Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perhatian Penuh dan Dedikasi Amalan Bakti, Bahagian 3 daripada 6

2020-06-17
Lecture Language:English,Mandarin Chinese (中文)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sebenarnya Yoga Karma ada cara yang lebih dalam untuk menyedarinya. Kita perlu bekerja dengan sebarang cara atau bekerja secara rela dan membaktikan itu kepada Tuhan bagi menghapuskan karma kita. Sebab itulah mereka panggilnya Yoga Karma.

Apa yang tak kena dengan rambut saya? Jika kita berambut, kita ada masalah. Jika kita tak berambut, kita ada masalah juga. Dulu saya tak berambut. Saya melalui setiap lapangan terbang, mereka begitu banyak memeriksa saya. Mereka melengkungkan kasut saya dan mengimbas lapisan-lapisan beg tangan saya, seolah-olah saya sembunyikan sesuatu. Bukan setiap negara tahu apa maksud kepala botak. Kerana mereka juga ada orang macam itu. Mereka ada geng botak sendiri. Saya tak nak sebut namanya. Kemudian mereka membuat kacau. Mereka terkenal di dunia dengan membuat kacau. Saya juga botak, maka saya mungkin salah satu daripada anggota geng itu. Jadi saya alami kesusahan. Jadi saya mula menyimpan rambut, kemudian saya ada kesusahan lain. Saya perlu menyikat, perlu mencuci. Kemudian sekarang, saya malah perlu mewarnai rambut. Saya tak suka ini. Ini sebahagian daripada kerja saya. Kamu tak percaya tapi ini sebahagian daripada kerja saya. Dulu saya tak tahu bahawa menjadi Guru perlu berambut perang muda. Kemudian ia menjadi macam itu.

Ada satu episod dalam sebuah drama Amerika. Ada satu siri yang berjudul ‘Monk’. Inspektor ini bernama Monk. Dia seorang inspektor yang cemerlang. Dia mengetahui banyak perkara dan sentiasa menyelesaikan kes yang tiada orang lain dapat. Bersama dengan anggota polis, inspektor lain, mereka berbuat baik. Ketua salah satu jabatan polis, dia lebih tua dan bermisai, macam itu. Kemudian pada suatu hari, dia perlu berpindah ke tempat lain atau sesuatu. Dia biarkan penolongnya yang merupakan pemuda, mungkin berusia 20 lebih, belum 30 pun, mengambil tempatnya. Jadi penolong muda ini juga menyimpan misai di sini, sangat besar. Semua orang masuk ke dalam, lihatnya dan berkata, “Apa pula sekarang? Mengapa?” Dia kata, “Sebahagian daripada kerja.” Oleh sebab bosnya bermisai, jadi dia rasa dia perlu menyimpan misai hanya supaya kelihatan lebih berwibawa. Dia kata, “Sebahagian daripada kerja.”

Jadi memang terpulang kepada kita, sama ada kita ada haiwan kesayangan atau kita memilih untuk mengikut guru bagi mengamalkan salah satu daripada 84,000 kaedah. Kita perlu mengikut hati kita dan menjalani kehidupan bermoral. Maka kita pasti dapat balik ke Rumah dan/atau sekurangnya ada kehidupan yang selesa di dunia fizikal ini. Jadi perhatian penuh dan kasih sayang membantu kita. Tumpuan pada saat ini saja juga banyak membantu kita. Kerana ini bermakna kita terpisah dari semua karma dunia ini. Ia takkan sentuh kita. Kita bukan sahaja ada karma sendiri yang dibawa bersama kita sejak dilahirkan tetapi juga tercemar oleh karma orang lain di sekeliling kita. Seorang ahli falsafah China, saya rasa Zhuangzi – seseorang ‘zi’, mereka semua ialah ‘zi’, salah satu ‘zi’, berkata bahawa masyarakat ialah tong celup yang besar, kita bersama, jadi kita diwarnai dengan warna yang hampir sama, kerana kita berada di dalam tong yang sama yang ada bahan pewarna di dalamnya. Masyarakat ialah tong celup yang besar. Nasib baik, saya masih ingat. Macam itu, kamu akan rasa saya terpelajar. Saya kata adalah baik saya masih ingat sesuatu, jadi kamu rasa saya terpelajar sikit.

