Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 4 daripada 11

2020-08-29
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita tak boleh hanya harapkan segalanya tetapi tak berikan apa-apa pun. (Ya, Guru.) Kita tak perlu berikan apa-apa pun! Kita hanya tak ambilnya drpd makhluk lain. Tak mengambil nyawa daripada haiwan. (Ya, Guru.) Penyelesaian yang sangat mudah! Jika kita meragut nyawa, kita tidak boleh harapkan nyawa sebagai balasan. “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.” Hukum karma tak harus dilanggar.

( Ada penemuan virus selesema khinzir baharu yang dipanggil G4 EA H1N1 atau G4 secara singkat. Akankah ini tersebar menjadi pandemik? )

Kamu boleh tunggu dan lihat. Saya telah beritahu sebelumnya bahawa ada banyak bom yang berdetik. Ada beberapanya, bukan satu saja. (Ya, Guru.) Sekarang disebabkan oleh COVID-19, ia menyebabkan jenis pandemik yg lain, jenis penyakit yang lain. (Ya, Guru.) Mungkin ia belum lagi suatu pandemik tapi ia di sekeliling kita. Lihatlah berapa banyak... Lihatlah lebih sebilion orang sudah dijangkiti macam ini. Jadi kita berenang dalam penyakit, bakteria dan virus dan dalam bahaya. (Ya, Guru.) Di mana-mana pun. Kita takkan tahu siapa yang akan kita temui membawa penyakit itu dan menjangkitkannya kepada kita meskipun dia tak kelihatan sakit. Meskipun orang itu mungkin tak kelihatan sakit, namun dia membawanya dan mungkin jangkitkannya kepada kita pada bila-bila di mana-mana saja, kita takkan tahu. (Ya, Guru.)

Seorang saudaramu perlu keluar untuk jumpa doktor gigi atau sesuatu dan saya perlu mengkuarantinnya selama tiga minggu. Saya telah menulisnya. Sesetengah daripada kamu telah bacanya. (Ya, kami telah bacanya, Guru.) Orang yang bantu saya. Saya kata sama juga bagi semua orang, jika kamu keluar dari kumpulanmu. (Ya.) Kerana kamu berada di dalam gelembung sekarang. (Ya, Guru.) Beritahulah kakitangan dapur juga, jika mereka keluar, mereka tak boleh kembali. (Ya, Guru.) (Kami akan beritahu mereka.) Atau jika mereka kembali, mereka perlu mengkuarantin diri selama sekurang-kurangnya tiga minggu. (Ya, Guru.) Jadi tiada orang yang harus keluar kecuali benar-benar perlu. (Ya, Guru.) Kakitangan dapur dan kamu tak harus keluar. Kamu dilindungi di dalam kawasan kamu. (Ya.) Tapi jika kamu perlu pergi, dah tentu, kamu perlu. Balik, mandi dgn serta-merta dari kepala ke jari kaki, cuci pakaian secara klinikal dll. (Ya, Guru.) Adakah saya kata gogal semasa kamu keluar? Saya dah kata. (Ya, Guru.) Baiklah.

Banyak penyakit lain juga muncul sekarang. (Ya, Guru.) Saya nampaknya di (Supreme Master) TV kita, sesuatu di Yemen, kolera. Apa lagi? Ebola? (Ya.) Ia muncul semula. (Ya, Guru.) Dan campak di sesuatu tempat dll. Disebabkan oleh tenaga COVID-19, udara akan tercemar apabila orang membawa penyakit dan pergi ke sana sini. (Ya.) Jadi sistem imun orang juga terpengaruh walaupun mereka tak dijangkiti COVID-19. (Ya, Guru.) Oleh itu, jika mereka hidapi penyakit lain yg biasanya boleh dirawat, mungkin menjadi tak boleh dirawat (Oh, wau!) kerana sistem imun mereka sudah terjejas.

