Sekarang kita ada kata-kata hati daripada Hannah di Amerika Syarikat: Guru Tersayang, Tiga Paling Berkuasa yg Bersatu Semula dan Santo Supreme Master TV, Baru-baru ini, Guru dedahkan bahawa Beliau ialah Raja Pemutar Roda Dharma! Saya mengenangkan pengalaman semasa Lawatan Khutbah Eropah Guru pada Mei 1999. Disebabkan letusan peperangan di rantau itu, beberapa orang anak murid Eropah dengan sungguh-sungguh meminta Guru supaya menyelamatkan Eropah! Oleh itu, Beliau dengan pengasih menerima undangan ini dan meliputi 18 buah negara Eropah dalam beberapa minggu! Saya pergi ke salah satu bandar khutbah, Prague, untuk membantu. Kami ditugasi untuk edarkan risalah khutbah di tempat tarikan pelancong yang paling terkenal. Saya berfokus pada misi saya dan tidak beri perhatian kepada melawat tempat-tempat. Saya tinjau dalam talian dan berkemungkinan besar itu kompleks bangunan Katedral St. Vitus dan datarannya. Di sana, saya pilih tempat saya dgn teliti, menghadap laluan yang sempit di mana beribu-ribu orang terpaksa lalu. Sepanjang hari, saya berdiri di sana, mengedarkan risalah kepada orang. Saya masih ingat dengan jelas bahawa aliran pelancong datang berpusu-pusu tanpa berhenti, menuturkan banyak bahasa. Suara mereka terjalin seperti dewangga dunia. Aliran manusia mengingatkan saya tentang roda kelahiran semula itu sendiri – tidak berhujung, tidak berhenti. Kemudian dalam sekelip mata, untuk seketika, SAYA NAMPAKNYA! Suatu visi muncul di depan mata saya: sebuah RODA GERGASI berputar di sebelah kanan visi saya, Roda Samsara itu sendiri! Dan di depan saya, roda itu menjadi perlahan! Pada saat berhenti sekejap itu, orang melihat, orang hulurkan tangan, orang ambil apa yang saya tawarkan – risalah yang ada gambar Guru dan butiran khutbah. Bukan kertas tetapi benih. Bukan dakwat tetapi takdir. Setiap risalah ialah bisikan daripada keabadian. Sesetengah orang berhenti sekejap dan mula baca. Sesetengah orang kongsinya dengan teman mereka. Sesetengah orang simpannya dan mungkin ubah kehidupan mrk lepas itu. Sesetengah orang datang ke khutbah dan bertemu dengan Guru! Sesetengah orang menerima inisiasi dan ubah nasib mereka selama-lamanya! Sejak itu, lebih banyak anak murid dilahirkan. Sebuah negara telah diberkati! Pada masa itu, saya hanya rasa kagum – tangan tak nampak yang hentikan Roda itu! Lepas bertahun-tahun apabila Guru dedahkan Beliau ialah Raja Pemutar Roda Dharma, akhirnya saya memahami apa yang saya saksikan di Prague. Roda yang saya nampak sekali imbas itu adalah benar. Kuasa yang hentikannya adalah benar. Untuk seketika pada Mei 1999, di bawah menara St. Vitus, saya berdiri di persimpangan nasib, memerhatikan roh-roh melangkah keluar dari Roda itu dan beralih kepada TUHAN! Terima kasih, Guru, atas usaha tanpa mengenal penat lelah untuk menyelamatkan makhluk hayat demi hayat! Semoga GURU selamat sejahtera! Semoga semua roh mengenal PENYELAMAT dan tinggalkan Roda itu secepat mungkin! Hannah dari Amerika Syarikat