Jika kita bertumpu pada apa-apa saja kerja yg kita ada dlm tangan, itu membantu juga. Ia dipanggil Yoga Karma dalam istilah spiritual. Segalanya dipanggil yoga atau kaedah beramal di India. Itu benar juga, sebab itulah Buddha kata kita ada 84,000 kaedah beramal. Ada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang datang untuk belajar dengan Guru Zen. Guru itu mengajarnya tetapi dia tiada kemajuan. Mungkin dia tak beramal dengan baik, mungkin dia tertidur sebaik saja duduk di atas kusyen atau mungkin dia hanya duduk di sana, memikirkan sesuatu yang lain. Jadi dia tiada kemajuan. Jadi dia datang tanya Guru, “Bantulah saya. Ada tak apa-apa yang lain yang kamu tak ajar saya?” Dia kata, “Saya dah ajar kamu segalanya. Terpulang kepada kamu utk gunakannya atau tidak.” Dia kata, “Tapi saya tiada kemajuan. Saya tak dapat buat apa-apa pun. Saya tak dapat bertumpu pun.” Jadi Guru itu berkata, “Okey, ada satu lagi cara.” Dia kata, “Okey, beritahulah saya.” Jadi Guru itu berkata, “Pergi cari kerja, cari nafkah.”

Kerana sebenarnya semasa bekerja, kita perlu bertumpu pada kerja. Jika tidak, kita tak dapat buat kerja dengan baik atau dipecat. Disebabkan untuk hidup, mencari nafkah, kita perlu bertumpu pada kerja. Kita terpaksa. Kerja diberikan kepada kita. Kita terpaksa membuatnya, tiada pilihan. Jadi kita bertumpu pada kerja, pada tugas dalam tangan. Ada satu lagi jenis perhatian penuh. Itu dipanggil ‘Yoga Karma’ di India. Sebenarnya Yoga Karma ada cara yang lebih dalam untuk menyedarinya. Kita perlu bekerja dengan sebarang cara atau bekerja secara rela dan membaktikan itu kepada Tuhan bagi menghapuskan karma kita. Sebab itulah mereka panggilnya Yoga Karma. Bukan Kitab Kama, itu berbeza. Lelaki, jangan fikirkan yg bukan-bukan. Wanita tak tahu, kan? Saya perlu tahu banyak perkara, maaf. Saya terpaksa mengetahuinya. Kadangkala mereka bawa buku kepada saya. Mereka kata, “Guru, buku yang baik.” Okey, bagus. Saya percaya dan lihat. Segala jenis foto yang tak pernah saya lihat sebelumnya di dalam dan penjelasan. Itu Yoga Kama. Ia berbeza dengan Yoga Karma. Kitab Kama adalah berbeza dengan Yoga Karma. Saya tak perlu baca itu. Tak perlu. Menjadi guru kadangkala menyusahkan. Banyak perkara orang tanya kita. Kita perlu tahu supaya dapat beritahu mereka. “Itu baik, itu tak baik. Jauhinya.” Misalnya. Saya tak perlu tahu begitu banyak perkara, syukurlah, kerana kamu amalkan Kaedah Quan Yin dan kamu sendiri mendapat makrifat. Kamu tak perlu tanya saya begitu banyak perkara. Kadangkala kamu tanya, hanya yang bukan-bukan tentang kucing, anjing kamu, apa-apa saja. Tapi tiada apa-apa yang menyusahkan.