Sebab itulah saya asyik beritahu kamu dan anak murid dalam semua persidangan ini untuk buat mereka menjadi lebih berjaga-jaga dan berhati-hati, lebih banyak melindungi diri dengan pahala spiritual. (Ya, Guru.) Dengan doa, meditasi, kemurnian kelakuan, fikiran, perbuatan dan pertuturan. Itu perlindungan sebenar. Jika tidak, manusia termasuk kononnya anak murid saya sendiri tiada kasih sayang yang mencukupi, tiada pahala yang mencukupi untuk melindungi diri sendiri. (Faham.) Jadi mesti pinjam daripada kuasa Guru, daripada kuasa yang lebih tinggi, jadi mesti banyak berdoa setiap hari, banyak bermeditasi, sebanyak yang boleh. (Ya, Guru.) Itu untuk sentiasa menghubungkan diri dengan Tuhan supaya kita tiada lebih banyak masalah. (Ya, Guru.) Ada soalan lagi, sayang? Berapa banyak soalan lagi? Khabarnya kamu ada satu senarai. (Ya, banyak.) Okey. Beritahulah saya.

( Guru, Dewata berkata bahawa sekarang waktu pengadilan terakhir. Apakah tempoh Kurnia masa ini? Adakah ini bermakna semua orang mesti menjadi vegan dalam tempoh Kurnia ini? Jika orang tak menjadi vegan, akankah mereka mati akibat wabak atau bencana dan pergi ke neraka kecuali mereka bertaubat? )

Tempoh Kurnia sudah tamat lama dahulu. Cuma saya merayu kepada Syurga, lebih lembut kerana manusia telah diracun, telah terperdaya, telah dibasuh otak, segala jenis pengaruh buruk daripada maya dan syaitan ghairah. Pada bila-bila mereka boleh patah balik sekarang, saya akan berada di sisi. Jika mereka boleh patah balik, dah tentu mereka akan ada lebih banyak perlindungan. Tapi ini juga bergantung kepada berapa banyak pahala yg mereka ada juga. (Ya, Guru.) Jadi gabungkan itu dengan pahala hayat silam, keikhlasan, doa rendah diri dan taubat mereka, itu akan membantu. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya jika mereka hidapi wabak, ia akan lebih ringan, dikurangkan. Dan jika mereka mati, saya boleh cari alasan untuk bantu roh mereka menaik ke Syurga. (Ya, Guru.)

( Guru, ramalan seperti dari Âu Lạc (Vietnam) dan negara lain menyatakan bahawa pada waktu pengadilan terakhir, akan ada bencana, penyakit baru dan hanya satu daripada sepuluh atau dua daripada sepuluh orang mulia akan terselamat. Adakah ini benar, Guru? Kerana kami percaya bahawa dengan berkat Guru, ia takkan menjadi begitu teruk. )

Saya hanya dapat berkati orang yang dengar, bekerjasama. Jika doktor berikan preskripsi kepada pesakit tetapi pesakit tak makan ubat, apakah kesannya? Bolehkah kita menyalahkan doktor kerana tak cuba sedaya upaya? (Tidak, Guru.) Ya! Kita tak boleh hanya harapkan segalanya tetapi tak berikan apa-apa pun. (Ya, Guru.) Kita tak perlu berikan apa-apa pun! Kita hanya tak ambilnya drpd makhluk lain. Tak mengambil nyawa daripada haiwan. (Ya, Guru.) Penyelesaian yang sangat mudah! Jika kita meragut nyawa, kita tidak boleh harapkan nyawa sebagai balasan. “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.” Hukum karma tak harus dilanggar. (Ya, Guru.) Jika mereka sentiasa mengambil racun dan doktor beritahu mereka, “Jangan mengambilnya lagi. Sekurang-kurangnya hentikan racun, maka saya boleh sembuhkan kamu,” tapi mereka terus mengambil racun, maka pesakit akan mati atau menderita. Jangan harapkan saya buat segala-galanya dan tiada orang yang buat apa-apa pun. Tiada perkara sebegini. (Ya, Guru.) Begitu pun, kita perlu adil terhadap haiwan. Mereka tak buat apa-apa yang salah. Mereka diseksa, ya Tuhan, seperti neraka sebelum mati. (Ya, Guru.) Kamu nampak semuanya di (Supreme Master) TV kita dan Netflix, (Ya.) dan semua filem yang kita iklankan. Mana boleh kita sebagai manusia, kuat, cerdas, ada pilihan, menyeksa makhluk yang lemah dan tak berdaya macam itu tetapi mengharapkan belas kasihan? Saya beritahu mereka bahawa mereka perlu bertaubat dan patah balik. (Ya, Guru.) Itu saja yang perlu mereka buat. Saya tak minta banyak. (Ya, Guru.) Supaya saya boleh bantu mereka.