Saya tak kisah, apa-apa saja. Itu dalam kerja saya. Saya terasa saya perlu buat apa-apa saja yang boleh. Begitu banyak perkara adalah macam itu, tidak secara percuma, tidak bebas daripada karma. Jadi segala kesulitan di Eropah semasa lawatan khutbah Eropah saya adalah disebabkan oleh karma tetapi itu bukanlah satu-satunya. Ada banyak lagi tetapi saya tak nak beritahu anda. Saya hanya mahu anda nikmati berkat dan kegembiraan setiap hari dan tak perlu risau tentang saya atau mengetahui terlalu banyak tentang pengorbanan yang saya buat. Kerana jika saya perlu beritahu anda, maka kita takkan dapat habiskan kisah hidup saya dan apa yang perlu saya buat, bukan sahaja di dunia fizikal ini tetapi juga di neraka. Di alam tak nampak, kadangkala hukumannya lebih berat daripada di dunia fizikal yang dapat anda lihat. Di dunia fizikal, mungkin anda lihat seorang Guru menderitai ini, menderitai itu, jatuh sakit, diejek, dihina, disumpah, tersalah tuduh, segala-galanya. Tetapi itu taklah teruk sangat, semua ini, tidak teruk sangat berbanding dengan apa yg perlu dideritai oleh Guru di alam tak nampak juga, pada masa yang sama atau masa yang berlainan. Photo Caption: “Nikmatilah Segala KURNIAAN Sementara Masih Ada”Raja Mara Berkongsi 10 Peraturan Dunia Fizikal, Bahagian 3 daripada 5
2026-06-02
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita takkan hadapi situasi ini. Kita takkan kekurangan makanan jika kita hidup mengikut Hukum alamiah Alam Semesta: “Apa yang anda semaikan, itulah yang akan anda dapat.” Kita terus membunuh makhluk termasuk anak kita sendiri, anak darah daging, anak keturunan kita sendiri. Saya akan biar anda dengar apa yang Raja Mara rasa tentang membunuh bayi anda sendiri sekejap lagi. Sekarang kita teruskan dengan ini dulu. Kita wujudkan sebab yang sangat buruk, jadi kita mendapat akibat buruk. Kita ada terlalu banyak air tetapi membazirkan dan mencemarkan semuanya, buat semuanya menjadi kotor dengan biarkan orang-haiwan gunakan air kita yang berharga. Ini tidak perlu. Kita terus membiakkan, memberi makan, dan buat segala jenis perbuatan yang berkaitan untuk menternak orang-haiwan, kemudian bunuh mereka untuk dimakan. Kami sudah melaporkan kepada anda berapa banyak kos penternakan dan pembunuhan orang-haiwan serta pencucian, pembersihan, pengangkutan dan bil perubatan yang berkaitan dengan penyakit orang-haiwan yang kita ambil masuk melalui daging dll. Kita tak dapat cakap dengan cukup lama tentang subjek ini. Kita takkan ada dunia ketiga, dunia kurang maju kerana setiap negara akan menjadi maju jika masyarakat yang lebih maju bantu mereka nikmati apa-apa saja Berkat Tuhan yang dikurniakan kepada kita. Kita akan ada terlalu banyak kelimpahan segala-galanya – makanan, air, kesihatan – mengikut taraf hidup yang baik. Jika setiap negara menjadi kononnya negara maju, maka tiada penyakit, tiada kemiskinan, langsung tiada apa-apa yang buruk yang akan berlaku kepada penghuni planet ini. Maka kita dapat hidup di sini seperti di Firdaus. Ya Tuhan, bayangkan segala ciptaan yang boleh kita miliki dan berkhidmat kpd manusia dengan standard terbaik. Kita takkan ada peperangan. Kita takkan habiskan bertrilion-trilion, berzilion-zilion dolar hanya untuk membunuh, mengeluarkan alat pembunuh dan gunakannya untuk saling membunuh. Begitu banyak wang dibazirkan, begitu banyak kecuaian telah merebak ke seluruh planet, membunuh berjuta-juta, berbilion-bilion, bertrilion-trilion orang sepanjang masa. Selepas satunya tamat, satu lagi akan timbul. Hingga kini, macam itu. Daripada