Begitulah Yoga Karma. Selepas tujuh tahun, orang ini kembali kepada Gurunya dan dia kata dia masih belum mendapat apa-apa pun. Jadi Guru berkata, “Maka saya tak dapat bantu kamu.” Itu pintu terakhir yang boleh Guru tunjukkan kepadanya tapi dia masih tak lakukannya dgn baik. Kamu tahu, sesetengah orang tak bertumpu pada kerja mereka. Mereka bekerja untuk mengisi waktu saja, lihat jam, menunggu untuk balik ke rumah tetapi tak benar-benar berikan perhatian kepada kerja. Apa-apa kerja pun yang kamu buat, kamu perlu lakukannya seperti kerja terakhir dalam hidupmu, kali terakhir kamu boleh buat sesuatu bagi menyumbang kepada dunia, segala perhatian itu. Kamu bekerja dengan rasa hormat, dedikasi, rasa gembira dengan kamu ada pekerjaan, bukan orang yang tak berguna, dapat menyumbang kepada dunia yang kamu banyak terhutang budi sejak dilahirkan. Jenis sikap itu kita mesti ada. Kita harus sangat gembira diberikan sebarang kerja pun dan buat sebaik yang boleh. Kita menyapu lantai, menjadi pencuci tandas pun, atau kita menjadi presiden negara, semuanya suatu pekerjaan saja. Saya tak pasti pekerjaan mana lebih baik, kerja presiden atau kerja pencuci. Saya rasa kerja pencuci lebih baik untuk kamu. Kamu boleh menyapu lantai, mengemop jubin dan melafazkan Lima Nama Suci pada masa yang sama. Membaktikan hidup dan kerja kamu kepada Tuhan.

Tapi jika kamu ialah presiden, saya tak rasa kamu ada masa untuk melafazkan satu ayat daripada Lima Nama Suci atau Hadiah yang saya berikan pun. Segala jenis hal akan datang kpd kamu siang dan malam. Semasa kamu tidur pun, masalahmu akan tidur bersama kamu, jika kamu dapat tidur. Saya bukan presiden tapi saya tahu. Malam semalam, contohnya, saya tak dapat tidur disebabkan oleh masalah orang lain. Ia datang kepada saya tanpa diminta. Jadi bayangkan bagaimana seorang presiden perlu uruskan begitu banyak hal: antarabangsa, negara dan dengan kakitangan, dengan begitu banyak ego di sekelilingnya. Presiden atau raja dah pasti ada banyak orang yang bantunya, secara sukarela juga. Tapi dia juga perlu menghadapi ego ini. Mereka tak bantu dengan tanpa syarat, seperti anjing atau kucing. Mereka mahukan sesuatu, perhatian atau sekurang-kurangnya ganjaran, senyuman daripada kita, pujian daripada kita atau sijil Sukarelawan Sesuatu Tahun, Pelatih Sesuatu Abad, apa-apa saja. Mereka juga mahu diketahui, mendapat perhatian daripada pihak atasan, daripada ketua negara, bangga dengan bekerja di sisinya. Mereka ada angin, ada ego, ada persaingan mereka. Semua tenaga ini dan semua rungutan mereka, secara senyap atau kuat, juga akan masuk ke dalam otak kita semasa kita tidur. Kerana kita menyerap segalanya di sekeliling kita dengan badan kita. Kita juga menyerap tenaga, fikiran orang, buruk atau baik. Itu masalahnya semasa kita hidup dalam masyarakat.

Sebab itulah banyak Guru tinggalkan kehidupan duniawi. Mereka memang telah jemu. Mereka rasa dunia tak dapat diubati lagi. Tiada cara untuk bantu dunia yang begitu terdesak, begitu menyusahkan, begitu rumit. Sebab itulah banyak Guru tinggal di sesuatu tempat yang lain, pergi ke Pergunungan Himalaya yang sangat dalam seperti Gaumukh, contohnya, sumber Sungai Ganges yang biasanya tiada orang pergi. Ada salji sepanjang tahun, pada musim panas pun. Mereka makan dengan sangat sederhana atau tak makan, mungkin makan salji. Mungkin Mereka hanya bawa sedikit beras dan dal, seperti kacang, lentil untuk beberapa bulan saja. Jika seseorang naik ke atas sana, mungkin buruh atau sesuatu bawa untuk Mereka lentil lain dan sebeg beras lagi untuk beberapa bulan lagi, misalnya macam itu. Tapi mereka perlu tunggu hingga musim panas. Sekurang-kurangnya pada musim panas kita dapat lihat jalan. Pada musim sejuk, tiada jalan. Segalanya tersekat, seperti gunung besar di mana-mana saja. Pada musim panas, tentera yang ditempatkan di Pergunungan Himalaya, sempadan, perlu menjaga sempadan, pada musim panas, mereka akan datang dengan jentolak, Kucing Besar, untuk membuang salji dan buatnya seperti jalan kecil di antara dua tembok ais yang tinggi dan besar. Penziarah boleh mula menaik ke atas untuk memuja gunung, sungai dan tempat suci Guru silam, dan berdoa untuk apa-apa saja yang mereka doakan.

