Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Berkat Syurga daripada Gambar Buddha Hidup, Bahagian 2 daripada 4

2018-11-06
Lecture Language:English,Cantonese Chinese (廣東話)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Semua ajaran yang saya ajar kamu adalah untuk tarik kamu ke atas. Itu apa yang dimaksudkan dengan 84,000 kaedah pengajaran. Sesetengah orang perlukan ini dan sesetengah orang perlukan itu, orang lain perlu dimanjakan dan sesetengah orang perlu dimarahi untuk meningkat maju. Sesetengah orang perlu dilayan dengan dingin sikit untuk ditingkatkan. Sesetengah orang perlu dilayan dengan mesra, contohnya macam itu. Sesetengah orang perlukan banyak ‘ubat’ di dalam. Orang lain perlu dibimbing dgn perlahan. Di luar dan di dalam perlu berhubungan, maka orang itu boleh meningkat maju.

Bukanlah saya memaksa kamu memuja rupa luaran. Foto saya, walaupun gambar saja, saya di dalamnya. Kerana saya masih hidup, faham? Saya masih hidup. Apa-apa yang berkaitan dengan saya ada tenaga saya di dalamnya. Ia sebahagian daripada saya. Sebab itulah ia ada saya di dalam. Oleh itu, kadangkala kamu lihat saya berjalan keluar dari gambar saya. Itu sebabnya. Saya ada di mana-mana saja, jadi mengapa tidak dalam gambar saya, faham? Ini tak bermakna saya hanya duduk di dalam gambar tapi saya di dalamnya juga. Itu maksudnya. Bukanlah saya tiada di dalamnya. Jika saya tiada di dalam gambar, maka saya bukan ‘maha wujud’, kan? maka saya bukan ‘mahawujud’, kan? Saya ada di mana-mana saja, jadi saya di dalam gambar juga. Itu betul kerana saya masih hidup. Jika kamu naik ke alam peringkat tinggi, kamu akan nampak saya juga. Jika kamu pergi ke neraka, kamu akan nampak saya juga. Apalagi di dalam gambar yang cantik dan bersih. Mengapa saya tak harus duduk di sana untuk ‘seronok-seronok’?

Sebab itulah kadangkala semasa kamu pakai gambar saya, kamu ada pengalaman ajaib. Atau apabila kamu makan sesuatu yang saya berikan kepada kamu atau pakaian yang telah saya pakai atau sentuh, atau tempat duduk sebelumnya, ada kasih sayang, tenaga saya di dalamnya. Saya ada di mana-mana saja. Terutamanya jika badan fizikal saya berhubung dengannya, maka dah tentu ia ada lagi banyak tenaga di dalamnya. Apa-apa yang kamu fikirkan yang berkaitan dengan saya, ia milik saya, faham? Jika kamu kata saya maha wujud, maka saya wujud di mana-mana saja di seluruh alam semesta. Apalagi ruang khas yang diuntukkan untuk saya. Contohnya, gambar saya ialah tempat saya diami, mana boleh saya tiada di dalamnya? Itu lagi istimewa, faham? Oleh itu, kadangkala kamu dengar seseorang kata bahawa saya datang ke rumah mereka dan duduk di atas kerusi. Meskipun tiada ruang khas di rumahmu diuntukkan untuk saya, saya tetap datang, apalagi kerusi saya, mengapa saya tak duduk di atasnya?

Sebab itulah orang luar kadangkala tak tahu. Mereka kata mamakai gambar saya ialah menyembah berhala. Tapi bukan. Kerana saya masih hidup, maka seluruh alam semesta adalah milik saya, termasuk gambar saya. Jadi kamu boleh pakainya. Saya kata, “Okey, saya dah janji!” Dijamin, faham? Kita tak temui Nabi Isa. Mungkin Dia telah pergi ke alam lain. Mungkin Nabi Isa juga di dalam salib. Tapi kita tak temui-Nya. Kita tiada hubungan peribadi dengan-Nya, jadi kepercayaan kita tak kukuh. Kita tak boleh memaksa orang di dunia percayai apa-apa yang tak dilihatnya kerana minda adalah macam itu. Apa-apa yang kita dapat lihat, tahu, pegang, maka kita tahu ia wujud. Kerana ini dunia kebendaan, fizikal, jadi sangat sukar untuk buat kita buat atau bayangkan sesuatu yang abstrak. Jadi kita perlukan sesuatu yang fizikal supaya kita boleh bersandar padanya untuk menuju ke sebelah rohani. Oleh itu, dengan memakai gambar Guru hidup, kamu ada kepercayaan yang lebih kukuh daripada memakai gambar orang yang sudah meninggal yang kamu tak tahu mukanya. Kamu tak tahu sama ada itu muka sebenarnya atau sama ada dia setuju untuk berada di dalam gambar yang kamu pakai atau tidak. Jadi kamu tiada kepercayaan.