Dah tentu, saya boleh berkati orang yang bertaubat dan beralih ke cara hidup pemurah. Saya boleh berkati dengan Berkat dan Belas Kasihan Tuhan Yang Maha Besar. Saya sudah beritahu kamu bahawa saya bantu roh yang bertaubat meskipun mereka perlu mati untuk menebus dosa mereka. Saya bantu mereka jika mereka bertaubat dalam hati, jika mereka pernah lihat foto, video atau khutbah saya dan ada rasa hormat atau mempercayai saya. Ini saya boleh bantu. Tapi jika mereka tak dengar, teruskan dengan cara mereka, maka jangan minta saya bantu mereka lagi, berkat Guru... Banyak berkat, disia-siakan. Bagi orang-orang ini, tiada apa-apa yang dapat bantu jika mereka tak ubah. Faham? (Ya, Guru.)

Semua orang asyik tanya saya, kamu dan saudaramu sentiasa tanya saya, “Guru seharusnya ada berkat dan segalanya akan baik-baik saja?” Mana boleh baik-baik saja? Bagaimana dengan haiwan? Mereka tidak baik-baik saja, kan? (Tidak.) Maka jangan harapkan apa-apa daripada saya atau sesiapa atau Syurga lagi. Neraka ialah satu-satunya tempat untuk jenis orang ini kerana mereka tak mempedulikan penderitaan makhluk lain, menikmati kesakitan dan penderitaan mereka. (Ya, Guru.) Sentiasa duduk di sana, makan daging, minum arak dan menyeksa haiwan dan orang lain, kemudian harapkan saya berikan berkat kepada mereka? Kamu asyik tanya jenis soalan ini secara berulang kali. Saya tak nak dengar lagi. (Ya, Guru.) Kerana ini bukan soalan yang bijak. Ia menyalahgunakan kuasa Syurga dan kasih sayang Tuhan. Jika kamu nak belajar bahasa Inggeris dengan profesor, kamu perlu buat kerja rumah. (Ya, Guru.) Kamu tak boleh hanya harapkan profesor disebabkan oleh pengetahuannya yang luas untuk buat kamu tuturkan bahasa Inggeris dan memahami bahasa Inggeris tapi kamu tak dengar, tak cuba berlatih, tak menuturkannya dan tak buat kerja rumah. Faham? (Ya, Guru.) Ia buat saya marah, jenis soalan ini. Saya rasa macam semua orang hanya duduk saja dan menunggu satu orang buat segala-galanya. Soalan ini seperti situasi yang sama dengan presiden. Dia terpilih dan terkenal dengan sifat pemaaf dan pemurah, kemudian mengharapkan dia memansuhkan undang-undang dan semua orang buat apa yg mereka mahu. Orang ini bunuh orang itu, tiada masalah; orang lain menganiayai budak perempuan lain, tiada masalah. Setiap orang buat apa yang dia mahu, yang kuat akan menindas yang lemah dan meminta presiden memadamkan semua rekod jenayah mereka, memaafkan semua orang. Itu tak adil bagi mangsa. Sebab itulah saya tak nak jawab soalan itu lagi kerana itu memang tak munasabah, menyalahgunakan kebaikan orang. Orang berfikir macam itu. Mereka buat apa-apa saja, kemudian berharap presiden membuat keajaiban untuk mereka atau Guru yang hula hula hup dan segalanya baik-baik saja.

