Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Apa-apa di dalam Diri Kita Terjelma di Luar, Bahagian 4 daripada 4

2020-11-19
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi kita tak dapat sentiasa bersembunyi. Apa-apa di dalam diri kita terjelma di luar pada kepala atau sekeliling seluruh badan kita. Sesetengah orang dapat lihat aura kita, dapat baca aura kita. Mereka akan tahu kita ialah apa di dalam. Jadi kita perlu memastikan kita suci di dalam. Niat kita mesti mulia. Tujuan kita mesti pemurah.

Saya tak tahu mengapa beritahu kamu perkara sebegini... disebabkan aura, ya? (Ya, Guru.) Baiklah. ( Apa jenis aura yang Guru ada? ) Ketika saya menginap di sebuah hotel di Monaco, seorang tukang angkut nampak aura saya. (Ya.) Pada bila-bila dia nampak saya, sentiasa menyembah. Bukan tukang angkut, mereka tak buat begitu, hanya dia. Okey. (Ya.) Dan bercakap dgn saya dgn penuh hormat. Dia malah berlutut di depan pintu besar hotel, di tengah-tengah tempat masuk keluar. Ini memang tak menyenangkan bagi saya, jadi saya beritahunya, “Bangun, bangun. Apa ini? Bangunlah. Sekarang juga!” Kemudian dia bangun. Itu lelaki yang sangat tinggi dan kuat. Orang panggil mereka ‘bellboy’ tapi mereka bukan pemuda lagi. Mereka kakitangan hotel berpengalaman. Sesetengah daripada mereka malah ada pin kecil, suatu anugerah pengakuan daripada Putera Albert II negara Monaco. Jika mereka bekerja sangat lama dengan taat di satu tempat dlm satu pekerjaan selama banyak tahun, satu atau dua dekad, baik, taat dan rajin, maka mereka mendapat pin yang diberikan oleh Putera. Jadi suatu hari saya tanya dia, “Kamu tak perlu bersujud kepada saya. Mengapa? Adakah kamu orang Cina, Jepun atau Thai, apa? Atau kamu ada seorang isteri Thai atau Asia di rumah yang mengajar kamu bersujud?” Dia kata, “Tidak, tidak. Saya menyembah kamu kerana kamu suci.” Saya kata, “Saya hanyalah vegan. Macam mana kamu tahu saya suci?” Dia kata, “Saya nampak aura kamu.”

Kita boleh ada aura banyak warna tetapi bukan semua psikik atau orang yang ada jenis kuasa psikik ini dapat lihat semua warna kita. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Ya, mereka dapat lihat mungkin satu atau dua. Jadi lelaki ini, tukang angkut... Saya menginap di Hotel Fairmont pada masa itu. Saya tiada rumah. Okey? (Ya.) Saya perlu menginap di sana kerana sambungan internetnya pantas, dan semua hotel murah pada masa itu, musim atau sesuatu, sudah ditempah. Okey? (Ya.) Tapi saya menginap di bilik murah, semurah yang boleh. Tapi hotel itu harganya berpatutan berbanding dengan empat bintang yg lain di sekitar sana. (Ya, Guru.) Lebih mahal di hotel-hotel lain. Kerana hotel ini lebih jauh sikit. (Ya.) Bukan di depan kasino, bukan di depan apa yang mereka panggil Medan Emas. Benar-benar emas di sana. Kita bayar dengan emas. Kita dapat lihat segala kereta mewah diletak di sana. (Ya.) Di depan kasino atau istana. Hôtel de Paris atau Café de Paris, restoran di depan medan itu. Ini terkenal. Segala kereta kelas satu diletak di sana. (Macam tu, ya.) Kita tak nampak kereta biasa di sana. Kereta yang sangat mahal, kereta mewah dan kereta baik. (Ya, Guru.) Ya. Kerana mereka semua orang sangat terkenal dan kaya yang tinggal di Monaco. Saya pernah beritahu kamu suatu kali, sudah sedikit. (Ya, Guru.) Itu tempat yang baik untuk didiami. Ia sepatutnya selamat kerana pada masa itu saya cuba bersembunyi juga. (Ya, Guru.) Saya tak berada dalam keadaan selamat. Sesuatu yg saya tak dapat beritahu kamu. Maksud saya, saya tak dapat buktikan. Kadangkala saya hanya tahu saya perlu pergi ke sesuatu tempat. Okey. (Faham, Guru.) Saya sentiasa bertukar tempat atas sebab keselamatan. Saya menginap di satu hotel pun, saya sentiasa tukar bilik. (Wau!)

