Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersama-sama Kita Dapat Hapuskan Karma Dunia, Bahagian 2/3

2023-09-19
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sedarlah sekarang. Berubahlah. Biarlah raja ilusi, maya, mengubah karma anda, hapuskan karma anda, bersama saya, bersama Syurga, supaya anda akan menjadi roh bebas ketika masih hidup di planet ini lagi, dan mendapat segalanya yang anda nak peroleh dan berharap dapat peroleh, diberi sedikit masa. […] Jika anda biarkan karma dihapuskan, mengubah cara hidup anda, membuat hatimu baik seperti orang diri anda yang asal, maka anda akan mendapat segalanya yang anda perlukan. Anda akan mendapati bahawa anda tidak mahukan begitu banyak.

Saya harap saya dapat berikan segalanya sekehendak hati anda – segala benda baik yang membuat kehidupan anda ceria, bahagia, puas – segalanya yang anda mahukan. Tetapi anda akan dapati bahawa cita-cita anda takkan membuat anda menggila dengan begitu buruk seperti kebanyakan masanya hari ini. Bayangkan, anda akan miliki gadis dalam hidup anda, wanita idaman anda, hartanah yang anda rasa anda sukai dan boleh kekal miliki dan wujud untuk banyak generasi juga. Bayangkan segalanya akan menjadi sebagaimana yang anda mahukan. Ini kehidupan syurga. Saya harap anda semua milikinya. Itu apa yang Tuhan mahu anda miliki.

Maksud saya Tuhan sebenar, Tuhan Yg Maha Berkuasa, bukan Tuhan yang lebih rendah, tuhan cipta yang ganggu roh dengan nafsu hidup nyata yang menarik anda ke dunia material ini dan lakukan segala perbuatan buruk supaya anda terus perlu melangsaikan karma, perlu menerima hukuman dan lahir semula selama-lamanya di planet fizikal ini dan berada di bawah kawalannya. Itu apa yang diingininya.

Sedarlah sekarang. Berubahlah. Biarlah raja ilusi, maya, mengubah karma anda, padamkan karma anda, bersama saya, bersama Syurga supaya anda akan menjadi roh bebas ketika masih hidup di planet ini lagi dan mendapat segalanya yang anda nak peroleh dan berharap dapat peroleh, diberi sedikit masa. Banyak orang kaya, begitu kaya, ultrakaya tetapi tidak gembira. Lihatlah Rusia hari ini, berapa banyak anggota oligarki telah dibunuh atau diracun ketika masih berusia muda, atau berusia tua pun, mereka masih belum sedia untuk pergi. Mereka tak tahu pun ke mana mereka akan pergi. Tetapi jika anda biarkan karma hilang, mengubah cara hidup anda, membuat hati anda baik seperti orang diri anda yang asal, maka anda akan mendapat segalanya yang anda perlukan. Anda akan mendapati bahawa anda tidak mahukan begitu banyak. Anda akan rasa terlalu gembira, terlalu puas dengan kehidupan anda di mana-mana pun anda, apa-apa pun yang Tuhan berikan. Tetapi Tuhan akan berikan lebih daripada sekadar cukup untuk anda kerana karma anda akan hilang. Anda akan berhak untuk mendapat lebih banyak daripada sekarang. Anda bekerja keras sekali, kadangkala dua, tiga, empat pekerjaan tetapi tetap tak dapat cukupkan belanja kerana kehidupan ini penuh dengan kesusahan dan perangkap dan karma masa lalu takkan melepaskan anda. Dah tentu, jenis penipuan, perampasan, muslihat dan perangkap ini telah wujud sejak zaman dahulukala untuk menggoda manusia membuat perbuatan jahat supaya mereka boleh terus mengawal roh dan mengurung mereka di dunia fizikal ini. Kita perlu mengubahnya.

Kita perlu bersetuju. Kita perlu melakukan revolusi ini bersama-sama untuk membebaskan diri sendiri dan anak kita. Itu tidak adil. Itu tidak pemurah. Kita juga perlu menjadi adil, perlu menjadi pemurah, perlu menjadi insan baik. Kita tak boleh saling tumpahkan darah termasuk darah orang-haiwan, penghuni bersama kita, dan makannya – segala daging reput semua makhluk yang anda masukkan ke dalam mulut setiap hari. Ini terlalu kejam, terlalu ganas, terlalu gasar, terlalu tak beradab, terlalu menjijikkan. Anda tahu sangat. Jadi tolong ubahnya.

Kita akan ubahnya bersama-sama dan dunia akan menjadi syurga untuk kita semua diami. Meskipun kita dah tua dan tak terlalu mempedulikan hidup dan mati, kita perlu berubah untuk generasi akan datang, demi belas kasihan, demi tatasusila, demi Tuhan. Ya Tuhan. Anda semua cerdik dan ada IQ yang mencukupi untuk memahami prinsip yang saya katakan tadi, saya sebut tadi ini. Jadi tolonglah, jadi insan baik. Jadi baik, pemurah, mulia. Jadi anak Tuhan di Bumi. Terima kasih.