Jika kamu tiada kepercayaan, maka sukar nak berhubungan. Itu saja. Kerana kedua-duanya perlu saling memikirkan baru boleh berhubungan, faham? Kerana jika satu orang berfikir macam ini, orang lain berfikir macam itu, maka tak berhubungan. Contohnya, jika Buddha dan Nabi Isa memikirkan kamu tapi kamu tak tahu sama ada Mereka wujud atau tidak, maka itu seperti tergantung di udara dan tak berhubungan, tak jadi. Tapi saya masih di sini. Banyak orang ada banyak pengalaman ajaib. Mereka sudah tahu. Mereka sudah percaya. Mereka lihat muka saya, dengar suara saya setiap hari, jadi begitu jelas, maka kita bedua saling memikirkan. Saya sentiasa memikirkan kamu dan kamu sentiasa memikirkan saya. Kedua-duanya berhubungan menjadi satu. Satu tambah satu menjadi dua, kemudian ada lebih banyak hubungan. Maka terjamin. Jadi ada perbezaan antara pakai gambar saya dan pakai gambar lain, faham? (Ya, kami faham.) Gambar lain, kita tak nampak atau tak kenali orang itu. Tapi gambar orang yang kita temui dan kenali lebih berharga. Ia berikan kepercayaan yang lebih kukuh. Itu saja. Tapi ganjil!

Mereka yang rajin beramal, percaya sepenuhnya kepada Tuhan dan Buddha, kehidupan mereka kurang susah dan penyakit mereka berkurangan juga. Meskipun mereka sakit, mereka tak kisah. Mereka rasa itu tak penting, kan? Bukanlah mereka cari penyakit. Kita pengamal spiritual dengan sendirinya lebih ringan, bukanlah kita nak sakit. Malangnya, jika kita sakit, kita terimanya. Kita tak pandang serius terhadapnya. Betul tak? Jika kamu tiada kunci kepada kerohanian, meskipun kamu ada badan yang sihat, tak banyak manfaatnya. Ada banyak orang yang kuat dari segi fizikal. Mereka sangat sihat dengan pipi yang kemerah-merahan, cantik dan muda tapi kerohanian mereka sangat rendah. Mereka tak dapat faham apa yang saya katakan. Mereka langsung tak tanyakan hal kerohanian. Ia tak menarik minat mereka. Lawak, kan? Banyak orang kelihatan cantik tapi tiada tarikan apabila mereka buka mulut, kan? Mereka cakap dengan kasar atau karut. Tapi pengamal spiritual cantik dengan cara yang tak terperikan. Mereka sangat berkarisma.

Tadi apa yang wanita itu katakan buat saya rasa gembira. Sekurang-kurangnya saya telah pengaruhi banyak orang. Amalan spiritual mereka bertambah baik. Ini bermakna mereka meningkat maju, faham? Sebelumnya mereka berubah dari bukan vegan ke vegan, contohnya. Sebelumnya kita boleh ajar mereka apa-apa saja tapi sekarang hanya satu jalan lurus, iaitu menjadi vegan, contohnya, Banyak mazhab telah berubah. Banyak orang katakan itu. Saya tak tahu banyak dan tak baca surat khabar tapi mereka kata, “Sejak Guru datang ke Taiwan (Formosa), penulis mula menulis dengan lebih baik, sama sikit...” Mereka kata, “Sama sikit dengan Guru.” Sebelumnya, banyak tokong tak mengingatkan orang supaya makan makanan vegetarian jika mereka nak mendapatkan perlindungan tiga permata.

Sekarang mereka terbitkan ini dalam akhbar dengan jelas, “Bagi dapatkan perlindungan tiga permata, anda mesti menjadi vegan selama beberapa hari sebulan.” Betul? Sebelumnya bukan begitu. Sewaktu saya dapatkan perlindungan tiga permata, tiada orang sebut tentang makan vegan, apalagi terbitkannya dalam akhbar. Saya vegan pada masa itu tapi orang lain bukan vegan dan tiada orang sebut tentangnya.

Tapi apabila saya kata dengan amalkan kaedah ini, kamu boleh mendapat pembebasan dalam hayat ini, mereka rasa terkejut? Hanya dapatkan perlindungan tiga permata dan kita bebas daripada tiga jalan sengsara, bermakna tak pergi ke neraka atau menjadi syaitan atau binatang dan akan lahir semula sebagai orang yang bertuah, manakala amalkan kaedah ini, kamu mesti menjadi vegan dan bermeditasi selama dua jam setengah sehari, hadiri meditasi berkumpulan dan mematuhi rukun, kemudian kamu akan mendapat pembebasan dalam hayat ini, tapi mereka tak mempercayainya. Ganjil, kan?

Jadi biar saya beritahu kamu: walaupun orang adalah sama di dalam, tahap mereka mengenali diri adalah berbeza. Oleh itu, banyak orang sangat jahil dari segi rohani. Jadi mereka tak mempercayai karma, tak mempercayai hayat seterusnya dan tak mempercayai kelahiran semula Walaupun rupa mereka seperti manusia, peringkat spiritual mereka masih di peringkat rendah. Oleh itu, bukan semua orang boleh diajar.

Contohnya, walaupun saya dan kamu adalah sama, tahap meninggalkan hidup duniawi adalah berbeza dan tahap keberanian adalah berbeza. Sewaktu saya cari Tao pada masa dahulu, saya boleh tinggalkan segalanya termasuk nyawa saya. Contohnya, jika Buddha muncul dan kata, “Jika kau mati sekarang, aku akan buat kau menjadi Buddha dengan serta-merta,” saya akan lakukannya dengan serta-merta. Saya sampai tahap itu. Oleh itu, ia cepat. Mungkin dah lama saya beramal, hayat yang tak terkira, jadi saya ada fikiran sebegini, perbuatan sebegini, jadi peringkat spiritual saya dengan sendirinya macam itu, faham? Kemudian ada orang lain, ya Tuhan! Meskipun kita minta, mereka takkan memikirkan Tao.
Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 4
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android