Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kitab Surangama: Empat Ajaran Jelas ‘Empat Ajaran Jelas Mengenai Kesucian – Manahan diri daripada Mencuri dan Berbohong, Bahagian 3 daripada 7

2019-05-01
Lecture Language:English,Portuguese (português)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Lima Rukun ialah peraturan yang sangat mudah. Ia tak harus menjadi rukun pun. Ia harus menjadi standard cara hidup manusia yang baik, belum kata lagi Santo, pangamal atau apa-apa macam itu. Patuhilah itu. Dalam Katolikisme, agama Hindu atau Jainisme, semuanya mematuhi rukun. Semuanya ada jenis ahimsa asas ini, tak mencederakan makhluk lain.

Mencuri juga mencederakan orang lain dengan cara yang berlainan kerana jika kamu mencuri wang seseorang atau sesuatu yang dia perlukan, kamu buat orang itu rasa tak selesa. Kamu menjadikan kehidupannya tak lancar, kemudian kamu buatnya risau, kemudian alihkan perhatiannya dari rutin harian atau keefisienan kerjanya, apa-apa saja yang dibuatnya. Jadi sewaktu kamu buat sesuatu, fikirlah baik-baik sebelum melakukannya, itu saja, sangat mudah. Apa-apa bukan milikmu, meskipun tak bernilai, jangan ambil, sangat mudah. Adakah itu susah? (Tidak.) Tidak! Sudah diberitahu berdekad-dekad dahulu.

Buddha beritahu Ananda, “Sewaktu mengajar orang di dunia untuk masuki samadhi...” Masih ingat? Kerana Ananda tanya Buddha, “Pada masa depan bagaimana saya dapat bantu orang lain walaupun saya sendiri tak begitu tinggi. Mungkin saya belum diselamatkan tetapi saya nak menyelamatkan orang lain. Saya nak cuba.” Jadi Buddha mengajarnya semua ini. Jadi Dia terus berkata, “Sewaktu kamu mengajar orang di dunia untuk masuki samadhi...” bermakna selepas Buddha sudah wafat, tiada orang di sana, jika kamu nak mengajar orang lain, maka ajar mereka semua ini. Semuanya yang tersebut di atas, peraturan, rukun, prinsip. Tambahan lagi, jika mereka ingin masuki samadhi, mereka juga mesti berhenti mencuri. Jangan mencuri apa-apa. Ini adalah yang ketiga, jelas, tak boleh diubah, tak boleh dikompromi. Itu kebenaran sejati, tiada apa-apa yang boleh gantikannya. Tak membunuh, tak berzina, tak mencuri.

Meskipun dah kahwin, kamu perlu kurangkannya. Guru di India, meskipun dah kahwin, banyak daripada mereka, kerana mereka sudah kahwin sebelum menjadi Guru atau selepas itu pun, namun mereka ada interaksi pasangan dua, tiga kali saja setahun, hanya untuk beranak bagi menjalankan tradisi keluarga, itu saja, bukan kerana mereka memberahikan itu. Hanya sejenis tanggungjawab.

Jadi ini ialah peraturan alam semesta tak boleh diubah yang mesti kamu patuhi untuk mendapat pembebasan, dengan atau tanpa kehadiran Buddha. Sekarang, “Oleh itu, Ananda, jika pengamal samadhi Chan...” bermakna orang yang bermeditasi, “...tak berhenti mencuri, mereka adalah seperti seseorang yang menuang air ke dalam cawan yang bocor tapi berharap dapat mengisinya.” Bermakna tak berguna, kita bazirkan masa saja. Jika kita menuang air ke dalam cawan yang bocor, akankah air berada di dalamnya? (Tidak.) Tidak. Jadi jika kita tak mematuhi rukun asas ini, tak kira berapa lama kita bermeditasi, ia sentiasa terbocor ke luar, hilang kepada kuasa Maya. Maya akan mengambil dan gunakannya untuk memudaratkan kita dan orang lain juga. “Dia boleh teruskan untuk banyak eon, sebanyak butiran kecil habuk tetapi tetap takkan penuh akhirnya.” Macam itu. Jika kita tak mematuhi rukun, lupakan saja samadhi, lupakan saja meditasi, tak berguna kepada kita. Itu apa yang Buddha katakan. Saya kata begitu juga.
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android