Jadi tolong dengar, hanya sekali dalam hidup anda: ubah cara hidup anda. Biar Tuhan memutuskan untuk anda apa yang paling baik untuk anda. Sangat mudah untuk mengubah dunia ini menjadi syurga. Hanya Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Syurga dan Bumi, malah neraka, memerhatikan anda untuk lihat sama ada anda buat begitu. Maka pahala anda akan datang. Kebahagiaan anda akan datang. Kemakmuran anda akan datang dengan sewajarnya. Biarlah kami bantu anda. Tolonglah. Dgn segala keikhlasan dan kasih sayang saya, saya merayu kepada anda supaya mengubah hidup anda agar anda menjadi lebih baik. Kehidupan di sini akan jadi lebih baik utk anda, semua orang di sekeliling anda terutamanya orang tersayang anda seperti ahli keluarga, isteri, suami, anak, kawan dan jiran anda. Anda akan hidup dalam ketenangan, kebahagiaan, makrifat dan pembebasan di sini dan di akhirat.

Saya berdoa agar Tuhan Yg Maha Besar berikan Belas Kasihan kpd kita dan bantu kita berusaha untuk mengubah diri. Bantu kita buatnya senang – tiada alasan bagi raja ilusi, maya, tidak berubah untuk bantu kita. Bantu kita supaya pencipta dapat membantu juga.

Banyak orang buat kerja menjadi ringan. Saya sentiasa bersama anda menempuh waktu baik dan buruk. Saya mahu anda menjadi bebas. Saya mahu anda gembira kerana itu akan buat saya berasa bebas. Itu akan buat saya rasa gembira juga. Jadi tolonglah, tolonglah… Tolong berubah kepada vegan, berdamai, berbuat baik terhadap sesiapa saja yang boleh dengan apa-apa saja cara yang boleh atau hanya memuji sesiapa saja yang berbuat baik. Bergembira melihat perbuatan baik, melihat perdamaian, melihat orang menjadi vegan dan sendiri menjadi vegan.

Jika anda tak dapat buat lebih banyak lagi maka hanya Menjadi Vegan, Berdamai dengan jiran anda dan negara jiran. Tolonglah, itu saja yang perlu anda buat. Berbuat baik atau tidak, terpulang kepada anda, tapi itu lebih baik kerana roh orang di dunia fizikal yang anda bantu akan membantu anda di akhirat dan dalam hidup ini. Mereka akan berdoa untuk anda. Apabila meninggal dunia, jika anda berseorangan dan tiada saudara-mara, tiada kawan, tiada orang tersayang yang berdoa untuk anda, roh-roh yang pernah anda bantu dalam hidup fizikal mereka ini seperti manusia, seperti orang-haiwan, seperti pokok besar dan tumbuhan akan bantu anda. Mereka akan berdoa untuk anda. Sebarang doa akan dipertimbangkan meskipun dalam hidup anda, anda tidak buat banyak perbuatan baik yang lain. Percayalah.

Tolonglah, lihat dalam hati anda bahawa saya benar-benar ambil berat ttg anda, risau tentang anda dan kasihi anda. Sebab itu saya beritahu anda ini. Saya tahu adalah sukar bagi minda manusia mempercayai apa-apa yang mereka tak nak percayai tetapi tolonglah percaya untuk satu kali. Tolong percaya untuk satu kali dan lihat hidup anda berubah menjadi lebih baik. Dunia akan berubah menjadi syurga dalam masa yang sangat singkat. Jika tidak, kita semua akan punah. Kita semua akan hilang atau kebanyakannya akan hilang.

Dan sesiapa yang terus hidup akan mulakan semula dari kosong. Itu pun jika mereka boleh terselamat daripada apa-apa saja yang akan menimpa Bumi seterusnya. Baru-baru ini, begitu banyak bencana berlaku, tak pernah begitu sebelumnya. Banyak negara sejuk telah menjadi lebih panas drpd sebelumnya, lebih panas daripada di negara Arab yang panas. Banyak penyakit datang dengan lebih banyak drpd sebelumnya, malah segala jenis serangga pergi ke negara-negara yang berlainan, akibatkan kebinasaan yang tak pernah berlaku sebelumnya di merata tempat. Banjir yg tak pernah berlaku sebelumnya, bencana yang tak pernah berlaku dahulu berlaku di merata tempat, malah berlaku secara serentak.

Orang mati muda di merata tempat. Sesetengah penyakit tak pernah berlaku kepada orang muda sebelumnya, sekarang datang kepada orang muda, contohnya kanser. Banyak penyakit ganjil datang dan berterusan. Banyak virus ganjil datang dan berterusan. Banyak bakteria, virus purba telah kembali. Banyak haiwan ganjil dan penyakit ganjil melanda Bumi kita di merata tempat sekarang.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 3
1
2023-09-18
8713 Tontonan
2
2023-09-19
5976 Tontonan
3
2023-09-20
4895 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android