Kemudian saya kata, “Okey, okey, beritahulah saya aura apa kamu nampak?” Dia kata, “Putih terang.” (Oh!) Saya kata, “Saya pasti orang lain adanya, bukan?” Dia kata, “Sangat jarang. Mungkin saya nampaknya sekali dalam beribu-ribu orang.” Itu apa yang dia beritahu saya. (Ya, wau!) Saya kata, “Sekurang-kurangnya satu dalam beribu-ribu orang adanya.” Dia kata, “Tidak, tapi tak sama, seperti ini.” Saya kata, “Okey, adakah kamu beritahu semua akhbar di bandar? Tolong jangan.” Dia kata, “Tidak, tidak, hanya suatu rahsia antara kita.” Hanya seorang tukang angkut pun.

Dan apabila saya perlu pergi ke balai polis utk mendaftar atau sesuatu, seorang anggota polis nampak itu juga. Nampak warna lain. (Wau!) Dan apabila saya belajar terbang dengan seorang pengajar helikopter, (Ya.) dia juga nampak aura saya. Warna-warna yang terang. (Wau, begitu banyak orang dapat lihat!) Tak hairanlah dia berasa cemas di sisi saya. Orang itu sangat menghormati saya. Dan polis itu begitu sopan. Mereka membisikkan sesuatu sesama mereka di belakang saya. Tidak, sebenarnya polis Monaco sangat baik. Sangat baik, sangat sopan. Tinggi dan kacak juga. Barangkali mereka pilih semua Mr. Universes di Eropah untuk datang, buat mereka menjadi anggota polis dan bayar dengan banyak supaya mereka teruskan. Mereka sangat sopan, sangat baik, ya.

Di Hungary, seorang lagi, salah seorang kenalan saya nampak saya ada cahaya merah muda. Merah muda ialah warna cinta kasih. Nampak cahaya merah muda di sekeliling. Sebenarnya ada banyak warna, cuma... seperti yang saya dah kata, sesetengah orang tak nampak seluruh aura. Mereka hanya dapat lihat sebahagian daripadanya. Jadi seorang lelaki nampak warna putih, orang lain nampak warna biru dan seorang lagi nampak warna merah muda. Sebenarnya saya ada semua itu dan lebih banyak lagi. Orang lain dapat lihat lebih banyak.

Jadi kita tak dapat sentiasa bersembunyi. Apa-apa di dalam diri kita terjelma di luar pada kepala atau sekeliling seluruh badan kita. Sesetengah orang dapat lihat aura kita, dapat baca aura kita. Mereka akan tahu kita ialah apa di dalam. (Ya, Guru.) Jika aura adalah gelap, berwarna kopi atau keruh, berwarna kopi atau keruh, maka orang tahu di dalam adalah gelap. Selain itu, sesetengah orang ada malaikat yg terbang di sekeliling mereka, bersama mereka sepanjang masa. Sesetengah orang hanya ada syaitan yang terbang bersama mereka sepanjang masa, buat mereka berbuat jahat kerana mereka ialah alat yang baik bagi Iblis, bagi syaitan, untuk bekerja bersama. Itu masalahnya. (Ya, Guru.)

Jadi kita perlu memastikan kita suci di dalam. Niat kita mesti mulia. Tujuan kita mesti pemurah. Kasih sayang kita terhadap orang lain mesti tak bersyarat, maka aura kita akan jernih, bersinar, seperti cahaya tetapi lebih cantik daripada cahaya biasa. (Ya. Faham, Guru.) Kemudian meskipun kita tak kata apa-apa pun, orang tahu siapa kita dan kita macam mana di dalam, kesucian kita, niat kita, kasih sayang kita, tujuan kita, kemuliaan kita, maruah kita. Segalanya yang baik di dalam diri kita terjelma di luar, di sekeliling badan kita dengan sinaran terang. Jadi kita tak dapat bersembunyi. Di sesetengah planet yang lain, saya dah beritahu kamu banyak kali bahawa orang, semua aura mereka dapat dilihat dengan jelas sekali, jadi apabila orang nampak warna kita gelap atau keruh, mereka tahu. Tiada orang yang dapat bersembunyi. Hanya di planet ini, orang masih boleh bersembunyi daripada orang lain, tak banyak orang dapat lihat sebelah dalam orang lain kerana mereka tak dapat lihat aura orang di luar. Baiklah. Rasanya saya telah beritahu kamu segalanya, kan? Berkenaan dengan soalan kamu. (Saya rasa begitu. Ya, Guru. Terima kasih.) Sebab itulah banyak saudara kamu tergila-gila dengan saya. Sekarang kamu tahu mengapa, kan? (Ya.) Kerana mereka nampak, okey? (Ya, Guru.) Sesetengah orang katakannya, sesetengahnya tidak. (Ya.) Sesetengahnya hanya berkata kpd saya. Sesetengahnya berkata dengan mikrofon. Sesetengahnya berkata kepada orang lain.