saling menjaga dan menikmati berkat yang dikongsi bersama, manusia terus memusnah, membazir, membunuh, membunuh sesama mereka dan makhluk baik hati seperti orang-haiwan. Jadi kita sentiasa alami akibat buruk, seburuk mungkin sepanjang masa, daripada perbuatan kolektif kita. Saya tak tahu bagaimana sebagai manusia anda boleh lihat semua ini dan rasa bahawa ini boleh diteruskan. Karma buat manusia menjadi buta, pekak dan bisu. Hanya melihat sekilas berita setiap hari, di mana-mana pun di dunia, maka kita tahu bahawa segalanya tidak betul, bahawa perbuatan kita telah bawa begitu banyak malapetaka kpd diri sendiri dan generasi seterusnya akan lagi banyak menderita. Sementara itu, semua manusia berkata, “Ah, saya sayangi anak saya! Saya sayangi cucu cicit saya.” Apabila anak dah besar, mereka mendesak anak berkahwin, kemudian biar mereka melahirkan anak. Mereka rasa gembira apabila ada cucu atau cicit. Mereka meraikannya. Mereka menunjukkan kasih sayang, kegembiraan mereka dan belanjakan wang tanpa risau tentang mereka, pada bila-bila saja, tetapi apa yang dibuat oleh mereka membunuh generasi akan datang. Jadi kebanyakan perkara yang dibuat oleh manusia hari ini agak bercanggah dengan apa yang mereka benar-benar mahukan. Jadi itu pasti kebutaan karma, akibat kolektif yang menyelubungi mereka sehingga mereka tak dapat berfikir dengan jelas pun. Jika tidak, katakan, contohnya, En. Putin, presiden Rusia, sayangi orang-haiwan. Dia habiskan banyak wang dan masa untuk orang-haiwan. Dia malah menerbangkan pesawat yang sangat kecil yang berisiko untuk membimbing orang-angsa liar ke habitat yang lebih baik. Seseorang pasti ada begitu banyak kasih sayang baru boleh buat begitu dan dia cintai negara, rakyatnya. Dia pergi ke mana-mana saja, contohnya, suatu kali malah mendapatkan hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik bagi negaranya. Dan rakyat Rusia ialah orang yang sangat damai. Saya pernah pergi ke sana, saya tahu. Saya dah ceritakan kisah itu. Pada hari jadi saya, saya di Rusia, berikan khutbah yang pertama dan saya rasa yang satu-satunya tetapi orang di sana begitu baik. Saya dah beritahu anda ttg khutbah itu. Mereka malah beritahu saya, “Bas ada di depan hotel kami juga. Kamu jangan naiki teksi, terlalu mahal.” Mereka tahu saya berduit. Saya langsung tidak sewa bilik yang paling murah atau paling kecil kerana saya ada orang bersama saya juga. Jadi kami perlu ada bilik yg memuaskan untuk bekerja dengan cekap. Mereka tahu akannya tetapi tetap menjaga wang saya. Saya orang yg tidak dikenali bagi mereka. Itu sebelum khutbah saya pun. Mereka tak tahu pun bahawa saya ialah orang yang pergi ke khutbah. Mereka tidak panggil saya Guru atau apa-apa pun. Mereka kata, “Oh! Bas ada di depanmu juga. Kamu jangan naiki teksi, terlalu mahal, tak perlu. Kamu pergi terus ke bandar. Itu saja. Jika kamu nak pergi ke bandar, pergilah naiki bas di depan. Apabila kamu beritahu pemandu supaya beritahu kamu apabila destinasimu telah sampai, bandarmu, maka dia akan beritahu kamu.” Semua orang berbahasa Inggeris. Ya Tuhan! Apa jenis kakitangan hotel yang akan risau tentang hal kecil dan kemudahan kecil kita seperti itu? Saya pun pergi menaiki bas. Saya dah beritahu kamu bhw saya tak tahu Saya tidak biasa menaiki