak berperasaan, jadi buat apa-apa saja tanpa sebarang perasaan apabila mencederakan makhluk lain – makhluk tak berdosa dan lemah seperti manusia yang tak bermakrifat, tak berhubung dengan diri Suci dalam diri mereka. Itu bagaimana ia berlaku.

Kepada ahli sihir itu, ahli sihir hitam jahat yang berbuat begitu banyak mudarat itu: Saya tidak cintai suami anda. Anda dah silap. Saya hanya bersimpati dengan orang itu. Dia anak murid saya. Saya perlu melindungi dia. Itu tanggungjawab saya. Kasih sayang saya terhadap dia bukanlah nafsu kotor yang anda ada. Dia seorang lelaki yang tak berdosa, taat kepada Tuhan, baktikan diri kepada meditasi, bekerja keras sepanjang hidup dan mempercayai anda. Dia bekerja keras sepanjang hidup untuk menjaga anda dan enam orang anak yang bukan anaknya tetapi dia takkan tahu. Dia menjaga mereka dan menyayangi mereka seperti anak sendiri. Dia takkan tahu bahawa mereka bukan anaknya. Semoga rohnya diberkati. Orang sebegini begitu dekat dgn Tuhan. Jika anda nak memudaratkan dia, Tuhan akan hamburkan diri anda ke semua arah di Alam Semesta selama-lamanya. Anda takkan tahu macam mana rupanya wujud. Ya Tuhan.

Orang yang begitu tak tahu malu, tak rasa sesal, tak berperasaan spt anda, memang, seperti yg Syurga beritahu saya. Mereka kata, “Wanita itu tak bermoral, tak berguna.” Pada mulanya, saya terkejut. Saya tak faham. Kemudiannya semua maklumat masuk hanya kerana saya perlu tahu. Saya tak nak tahu tetapi terpaksa. Hanya kerana anda gunakan jurang antara karma ini untuk memudaratkan orang, jadi Dewa Besar Karma tidak melapor kepada saya selama ini. Tetapi anda takkan terlepas dengan semua itu.

Anda malah nak mencederakan saya. Anda letak kalungan bunga beracun, racun tak nampak untuk bunuh saya pagi ini. Nasib baik Pelindung saya beritahu saya supaya tidak keluar dari pintu saya dan saya tidak. Bunga itu layu lepas seketika, selepas satu jam 55 minit. Membunuh saya takkan bantu anda juga kerana Syurga tahu akannya, kemudian orang lain tahu akannya juga. Tapi saya masih di dalam bilik saya, kalau-kalau. Saya masih di dlm bilik saya bermeditasi dan bercakap dgn manusia supaya mereka akan menyedari mudarat macam ini yang boleh menimpa mereka pada bila-bila saja. Oh! Tetapi mereka takkan tahu. Tuhan yang dikasihi, syukur kepada Engkau kerana lindungi mereka. Terima kasih kpd semua malaikat, Syurga sesiapa saja yang lindungi mana-mana manusia atau makhluk di planet ini.

Aku dilindungi banyak kali, tahu atau tak tahu. Terimalah ucapan terima kasih ikhlasku, Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan semua anak dan pekerja-Mu yang bantu melindungi aku dalam hidup ini.

Semua manusia, anda harus bersyukur kpd Tuhan atas itu. Jika anda terlepas, tanpa disedari atau disedari, anda perlu bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan berterima kasih kpd semua pekerja-Nya – pekerja sebelah Positif di Alam Semesta. Ini ialah orang berarak vegan yang membantah industri daging orang-haiwan dan pembunuhan orang-haiwan di makmal atau rumah sembelih serta membantah pengguguran. Anda harus tahu, mereka ialah pekerja sistem Positif. Mereka ialah malaikat yang menyamar. Anda juga mesti cuba melindungi atau membantu mereka, menyokong mereka dengan sebarang cara yang boleh. Mereka bukan dilahirkan di planet ini hanya untuk menjadi manusia, makan, tidur dan bekerja. Mereka ialah malaikat yang menyamar. Saya gembira dengan mereka di sini bersama anda, bersama kita.

Tetapi karma manusia yang membangkitkan, mempengaruhi, membuat, mewujudkan dan menggoda manusia utk berbuat jahat tetap begitu besar, begitu banyak sehingga seluruh angkasa pun boleh ditutupinya. Jadi tolonglah bertaubat. Menebus dosa, bertaubat, berdamai di mana-mana saja boleh dan sentiasa berdoa – berdoa untuk diri sendiri, untuk roh anda mendapat pembebasan daripada segala kegelapan ini, dari semua alam dahsyat yang sangat dekat dengan planet kita, mengelilingi planet ini dan boleh menelan planet ini. Begitu banyak syaitan masih berada di alam itu. Raja kumpulan syaitan yang terbesar di planet ini pun telah berubah dan berpatah balik. Ada kisah di sebalik perubahan ini tapi saya tak boleh beritahu anda hari ini. Mungkin saya selama-lamanya tak boleh beritahu anda. Tapi jika boleh, saya akan beritahu anda kisah itu suatu hari nanti, kali yang lain jika saya masih dapat hubungi anda melalui Supreme Master Television.

Tontonlah Supreme Master Television. Meskipun anda tidak percayai saya, hanya dengar cerita, cerita ibarat, kisah sebenar serta berita baik dan berita buruk supaya anda dapat melindungi diri daripada itu. Kami memilih berita yang penting kepada anda – baik atau buruk. Tolonglah, cuba saksikan, cuba lihatnya supaya anda boleh diberkati, dibantu dan dilindungi sampai tahap tertentu oleh tenaganya. Saya telah curahkan seluruh hati saya, tenaga saya ke dalam itu. Tolong dengarnya. Tolong tontonnya. Anda tak perlu mengikut saya. Anda tak perlu menjadi anak murid saya jika tak percayai saya sama sekali. Tontonnya saja.

Letaknya di sebelah katil anda jika anda tak dapat tontonnya pada siang hari, letaknya di sebelah kepala anda di dalam bilik tidur anda. Ia akan bantu kesedaran anda untuk hindari apa-apa yang buruk dan akan melindungi anda daripada mudarat sampai tahap tertentu atau tahap yang sangat tinggi. Ini bergantung kpd anda, kebaikan anda, moral anda, sikap menerima anda dan pahala anda dalam hayat ini juga. Saya bukan mengatakan itu untuk anda percayai saya atau apa-apa. Saya tahu sukar untuk meyakinkan anda selepas anda telah diracun hayat demi hayat. Saya hanya berdoa utk anda dan sayangi anda. Tetapi jika boleh, dengarlah Supreme Master Television. Saya dapat bantu anda melalui itu.

Tolong jaga diri. Tolong sentiasa berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tolong sentiasa memuja, memuji Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tiada orang lain lagi. Terima kasih. Tuhan kasihi anda. Saya kasihi anda.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 3
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android