Yoga Karma bukan hanya bertumpu pada kerja saja tetapi mendedikasikannya untuk kesejahteraan orang lain seperti kerja sukarela untuk orang miskin, orang tak berumah. Atau membersihkan kuil untuk pertapa, atau tempat suci dewa-dewi. Itu dipanggil Yoga Karma. Sesetengah orang mengamalkan itu saja. Mereka tak melafazkan mantera, apa-apa pun. Mereka tak bermeditasi pun. Mungkin mereka bermeditasi, duduk di depan patung dewa dan berdiam. Kadangkala jika mereka cukup suci, mereka dapat lihat dewi atau dewa muncul kepada mereka seperti Sri Ramakrishna. Isteri-Nya menjadi Ibu Suci. Mereka panggil-Nya Ibu Suci juga. Dia mengahwini-Nya ketika Dia masih sangat muda, hanya kerana tradisi keluarga, tapi Dia tak pernah ada sebarang hubungan fizikal. Mereka bersama di atas satu katil tetapi Dia tak pernah buat apa-apa pun. Dia kata Dia tergoda tetapi Dia tidak. Sesetengah orang menyalahkan Dia kerana mengorbankan-Nya. Dia baik-baik saja. Dia menjadi dihormati sebagai Ibu Suci.

India sebuah negara yang sangat menarik. Saya memang suka India, mungkin kerana saya ialah orang India dalam beberapa hayat silam, bukan satu saja. Tapi saya memang rasa... Seperti yang saya dah beritahu kamu, ada sebuah tempat di Rishikesh yang saya rasa seperti di rumah. Hanya sebuah rumah lumpur, bilik lumpur dan beberapa ketul batu di depan rumah dan buat capati (vegan), makan mentega kacang dan timun, tapi saya rasa begitu selesa di sana. Tiada tempat lain yang saya rindui, hanya tempat itu. Di seluruh dunia, saya tak rasa nak tinggal di mana-mana pun. Tapi jika ada pilihan, saya akan kembali ke sana, tinggal di sana. Saya rasa begitu bebas. Mungkin itu perasaan yang berbeza pada masa itu kerana saya dari New Delhi, kesibukan bandar di sana. Begitu banyak kononnya anak murid di sekeliling. Mereka makan semua makanan dan tak berikan apa-apa pun kepada saya. Tiada baki makanan, dan berhabuk. Kadangkala sampah tersumbat di dalam longkang dan sebagainya. Itu bukan cita rasa saya, gaya saya, Jadi saya pergi jauh ke dalam Pergunungan Himalaya seperti Rishikesh atau Kashmir. Saya lebih suka akannya. Tapi saya tak begitu suka Kashmir walaupun Kashmir lebih indah daripada pondok yang saya diami. Tiada pemandangan atau apa-apa pun. Hanya di tengah-tengah gunung, pokok dan Sungai Ganges hanya beberapa, mungkin dua, tiga minit dari situ. Saya ada air percuma untuk diambil, untuk memasak dan pondok. Saya tidur di atas bumbung. Tapi saya rindui tempat itu. Tandas di luar. Saya ada tandas, syukurlah. Kebanyakan tempat tiada. Jadi saya suka tempat itu. Itu tempat yang saya rasa paling baik sepanjang masa ini, mana-mana pun, berbanding dengan tempat lain. Tempat ini pun, saya tak rasa begitu selesa. Sebenarnya sini hanya kerja, jadi saya tak rasa mana-mana guru akan rasa selesa berada di bilik darjah 24 jam setiap hari. Dia ingin balik ke rumah. Meskipun bilik darjah, sekolahnya mungkin kelihatan lebih baik daripada rumah pangsa kecilnya, namun barangkali dia ingin balik ke pondok atau rumah pangsa buruknya dan bukan berada di sekolah yang cantik, bersih dan dibina dgn baik.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  3 / 6
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android