Sebab itulah saya kata kita sangat lut sinar di dunia ini. Jadi apa-apa yang kita fikirkan, kita buat, kita katakan, kita mesti berhati-hati. Bukan sahaja Syurga dan Bumi nampak kita, neraka nampak kita juga. Sebab itulah mereka datang tangkap kita jika kita jahat. (Ya, Guru.) Apabila kita mati, Malaikat Kematian, mereka dipanggil malaikat tetapi mereka bukan malaikat. (Ya, Guru.) Syaitan datang tangkap kita kerana kita wajar ditangkap. Mereka tahu akannya. Okey? (Ya.) Mereka ada semua nama dan perbuatan kita dan segalanya direkodkan. Jadi mereka akan menangkap dan menghukum kita, dengan ringan saja atau dengan berat, atau selama bereon-eon kerana mereka tahu akan segalanya. Okey? Syurga, neraka dan Bumi nampak kita seperti kita lihat tapak tangan di depan kita. Tapak tangan, tangan kita. (Ya. Wau!)

Tapi kebanyakan manusia tak ingat keupayaan ini lagi. Sesetengah orang masih ingat dan kita panggil mereka orang psikik. (Ya, Guru.) Sesetengah orang ada keupayaan ini atau orang mutan. (Ya.) Mereka juga ada banyak jenis kuasa psikik. Tak semestinya jenis nampak aura atau baca fikiran orang. Mereka ada kuasa-kuasa lain. (Ya, Guru.) Seperti mereka dapat hidupkan api tanpa apa-apa pun. Mereka dapat membengkokkan besi, dapat membengkokkan sudu seperti kita bengkokkan spageti. (Ya.) Maksud saya spageti yang telah dimasak. Atau mereka boleh terbang, (Wau!) jarak dekat atau jarak jauh. Atau mereka boleh menyembunyikan diri, menjadi tak nampak dan sebagainya. Tak banyak lagi hari ini tapi mungkin orang baharu datang. Okey? (Ya, Guru.) Kerana dunia mungkin ada tenaga yang lebih baik utk mereka datang. Jika tidak, mereka juga akan lemas dan keupayaan mereka akan hilang juga, sama seperti kebanyakan manusia. Ya. (Ya, Guru.)

Kebanyakan haiwan masih ada keupayaan yang baik seperti ini. Mereka saling berbual antara spesies-spesies yang berlainan, seperti anjing boleh bercakap dgn burung atau singa boleh bercakap dgn serigala. Misalnya macam itu. (Ya, Guru.) Atau harimau boleh bercakap dgn ikan. Kucing boleh bercakap dengan tikus dan sebagainya. (Wau!) Sebab itulah kucing tak makan tikus dengan serta-merta pada saat mereka tangkapnya. (Wau!) Mereka main dengan mereka utk seketika dan bercakap dengan mereka tentang nasib, tentang takdir, tentang masa untuk pergi. Main dengannya sehingga ia relaks, kemudian mereka makan kerana mereka juga tak nak makan haiwan sewaktu mereka rasa takut (Ya, Guru.) kerana tenaganya akan buruk kepada mereka juga. Sebelum makan, mereka saling berbual. Mereka minta kebenaran. (Faham, Guru. Ya.) Atau mereka saling memberitahu, “Dalam hayat silam, awak makan aku, sekarang aku perlu makan awak.” Seumpamanya. (Oh!) Tapi kita manusia makan apa-apa saja. Ada kebenaran atau tidak. (Ya, Guru.) Dalam hayat silam, ada buat apa-apa terhadap saya atau tidak, makan saja, dengan begitu saja. Faham apa yang saya katakan? (Ya, kita tak memikirkannya.) Sebab itulah kita ada karma buruk. Sebab itulah kita ada peperangan ada bencana, ada pandemik, epidemik, segala jenis nasib malang, situasi buruk, cuaca, penyakit dan segala jenis pengalaman pahit. (Ya.)