Jadi apa yang kamu nak saya buat? Kamu mahu lebih banyak pengorbanan seperti Nabi Isa dan banyak Guru yang lain? Seperti saya mati atau sesuatu? Kemudian keajaiban itu mungkin berlaku kerana kematian saya membersihkan dosa mereka? Itu suatu mimpi. Lihatlah semua Guru. Mereka mati terseksa dan Buddha cuba dibunuh banyak kali. Dan Nabi Isa mati terseksa pada salib. Meskipun Dia sembuh dan kembali ke hidup normal lepas itu, itu bukan cara yang betul manusia memperlakukan orang yang tak berdosa seperti Nabi Isa. Contohnya, jika Dia mati di sana, Dia cuba sedaya upaya untuk membersihkan dosa orang, tapi itu sementara saja, mungkin hanya anak murid-Nya serta saudara-mara dan kawan mereka, lima, enam generasi. Tetapi orang masih terus makan daging, minum arak, jadi pengorbanan-Nya tak berikan kesan selama-lamanya. Dan apa gunanya itu? Tak banyak. Mereka wujudkan empayar daripadanya, bina gereka besar dan sebagainya, dan memuja patung-Nya, sementara ketika Dia masih hidup, mereka menyalib-Nya. Dan lihatlah manusia. Apakah yang mereka buat? Terus makan daging, minum arak, bersuka ria. (Ya, Guru.) Jadi apa kebaikannya daripada itu? Jika Guru mati atau berkorban dengan sesuatu cara, secara fizikal. Saya berkorban setiap hari. (Ya, Guru.) Bukan sahaja kesihatan fizikal terjejas dan perlu buat begitu banyak perkara yang saya tak boleh beritahu kamu tetapi juga kesejahteraan rohani saya. Kamu semua tahu itu. (Ya, Guru.) Jadi apa gunanya? Betul kata-kata anjing saya. Mereka memang betul, beritahu saya kenapa saya buat semua ini utk manusia? Mereka tak wajar mendapatnya. Dan biarkan diri saya bebas. Syurga pun beritahu saya, biarkan hidup saya bebas. Ya! Mereka beritahu saya, “Biarkan hidupmu bebas.” Kerana mereka kata, “Biarlah dirimu bebas, selamat, tenang, mulia.” Kadangkala mereka kata, “Bergembiralah,” semua itu. Ini bermakna, “Keluar daripadanya.” (Ya, Guru.)

Semuanya permainan saja. Semuanya ilusi saja. Semuanya seperti teater, seperti mimpi saja. Saya tahu semua itu, tapi tanya orang biasa yang menderita di luar, adalah itu mimpi bagi mereka? Tidak. (Tidak.) Betul? (Betul.) Mereka berpeluh siang dan malam, alami segala jenis penderitaan, menahan segala jenis keadaan hanya untuk menyara hidup. Hanya untuk menjaga diri atau/dan keluarga, dan menahan segala jenis gangguan, segala jenis kesusahan. Dan tanyalah haiwan yang menderita dengan begitu tak berperikemanusiaan, begitu buruk, begitu kejam di ladang cara kilang di sana. Tanyalah mereka sama ada itu mimpi atau bukan. Ia menyakitkan. Kamu cubit sendiri dan kamu tahu itu bukan mimpi. Sakit, kan? (Ya, Guru.) Mencubit saja, kamu dah rasa sakit. Kamu memotong sikit jarimu, kamu rasa sakit.

Jadi mana boleh saya tak pedulikannya dan kata ‘ini mimpi saja’? Bagi saya, ini mimpi saja. Walaupun saya sakit, bekerja keras atau letih lesu dan segalanya seperti itu, namun pada masa yang sama saya tahu ia akan berakhir. Semuanya mimpi saja. (Ya, Guru.) Tapi bagi kebanyakan orang, mereka banyak menderita. Saya dibuat menderita supaya saya boleh faham bahawa dalam mimpi segala mimpi ini, mereka menderita. Penderitaan yg benar. Sebab itulah saya tak boleh tak pedulikannya. (Ya, Guru. Terima kasih.) Sebab itulah banyak Guru bermakrifat atau pengamal spiritual tak tinggal bersama orang di dunia. Mereka pergi dari situ. Mereka pergi ke sesuatu tempat di Pergunungan Himalaya, sesuatu gunung atau tepi sungai, sesuatu. Mereka hidup bersendirian. (Ya, Guru.) Bukan kehidupan biasa atau duniawi tetapi hidup dengan Tuhan, dengan kebebasan batin yang baru ditemui. Mereka tak berapa nak menerima anak murid. Apa-apa yang berlaku, itu secara sampingan saja. Tapi mereka tak nak keluar. Jenis pengamal ini tahu bahawa segalanya mimpi saja. (Ya.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  4 / 11
1
2020-08-26
38638 Tontonan
2
2020-08-27
15348 Tontonan
3
2020-08-28
13292 Tontonan
4
2020-08-29
13578 Tontonan
5
2020-08-30
12478 Tontonan
6
2020-08-31
18056 Tontonan
7
2020-09-01
10690 Tontonan
8
2020-09-02
11078 Tontonan
9
2020-09-03
12971 Tontonan
10
2020-09-04
10115 Tontonan
11
2020-09-05
9952 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android