bas, jadi saya masuk dan duduk saja. Saya tidak bayar sama sekali. Tiada sesiapa yang kata apa-apa, atau mungkin di Rusia, bas adalah percuma. Saya terlalu banyak berfikir tentang melihat benda di sekitar Rusia untuk lihat bagaimana orang hidup dan berapa gembiranya mereka, berapa puasnya, air muka mereka untuk mungkin masukkannya ke dalam khutbah saya, jadi saya tak terfikir tentang membayar tambang bas tetapi tiada sesiapa yang kata apa-apa pun. Pemandu tak kata apa-apa pun, biarkan saya naik saja ke dalamnya. Orang malah biar saya duduk. Mereka lihat saya begitu kecil, jadi salah satu atau beberapa daripada mereka berdiri dan biar saya duduk di tempat duduk bas. Selepas itu, saya menyedari bahawa saya tidak bayar. Ya Tuhan! Dah terlambat. Bas itu dah pergi. Jadi lepas itu saya menaiki teksi balik dan membayar. Saya berikan tip yang banyak untuk memampasnya. Saya tidak lakukannya secara sengaja, anda semua tahu. Tambang bas tak bolehlah begitu banyak. Saya mampu bayar untuknya. Secara natural, jika saya mampu bayar untuk teksi, maka saya mampu bayar untuk bas juga tetapi saya tak terfikir tentang itu. Dah sangat banyak tahun saya tak menaiki bas. Saya terlupa dan berada di negara asing juga. Dulu ke mana-mana pun saya pergi, saya pergi bersama kumpulan yang besar dan mereka sentiasa memandu utk saya. Saya tak perlu menaiki teksi pun. Tetapi ada peperangan di Eropah pada masa itu. Saya diundang untuk bantu membendung peperangan. Saya buat begitu. Peperangan itu berakhir dengan cepat, tepat pada saat-saat akhir lawatan khutbah saya!!! Saya tak dapat bawa banyak orang bersama saya. Di Eropah pada masa itu pun, di Slovenia, saya perlu sewa kereta. Saya dah beritahu anda, bukan kereta automatik pun. Itu kali pertama saya memandu jenis kereta itu. Kereta itu berhenti banyak kali di lebuh raya. Jadi saya perlu menulis pada sehelai kertas, lekatkannya pada tingkap belakang, nyatakan, “Pemandu baharu. Tolong bertoleransi, memaafkan.” Saya asyik memandu dan terhenti, memandu dan terhenti. Nasib baik pada masa itu, mungkin tiada banyak kereta yang lain tetapi tetap banyak kereta melalui saya, melambai kepada saya dan senyum. Saya berterima kasih kepada mereka atas toleransi dan pemahaman mereka. Hingga sekarang, saya memikirkan itu, saya masih rasa itu terlalu berisiko kerana ada anak murid yang datang kepada saya dan berkata, “Guru, kami ada kereta di sini, datanglah bersama kami.” Tetapi saya tak nak. Saya perlu pergi seorang diri dengan bagasi, tiket dan kereta, segala-galanya sendirian kerana karma pada masa itu adalah macam itu. Saya perlu buat sebarang pengorbanan yg mungkin jika saya nak hentikan peperangan itu. Ya, sangat banyak lagi perkara yang perlu saya buat berkaitan kerja saya, seperti kadangkala saya perlu berlapar selama banyak hari, perlu makan dengan ketat satu makanan saja, beberapa potongan saja atau minum air saja dan tidak dibenarkan untuk minum atau makan apa-apa yang lain, misalnya macam itu. Saya tak pernah beritahu anda tetapi karma peperangan di Eropah pada masa itu berhenti dengan cepat sekali. Hanya anda berterima kasih kepada saya, anak-anak murid Eropah berterima kasih kepada saya kerana sesetengah orang nampaknya, tetapi kebanyakan orang tak nampaknya.