Baiklah,saya rasa kamu dah cukup mendengar. Kamu nampak apa yang soalanmu bawa, huh? (Ya, Guru.) Jadi kamu dah puas dan tiada apa-apa yang nak tanya tentang soalan ini lagi? (Tidak, Guru. Terima kasih banyak-banyak.) Maka okey. (Terima kasih atas segalanya yang Guru buat untuk dunia ini. Saya memang harap kita segera sedar.) Ya, mungkin. Kita terus berdoa. Okey. (Ya, Guru.) Saya asyik menghentakkan kaki setiap malam. Saya mengancam Syurga dan Bumi. Mereka tahu saya serius. (Ya, Guru.) Jadi semuanya bersama, ia boleh membantu. (Ya, Guru. Terima kasih.) Baiklah, sayang. Saya ucap selamat sejahtera sekali lagi. (Terima kasih, Guru.) Sebenarnya saya hanya menelefon untuk tanya sama ada kamu dah pulih kerana kamu kurang selesa tempoh hari. (Ya, terima kasih, Guru.)

Pastikan telingamu panas. (Ya, Guru.) Dan pakai pakaian panas meskipun kamu rasa dingin, tapi boleh berangin. (Ya, Guru.) Dan apabila liang roma terbuka kerana panas, mungkin ia masuk ke dalam, angin masuk ke dalam liang roma kamu. (Ya, Guru, terima kasih.) Kemudian ia buat kamu sejuk dari dalam. Sebab itulah kamu sakit kepala kadangkala. Okey. (Ya, Guru, terima kasih.) Baiklah, tutup baik-baik, terutamanya kamu sentiasa ikat rambutmu, macam mana kata, ekor kuda? (Ya.) Jadi seluruh belakang leher, belakang telinga dan telinga kamu terdedah. Nampak tak? (Ya.) Rasa selesa tetapi ia boleh mengundang sedikit kesusahan dengan angin. Okey. (Faham, ya, Guru.) Baiklah. Angin tak sentiasanya pemurah. Okey. (Ya.) Angin adalah pemurah. Cuma kadangkala makhluk halus yang lain bergerak bersama angin. Faham? (Oh!) Mereka dalam angin, dalam udara. Kemudian mereka pergi ke sana sini. Mereka terbang bersama angin juga. Atau virus datang, ditiup masuk dari sesuatu tempat (Ya, Guru.) yang menimbulkan kesusahan. (Ya, terima kasih, Guru.) Baiklah. Sebab itulah orang Cina menekankan feng syui, bermaksud angin dan air. (Macam tu.) Kita tak boleh ada terlalu banyak itu tetapi tak boleh tiadanya. (Ya, faham.) Jadi mereka perlu kira di mana kita diami dan apa yang kita buat untuk memastikan dua elemen ini seimbang dengan segalanya yang lain di sekelilingnya. Okey. (Faham, Ya.) Ya. Supaya badan kita tak rasa terengsa dan tidak selesa. (Faham, Guru, ya.) Kemudian kamu takkan jatuh sakit. Itu saja. (Terima kasih, Guru.)

Baiklah, sayang. Selamat tinggal sekarang dan jagalah diri, okey. (Terima kasih. Guru juga.) Syurga lindungi Guru, tolonglah.) Mungkin saya akan menelefon kamu sekali-sekala untuk lihat sama ada kamu baik-baik saja. Jika tidak, kita perlu buat sesuatu lebih. Okey. (Okey, Guru.) Lebih daripada hanya berehat. Jika kamu berehat dan rasa pulih sikit, ini bermakna mungkin kamu bekerja terlalu keras. Hentikannya saja dan minta orang lain bantu kamu. Okey. (Ya, Guru.) Semasa sihat, kamu boleh bekerja lebih masa, tapi semasa kamu kurang selesa, maka tidak. (Ya, Guru.) Minta orang lain yang sihat. Mereka boleh tanggung lebih banyak beban sikit. Okey. (Ya, Guru.) Kerana mereka sihat. (Ya.) Baiklah. Seperti seseorang yang sihat tidur kurang sejam, tak banyak bezanya bagi dia. Okey. (Ya.) Tetapi orang yang sensitif atau kurang berketahanan sikit terhadap persekitaran atau apa-apa saja, cuaca, (Ya.) maka dia tak boleh buat begitu. Okey? (Faham, Guru, ya.) Baiklah, sayang, jumpa lagi. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru. jagalah diri.) Tuhan lindungi kamu. (Guru juga.) Terima kasih atas segalanya yg kamu buat (Ya.) (Terima kasih.) melalui Supreme Master Television. Baiklah. Jumpa lagi, sayang. (Jumpa lagi. Terima kasih, Guru.) Jagalah diri.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  4 / 4
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android