Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Guru Peter Deunov, Bahagian 2 daripada 4

2019-04-14
Lecture Language:English,Portuguese (português)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru ini memang tahu akan perkara! Dia tahu! “Mereka akan ketinggalan dalam evolusi dan mesti menunggu selama berpuluh-puluh juta tahun ketibaan gelombang penaikan baru. Bumi, sistem suria, alam semesta, semuanya menuju ke arah baru di bawah dorongan kasih sayang. Kebanyakan daripada anda masih menganggap kasih sayang sebagai kuasa yang lemah. Tapi sebenarnya ia kuasa terbesar. Wang dan kuasa terus dihormati seolah-olah kehidupan anda bergantung kepadanya. Pada masa depan, semua orang akan bermandikan kasih sayang dan mengamalkannya,” kasih sayang, “...tetapi melalui penderitaan dan kesusahanlah baru kesedaran manusia (‘man’) akan ditingkatkan.” ‘Human’ lebih baik. …

“Daniel, tertulis dalam Bible, berkaitan dengan zaman yang mendatang, akan ada banjir, taufan, kebakaran besar dan gempa bumi yang akan musnahkan segalanya. Darah akan mengalir dengan banyak. Akan ada revolusi; letupan dahsyat akan bergema di banyak kawasan di Bumi.” Apa-apa yang dikatakan-Nya menjadi nyata, kan? Dia memang tahu apa yang dikatakan-Nya. “Di tempat yang ada tanah, air akan datang, dan di tempat yang ada air, tanah akan datang.” Bermakna pergolakan, persekitaran akan ubah kedudukan dan keadaannya.

“Tuhan ialah kasih sayang tapi kita berdepan di sini dengan hukuman keras, suatu balasan oleh Alam Semula Jadi terhadap jenayah yang dilakukan oleh manusia (‘man’)...” Sekali lagi? Tapi benar, banyak lelaki buat begitu! Betul ini. Dalam hal ini, boleh gunakan ‘men’.

Okey, “...yang dilakukan, terhadap jenayah yang dilakukan oleh manusia sejak waktu gelap terhadap Ibunya, Bumi. Selepas penderitaan ini, mereka yang akan diselamatkan, elit...” “Elit akan mengetahui Zaman Keemasan, keharmonian dan kecantikan tak terhad. Oleh itu, kekalkan ketenangan dan kepercayaan anda apabila tiba masanya untuk penderitaan dan kegerunan kerana ada tertulis bahawa tiada sehelai rambut pun yang akan gugur dari kepala orang yang adil,” bermakna orang baik. Orang baik. Jika kita baik, tiada sehelai rambut pun yang akan gugur.

“Anda tak tahu akan masa depan cerah yang menunggu anda. Bumi baru akan wujud tak lama lagi. Dalam masa beberapa dekad, kerja akan jadi kurang berat tuntutannya dan setiap orang akan ada masa untuk menjalankan...” menjalankan aktiviti spiritual. Agaknya lebih suci, lebih teguh dalam amalan spiritual. Buatnya lebih suci dalam kehidupan, amalan spiritual. Kita akan buatnya lebih suci, lebih diutamakan dalam kehidupan.

Itu milik Tuhan dan kumpulan spesies manusia yang baru. Pastikan kamu sedia untuk itu, lebih rajin, supaya apabila hari itu tiba, kamu padan dengan kesedaran baru itu, kemudian meningkat dengan lagi baik daripada itu.

Takkan ada lelaki, wanita. Hanya akan ada manusia, umat manusia. Hanya akan ada orang yang bermakrifat, baik, suci. Kita akan lupa bahawa kita ialah lelaki atau wanita. Kita hanya akan hidup bersama, saling menyayangi secara harmoni dan sempurna.

“Cahaya, kebaikan dan keadilan akan menang, hanya soal masa.”
Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 4
1
2019-04-13
7419 Tontonan
2
2019-04-14
7393 Tontonan
3
2019-04-15
5199 Tontonan
4
2019-04-16
5380 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android